With Him.

Hate You, Love You

Kalaulah ini semua cumalah penipuan semata-mata.. Dah lama Yeonju cekik-cekik pemuda di hadapannya ini.

Tapi ini semua salah dirinya juga.

Mungkin ini akan kurangkan rasa bersalah dalam jiwanya tu kalau dia buat macam ni.

Tapi kan...

Perangai mangkuk ni memang betul-betul mintak penampar.

 

Yeonju mula merasakan rasa yang berat dalam hatinya saat itu. Mana tidaknya. Dia telah menyebabkan seseorang menjadi sedemikian rupa. Kata-kata daripada doktor tersebut masih lagi terngiang-ngiang dalam kepalanya. Dan juga kata-kata Soeun. Dan semua yang lain. Barom memang tak boleh makan pedas sejak dari kecik lagi. Dan semalam? Itu ialah kesudahan epik untuk kisah ini.

Dan sebab itu juga Yeonju sedang berhadapan dengan 5 orang pemuda yang semuanya jelas lagi muda daripadanya tapi masing-masing masih berani mengatakan perkara tersebut kepadanya. Sabar Yeonju. Sampai Barom sembuh je.

"Jadi sekarang ni kau nak tolong jaga hyung kami semua la? Lepas apa yang kau dah buat?"

Tanya seorang, memandang ke arah Yeonju kembali. Sekali sahaja yang diperlukan untuk Yeonju memerhatikan wajah itu dan perkataan yang pertama keluar dari kotak fikirannya ialah gelap. Ya. Kulit budak itu lebih gelap dari mereka yang lainnya. Ya, mungkin juga. Dia dapat melihat kemarahan yang terpancar dari wajah pemuda itu dan ia cuma menambahkan lagi rasa bersalah dalam jiwa raganya itu.

"Maru, jangan kurang ajar sangat.. Dia tu noona.. Hormat sikit.."

Kata seorang lagi, wajahnya sentiasa kelihatan tenang. Pemuda yang tadi cuba untuk melawan namun berdasarkan reaksi di wajah tenang tersebut, dia jadi kalah. Mungkin tak juga.

"Ini bukan salah noona.. Rome hyung yang makan benda tu. Jadi tak perlu la buat macam ni, noona..."

Jawab seorang lagi, Yeonju mengingatinya. Kangjun. Makciknya selalu menyebut nama pemuda itu juga. Selain nama Barom. 

"Kalau dia nak sangat jadi pembantu hyung biarkanlah.. Dia dah buat salah.. Dia kena tanggung.."

Jawab Hyunil mudah, Yeonju mengenalinya sebagai pemuda yang duduk di sebelahnya sebentar tadi. Dan melihat dihadapannya dia tahu pemuda yang lainnya hanya mampu mengangguk mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Hyunil.

 

Barom menyedari hakikat bahawa Yeonju sedang cuba untuk bersabar dengan dirinya sekarang ni. Kalau ikutkan, dia bukanlah sakit mana pun selepas kejadian tersebut, dia bukannya patah kaki ataupun terjun bangunan untuk Yeonju menjaganya sebegini rupa namun sesekali menyakat gadis genit itu juga tidak salah kan? Terutama sekali apabila gadis itu menerima ugutan untuk sentiasa melayannya dengan baik segala kerenahnya.

"Thumbelina, tolong siapkan kerja editing video aku tu.. Esok nak hantar.."

Itu ialah tamparan tepat yang hinggap di muka Yeonju untuk kali ke berapa pun dia sendiri tak ingat. Dia cuba untuk mencari kebenaran di sebalik perilaku pemuda yang agak menjengkelkan ini. Namun tiada satu pun yang keluar daripada mindanya. 

"Itu kan assignment kau, buat la sendiri! Kau fikir--"

Tak sempat Yeonju menghabiskan kata-katanya, jari Barom sudah pantas mendail nombor telefon makciknya, mebuatkan gadis itu terdiam mengetap bibirnya. Tidak puas hati kalau diikutkan. Bebelannya sebelum ini hanya didiamkan sahaja, tangannya sudah mula mencapai komputer riba miliknya untuk memulakan kerja assignment yang baru diserahkan oleh Barom kepadanya sebentar tadi.

Tak mengapa, Yeonju. Hanya beberapa hari. Ayat itu berulang kali dimainkan oleh Yeonju didalam fikirannya, cuba untuk menenangkan dirinya dari menyerang pemuda tersebut. 

 

"Yeonju.. Tolong aku buat kerja ni.."

Kata Barom, sememangnya sudah merengek di tepinya. Yeonju masih cuba lagi untuk tersenyum, cuba mencari ketenangan yang diperlukannya untuk menyiapkan bab baru untuk novelnya sebelum ini. Tapi melihatkan pemuda disebelahnya itu. Yeonju tak pasti bahawa dia akan dapat menulis satu ayat pun tanpa berlari ke merata-rata tempat sekarang ni. 

"Yeonju.. Aku lapar.."

