chapter 2

Seize
Please Subscribe to read the full chapter

    Taeyeon melangkah keluar daripada perut kereta. Dia Baru sahaja pulang Dari pasar raya untuk membeli barang dapur. Taeyeon menguak pintu pagar utama,sewaktu dia masuk ke pekarangan rumahnya dia ternampak Krystal sedang duduk di kerusi yang bertentangan dengannya sambil memegang secawan Teh.

    Krystal yang leka Daripada termenung terus tersedar dan menyedari kewujudan Taeyeon dihadapannya. Mereka Memandang antara satu sama lain. Selang tiga saat Krystl mengalihkan pandangannya ke tempat lain manakala Taeyeon pula memberikan Krystal sebuah senyuman sebelum dia mengatur langkah untuk masuk ke dalam rumah,meninggalkan Krystal keseorangan di luar. Tiba-tiba Krystal bersuara.

  "Kau jangan ingat kau akan bersenang lenang dalam rumah ini. Aku akan buat rumah ni macam neraka bagi kau." Taeyeon memberhentikan langkahnya. Dia memusingkan badannya kebelakang menghadap Krystal.

  "Apa maksud Krystal? Saya tak faham." Kata Taeyeon dengan lembut. Krystal meletakkan cawan yang dia pegang tadi di atas meja bulat yang berhampiran dengannya. Lalu dia mendekatkan dirinya kepada Taeyeon sambil memeluk tubuh.

  "Aku takkan biarkan kau bermaharaja lela dalam rumah ni. Aku akan buat apa saja untuk singkirkan kau dari rumah ni." Kata Krystal memandang tajam kearah Taeyeon. 

  "Apa salah saya? Kenapa awak benci sangat dengan saya?" Tanya Taeyeon dengan tenang. Krystal tersenyum sinis. Kura-kura dalam perahu,pura-pura tidak tahu. Kata Krystal dalam hati.

  "Aku takkan biarkan pembunuh berkuasa dalam rumah omma aku. Aku sedang berusaha untuk mencari bukti dan masukkan kau ke dalam penjara sebab kau dah bunuh omma aku!" Kata Krystal dengan geram. Taeyeon berasa kurang selesa dengan pandangan Krystal terhadapnya.

  "Apa yang kamu cakap ni? Saya bunuh omma kamu? Merepek. Kenapa saya nak bunuh pula?" Tanya Taeyeon gelisah.

  "Jangan nak berdalih la. Kau bunuh omma aku sebab kau nak harta. Kau rancang nak bunuh omma aku lepas kau dapat tahu yang appa aku akan mendapat sebahagian harta Daripada omma aku. Lepas tu, kau rancang pula nak berkahwin dengan appa aku, kan?" Tanya Krystal. Dia sudah meninggikan suara kepada Taeyeon. Taeyeon menelan air liurnya. Takut.

  "Krystal jangan salah faham. Saya tak de niat nak buat semua tu. Saya ikhlas berkahwin dengan appa kamu. Saya kahwin berdasarkan cinta bukannya harta." Taeyeon bersuara untuk meyakinkan anak tirinya itu.

  "Lagipun kita semua tahu yang puan kang sudah racun omma kamu, bukan saya. Saya tidak tahu apa-apa pon. Percaya lah." Sambung Taeyeon lagi. Krystal masih lagi memandang tajam kearah Taeyeon.

    Krystal berfikir sejenak, dia pasti dia tidak salah lihat. Memang Taeyeon yang masukkan racun tu kedalam minuman ommanya. Dia pasti.

Flashback.

   Puan Jung atau mana sebenarnya Park Jina omma kepada Krystal adalah pemilik Syarikat SM Holdings yang diusahakan bersama abangnya Park Junha. Dia juga pemilik rumah yang diduduki oleh Krystal Dan Tuan Jung.

    Sebenarnya kekayaan keluarga Jung datang Dari keluarga omma Krystal bukan Dari keluarga appa Krystal. Appa krystal hanya seorang nelayan sebelum dia berkahwin dengan omma Krystal.

     "Puan Kang, buatkan saya air." Arah Puan Jung.

   "Baiklah ,Puan Besar." Kata  puan Kang sambil menunudukkan badannya sebelum beredar.

