chapter 6

Seize
Please Subscribe to read the full chapter

    Krystal,Hyuk Dan puan Han(omma Hyuk) sedang menonton televisyen bersama di ruang tamu. Mereka semua khusyuk memandang televisyen sambil mengunyah keropok yang digoreng oleh puan Han sebentar tadi.

    Puan Han menyandarkan badannya di sofa, kemudian dia memandang Krystal disebelahnya yang sedang duduk bersila diatas sofa sambil memeluk bantal di pehanya. Dia tertanya-tanya,kenapa Krystal tidur di belakang kedainya tempoh hari? Apa yang telah terjadi kepadanya? 

  "Soo Jung." Panggil puan Han lembut. Krystal menoleh kepalanya memandang puan Han sambil kening kanannya dinaikkan. Kemudian dia mengalihkan kembali kepalanya pada televisyen

 "Hmm?" 

  "Omma nak tanya sikit boleh tak?"

  "Tanyalah." Krystal tidak memandang puan Han,matanya setia melihat rancangan yang menarik perhatiannya itu. Adakalanya dia tergelak sambil mengunyah keropok. Sungguh tidak sopan.

  "Omma nak tanya. Dua minggu lepas,kenapa kamu tidur di belakang kedai omma?" Ketawa Krystal yang tadinya terus hilang. Kunyahannya juga diperlahankan. Krystal memandang puan Han disebelahnya.

     Hyuk yang khusyuk melihat rancangan itu terus tidak berminat untuk melihatnya. Yang menarik perhatiannya Sekarang ini ialah soalan ommanya kepada Krystal. Krystal tidak pernah menceritakan kenapa dia tertidur di belakang kedai ommanya.

  "Ada sesuatu yang terjadi  kepada Soo Jung ke waktu tu?" Tanya Puan Han lagi. Krystal tersenyum lalu dia mengangguk. Puan Han Dan Hyuk memandang sesama sendiri,kemudian mereka memandang Krystal yang sedang menundukkan mukanya. Puan mula mengusap belakang badan Krystal.

  "Kalau ada masalah,bagitaulah kami. Kitakan sekeluarga." Puan Han memberi senyuman yang menyenangkan kepada Krystal. Hyuk menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan ommanya.

    Krystal mengangkat kepalanya,dia membetulkan rambutnya kebelakang. Kemudian dia memegang tangan puan Han dan tersenyum.

  "Appa saya..." Air Mata Krystal mula bergenang di kelopak matanya teringat kejadian yang menyakitkan hatinya itu. Hyuk Dan puan Han memendang Krystal untuk mendengar masalahnya.

  "Kenapa dengan appa Soo Jung?" Tanya Puan Han.

  "Dia...dia halau saya Dari rumah." Puan Han menutup mulutnya kerana terkejut.

   "Saya ada ibu tiri. Dia sangat licik. Dia juga dah bunuh omma saya,saya memang tidak boleh maafkan dia." Kata Krystal sambil menangis. Puan Han mengusap lembut belakang Krystal supaya dia tenang.

  "Disebabkan dia... Saya dihalau dan disebabkan dia juga appa saya sudah tidak mengaku lagi yang saya ni anak dia." Sambung Krystal lagi.

  "Saya dah nekad nak balas dendam pada mereka,kerana mereka telah merampas semua harta omma saya. Tapi,saya tak tahu macam mana?" Tangisan Krystal makin kuat. Puan Han terus memeluk Krystal Dan membelai rambutnya.

  "Sabarlah sayang. Omma pasti mereka akan dapat balasannya. Omma akan sokong kamu. Jadi,kuatkan semangat." Kata puan Han sambil menepuk lembut lengan Krystal yang berada didalam pelukannya itu.

  "Hyuk pun akan sokong noona." Celah Hyuk.

  "Terima kasih omma,terima kasih Hyuk. Soo Jung bersyukur sangat dapat keluarga yang baik macam ni." Kata Krystal dengan suara yang serak kerana menangis.

#################

  "Baek,kau ni serious ke?" Tanya Chanyeol risau dengan perangai Baekhyun itu. Baekhyun menyarungkan blazer di badannya.

  "Aku seriuslah kenapa?" Jawab Baekhyun sambil membutangkan blazer tersebut. Dia berdiri di hadapan cermin,melihat dirinya yang segak berpakaian kerja itu. Dia memusingkan badannya untuk keluar Dari rumah tetapi dihalang oleh Chanyeol.

  "Kau dah fikir masak-masak ke?" Chanyeol mendepakan tangan supaya Baekhyun tidak boleh lalu.