Gadis itu hanya mampu melihat jjapaguri yang ada disisi Barom saat itu. Sudah bermangkuk juga dimasak oleh Yeonju dalam 3 jam yang lepas. Bukannya nak cakap apa tapi untuk seorang pemuda yang agak rendah seperti Barom, dia memang agak menjengkelkan dan kuat makan. Biar betul dia boeh habiskan semua tu dalam masa kurang dari 15 minit? 

"Yeonju.. Aku dahaga la.. Nak air..."

"Yeonju, aku tak faham.. Ajarkan.."

"Yeonju, aku nak mandi..."

Sejujurnya, sejak dari tadi lagi dia telah mencuba untuk menjadi baik namun ini bukan apa yang diharapkan olehnya. Mahu tidak? Darahnya yang sudah mendidih saat itu sudah menunggu masa sahaja hendak meletus. Dan kata-kata Barom sudah tak boleh diterima lagi.

"Kau diam sekejap boleh tak?"

Tanya Yeonju, memandang ke arah pemuda itu, tangannya sudah menghentak kuat meja dihadapannya, membuatkan Barom terdiam seketika. Belum pernah lagi dia melihat gadis genit itu naik angin sehingga begitu sekali. Memang dah sampai hadnya.

"Kau fikir kau siapa nak suruh-suruh aku buat kerja 24 jam? Aku ni maid kau ke?"

Tanya Yeonju, mata bundarnya sudah buntang memandang Barom yang sudah duduk dari posisi sebelumnya, mukanya memandang tepat ke mata gadis genit tersebut.

"Kau yang cakap--"

"Aku cuma rasa bersalah sebab buat kau macam tu, sampai kau ni jatuh sakit jadi aku nak tolong kau. Tapi ini dah melampau!! Tolonglah Yu Barom. Kalau kau nak ugut beritahu makcik pun aku dah tak kisah! Pegi matilah!"

Kata gadis itu, mengemas barangnya dengan pantas sebelum berlalu keluar daripada bilik tersebut. Dia dah tak peduli lagi. Dia terserempak juga dengan teman serumah Barom dalam perjalanannya keluar, semua hanya memandangnya dengan pandangan yang membawa seribu satu makna. Pergi matilah dengan ni semua. Sekarang ni yang penting ialah assignmentnya yang perlu dihantar esok.

 

"Matilah aku lepas ni!! Semua si Barom tuh punya pasal! Apa aku nak tulis lepas ni?!!! ARGHHH!!!!"

Jerit Yeonju, memandang ke arah langit yang tidak berbintang malam itu. Dia sendiri pun tidak sedar bila dia sudah memanjat ke atas bumbung tersebut namun yang pasti dia memerlukan sesuatu untuk dijadikan topik sekarang ni. Apa-apa pun. Sejak dari tadi juga mindanya seperti tidak boleh berfungsi dengan baik dan dia agak mengharapkan datang ke bumbung itu boleh membantunya namun tidak berhasil juga.

"Daripada kau menjerit macam orang gila sebab Rome hyung tu baik kau mula tulis karangan kau tu.."

Kata satu suara dari belakang Yeonju, mengejutkan gadis itu sepenuhnya. Pantas dia berpaling ke belakang, memandang ke arah susuk tubuh yang dapat dilihat dengan cahaya bulan yang samar-samar itu. Kim Hyunil. Kalau tak silap dia ialah rakan serumah Barom. 

"Kalau kau nak tanya apa yang aku buat kat sini, baik tak payah.. Aku cuma nak ambil udara jer.. Tiba-tiba terdengar orang menjerit. Jadi aku datang tengok."

Jawab Hyunil mudah, membuatkan Yeonju terkedu seketika. Belum pernah ada lagi orang yang boleh membaca fikirannya sebegitu rupa dan pemuda itu.. Hyunil agak menakutkan juga. Pertama kali ada orang yang boleh membaca fikirannya. 

"Kalau kau cari idea untuk buat karangan tu, cubalah cari kat website tu.. Banyak info kau boleh dapat kat situ.."

Kata Hyunil sekali lagi, menghulurkan sesuatu seperti kertas kecil. Terdapat beberapa alamat laman web disitu dan semuanya berkait rapat juga dengan apa yang dicari oleh Yeonju untuk menyiapkan tugasannya itu. 

"Macam mana kau tahu aku cari pasal ni?"

Tanya Yeonju, sedikit pelik sebelum melihat pemuda itu menuruni tangga menuju ke tingkat bawah. 

"Kadang-kadang kau patut tengok keliling jugak, coursemate..."

Jawab Hyunil sebelum berlalu meninggalkan Yeonju yang agak terpinga-pinga di atas bumbung ketika itu...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sweet33 #1
Chapter 5: hahahahahaha funny sngat story nie!! update lgi tau! ^_^
The_Queen
#2
Chapter 4: HAHAHAHAHA KSIAN BOTH
sunlight_ #3
Chapter 2: Update soon ^ ^