Then Comes Second...

Hate You, Love You

"Barom-ah! Mari, makcik kenalkan.. Ini ialah anak saudara makcik... Yeonju.. Inilah budak yang makcik cakap penghuni baru rumah kat atas apartmen kamu tu.. Harap korang boleh berbaik-baik ya?"

Kalaulah makcik tu tahu betapa susahnya mereka nak berbaik sekarang ni..

 

"Hyung, muka hyung macam orang yang baru kena langgar dengan lori.."

Kata maknae mereka perlahan, membuatkan Barom mengetap bibirnya. Bukan kerana sakit pun sebenarnya. Ia lebih kepada cuba menahan dirinya daripada menyerang si pemuda yang sedang berdiri di tepi katilnya saat itu, bersabar dengan kata-kata mereka dengan penuh ketenangan. 

"Muka hyung jadi macam tu sebab perempuan ke?"

Tanya seorang lagi, membuatkan Barom memegang bantalnya dengan erat. Matanya terpejam erat, cuba melupakan kata-kata yang agak menyakitkan hati yang keluar daripada mulut seorang lagi ahli keluarganya itu. Kalau ikutkan memang hendak dikoyak-koyakkan sahaja mulut pemuda itu. Tapi ditahan. Tak mahu pula buat kes polis lain. Tak pasal-pasal masuk hospital nanti. 

'Sabar Barom, sabar...'

Kata Barom perlahan di dalam hatinya, cuba bertenang kembali. Ketenangan itu datang dengan cepatnya. Sekurang-kurangnya dia tidaklah teruk mana. Kenapalah budak-budak tersebut mengatakan dia agak suka membuli mereka? Namun ketenangan itu boleh hilang dengan cepat juga. Secepat mana ia datang sebentar tadi. 

Dan ia cuma memerlukan dua perkara.

Satu. Seorang pemuda bernama Kang Jun.

Dua. Tangan gatal Kang Jun.

"Hyung.. Sakit tak? Sakit tak?"

Tanya Kang Jun, tangannya gatal mencucuk-cucuk kesan lebam yang ada di muka Barom saat itu. Segalanya berterima kasih kepada gadis semalam. Lee Yeonju. Siapa sangka kasut tumit tinggi 4 inci milik gadis itu boleh menyebabkan Barom menerima 10 jahitan di kepalanya akibat luka dipukul oleh kasut itu? Sudahlah dipukul oleh orang sekecil itu. Namun itu bukan masalahnya sekarang ini. Tangan Barom yang sejak dari tadi sudah dikepal kepada penumbuk mula dilayangkan ke muka mereka semua, nasib baik tidak mengenai sesiapa.

Namun kesemua mereka membuat bunyi yang agak bising, membuatkan Siwoo yang sejak dari tadi hanya berbaring di dalam biliknya keluar untuk mengikat mereka di kerusi, termasuklah Barom sebelum masing-masing ditampal mulutnya dengan selotape. 

"There~ Dah tak bising dah..."

Kata Siwoo sambil tersenyum manis, sebelum mendapatkan pintu rumah mereka yang berdering sejak dari tadi. 

 

Yeonju sendiri pun tidak mengerti kenapa dia sedang berasak-asak dengan sekumpulan wanita umur pertengahan untuk mendapatkan udang yang paling segar pada harga yang murah sekarang ini. Baru 2 minit yang lepas dia sedang berdiri seorang diri dan kini dia telah dihurung oleh wanita-wanita ganas yang sedang menolak dan menyiku orang di kiri kanan mereka. Agak kurang ajar di situ. 

"Yeonju, kamu dapat tak udang tadi?" 

Tanya Puan Song membuatkan Yeonju hanya tersenyum manis. Di tangannya sudah ada plastik udang tadi. Dia agak bernasib baik dapat melepaskan diri daripada tempat tersebut. Kalau tidak? Memang jadi sardin la Yeonju di tengah-tengah lautan orang tu. Tak nak la.

"Urmm.. Makcik.. Yeonju nak pergi dapatkan something untuk Jaerim sekejap.. Makcik tunggu sini boleh tak?"

Tanya Yeonju sebelum menerima anggukan perlahan daripada Puan Song saat itu. Senyuman lebar mula terukir di bibr Yeonju lantas gadis itu menuju ke tempat yang ingin ditujunya. Bukan dia tak tahu hari jadi sepupunya itu sudah makin hampir dan dia sudah mempunyai idea yang agak hebat untuk hadiah hari jadi Jaerim.

"Bidet~~" 

Jerit Yeonju di tengah-tengah bahagian tersebut, membuatkan semua orang yang ada disitu memandangnya dengan pandangan yang agak pelik. Mana tidaknya? Menjerit di tengah-tengah kompleks membeli belah sebegitu rupa. Mesti ada sahaja yang mengatakan dia sudah gila pasti. Tapi bukan dia kisah sekali pun. Sekurang-kurangnya dia sudah mempunyai hadiah hari jadi Jaerim.

Ini adalah hari yang terbaik dalam hidup Yeonju setakat ini. 

 

 

Berjalan-jalan di sekeliling shopping complex tersebut dengan muka begini. Mukanya tidaklah seteruk manapun namun dia pasti ada juga beberapa orang lain yang sedang memerhatikannya saat ini. Untuk hari ini sahaja, dia tidak mahu memikirkan tentang Soeun dan fokus kepada makanan yang patut dibelinya sekarang ini. 

"Ramyun.. Cheese.. Hamburger.."

