Yu Barom

Hate You, Love You

Sebolehnya bukan ini situasi yang dia hendak berada sekarang ini. Memandang ke arah Soeun membawa seribu satu maksud. Pandangannya yang selama ini penuh dengan kasih sayang dan cinta telah berubah menjadi sesuatu yang berbeza. Penuh dengan kebencian dan juga.. Apa perasaan itu? Kemarahan? Entahlah. Cinta boleh merubah seseorang menjadi seseorang yang baik kepada yang jahat. Dan sebaliknya.

Dalam kes ni, rasanya jelas macam mana cinta dah merubah Soeun.

"Letakkan gunting tu, Soeun.. Biar aku jelas--"

Bayangan gunting yang berada di tangan Soeun saat itu jadi mimpi ngeri pada sesiapa sahaja yang melihatnya. Siapa yang tak takut? Walau macam mana kau berani sekalipun, tapi bila berdepan dengan kematian.. Semua orang boleh berubah jadi lain. lagipun, kita bukannya jeneral macam dalam cerita zaman Joseon tu. Berani tak tentu hala sampai tak takut mati. 

Sekelip mata. Itu jer yang diperlukan untuk gunting dalam genggaman Soeun tadi untuk bertemu dengan perut pemuda itu. Airmata yang sejak dari tadi bertakung di kelopak mata Soeun telah mengalir deras jatuh ke pipinya, mengembalikan gadis yang sebelumnya. Gadis yang dikenali olehnya satu masa dahulu. Tapi itu tak penting. Bukan sekarang.

Cecair merah yang mengalir keluar dari badannya yang lebih penting saat ini. Kesakitan yang datang bersama dengannya pun bukan sesuatu untuk dibuat main. Ia menyakitkan. Cubalah. Sebilah gunting ditusuk tepat ke perut. Bayangkan pun dah boleh agak betapa sakitnya rasa tu. Inikan pulak yang mengalami. Pemuda itu perlahan jatuh ke lantai, darah merah pekat itu sudah mengotorkan baju putih miliknya. Tangannya? Jangan cakap. Darah merah tersebut seperti tak berhenti keluar dari badannya. 

"Apa.. Apa yang.. Apa yang aku dah buat? Tak! Barom?! Yah!! Barom!!"

Soeun yang tadinya seperti orang yang penuh dengan kemarahan sudah berubah. Menjadi Soeun yang sebelumnya. Kepala Barom yang sudah terlantar di atas lantai saat itu dipangku ke dalam pangkuannya. Sesiapa yang melihat situasi itu sendiri tahu bahawa Barom sudah kehilangan banyak darah. Dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Tangan Soeun sudah menggigil memikirkan akibatnya. Bukan ini yang dia inginkan sebenarnya. 

"So--eun.... Aku.. Aku..."

Dalam keadaan begitu pun dia masih cuba lagi untuk mengatakan sesuatu kepada gadis itu. Airmata Soeun yang menitis jatuh ke mukanya itu membuatkan dia jadi risau. Hatinya sakit melihat gadis kesayangannya itu menangis sebegitu rupa. Jarinya yang sejak tadi sudah menggeletar cuba mendapatkan pipi Soeun, cuba menyeka airmata yang jatuh dari mata gadis itu. 

"Jang...jangan... nang..nangis...."

Darah yang mengotorkan tangan Barom saat itu juga telah mengotorkan pipi Soeun. Sebelum ni, Barom tak pernah sekalipun perasan akan wajah Soeun yang sudah semakin kurus dari sebelumnya. Rasa berat matanya itu sudah mula mengugut untuk menguasai dirinya sepenuhnya. Rasa seperti ingin ditelan oleh kegelapan yang tiada berpenghujung. Tak ingin bangun lagi. 

"Jangan berani tinggalkan aku, Barom! Jangan tutup mata kau!! Hello?! Saya perlukan ambulans sekarang!!"

Dalam panik Soeun, Barom perlahan-lahan menutup matanya. Matanya sudah rasa begitu berat sekali. Langsung dah tak boleh dibuka langsung. Dia dapat mendengar suara Soeun sayup-sayup memanggil namanya namun itu semua boleh tunggu. Dia sudah tak larat lagi.

"Soeun, saranghae...."

Tangan Barom telah terkulai ke tepinya, Soeun yang sejak dari tadi sedang sibuk cuba menghubungi talian kecemasan jadi tersentak. Dia tak boleh menerima kenyataan atas apa yang berlaku saat itu. Ini tak mungkin berlaku.

Barom..

Tak! 

Barom takkan pernah tinggalkan dia. Tak! Ini semua tak berlaku. Ini semua cumalah permainan dalam mindanya. Dia cuba menggoncang bahu Barom perlahan, cuba mengejutkan pemuda itu berkali-kali dari tidurnya yang tidak berpenghujung. Namun tubuh itu cuma kaku. Bergerak apabila digerakkan oleh Soeun. 

Airmata banyak mana pun yang mengalir jatuh ke pipi Soeun sekarang ini takkan pernah boleh mengembalikan Barom ke dalam pangkuannya. Lifeless. Dah tiada makna lagi. Soeun dah pun kehilangan orang yang paling disayanginya. Hidup Soeun jadi kosong. Tiada apa yang ada. 

