chapter 3

Seize
Please Subscribe to read the full chapter

  "Kenapa noona bagi baek gambar ni? Nak buat apa dengan gambar ni?" Tanya Baekhyun. Taeyeon tersenyum

  "Baek ikut dia. Kemana sahaja dia pergi, dengan siapa dia berjumpa. Lepastu bagi tahu noona. Ini nombor telefon noona." Taeyeon menulis nombor telefonnya di sekeping kertas. Lalu,dia memberikan kertas tersebut kepada Baekhyun.

  "Tapi, kenapa Baek kene buat semua ni? Kenapa noona suruh baek ikut perempuan ni?" Baekhyun mengerutkan mukanya. Dia tidak mengerti apa motif Taeyeon menyuruhnya mengikuti Krystal.

  "Baek buat saja apa yang noona suruh. Noona akan bayar Baek nanti." Kata Taeyeon. Baekhyun mengeluh. Tapi demi Taeyeon dia akan lakukan apa yang Taeyeon suruh.

  "Baiklah. Baek akan ikut cakap noona. Tapi,noona kena janji dengan Baekhyun yang noona akan tinggalkan rumah itu." Baekhyun memandang Taeyeon dengan harapan Taeyeon akan berjanji dengannya untuk tinggalkan Rumah itu. Taeyeon menarik nafas Dan menghembusnya.

  "Ya. Noona janji." Kata Taeyeon sambil tersenyum. Melihat Taeyeon tersenyum,baekhyun juga turut mengukir senyuman. Dia percayakan Taeyeon.

############

   Krystal brusaha gigih untuk mencari bukti tentang kematian ommanya. Dia sanggup tidak tidur malam untuk menjatuhkan Taeyeon. Sejak kebelakangan ini dia jarang berada di rumah. Setiap hari dia keluar dari pagi hingga ke malam. Mujur ada Suho yang rela hati ingin menemaninya.

   Krystal dikejutkan dengan bunyi telefonnya. Dia terlalu penat untuk menjawab panggilan tersebut. Dengan malas, dia mencapai telefon bimbitnya di meja yang terletak di sebelah katilnya. Tampa melihat nama si pemanggil, dia terus menjawab panggilan tersebut.

  "Hello." Jawab Krystal dengan malas. 

  "Apa?!" Krystal terus bangun daripada pembaringannya. Pemanggil yang tidak dikenali itu membuat Krystal terkejut.

  "Boleh kita jumpa sekarang? Kita kena berbincang." Kata Krystal kepada pemanggil tersebut.

  "Ok. Kita jumpa di kafe Winter. Awak tahukan kat mana?" Tanya Krystal dengan semangat.

  "Bagus. Jumpa awak kat sana. Bye." Krystal bergegas mendapatkan jaketnya di dalam almari Dan terus keluar Dari bilikya. Dia menelefon Suho agar dapat menemaninya ke tempat yang nak dituju.

     Dalam masa yang sama,Baekhyun sedang memerhatikan rumah banglo dihadapannya di dalam kereta yang diberi pinjam oleh Taeyeon. Dia menantikan gadis yang bernama Krystal keluar Dari Rumah itu. Kemudian,Baekhyun melihat sebuah kereta berhenti di hadapan banglo tersebut. Baekhyun mengecilkan matanya untuk melihat siapa yang baru keluar dari kereta tersebut.

    Krystal melangkah keluar dari rumahnya Dan bertemu Suho yang baru keluar Dari keretanya. Suho membuka pintu kereta untuk Krystal dan menutupnya. Kemudian kereta yang dipandu oleh Suho meninggalkan perkarangan rumah Krystal.

    Baekhyun cepat-cepat mengekori Krystal. Setelah 30 minit di dalam kereta,mereka telah sampai di kafe Winter. Krystal melulu masuk ke dalam kafe tersebut bersama Suho.

    Krystal mencari kelibat orang yang menelefonnya tadi, kemudian dia ternampak seorang perempuan memakai blaus berwarna hijau cair Dan legging berwarna hitam melambaikan tangan kearahnya. Krystal terus mengambil tempat duduk dihadapan perempuan itu diikuti dengan Suho yang mengambil tempat bersebelahan dengan Krystal.

   Baekhyun pula mengambil tempat duduk dibelakang Krystal untuk mendengar perbualan Krystal bersama perempuan yang tidak dia kenali itu. Baekhyun mengeluarkan telefon bimbitnya di poket belakang seluarnya untuk menghantar mesej kepada Taeyeon.

To: Taeyeon noona

From: Baekhyun

    Noona. Saya sedang ekori Krystal. Sekarang ini dia sedang berjumpa dengan seorang perempuan.

    Tidak lama selepas itu, telefon Baekhyun berbunyi menandakan mesej masuk.

To: Baekhyun

From:Taeyeon noona

   Perempuan? Perempuan mana? Tak pe, teruskan kerja Baekhyun. Nanti kalau sudah selesai telefon noona.

   selepas membaca mesej Taeyeon,Baekhyun menutup telefonnya Dan meneruskan kerjanya untuk mendengar perbualan Krystal dengan perempuan itu.