List yang tersenarai di dalam telefonnya itu dibaca berulang kali, cuba untuk mendapatkan kebenaran di sebaliknya namun melihatkkan ia sahaja Barom sudah dapat megetahui makan malam mereka sepanjang minggu tersebut hanya akan dipenuhi dengan makanan ringan dan juga makanan segera. Apalah malang sangat nasibnya tinggal dengan mereka sebegini rupa?

Barom sedang mencari marshmallow yang dipesan oleh Maru sebelumnya, dengan alasan mereka hendak keluar berkelah di tepi pantai hujung minggu itu. Walaupun pada hakikatnya Barom lebih mengetahui mereka hanya ingin bermain Chubby Bunny bersama-sama, Barom mendengar mereka membuat plan untuk bermain permainan tersebut malam itu. 

Ia cuma memerlukan satu benda sahaja untuk membuatkan hari bosan Barom menjadi ceria.

Dan ia memerlukan cuma satu benda untuk merosakkan hari Yeonju yang ceria kepada bosan dan gelap.

Biskut tin.

Ia cuma terjadi dalam masa yang agak sekejap. Masing-masing sedang memegang tin biskut tersebut dan menghakimi berdasarkan situasi, itu merupakan tin biskut terakhir yang ada di atas rak tersebut saat itu. Yeonju hanya mampu memandang ke arah Barom sekali lagi, cuba untuk merampas tin biskut tersebut daripada si polan yang berani mengambil alih biskut yang sudah lama dicarinya selama ini. Dan si polan itu pula harus sekali menjadi seseorang dengan nama Yu Barom bukan?

"Lepaskan tin biskut ni..."

Yeonju memberi amaran, mata besarnya merenung tajam ke arah Barom, seperti mahu menelan pemuda itu sepenuhnya. Mana tidaknya. Dia tak akan melepaskan biskut ini walau apa pun yang terjadi. Tak kiralah. Dia tetap mahukan biskut ini dan dia akan mendapatkannya. 

"Aku yang pegang dulu biskut ni pendek.. Jadi ini aku punya.."

Jawab Barom agak sinis, sama sinisnya seperti apa yang baru dikatakan oleh gadis yang berdiri di hadapannya itu. Dia dapat melihat mata gadis itu sudah merenungnya dengan keji namun entahlah. Dia takkan lepaskan biskut ini. Lebih-lebih lagi apabila ini ialah biskut kegemarannya sejak sekian lama. Dan mungkin juga kerana dia ingin menyakat gadis pendek itu. Biarkan.

Seumur hidup Yeonju, kali terakhir pemuda teruk ini memanggilnya dengan nama sedemikian, pemuda itu telah menerima 10 jahitan di kepalanya. Nampak sangat dia memang sengaja cari jahitan lagi 10 kat tempat lain pulak agaknya. Dah lama hidup ke apa budak lelaki ini? Minda Yeonju juga sudah berkira-kira bagaimana dia akan mendapatkan tin biskut tersebut namun nampak gayanya dia tetap juga akan berkasar dengan pemuda tersebut.

"Aku cakap, lepaskan.. Itu pun kalau kau masih lagi nak hidup lama, Arnab!"

Perli gadis genit itu, membuatkan Barom berusaha keras mengetap bibirnya. Gigi kapaknya itu. Dia telah mencuba sedaya upaya untuk menunjukkan imej yang agak macho dan kool tapi kenapa gadis ini perlu memusnahkan imejnya itu? Kenapa?

Pergaduhan mereka baru sahaja hendak mencapai klimaksnya apabila keduanya terdengar suara memanggil gadis itu di belakang mereka, membuatkan barom terlepas tin biskut itu. Dan gadis itu juga tersenyum dengan bahagianya. 

"Yeonju-ah.. Mana kamu pergi? Oh.. Dapat jugak cari biskut favourite kamu ni?"

Tanya Puan Song sebelum gadis itu tersenyum seperti biasanya. Bagus juga makciknya itu datang saat ini. Pemuda jelik itu pasti takkan dapat merampas biskut ini daripadanya lagi. Dan dia juga tak perlu menggunakan kekerasan. 

Namun sekali lihat pun Barom sudah dapat mengenali siapa wanita yang sedang berada di hadapannya itu saat ini. 

"Puan Song kan? Barom la.. Penyewa baru tu. Takkan Puan tak ingat pulak?."

Muka Yeonju berubah terus saat mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Barom saat itu. Penyewa baru. Hidup Yeonju yang baru sahaja disinari dengan lampu dari kemenangan biskut tadi jadi malap kembali mendengarkan kata-kata tersebut. Mana tidaknya? Sudahlah dia ada kes bersama dengan pemuda itu sebelumnya. Sekarang tinggal pula di apartmen atas? Dia pasti dia akan berjumpa dengan pemuda itu banyak kali selepas ini...

"Oh, makcik lupa nak kenalkan.. Mari sini..."

Panggil Puan Song, membuatkan Yeonju membuntangkan matanya. Mahu tidak? Masakan gadis itu mahu bertemu dengannya. Setelah mereka bergaduh seperti itu. Barom hanya tersenyum sinis sambil memandang ke arah Yeonju yang perlahan-lahan melangkah ke arah makciknya saat itu.

"Barom-ah! Mari, makcik kenalkan.. Ini ialah anak saudara makcik... Yeonju.. Inilah budak yang makcik cakap penghuni baru rumah kat atas apartmen kamu tu.. Harap korang boleh berbaik-baik ya?"

Kalaulah makcik tu tahu betapa susahnya mereka nak berbaik sekarang ni..

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sweet33 #1
Chapter 5: hahahahahaha funny sngat story nie!! update lgi tau! ^_^
The_Queen
#2
Chapter 4: HAHAHAHAHA KSIAN BOTH
sunlight_ #3
Chapter 2: Update soon ^ ^