chapter 5

Seize
Please Subscribe to read the full chapter

   Taeyeon menutup pintu rumahnya,dia baru sahaja pulang daripada berjumpa dengan Baekhyun. Sebaik sahaja kakinya ingin melangkah di anak tangga yang kelima,datang seorang pembantu menegurnya.

  "Puan, Tuan Jung ingin berjumpa dengan puan di bilik pejabatnya."

  "Tuan Jung nak jumpa dengan saya?" Taeyeon mengerutkan dahinya. Pembantu itu hanya mengangguk.

  "Terima kasih,ahjumma." Senyum Taeyeon kepada pembantu itu.

    Taeyeon meneruskan langkahnya menaiki tangga Dan menuju ke bilik pejabat Tuan Jung. Dia mengetuk pintu dengan berhati-hati. Selang beberapa saat dia mendengar suara meyuruhnya masuk.

    Pintu dikuak dengan perlahan-lahan. Taeyeon dapat lihat Tuan Jung sibuk menandatangani dokumen-dokumen diatas mejanya. Taeyeon melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

  "Ada apa yeobo panggil saya kesini?" Tuan Jung memandang Taeyeon dengan pandangan yang serius. Taeyeon mejadi takut.

  "Duduk." Kata Tuan jung. Dia bangkit Dari kerusinya dan mempelawa Taeyeon untuk duduk di sofa. Tuan Jung mengambil tempat di hadapan Taeyeon supaya mudah untuk berbincang. Taeyeon memandang suaminya dengan perasaan gementar kerana riak wajah suaminya itu sangat tegang.

    Tuan Jung mencampakkan buku kecil diatas meja. Taeyeon merenung buku kecil itu. Sepertinya buku itu macam buku akaun bank. Kenapa Tuan Jung memberinya buku akaun bank?Taeyeon megambil buku tersebut Dan menyelak helaian buku tersebut. Mulutnya dilopongkan, matanya juga dibesarkan kerana terkejut. Duit satu juta won telah dikeluarkan Dari bank tersebut. Perlahan-lahan matanya memandang kearah Tuan Jung yang sedang merenungnya Dari tadi.

  "Abang dengar kamu yang keluarkan duit tu Dari bank. Kamu buat apa dengan duit sebanyak tu?" Tanya Tuan Jung. Dia seperti sedang siasat dengan pihak polis. Sangat menakutkan. Taeyeon menelan air liurnya. Dahinya berkerut memikirkan alasan yang harus diberikan kepada Tuan Jung.

  "Ouh.. Saya... Saya..." Taeyeon menggerakkan bola matanya ke kiri Dan ke kanan memikirkan alasan yang munasabah. Tuan Jung hanya menantikan jawapan Dari Taeyeon dengan tenang. Taeyeon menggigit bibir bawahnya, matanya dipejamkan.

  "S--saya kena ugut." Tipu Taeyeon. 

  "Apa?! Kena ugut?" Kata Tuan Jung dengan riak wajah terkejut.

  "Ya. Saya kena ugut dengan seorang lelaki. Dia kata,dia akan musnahkan keluarga kita kalau saya tak bagi dia duit satu juta won tu." Yakin Taeyeon. Tuan Jung tidak boleh tahu yang dia mengeluarkan duit itu untuk beri kepada Baekhyun atas sebab peribadi.

  "Laporkan lelaki itu kepada polis." Tegas Tuan Jung. Taeyeon memandang Tuan Jung dengan pandangan terkejut.

  "Tak pe lah yeobo. Saya tak nak panjangkan kes ni." Pujuk Taeyeon,dia memberikan senyuman yang manis kepada suaminya.

  "Tak. Esok,abang nak kamu Dan G.O pergi ke balai polis. Buat laporan tentang lelaki itu. Abang tak nak dia terima duit 1juta won tu Dan masukkan dia ke dalam penjara. Berani dia mengugut kita. Esok,Abang nak dengar yang dia sudah masuk penjara. Faham?!" Lantang suara Tuan Jung membuatkan Taeyeon tersentak.

  "B--baiklah. Saya akan buat laporan polis esok." Kata Teayeon perlahan. Tuan Jung berdehem sambil menganggukkan kepalanya. Taeyeon mengeluh perlahan,dia menggigit bawah bibirnya Dan memejamkan matanya. Apa patut dia buat Sekarang?

###################

    Keesokkan harinya.

    Hujan turun dengan lebat sekali membasahi bumi.Baekhyun pergi ke rumah Taeyeon untuk pulangkan semula duit yang dia bagi semalam. Dia tidak dapat terima duit sebanyak itu. Dia bukannya Mata duitan.

