Spicy Chilli Crabs...

Hate You, Love You

"Hei Thumbelina.. Kenapa kau jadi lalat pulak ni? Nak masuk rumah pun nak kena pakai sunglasses ke?"

Tanya Barom sinis, membuatkan gadis itu mengetap bibirnya. Menahan kemarahan yang sedang membara didalam dirinya saat ini. Mana tidaknya. Mahu sahaja dicepuk pemuda itu sekarang, tanpa rasa belas kasihan. Mungkin kalau dia menetak pemuda itu pun dia puas hati nanti, tak payahlah dia bertemu dengannya lagi. Tapi akibat untuk masuk ke penjara kerana budak itu nampak seperti sesuatu yang tak logik barangkali. 

"Aku datang sebab ini rumah makcik aku.. Dan kau baik layan aku elok-elok kalau kau masih lagi nak duduk kat rumah kau tu.."

Ugut Yeonju, sebelum mengukirkan senyumannya yang paling manis sebelum menuju ke arah makciknya yang sudah menariknya ke tengah-tengah ruang tamu tersebut untuk bertemu dengan si gadis yang ingin dikenalkan oleh Jaerim kepadanya saat itu. At least ini lebih baik. Sekurang-kurangnya dia tak perlu berdepan dengan kenyataan yang dia ada dalam ruang yang sama dengan sseseorang bernama Yu Barom saat itu.

 

Soeun ialah seorang gadis yang sangat cantik pada pandangan Yeonju. Dia ada muka yang manis. Dan juga kulit cerah. Kesimpulannya, cantik serba-serbi. Memang agak padan dengan Jaerim sebenarnya. Dia agak suka juga melihat Jaerim dan Soeun berinteraksi. Mereka seperti anjing dan kucing keduanya, sering bergaduh tapi entahlah. Untuk sesuatu yang tidak cukup pada Jaerim akan ada pada Soeun. Dan sebaliknya. 

Untuk kali ini, Yeonju memang mengiktiraf gadis yang dibawa balik oleh Jaerim sebagai pasangannya. Dan untuk kali pertama juga, tiada yang cemburu dengan hubungan rapat antara dia dan juga Jaerim. Nasib baik. Kalau tidak. Dah lama jugak dia akan menolak gadis tersebut. 

Tapi untuk duduk bersama dengan Barom dan makan dengan pemuda itu. Entah macam mana tempat duduk Yeonju yang selalunya ada di sebelah Jaerim dan Puan Song telah dirampas oleh Soeun, kalau ikutkan tiada konspirasi pun sebab Jaerim mestilah nak duduk dengan teman wanita dia and dalam kekalutan tu entah macam mana tempat duduk Yeonju boleh tersepit antara dua orang pemuda dari atas dan salah seorangnya ialah...

"Gembira jumpa kau lagi, Thumbelina..."

Kalau tak tengok pun Yeonju boleh agak siapa orang yang ada disebelahnya itu. Nada sinis tu. Ekspresi muka dia pun Yeonju boleh tiru sekarang tanpa perlu melihat langsung muka pemuda itu. 

"Kalau kau nak makan, cakap jelah.. Jangan banyak soal.."

Jawab Yeonju mudah, tangannya sudah mula mencedok lauk ketam yang dimasak olehnya sebentar tadi. Hyunil di sebelahnya sudah dicedokkan lauknya. Yeonju hanya menarik nafas panjang sebelum mengukir senyumannya yang paling manis dan juga tiruan kepada Barom, mencedokkan ketam yang pedas tersebut ke dalam pinggan musuh ketatnya itu. 

"Silalah makan dengan berselera ya, Barom?"

Jemput Yeonju sinis, melihat amaun ketam yang pedas tersebut. Agak merah juga pinggan makan Barom. Pemuda itu hanya mampu mengangguk, sambil berterima kasih kepada Yeonju. Walaupun matanya menceritakan sesuatu yang berbeza. 

 

Barom hanya mampu melihat warna merah yang ada di hadapannya saat itu. Senang cakap, Barom dan makan makanan pedas adalah dua benda yang hanya boleh disadtukan dalam satu ayat jika ada perkataan tidak di tengah-tengahnya. Ya. Itu adalah kenyataannya. Dan melihat kepada lauk di dalam pinggan miliknya saat itu, Barom tak pasti yang dia akan hidup lama lepas makan makanan itu.

"Barom.. Kenapa tak makan? Sedap tu.. Yeonju yang masak.. Cubalah rasa..."

Kata Puan Song, membuatkan Barom jadi serba salah. Mana tidaknya. Takkanlah dia hendak menolak pula. Alasan untuk seorang lelaki dewasa seperti dia tidak makan makanan pedas rasa macam agak mengarut juga sebenarnya. 

"Kenapa Muscle Guy? Takkanlah tak reti makan ketam kot? Nak aku tolong kopekkan ke?"

Tanya Yeonju disebelahnya, nada suara gadis itu memang ternyata terang lagi bersuluh sedang memerlinya saat ini. Betul. Itu adalah satu kenyataan. Memandang kembali ke pinggannya. Mungkin dia patut cuba sesekali makan makanan yang pedas. Sampai bila nak jadi penakut macam ni?

 

"Yah, hyung.. Janganla.. Nanti--"

Hyunil agak risau juga bila melihat Barom mula menjamah ketam pedas yang terhidang dalam pinggannya saat itu. Mahu tidak? Kali terakhir Barom makan makanan pedas, dia hampir dimasukkan ke wad sebab sakit perut. Mahu tak takut mereka yang lain dibuatnya. Semua orang yang ada disitu juga berhenti makan, memandang ke arah Barom yang sudah seperti cacing kepanasan di tepi Yeonju saat itu.

"Rome.. Berhenti la makan.. Nanti kau sakit.. Rome..."

Pujuk Soeun namun pemuda itu langsung tak peduli. Dia sudah dapat merasakan kepedasan yang sedang membakar setiap sudut mata, telinga, hidung, cakap jelah seluruh badannya. Panas. Yeonju yang sedang berada di tepinya juga sudah berhenti, memandang ke arahnya dengan pandangan yang sukar ditafsir. 

Ia cuma memerlukan hanya beberapa saat..

Perkataan terakhir yang didengari oleh Barom ialah Soeun dan ahli keluarganya yang lain memanggil namanya sebelum dunianya menjadi gelap dengan tiba-tiba.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sweet33 #1
Chapter 5: hahahahahaha funny sngat story nie!! update lgi tau! ^_^
The_Queen
#2
Chapter 4: HAHAHAHAHA KSIAN BOTH
sunlight_ #3
Chapter 2: Update soon ^ ^