There Is Always A First...

Hate You, Love You

Kalau boleh, mahu sahaja Yeonju menyepak muka pemuda yang berdiri di hadapannya saat itu. 

Kenapa?

Sebab mulut pemuda tu memang macam longkang busuk gila nak mampus. Itu serius. 

"Kalau kau cakap jer tahu, baik kau belajar macam mana nak cakap dengan sopan pada orang lain dulu, Thumbelina.."

Dan hari tu tak berakhir dengan baik.

 

Hari Yeonju tak sepatutnya menjadi seperti itu. Hari Yeonju sepatutnya dipenuhi dengan buku dan tulisan dan gelak tawa dan memori manis. Yup. Itu sepatutnya menjadi hari yang biasa untuk Yeonju. Hari cutinya. Ia seperti satu hari yang biasa sahaja. Kalau boleh hendak sahaja Yeonju menghabiskan masanya duduk bergulung di dalam selimut, memanaskan badannya sambil minum air teh panas. Ahh~ Seronok betul kalau itu yang terjadi.

Tapi seperti biasa, Song Jaerim takkan pernah membiarkan semua tu terjadi. 

"Yeonju!! Bangun cepat!! Kita ada blind date nak pergi hari ni!!"

Jerit Jaerim, mengejutkan Yeonju pagi itu. Harapan Yeonju untuk tidur lebih lama hari itu musnah, punah begitu sahaja. Kesan dari tidur lambat kerana menulis malam sebelumnya dan juga keletihan dari insomnia teruk yang dialaminya sejak kebelakangan ini langsung tidak membantu keadaannya kini. Mungkin juga dia perlu berjumpa dengan doktor untuk insomnianya itu. 

"Ye.. Aku dah bangun lama dah.. Tak payah goncang badan aku macam ni.. Jaerim..."

Hanya kata-kata lemah yang keluar dari mulut Yeonju saat itu namun seperti biasa, Jaerim memang agak kurang sensitif dengan perkara sedemikian rupa. Lelaki kan? Biasa la. Mood Jaerim kelihatan agak teruja hari itu jadi sedikit sebanyak Yeonju jadi malas pula hendak mengganggu mood baik sepupunya. Biarkan dia sahaja yang mengalami mood yang gelap seperti sekarang ini, bukan Jaerim. Jaerim perlu berada dalam keadaan terbaik untuk blind date tu nanti.

"Yeonju, seriously? Cantik kau hari ni.."

Tanya Jaerim, memandang ke arah Yeonju yang berdiri di hadapannya saat itu. Gadis itu hanya mengenakan baju denim berwarna biru dengan seluar kulit hitam seperti biasa. Dengan beanie dan juga kaca mata yang menjadi trademarknya. Memang Yeonju. Dia tahu sebab sebenar gadis itu menyorokkan matanya, bawah matanya sudah kelihatan agak hitam seperti mata panda. 

"Kalau kau nak pergi, baik kau cepat sikit.. Sebelum aku tukar fikiran aku hari ni.."

Jawab gadis itu, memandang ke hadapan sebelum tangannya dipaut kemas oleh Jaerim. Memang perangai Jaerim pun. Suka sangat buat hampir semua orang jadi salah faham dengan cara layanannya kepada Yeonju. Mana tidaknya. Sejak dari sekolah lagi mereka menganggap Jaerim dan Yeonju seperti pasangan kekasih. Ke mana pun berdua sahaja. Mungkin sebab tu jugak Jaerim masih lagi tidak berteman sehingga kini.

"Kau tahu tak? Aku rasa kita akan jumpa dengan jodoh kita hari ni..."

Kata Jaerim tiba-tiba membuatkan Yeonju memandang ke arah pemuda itu sekali lagi. Memang betul dia tidak peduli untuk berteman ataupun apa sekalipun namun kata-kata Jaerim betul-betul mengejutkannya. Laju sahaja tangan Yeonju menyekeh pemuda itu dengan selambanya, menganggap Jaerim hanya bergurau biasa sahaja. Fikir senang ke nak jumpa dengan jodoh ni kalau tak usaha?

