chapter 4

Seize
Please Subscribe to read the full chapter

    Krystal melangkah ke dalam rumah dengan keadaan lemah longlai. Dia dibantu oleh Suho. Mereka baru sahaja pulang daripada mahkamah.Krystal benar-benar kecewa. Dia tidak menyangka Seulgi akan mengkhianatinya.

  "Krystal!!" Jerit Tuan Jung Dari luar rumah, dia kelihatan agak marah.

  "Ya. Appa." Kata Krystal dengan lemah. Tuan Jung berdiri dihadapan Krystal sambil bercekak pinggang.

  "Kamu tahu tak apa yang kamu Sudah lakukan? Ramai media sedang mengumpul bahan tentang keluarga kita! Mereka baru sahaja dapat tahu yang kamu menuduh ibu tiri kamu sebaga pembunuh! Appa malu tahu tak!" Tuan Jung meninggikan suaranya kepada Krystal. Dia betul-betul sudah marah.

  "Krystal lakukan perkara yang betul. Memang dia ni pembunuh! Krystal pasti!" Jerit Krystal sambil menunding jari kearah Taeyeon.

  "Kamu jangan cabar kesabaran appa. Kamu tu sudah melampau tau! Kalau kamu tu betul, mana buktinya? Buktinya Sekarang ni kamu yang salah. Kamu sudah memfitnah ibu tiri kamu." Kata Tuan Jung geram.

  "Tak! Krystal tak salah. Perempuan ni memang licik. Mesti dia sudah bagi rasuah kepada saksi tadi. Krystal pasti!" Jerit Krystal.dia memandang tajam kearah Taeyeon.

    Pangg...

    Satu tamparan diterima oleh Krystal di pipi kanannya. Cecair merah pekat mula mengalir di hujung mulut Krystal. Krystal memegang pipinya yang merah itu. Rasa perit dipipinya tidak seperit hatinya Sekarang INI.

    Appanya tidak pernah menyentuh atau mengasari Krystal sebelum ini. Hanya disebab Taeyeon, dia ditampar oleh appanya sendiri. Semua yang berada didalam rumah itu terkejut melihat kejadian itu. Tetapi mereka takut untuk menghalang anak beranak itu berhenti Dari bertikam lidah.

    Suho mendapatkan Krystal. Dia memegang kedua bahu Krystal Dari belakang. Dia risau dengan keadaan Krystal Sekarang ini.

  "Kurang ajar! Sekali lagi kamu menghina Dan menuduh IBU tiri kamu bukan-bukan. Appa takkan teragak-agak akan halau kamu Dari rumah ini." Kata Tuan Jung. Krystal membulatkan matanya. Halau Dari rumah INI? Apa hak appanya untuk halau dia Dari rumah ini? Rumah INI milik ommanya bukan appa. Krystal ketawa sinis.

  "Sekarang appa membela orang asing ni Daripada anak appa sendiri? Hey,perempuan! Apa kau dah buat kat appa aku ha? Kau guna-gunakan dia kan?! Betul kan? Dasar perempuan tak tahu malu!!!" Krystal menjerit kearah Taeyeon. Dia kini betul-betul bencikan Taeyeon.

  "ANAK TAK GUNA!!" Tuan Jung Sudah hilang sabar dengan perangai Krystal. Dia menarik tangan Krystal dengan kasar Dan membawanya keluar. Tuan Jung mencampak Krystal keluar Dari pintu pagar rumahnya.Krystal ingin masuk,tetapi ditolak oleh appanya hingga dia terjatuh.

  "Pergi Dari sini! Appa tak nak tengok muka kamu lagi! Pergi! Dan lagi satu, kamu bukan lagi anak saya. Saya tiada anak yang kurang ajar macam kamu." Kata Tuan Jung lalu masuk ke dalam rumah. Tetapi Krystal sempat bersuara Dan membuatkan Tuan Jung memberhentikan langkahnya.

  "Appa tidak ada hak nak halau Krystal Dari rumah INI! Ini rumah omma bukan rumah appa!" Tuan Jung ketawa sinis memandang Krystal.

   "Sejak omma kau mati,rumah ini jadi milik aku! Jadi aku berhak nak buat apa sahaja di rumah ini. Jadi ,Sekarang kau berambus! Guard jangan bagi dia datang kesini lagi, faham" Kata Tuan Jung bangga. Kata-kata itu amat menyakitkan hati Krystal.

    Suho berlari untuk mendapatkan Krystal tetapi di halang oleh Tuan Jung.

  "Suho, kamu tak payah nak tolong perempuan gila tu. Masuk!" Arah Tuan Jung.

  "Tapi, Tuan pengerusi...."