    Tangannya ingin menyentuh loceng rumah tersebut. Tetapi,dia tiada keyakinan untuk berjumpa dengan Taeyeon lantas dia menarik tangannya kembali Dari menekan loceng itu. Baekhyun menyandarkan badannya pada dinding rumah itu, mukanya didongakkan keatas kemudian dia mengeluh. Dia ragu-ragu ingin menekan loceng ataupun tidak.

   Dia kembali memandang butang loceng tersebut,menarik nafas sedalam-dalamnya. Baekhyun mula menggerakkan tangganya untuk menekan loceng itu. Tetapi perasaan tidak yakinnya itu  kembali menyelubungi dirinya. 

   Akhirnya,dia mengambil keputusan untuk tidak menekan loceng rumah itu. Dia menyeluk poket seluarnya Dan mengeluarkan sebatang pen. Baekhyun menulis sesuatu di sampul surat tersebut Dan memasukkan sampul itu ke dalam peti Surat rumah banglo tersebut. Kemudian dia beredar Dari situ.

    Sesampainya baekhyun dikawasan rumahnya,dia ternampak Seolhyun berdiri di hadapan rumah kebasahan sambil menangis teresak-esak. Baekhyun bergegas mendapatkan Seolhyun dan hulurkan payung kepada Seolhyun.

    Seolhyun mula hairan dirinya tidak terkena air hujan. Dia  memandang belakang Dan mendapati abanganya yang telah lindunginya daripada terus dibasahi air hujan.

  "Oppa!!!!" Jerit Seolhyun sambil memeluk pinggang baekhyun. Tangisannya makin kuat apabila menjerit nama Baekhyun. Baekhyun mula risau dengan keadaan Seolhyun.

  "Seolhyun. Kenapa ni? Kenapa berdiri kat luar? Kan Sekarang tengah hujan,kenapa tak bawa payung sekali tengok kan dah basah lencun. Hey,kenapa menangis ni?" Tanya Baekhyun risau. Seolhyun langsung tidal mahu lepaskan pelukannya.

  "Oppa tak boleh pergi!" Baekhyun mengerutkan mukanya. Dia nak pergi mana pula? Dia melepaskàn pelukan adiknya untuk mengetahui apa yang telah berlaku kepadanya.

  "Ada polis datang nak bawa oppa pergi balai polis." Kata Seolhyun sambil menangis teresak-esak.

  "Polis?" Tanya Baekhyun. Kenapa polis mencarinya? Dia ada buat salah ke? Seolhyun mengangguk.

  "Mereka ada kat dalam rumah. Mereka tengah selongkar barang oppa. Seolhyun dah larang mereka tadi, tapi mereka langsung tak endahkan Seolhyun." Seolhyun masih lagi menangis.

  "Seolhyun ambil payung ni,oppa nak tengok apa yang berlaku." Baekhyun berlari ke dalam rumah. Dia melihat dua orang anggota polis baru keluar Dari rumahnya. Langkah Baekhyun terus terhenti.

  "Apa yang berlaku ni?" Tanya Baekhyun yang basah kuyup kepada anggota polis itu.

  "Kamu... Byun Baekhyun. Betul kan?" Tanya anggota polis itu. Baekhyu mengangguk.

  "Ya. Saya Byun Baekhyun. Apa yang berlaku ni?" 

   "Kamu ditahan atas tuduhan mengugut." Seorang anggota polis itu menunujukkan sekeping kertas kepada Baekhyun Dan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Aminoz #1
Jjang!!! Ade kelainan dari cite basal, the important ththing heroin die Krystal..
Cpt buat sambungan, x sbr nk tgk ape yg Krystal akn buat dkt taeyeon.. Cian my unnie
6Queen_here #2
Chapter 6: nnti kau taeyeonn..baek ngan krys balas dendam //evil laugh//
6Queen_here #3
Chapter 5: siannnyaaaa baek..taeyeon..mcm nk bunuh je kau dlm ff ni..
Tashaa #4
Congratulations
Mrs_Hana02
#5
Sian kat krystal :(
6Queen_here #6
Chapter 4: arghh..sakitnya hati ini, jahatnye hang taeyeon ㅠㅠ, baek bengong ,sian krys, tp klau ni based on the innocent man..last hepy ending kann..
6Queen_here #7
Chapter 3: jahtnye taeyeon..x pelh dlm ff jaa..tp ape pasal baek tu bongok sngt..sakitnye hAtii!!
shalihah_abdullah
#8
Chapter 3: why taeyeon sangat kejam. baekhyun pun satu ikut jerr. Btw palli2 update