    Tanpa membuang masa puan Kang terus menuju kedapur untuk membancuh minuman yang disuruh oleh Puan Jung tadi. 

  "Hai,ahjumma! Buat apa tu?" Tanya Krystal yang Baru turun Dari biliknya.

  "Ahjumma tengah buat air untuk omma kamu." Jawab puan Kang. Krystal mengangguk-anggukkan kepalanya sambil bibirnya dimuncungkan.

  "Ooo... Okaylah. Krystal nak pergi belakang sekejap nak bagi ikan makan." Krystal beredar Dari situ Dan menuju ke kolam ikan dibelakang rumahnya. Puan Kang hanya tersenyum melihat Krystal.

  "Puan Kang! Sun ah minta tolong tengokkan mesin basuh tu. Dia tak reti guna. Maklumla orang baru." Kata Taeyeon.

 "Apa? Nanti kejap kata Kat dia, saya nak hantar air pada puan besar." Puan Kang ingin berlalu tetapi dihalang oleh Taeyeon.

  "Dia kata sekarang. Urgent." Kata Taeyeon lagi. Dia menekan perkataan 'Urgent' itu.

  "Yelah-yelah. Kamu boleh to long bagikan air ini pada puan besar?" Tanya puan Kang. Dia menghulurkan cawan itu kepada Taeyeon. Tetapi Taeyeon tidak menyambutnya.

  "Ta- tak boleh! Saya Ada kerja nak buat." Ujar Taeyeon gagap.

  "Kalau macam tu tak pe lah nanti saya je yang hantar." Puan Kang meletakkan kembali cawan tersebut diatas meja. Taeyeom mengangguk-anggukan kepalanya sambil tersenyum.

     Puan Kang terus mengatur langkah beredar Dari situ. Setelah kelibat puan Kang hilang, Taeyeon mengeluarkan sebungkus plastik kecil Dan memasukkan serbuk itu didalam minuman tersebut. Lalu dia mengacau air itu dengan sudu sambil memandang Kiri,kanan Dan belakangnya. Setelah selesai dia masukkan plastik itu di dalam poketnya Dan dia meninggalkan ruangan dapur ITU dengan kelam kabut , takut Ada orang yang akan melihatnya nanti.

    Pada waktu yang sama,Krystal Baru sahaja  habis member I ikan makan. Dia ingin masuk ke dapur tetapi dia terlihat Taeyeon sedang memasukkan sesuatu ke dalam minuman. 

    Krystal terus menyorok di belakang pintu Dan memerhatikan tindakan Taeyeon Itu. Dia berasa hairan dengan perangai Taeyeon yang kelam kabut itu, seperti Ada sesuatu yang disembunyikan. Selepas Taeyeon tiada di dapur, Krystal yerus keluar Dari tempat persembunyiannya.

  "Pelik." Kata Krystal sambil mengangkat kedua bahunya. Krystal langsung tidak syak apa-apa. Sememangnya Krystal seorang yang positif, dia langsung tidak mahu berburuk sangka kepada seseorang. Dia terus menuju kedalam biliknya tanpa banyak soal.

    Setelah beberapa minit di dalam bilik, Krystal terdengar bunyi jeritan seseo

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Aminoz #1
Jjang!!! Ade kelainan dari cite basal, the important ththing heroin die Krystal..
Cpt buat sambungan, x sbr nk tgk ape yg Krystal akn buat dkt taeyeon.. Cian my unnie
6Queen_here #2
Chapter 6: nnti kau taeyeonn..baek ngan krys balas dendam //evil laugh//
6Queen_here #3
Chapter 5: siannnyaaaa baek..taeyeon..mcm nk bunuh je kau dlm ff ni..
Tashaa #4
Congratulations
Mrs_Hana02
#5
Sian kat krystal :(
6Queen_here #6
Chapter 4: arghh..sakitnya hati ini, jahatnye hang taeyeon ㅠㅠ, baek bengong ,sian krys, tp klau ni based on the innocent man..last hepy ending kann..
6Queen_here #7
Chapter 3: jahtnye taeyeon..x pelh dlm ff jaa..tp ape pasal baek tu bongok sngt..sakitnye hAtii!!
shalihah_abdullah
#8
Chapter 3: why taeyeon sangat kejam. baekhyun pun satu ikut jerr. Btw palli2 update