 

"Barom.. Aku nampak gemuk sekarang ni.."

Kata Soeun, muncungnya sudah mula menampakkan diri sejak sekian lama. Barom hanya memandang ke arah cermin tersebut, melihat keadaan Soeun sehingga gadis itu mengatakan dirinya sudah gemuk. Mata sepetnya memeriksa imej dihadapannya dengan teliti. Soeun makin kurus sebenarnya dari apa yang dilihatnya sebelum ini. Pipinya sudah mulai cengkung. Dia juga mungkin lebih ringan dari sebelumnya. 

"You are perfect just the way you are, Soeun.."

Jawab Barom dalam Bahasa Inggeris. Memang dia sedang jujur pun. Soeun sudah kelihatan cukup cantik di matanya. Tiada apa lagi yang perlu diubah. Namun jawapannya seperti tidak menunjukkan kesan yang sepatutnya pada tuan empunya badan. Gadis itu hanya menepuk bahu Barom, menjeling ke arahnya sebelum mengambil tempat di sebelah pemuda itu. 

"Kau ni suka tahu menunjuk kau pandai cakap English.. Tapi aku tak perfect la.."

Jawab Soeun mudah, melihat ke arah telefonnya kembali. Blind datenya akan muncul dalam masa sejam lagi. Entahlah. Sejujurnya blind date bukan sesuatu yang Soeun suka lakukan pun tapi ibunya yang memaksanya berjumpa dengan pemuda itu. Pemuda yang baik. Mungkin akan sesuai dengan Soeun. Masuk yang ini, sudah hampir 11 kali Soeun pergi untuk blind date yang diaturkan oleh ibunya sendiri. Puan Kim seperti tidak senang duduk memikirkan kemungkinan anaknya itu masih lagi belum berkahwin. 

"Jomlah.. Kita pergi makan dulu.. Cepatlah Barom!"

Kata Soeun, menarik tangan Barom sebelum keduanya berlalu ke arah kafe yang berdekatan. Barom pun cuma mengikut sahaja. Apa sahaja yang akan membuatkan Soeun bahagia, dia akan menerimanya. 

Tapi kalau ikutkan, Barom lebih suka kalau orang yang membahagiakan Soeun tu ialah dirinya sendiri...

 

Yeonju hanya memandang ke arah Jaerim yang duduk berhadapannya saat itu, memerhatikan pemuda itu tidak tentu arah menghirup kopinya sebelum tersedak, mungkin agak gemuruh. Masa begini jugaklah dia nak jadi gemuruh macam ni. Tangan Jaerim pun tak reti duduk diam, sekejap membetulkan rambutnya, sekejap membuka jaketnya, sekejap disarungnya balik. 

"Song Jaerim. Pandang muka aku. Kau dah hensem dah. Cukuplah tu betulkan rambut kau tu. Rimas tahu tak?"

Kata Yeonju perlahan, memerhatikan pemuda itu sebelum menyambung kembali kerjanya. Ya. Dia memang agak workaholic sedikit. Mungkin sebab itu juga dia sentiasa membawa netbooknya bersama, mudah untuk dia merekodkan idea yang datang tiba-tiba. Dan kafe sebegini memang sering memberikan inspirasi untuknya menulis sekali sekala.

"Kau ni.. Aku just nak nampak perfect jer kat mata perempuan tu nanti. Aku taknak la dia nampak aku selekeh ke ape ke.. Malu.."

Jawab Jaerim, tangannya menghirup sekali lagi kopi Americano yang dihadapannya sebelum seseorang secara tidak sengaja melanggar belakang Jaerim saat itu, menyebabkan pemuda itu tersembur air kopinya tepat ke muka Yeonju, membuatkan gadis itu berada dalam kemanisan yang takkan pernah ada tandingannya. 

"Really Jaerim? Habis baju baru aku tahu tak?"

Tanya Yeonju, sedikit sinis dalam nadanya. Mana tidaknya. Kemeja denim itu baru dibelinya dalam dua hari yang lepas. Dan sekarang dah bertanda dengan kesan kopi yang disembur dari mulut Jaerim sebelumnya. Memang hebat betul hari ni. 

