chapter 1

Seize
Please Subscribe to read the full chapter

    Taeyeon mengetuk pintu anak tirinya,Krystal. Sudah berkali-kali dia mengetuk Dan memanggil nama Krystal, tetapi tiada sebarang jawapan daripada Krystal.

   Taeyeon mengambil keputusan untuk memulas tombol pintu bilik itu. Dia berasa lega kerana pintu itu tidak berkunci. Taeyeon membuka pintu perlahan-perlahan Dan dia ternampak Krystal masih lagi dibuai mimpi di atas katilnya.

   "Krystal,bangun sayang. Sudah pagi ni. Appa kamu tengah tunggu kamu di dapur untuk sarapan sama-sama." Taeyeon menepuk-nepuk lengan Krystal dengan lembut. Sekarang ni Krystal sedang tidur mengiring membelakangi Taeyeon.

  "Hmm." Jawab Krystal dengan dingin. Tetapi dia tiada sebarang reaksi untuk bangun. Krystal masih lagi dibuai mimpi.

    Taeyeon menarik nafas yang panjang lalu dia mengatur langkah ke arah tingkap bilik Krystal. Dia membuka langsir agar cahaya matahari dapat membangunkan Krystal daripada tidur.

  "Jangan buat appa kamu tunggu lama-lama. Lepas Mandi terus turun kebawah. Kita sarapan sama-sama." Kata Taeyeon sebelum beredar Dari bilik Krystal.

    Setelah mendengar bunyi pintu ditutup,Krystal membuka matanya lantas dia bangun Dari pembaringannya. Dia tersenyum sinis apabila dia mendengar Taeyeon memanggilnya 'sayang' sebentar tadi. Sungguh menjijikkan.

    Krystal turun daripada katilnya Dan terus mencapai tuala untuk mandi. Setelah selesai bersiap, Krystal terus turun kebawah Dan menuju kearah dapur.

  "Selamat pagi,Cik Krystal." Ucap Suho Dan G.O apabila mereka ternampak Krystal memasuki ruangan dapur. Mereka berdua turut bersarapan bersama keluarga Jung.

    Suho adalah pembantu peribadi Krystal yang sudah lama berkhidmat kepada keluarga Jung manakala G.O adalah pembantu peribadi Taeyeon yang baru sahaja diambil bekerja sebagai pekerja keluarga Jung.

    Krystal tidak mempedulikan ucapan mereka berdua. Dia terus duduk di meja makan Dan mencapai sudu untuk makan.

  "Yeobo nak apa? Biar Saya ambilkan." Tanya Taeyeon kepada suaminya dengan manja.

    Krystal yang melihat kemesraan Taeyeon Dan ayahnya terus menghentakkan sudu dia atas meja dengan kuat. Selera makannya sudah hilang. Kini semua Mata memandang kearahnya.

    Krystal menahan geram. Dia menggenggam kedua tangannya lantas dia bangun Dari kerusi untuk meninggalkan ruangan dapur.

  "Kamu nak pergi mana tu?" Tanya Tuan Jung kepada Krystal.

  "Pergi kerjalah,nak kemana lagi." Jawab Krystal denan malas.

  "Kalau ye pun,habiskanlah makanan tu dulu. Lagipun masih awal lagi nak pergi kerja." Sambung Tuan Jung.

  "Tak pe lah,Krystal tak de selera nak makan. Appa sambung lah makan." Kata Krystal dengan dingin lalu dia beredar Dari situ.

  "Isy,budak bertuah tu! Makin lama makin kurang ajar pulak perangai dia saya tengok." Keluh Tuan Jung melihat perangai Krystal yang dingin itu.

  "Sudah la tu yeobo. Mungkin dia ada masalah kat tempat kerja. Yelah,muda-muda sudah kene uruskan syarikat yang besar tu. Dia stress la tu. Yeobo pula janganlah tambahkan lagi masalah dia." Nasihat Taeyeon. Dia tahu Krystal masih tidak dapat menerimanya dalam keluarga ini. Tuan Jung hanya mengangguk,setuju dengan kata-kata isterinya itu.

  "Maafkan saya,pegerusi. Saya minta diri dulu. Saya  harus hantar Cik Krystal ke pejabat." Celah Suho dengan sopan.

  "Hmm. Baiklah. Jaga Krystal elok-elok." Pesan Tuan Jung kepada Suho.

  "Baiklah,pengerusi. Saya minta diri dulu." Suho menundukkan badannya kepada Tuan Jung sebelum beredar.

     Baru sahaja Krystal ingin membuka pintu kereta di tempat pemandu,tiba-tiba ada orang menghalangnya. Krystal memandang tajam kearah orang tersebut.

  "Tepi,saya nak pandu sendiri!" Kata Krystal dengan serius.

  "Cik Krystal,janganlah macam ni! Ini kerja saya."tegas Suho. Suho membukakan pintu di tempat duduk penumpang di belakang untuk Krystal.

     Krystal malas hendak bertengkar pagi-pagi buta ini. Dia ikut sahaja arahan Suho. Tanpa berlengah dia masuk ke dalam kereta kemudian diikuti oleh Suho di tempat pemandu.

  "Saya tak nak pergi pejabat." Kata Krystal dengan serius tanpa memandang kearah suho.

  "Habis tu,Cik Krystal nak pergi mana?" Tanya Suho sambil memandang Krystal melalui cermin di hadapan.

  "Mana-mana je lah."

  "Baiklah."

      ###########

     Baekhyun melangkah keluar di balai ketibaan. Setelah Lima tahun dia berada di negara orang Dan kini dia berada di tempat

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Aminoz #1
Jjang!!! Ade kelainan dari cite basal, the important ththing heroin die Krystal..
Cpt buat sambungan, x sbr nk tgk ape yg Krystal akn buat dkt taeyeon.. Cian my unnie
6Queen_here #2
Chapter 6: nnti kau taeyeonn..baek ngan krys balas dendam //evil laugh//
6Queen_here #3
Chapter 5: siannnyaaaa baek..taeyeon..mcm nk bunuh je kau dlm ff ni..
Tashaa #4
Congratulations
Mrs_Hana02
#5
Sian kat krystal :(
6Queen_here #6
Chapter 4: arghh..sakitnya hati ini, jahatnye hang taeyeon ㅠㅠ, baek bengong ,sian krys, tp klau ni based on the innocent man..last hepy ending kann..
6Queen_here #7
Chapter 3: jahtnye taeyeon..x pelh dlm ff jaa..tp ape pasal baek tu bongok sngt..sakitnye hAtii!!
shalihah_abdullah
#8
Chapter 3: why taeyeon sangat kejam. baekhyun pun satu ikut jerr. Btw palli2 update