  "Ye. Aku da fikir masak-masak. Kenapa dengan kau ni? Lek la." Baekhyun menolak Chanyeol ketepi. Dia mencapai kasut di luar rumah Dan mengambil tempat dihadapan pintu rumah untuk memakainya.

  "Kalau dah macam tu. Sukahati kau la. Aku pon dah tak boleh nak halang kau lagi. Aku tau sangat yang kau ni keras kepala." Chanyeol mencebik sambil menyilangkan tangannya.

  "Tau pun. Jadi,kau jangan cuba nak halang aku. Oklah pegi dulu. Tolong tengok-tengokkan Seolhyun. Kalau ada apa-apa telefon aku." Kata Baekhyun sebelum meninggalkan rumah,dia melambai-lambaikan tangannya kepada Chanyeol.

    Hari ini, Baekhyun akan pergi temu duga di syarikat SM Holdings. Dia ingin bekerja disitu Dan memudahkannya untuk membalas dendam terhadap Taeyeon.

   Setelah 40 minit, akhirnya Baekhyun sampai syarikat yang terbesar di Korea itu. Dengan penuh keyakinan,dia terus masuk ke dalam syarikat itu. 

    Beakhyun menunggu gilirannya untuk ditemu duga, tiba-tiba dia terdengar dua orang pekerja di situ sedang sembang sesuatu.

  "Cik Krystal sambung belajar kat US lepas dia tuduh ibu tirinya pembunuh."

  "Dia jugak dah letak jawatan sebagai timbalan CEO. Agak-agaknya siapa nanti akan gantikan tempat Cik Krystal?

  "Entah. Mana tahu isteri CEO tu akan jadi timbalan CEO."

  "Ye tak ye kan? Dah lah, saya nak sambung kerja. jumpa lunch nanti."

    Kedua-dua pekerja itu pun bersurai. Baekhyun dapat mendengar semuanya daripada mereka. Baekhyun mula berfikir. Krystal belajar di luar negara? Tinggalkan jawatan timbalan CEO?

    Sedang ligat dia berfikir tentang perkara tersebut tiba-tiba seorang perempuan memanggilnya. Baekhyun tersentak. Dia cepa-cepat bangun mengikut perempuan itu.

    Setelah 30 minit ditemu duga. Baekhyun keluar dari bilik tersebut. Dia berpuas hati dengan jawapan yang dia berikan kepada pengarah-pengarah syarikat tersebut. Sekarang ini, dia harus berdoa agar dia diterima bekerja disyarikat SM Holdings ini.

    Keesokkan harinya.

    Baekhyun menerima panggilan dari syarikat SM Holdings. Dia diterima bekerja di syarikat itu. Dia Sekarang betul-betul gembira terus dia menelefon Chanyeol untuk memberitahu berita gembira ini.

 

    "Hello, Yeol? Kau kat mana? Datang rumah aku kejap. Aku ada sesuatu nak bagitahu kau... Cepat sikit tau! " Baekhyun memutuskan panggilan. Dia tersenyum-senyum macam orang gila. Dia menggosok-gosokkan kedua tangannya tidak sabar ingin memberiahu Chanyeol.

  "Baek, aku dah sampai ni! Buka pintu!" Jerit Chanyeol Dari luar. Baekhyun lantas berlari membuka pintu Dan menarik Chanyeol ke dalam. Chanyeol terkejut. Baekhyun pula tersengih-sengih memandang Chanyeol.

  "Dah kenapa dengan kau ni? Tersengih-sengih."Chanyeol memandang kerek kepada Baekhyun.

  "Cuba kau teka?" Senyum Baekhyun. Chanyeol menaikkan bola mata

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Aminoz #1
Jjang!!! Ade kelainan dari cite basal, the important ththing heroin die Krystal..
Cpt buat sambungan, x sbr nk tgk ape yg Krystal akn buat dkt taeyeon.. Cian my unnie
6Queen_here #2
Chapter 6: nnti kau taeyeonn..baek ngan krys balas dendam //evil laugh//
6Queen_here #3
Chapter 5: siannnyaaaa baek..taeyeon..mcm nk bunuh je kau dlm ff ni..
Tashaa #4
Congratulations
Mrs_Hana02
#5
Sian kat krystal :(
6Queen_here #6
Chapter 4: arghh..sakitnya hati ini, jahatnye hang taeyeon ㅠㅠ, baek bengong ,sian krys, tp klau ni based on the innocent man..last hepy ending kann..
6Queen_here #7
Chapter 3: jahtnye taeyeon..x pelh dlm ff jaa..tp ape pasal baek tu bongok sngt..sakitnye hAtii!!
shalihah_abdullah
#8
Chapter 3: why taeyeon sangat kejam. baekhyun pun satu ikut jerr. Btw palli2 update