  "Kamu cakap tadi, kamu nak bagitahu saya tentang puan Kang. Kan?" Tanya Krystal kepada perempuan itu.

  "Ya." Krystal mula memeluk tubuh Dan bersedia untuk mendengar cerita perempuan di hadapannya itu.

 "Okay. Apa dia?"

  "Saya rasa,saya patut bagitahu Cik pasal benda ni. Saya tak sanggup nak simpan benda ni lagi." Kata perempuan ITU hendak menangis. Ini mesti perkara yang serius. 

  "Bawak bertenang Seulgi. Tarik nafas perlahan-perlahan. Lepastu awak cerita kat saya. Apa yang awak nak bagitahu saya pasal puan Kang." Krystal cuba untuk menenangkan perempuan yang bernama Seulgi itu.

    Seulgi adalah bekas pembantu di Rumah Krystal. Dia bekerja bersama-sama dengan Taeyeon. Dia berhenti bekerja sebagai pembantu pada tiga bulan yang lepas selepas kematian CEO SM Holdings itu kerana terpaksa merawat ibunya yang sakit di kampung.

  "Puan Kang tidak bersalah. Dia tidak meracuni puan besar." Kata Seulgi.Krystal Dan Suho berpandangan sesama sendiri. Kemudian memandang semula kearah Seulgi.

  "Kenapa awak kata puan Kang tidak bersalah?"Suho mencelah. Dia beryanya bagi pihak Krystal yang sedang memandang serious kearah Seulgi.

  "Saya nampak dengan Mata kepala saya sendiri. Taeyeon unnie yang masukkan racun dalam minuman puan besar." Kata Seulgi. Krystal menggenggam tangannya. Jadi apa yang dia nampak ITU betul. Dia tidak salah lagi,Taeyeon yang membunuh ommanya. Tetapi, Taeyeon masih lagi tidak mahu mengaku selepas dituduh sebagai pembunuh. Dia masih lagi berlagak tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku.

    Baekhyun yang berada di belakang mereka sangat terkejut dengan kenyataan perempuan yang bernama Seulgi itu. Tangannya mula menggigil. Tidak mungkin Taeyeon anggup membunuh. Taeyeon tidak sejahat itu. Dia sangat mengenali Taeyeon. Taeyeon seorang yang baik. Baekhyun betul-betul dia tidak percaya.

  "Masa itu, saya ingin mengambil pisau didapur. Waktu tu saya ternampak kelakuan Taeyeon unnie sangat mencurigakan. Jadi saya mengambil keputusan untuk bersembunyi. Saya ingatkan dia meletak ubat dalam minumannya. Jadi,saya biarkan jela. Saya tak sangka,air itu untuk puan besar." Jelas Seulgi dengan panjang lebar.

   Krystal menahan amarahnya. Dia akan bawa kes ini ke mahkamah Dan masukkan Taeyeon ke dalam penjara. Sekarang dia sudah bukti yang kukuh. Seulgi adalah saksi dimana Taeyeon meletakkan racun didalam minuman ommanya. Krystal juga melihat kejadian itu. Tetapi dia tidak pasti kerana waktu itu Taeyeon membelakanginya.

  "Taeyeon unnie ada bagitahu dengan saya yang dia ingin hidup mewah di rumah Cik Krystal." Sambung Seulgi lagi. Kata-kata Seulgi itu membuatkan dahi Krystal bercantum.

flashback.

 "Seulgi..seulgi"panggil Taeyeon sambil berlari untuk mendapatkan Seulgi lantas dia memegang kedua- dua lengan Seulgi.

  "Apa dia? Kenapa berlari ni? Kena kejar dengan hantu ke unnie?" Tanya Seulgi hairan.

  " eh, taklah! Unnie ada satu cita." 

  "Cerita apa?"

  "Tadi unnie dengar puan besar

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Aminoz #1
Jjang!!! Ade kelainan dari cite basal, the important ththing heroin die Krystal..
Cpt buat sambungan, x sbr nk tgk ape yg Krystal akn buat dkt taeyeon.. Cian my unnie
6Queen_here #2
Chapter 6: nnti kau taeyeonn..baek ngan krys balas dendam //evil laugh//
6Queen_here #3
Chapter 5: siannnyaaaa baek..taeyeon..mcm nk bunuh je kau dlm ff ni..
Tashaa #4
Congratulations
Mrs_Hana02
#5
Sian kat krystal :(
6Queen_here #6
Chapter 4: arghh..sakitnya hati ini, jahatnye hang taeyeon ㅠㅠ, baek bengong ,sian krys, tp klau ni based on the innocent man..last hepy ending kann..
6Queen_here #7
Chapter 3: jahtnye taeyeon..x pelh dlm ff jaa..tp ape pasal baek tu bongok sngt..sakitnye hAtii!!
shalihah_abdullah
#8
Chapter 3: why taeyeon sangat kejam. baekhyun pun satu ikut jerr. Btw palli2 update