  "Saya Kata masuk!" Keras arahan Tuan Jung kepada Suho. Suho memandang Krystal dengan penuh simpati. Krystal membalas pandangan Suho Dan memberi isyarat  supaya Suho masuk ke dalam rumah. Suho akur dengan arahan Krystal lalu dia masuk ke dalam rumah dengan perasaan berat hati.

    Krystal mengeluh lemah. Kemudian dia memandang kearah rumah banglo milik ommanya itu dengan pandangan tajam. Api dendam di anak matanya jelas kelihatan. Dia akan balas dendam. Dia akan rampas balik semua harta milik ommanya.

  "Kau sudah buat kesilapan besar kerana halau aku Dari rumah ini. Aku akan dapatkan balik harta omma yang korang dah rampas tu. Dan aku takkan tinggalkan satu sen pun untuk korang. Kita tengoklah nanti." Krystal menggenggam kedua tangannya dengan erat. Dia menarik nafas yang panjang sebelum beredar Dari situ.

################

  "Yo bro, apasal termenung je ni?" Tegur Chanyeol mengambil tempat disebelah Baekhyun. Baekhyun terus tersedar Dari lamunannya.

  "Ha? Ouh, Chanyeol bila kau sampai?" Tanya Baekhyun. Dia tidak sedar langsung Chanyeol datang kerumahnya.

  "Baru je..kau apasal termenung? Macam ada masalah je. Ceritalah." Tanya Chanyeol.

  "Tak de lah.Aku tangah fikir, betul ke apa yang aku buat ni? Aku macam rasa bersalah kat seseorang ni. Tapi...entahlah.." Jawab Baekhyun sambil mengeluh Dan meraup mukanya.

  "Kau rasa bersalah dekat siapa? Perempuan ke? Cantik tak? Kau buat apa dekat dia? Kau rogol dia eh?" Tanya Chanyeol bertubi-tubi. Baekhyun menjeling kearah Chanyeol. Pantas Baekhyun mencapai bantal dan baling kearah Chanyeol. Bantal itu tepat kena di muka Chanyeol. Chanyeol terkejut dan mengerutkan mukanya.

  "Apa ni? Main baling-baling bantal pulak." Marah Chanyeol.

  "Tau pun marah. Yang kau tanya soalan bodoh apahal?" Baekhyun pula yang marah

  "Ek eleh..aku tanya je..mana tahu kau dah jadi lelaki sejati, ajak perempuan tidur sama-sama. Mana tahu kan?" Kata Chanyeol dengan selamba.

  "Aku bukan lelaki macam kau! Pantang nampak perempuan je nak try. Eh, kau tak kerja ke hari ini?" Tanya Baekhyun sambil memandang kearah Chanyeol.

  "Aku? Kerja? Hahahaha...kerja aku mainkan perasaan perempuan jer." Chanyeol berkata dengan bangga. Baekhyun tersenyum,sudah masak dengan perangai sahabatnya itu.

  "Kau apahal datang rumah aku ni? Dah-dah pergi balik rumah kau. Menyibuk je." Baekhyun mencapai alat kawalan jauh televisyen Dan menekan butang on. Dia langsung tidak memandang muka Chanyeol ketika bercakap.

  "Wah kau.... Menghalau nampak?"kata Chanyeol ala-ala pondan.

  "Sukahati aku lah. Ni rumah aku. Aku berhak nak halau kau. Ke kau datang sini nak usha adik aku?" Usik Baekhyun. Muka Chanyeol sudah mula merah.

  "Choiii...mulut tu aku cili kang baru tahu. For your information, adik kau tu bukan test aku. She not my style." Chanyeol masih lagi dengan perwatakan pondannya itu. Terkena

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Aminoz #1
Jjang!!! Ade kelainan dari cite basal, the important ththing heroin die Krystal..
Cpt buat sambungan, x sbr nk tgk ape yg Krystal akn buat dkt taeyeon.. Cian my unnie
6Queen_here #2
Chapter 6: nnti kau taeyeonn..baek ngan krys balas dendam //evil laugh//
6Queen_here #3
Chapter 5: siannnyaaaa baek..taeyeon..mcm nk bunuh je kau dlm ff ni..
Tashaa #4
Congratulations
Mrs_Hana02
#5
Sian kat krystal :(
6Queen_here #6
Chapter 4: arghh..sakitnya hati ini, jahatnye hang taeyeon ㅠㅠ, baek bengong ,sian krys, tp klau ni based on the innocent man..last hepy ending kann..
6Queen_here #7
Chapter 3: jahtnye taeyeon..x pelh dlm ff jaa..tp ape pasal baek tu bongok sngt..sakitnye hAtii!!
shalihah_abdullah
#8
Chapter 3: why taeyeon sangat kejam. baekhyun pun satu ikut jerr. Btw palli2 update