"Kau tunggu sini diam-diam.. Tengokkan barang aku.. Aku nak bersihkan diri sekejap.. Tunggu sini faham?"

Arah Yeonju tegas, membuatkan Jaerim hanya mengangguk perlahan. Mungkin takut mendengar kata-kata gadis itu. Mana tidaknya. Yeonju bukan seorang gadis yang agak baik kalau dia dah naik angin. Dan Jaerim tak mahu memburukkan lagi keadaan. Perlahan Yeonju mengorak langkahnya ke arah bilik air yang berdekatan. Dia perlu membasuh mukanya dengan kadar segera. Melekit tak tentu hala macam ni. Dia sedar ada beberapa pasang mata yang sedang memandang ke arahnya saat ini. Tapi dia peduli apa. Sekarang ni membasuh mukanya adalah lebih penting. 

"Ladies is under maintainence."

Yup. Betul. Nasib malang dalam hidup Yeonju baru sahaja bertambah menjadi lebih teruk. Dahlah mukanya melekit macam ni. Tandas wanita pulak sedang dibaiki. Apa lagi yang lagi malang sekarang ni? Fakta yang dia perlu temankan Jaerim untuk blind date dia lagi sekali. Okay. Ini memang betul-betul mencabar kesabaran sekarang ni. Yeonju hendak sahaja menuju ke arah tempat duduknya balik apabila dia terlihat tandas lelaki berhadapan dengan tandas wanita saat itu dan kepalanya entah kenapa dipenuhi dengan idea yang bukan-bukan.

"Helo! Ada orang tak kat dalam?!"

Jerit Yeonju, cuba mengetuk pintu tandas tersebut sebelum masuk ke dalam selepas memastikan tiada sesiapa di dalamnya. Ini akan jadi sangat-sangat cepat. Dia hanya akan basuh mukanya dan bersihkan sikit baju denimnya tu sebelum balik semula ke tempat duduknya. 

Settle.

Yeonju sedang mengeringkan bajunya yang sudah dibasuh di tempat pengering tangan itu apabila seseorang keluar dari salah sebuah kubikel di tandas tersebut, membuatkan keduanya jadi terkejut saat itu. Mana tidaknya. Yeonju sedang berdiri di situ, dalam keadaan yang agak seksi manakala pemuda itu pula hanya memerhatikannya, telinganya sudah merah memandang ke arah Yeonju.

"Damn!" 

Bagai lipas kudung, Yeonju berlari masuk ke kubikel yang terdekat. Mahu tak malu? Dahlah macam ni. Segera dia menyarung bajunya sebelum keluar semula dari kubikel tersebut, memandang ke arah pemuda tersebut yang masih berdiri di situ, memerhatikannya dengan pandangan yang agak pelik. Lebih teruk saat itu?

"Yeonju!! Lee Yeonju!! Kau kat mana?! Yeonju!"

Jerit Jaerim di luar tandas itu. Entah bagaimana, pemuda itu dengan tidak semena-mena menarik tangan Yeonju ke dalam pelukannya sebelum mencium bibir gadis itu, betul-betul sebelum Jaerim masuk ke kawasan tandas itu, terus berpaling selepas melihat keduanya dalam keadaan sedemikian.

"Maaf ganggu.. Sila teruskan dengan apa yang korang buat.."

Kata Jaerim perlahan sebelum berlalu keluar dari tandas tersebut. Yeonju yang sejak dari tadi cuba melepaskan dirinya hanya mampu memandang ke arah pemuda itu dengan pandangan pelik sebelum satu tamparan hinggap ke mukanya saat itu.

"Kau fikir kau siapa?! Sesuka hati jer nak cium orang macam tu?!"

Tanya Yeonju, jelas dari suaranya dia sedang menahan kemarahannya yang membuak-buak. Mana tidaknya. Belum pernah lagi dia berjumpa dengan lelaki seperti pemuda ini. Mana ada orang yang tiba-tiba nak cium orang macam tu. Dahlah Jaerim ternampak perkara tu. 

