Hate You, Love You

Description

Seorang lelaki bertemu seorang gadis.

Diorang jatuh cinta.

Diorag kahwin dan hidup bahagia selamanya.

 

Korang ingat semua cerita cinta tu manis ke?

Foreword

Yeonju hanya memandang ke hadapannya, melihat kembali ke arah gambar yang tergantung itu. Entah berapa lama sudah berlalu sejak perkara tersebut terjadi. Mereka sendiri pun tidak mengerti kenapa akhirnya menjadi sedemikian rupa. Jari-jemarinya mula menyentuh bingkai gambar tersebut. Menyentuh gambar tersebut seperti menyentuh orangnya yang cuma wujud dalam fikiran. Menyentuh sesuatu yang hanya wujud di dalam kotak permainan mindanya.

Melihat ke arah jam yang tergantung di dinding berwarna krim itu, jarum jam menunjukkan ia baru sahaja pukul 11. Yeonju hanya tersenyum sinis sebelum memandang ke arah jam tangannya. Berbeza sungguh jam tersebut dengan jam yang tersarung di tangannya saat itu, pukul 2.45 petang. Perbezaan beberapa jam. 

"Jam tu pun dah tak bergerak.. Macam dia.."

Kata gadis itu perlahan, sebelum mengemas kembali bingkai-bingkai gambar disitu. Memasukkannya kembali ke dalam kotak biru dihadapannya itu. Matanya sudah mula ditakungi oleh airmata yang mengugut untuk jatuh ke pipinya bila-bila masa sahaja. Terlalu banyak sekali memori di sini. Memori yang tidak mahu diingati oleh Yeonju langsung.

Kotak biru itu pun langsung tidak mengasihani Yeonju. 

"Kau pun nak seksa aku macam dia jugak kan? Memang korang taknak lepaskan aku pun kan?"

Sindir gadis itu sebelum tergelak kecil. Gelak yang dipenuhi dengan seribu satu makna yang mendalam. Yang sukar ditafsir oleh sesiapa sekalipun. Dahlah dia berseorangan sahaja di situ. Mahu sahaja orang lain menganggapnya gila nanti. Perlahan dia mengorak langkahnya keluar dari apartment kosong tersebut, setiap langkah yang diambil olehnya berat dan tidak bermaya. 

Bukan disebabkan oleh kotak biru itu pun. 

Semuanya sebab apa yang ada dalam hatinya saat itu.

"Bye-bye, Sarang.. Mama will miss you.."

Kata gadis itu perlahan sebelum mengorak langkahnya ke arah lif yang berdekatan. Itu kali terakhir dia akan ke sini. Segalanya dah tiada apa-apa makna lagi dalam hidupnya. Okay. Itu kenyataan paling mintak kaki yang pernah diberikan olehnya pada diri sendiri. Penipuan yang dia sendiri tahu takkan pernah ada hasilnya.

Kenapa?

Sebab dia tahu akan kebenarannya yang sebenar. Walau macam mana pun dia cuba, dia takkan pernah berjaya melakukannya. 

"16... 17.. 18.. 19..."

Pintu lif dihadapan matanya terbuka. Baru sahaja Yeonju ingin melangkah masuk namun bayangan di hadapannya itu membuatkan langkahnya terbantut. Membuatkannya berdiri tegak di situ. Langsung tidak mampu untuk bergerak.

"Yeon... Yeonju...."

Kotak yang dipegang di tangannya sebelum ini terus jatuh ke lantai. Memandang ke arah bayangan yang menghalang laluannya sebentar tadi. Tangannya jadi kaku, kakinya. Seluruh tubuh badannya tak mampu bergerak. Jadi lumpuh. 

Kenapa dia yang muncul di hadapannya sekarang ini?

Comments

You must be logged in to comment
sweet33 #1
Chapter 5: hahahahahaha funny sngat story nie!! update lgi tau! ^_^
The_Queen
#2
Chapter 4: HAHAHAHAHA KSIAN BOTH
sunlight_ #3
Chapter 2: Update soon ^ ^