chapter 22
My 25 Old Husband"Oppa..jomlah kita tangkap gambar dekat sana pulak.."
"Kalau kau nak pergi tangkap dekat sana,kau pergilah!Jangan asyik ikut aku je."Aku menjeling ke arah Minhye disebelahku.Tolong jangan kacau kostentrasi aku buat kerja.Rimas!Asyik ikut je ke mana aku pergi.
"Ala..Minhye nak ikut oppa.."Sekali lagi.Mengada betul.Aku hanya mengabaikan dia dan terus mengambil gambar dari sudut dewan.
"Oppa.."Oleh kerana meluat dengar suara dia asyik merengek rengek macam budak kecik,aku menjauhi dia dan bergerak laju ke arah Chanyeol yang sedang fokus menangkap gambar di bahagian kanan dewan.Sebelah dia pun ada anak buah Minhye,apa ntah namanya.Aku tak ingat.Sama macam aku yang dikacau oleh Minhye,Chanyeol pulak kena kacau dengan budak tu.Begitulah jugak dengan Baekhyun.
Tapi belum sempat aku nak sampai dekat Chanyeol,aku terasa yang aku dipeluk dari belakang.
"Oppa jalan laju sangat..penat Minhye nak kejar.."Aku terasa kepalanya disandarkan di belakangku.Dia ni memang menjengkelkan!
Aku berusaha untuk lepaskan kedua tangannya di pinggangku.
"Let me go Minhye!"Aku bersuara sedikit keras apabila pegangannya di pinggangku semakin kejap.
"No!I wont!"
Kau tak nak?Ini boleh menyebabkan kesabaran Kim Minseok hilang.
Dengan menggunakan sedikit kekasaran,aku merentap tangannya dari pinggangku.Dan pelukannya terlerai.Kalau perempuan macam dia ni,memang sesuai guna kekerasan sebab kelembutan memang sangat tak sepadan dengan dia.
"Ahh oppa..sakit.."Minhye menunduk untuk melihat pergelangan tangannya.Dia mengusap ngusap pergelangan tangannya.Rasa bersalah?Nope.She deserve it.
Tatkala dia sedang leka mengusap lengannya,aku segera mengatur langkah keluar dari pintu dewan yang terbuka luas tanpa disedarinya.
Aku menyusuri satu jalan kecil yang membawa aku ke sebuah taman yang dipenuhi banyak pokok pokok hijau dan bunga bungaan.Dan bintang yang terang malam ni membuatkan suasana di sini aman.Tangan aku automatik mengangkat kamera dan menangkap beberapa keping gambar.Cantik.
Pemandangan tumbuhan hijau waktu malam yang dipenuhi bintang terang.Memang mendamaikan.Mampu tenangkan hati yang panas sebab si Minhye gedik tu.
Gambar gambar yang aku tangkap sebentar tadi,aku belek.Ada empat semuanya.Gambar pertama.Cantik.Well,tengoklah siapa tukang tangkapnya.Gambar kedua.Mestilah cantik jugak.Gambar ketiga.Sama cuma rasa ada sesuatu yang pelik dengan gambar ni.Ada sesuatu dekat hujung gambar ni.Aku pun zoom pada bahagian hujung gambar(kamera umin ni zoom dia tahap boleh nampak berapa biji jerawat ada dekat muka,kamera mahallah katakan><).Ada satu kelibat yang sedang duduk di sebuah kerusi.Berpakaian putih.Gulp!Siapakah?Bulu roma aku dah berdiri tegak.
Comments