"Kau patut fikir benda tu 10 kali sebelum kau masuk dalam tandas lelaki, cik.. Besides, you enter at your own risk.. Just brace yourself for it.."

Jawab pemuda itu mudah, tangannya masih mengusap perlahan pipinya yang sudah merah berbekas akibat daripada tamparan kuat Yeonju sebelumnya. Dia boleh merasakan rasa karat di dalam mulutnya, boleh tahan kuat juga perempuan ni. Baru ini kali pertama dia berjumpa dengan gadis sekuat ini. 

"Don't fxckin talk to me in English to me if you are just showing off, ert.. Stop staring at my chest like you never saw one before.."

Kata Yeonju, membalas kembali dengan English, membuatkan pemuda itu hanya memandangnya dengan penuh rasa kagum. Mungkin juga terkejut mendengar kata-kata kasar yang baru sahaja keluar dari mulut gadis itu. Dia nampak seperti orang yang takkan mengeluarkan kata-kata begitu.

Baru shaja Yeonju hendak keluar daripada tandas tersebut apabila dia terdengar kata-kata yang keluar dari mulut pemuda itu sekali lagi

"Kalau kau cakap jer tahu, baik kau belajar macam mana nak cakap dengan sopan pada orang lain dulu, Thumbelina.."

Mahu tak menyirap darahnya? Ada beberapa orang dalam dunia ini yang dibenci oleh Yeonju dan salah satunya ialah orang seperti pemuda ini. Yeonju sendiri tidak tahu apa yang menguasai fikirannya saat itu namun...

 

"Maafkan saya, encik Yu.. Kami akan pastikan perkara ni tak berulang lagi.."

Kata Jaerim perlahan, memandang ke arah Barom yang sedang berdiri di hadapannya saat itu. Mana tidaknya. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang terjadi antara keduanya namun Yeonju hampir sahaja didakwa oleh pihak polis kerana menyerang Barom sebelumnya. Dan melihat pada keadaan Barom saat itu. Gadis itu agak bernasib baik Barom tidak mahu membuat laporan polis mengenai perkara itu. 

"Its okay.. Kami perlu minta diri dulu..."

Jawab Soeun bagi pihak Barom. Dia dapat melihat Barom sedikit tidak selesa melihat Jaerim yang berusaha sedaya upaya meminta maaf akan kesalahan yang dilakukan oleh gadis itu. Lee Yeonju. Tapi Soeun lebih dari tahu. 

"Kau buat apa pada dia sampai dia serang kau macam ni, Rome? Sampai kena jahit bagai."

Tanya Soeun, cuba mendapatkan jawapan dari pemuda itu. Namun gagal. Barom hanya tersenyum sahaja sebelum tergelak. Entah apa yang Soeun katakan yang membuatkan dirinya tergelak sebegitu, gadis itu sendiri pun tidak mengetahuinya. Tapi pelik juga melihat Barom tiba-tiba berlagak sedemikian. Mungkin dia masih mengalami konkusi agaknya dari pukulan gadis itu sebelumnya...

 

"Aku takkan minta maaf pada orang macam tu.." 

Kata Yeonju sebelum menghempaskan pintu biliknya di muka Jaerim. Dia sudah tiada mood langsung hari itu. Harinya rosak teruk. Bajunya rosak, dia bergaduh dengan orang seteruk Barom dan juga dia hampir sahaja berdepan dengan tidur di lokap kalau Yu Barom tu berniat untuk memasukkannya ke dalam lokap.

"Tolonglah.. Aku harap sangat ini semua akan berakhir dengan cepat..."

Kata Yeonju perlahan sebelum menutup matanya. Dia tak mahu mendengar apa-apa lagi. Hari ini ialah hari yang teruk untuk dirinya. 

Esok tak mungkin jadi makin teruk kan?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sweet33 #1
Chapter 5: hahahahahaha funny sngat story nie!! update lgi tau! ^_^
The_Queen
#2
Chapter 4: HAHAHAHAHA KSIAN BOTH
sunlight_ #3
Chapter 2: Update soon ^ ^