.............

 

"And... CUT!!!"

 

Barom menarik nafas panjang setelah pengarah tersebut melaungkan kata-kata keramat tersebut. Mana tidaknya. Mukanya sudah hampir merah akibat menahan nafas dari sebelumnya. Kalau lama sikit tadi, mungkin juga dia sudah pengsan agaknya. Yelah. Boleh mati kalau ikutkan. Soeun yang sejak dari tadi memandang ke arahnya sudah mula mengelap airmatanya yang sudah mengalir sebentar tadi. Nasib baiklah shoot mereka untuk hari ini sudah habis. Kalau tidak. 

"Rome.. Kau okay tak?"

Tanya Soeun, matanya memandang tepat ke arah Barom yang sudah duduk sambil membuka bajunya yang melekit itu. Mana tidaknya. Darah tiruan yang mengotorkan bajunya ni. Mungkin dia patut pergi mandi sekarang. Namun pertanyaan Soeun agak sukar untuk dibiarkan begitu sahaja. 

"Okay.. Cuma agak melekit.. Nak pergi bersihkan diri dulu.. Wae Seoun-ah?"

Tanya Barom selamba, seperti berdiri separuh bogel di tengah-tengah set penggambaran tersebut adalah satu perkara yang biasa. Soeun juga seperti tidak peduli langsung dengan tindakan Barom saat itu namun gadis-gadis lain yang berada di sana. Mungkin ini adalah masa untuk mereka semua menggila melihat six-pack muscles milik Barom. 

"Esok, kalau kau free.. Okay.. I know you are free.. Boleh teman aku pergi somewhere tak?"

Permintaan Soeun membuatkan Barom tersentak seketika. Perlahan sahaja anggukan menjadi jawapan kepada jawapan Barom kepada Soeun yang sudah tersenyum manis memikirkan bahaw Barom akan menemaninya pergi ke sana. Entah kenapa. Soeun juga berlalu pulang selepas itu, sebelum Barom berjalan untuk ke bilik mandi membersihkan dirinya. Ini memang betul-betul menyakitkan hati. Melekit begini. 

"Kenapa dengan aku ni? Soeun dah takde pape perasaan pun pada kau.. Kenapa kau suka sangat ni? Get a grip, Yu Barom!"

Marah Barom kepada dirinya sendiri, memandang ke hadapan cermin yang tergantung di hadapannya saat itu. Sesungguhnya dia tidak mahu mengatakan apa-apa langsung mengenai ini tapi dari riak wajahnya sendiri pun dia tahu dia nampak sangat gembira. Walaupun dia tahu bahawa dia dengan Soeun cumalah rakan yang sangat rapat sekarang. Bahawa segala cerita antara mereka dah berakhir lama dulu. 

Bahawa Soeun sekarang sudah boleh tersenyum tanpanya. 

Bahawa Soeun cuma menganggapnya sebagai bekas teman lelakinya sekarang...

"Ini bukan date Barom.. Just teman dia jer.. Bukan ada pape pun yang akan jadi..."

 

Bau kopi yang semerbak memenuhi ruangan kafe tersebut di saat Barom menjejakkan kaki ke sana. Entah kenapa bau kopi tersebut menenangkan dirinya. Tidaklah dalam rasa yang semacam tapi Barom sukakannya. Sedap. Mungkin dia akan memesan ekspresso sekali lagi.. 

"Boleh saya ambil pesanan encik?"

Tanya pelayan tersebut, memandang ke arah Barom dengan senyuman di wajahnya. Barom hanya mengutarakan pesanannya seperti selalunya, langsung tidak perasan dengan mata-mata yang sedang memandang ke arahnya. Tidak peduli mungkin lebih tepat untuk mengatakannya. Menunggu kopinya yang siap, Barom hanya memeriksa telefon bimbitnya, matanya cuma melihat gambar Soeun yang masih ada dalam telefon tersebut. 

"Hot ekspresso no sugar untuk encik.."

Kata pelayan tersebut, mengejutkan Barom dari lamunannya sekali lagi. Barom hanya mengangguk sebelum mengambil kopinya, berlalu pergi dari tempat tersebut. Kopi yang panas dengan salji yang sejuk di luar. Dia perlu balik cepat sebelum rakan-rakannya mengamuk di rumah.

"Yeonju, kau dah habis syif kan? Kalau kau nak balik kau balik la dulu.."

Kata pelayan tadi, memandang ke arah pelayan yang membuat kopi untuk Barom sebelumnya. Yeonju hanya tersenyum sebelum mengangguk perlahan. Akhirnya habis juga syifnya untuk hari itu. Kalau ikutkan dia hendak sahaja meneruskan syif tersebut namun Jaerim pasti akan mengamuk kalau dia berbuat sedemikan. Esok dia perlu menemani Jaerim untuk blind datenya. 

"Harap esok taklah seteruk mana pun...."

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sweet33 #1
Chapter 5: hahahahahaha funny sngat story nie!! update lgi tau! ^_^
The_Queen
#2
Chapter 4: HAHAHAHAHA KSIAN BOTH
sunlight_ #3
Chapter 2: Update soon ^ ^