Of House Party...

Hate You, Love You

Yeonju hanya mampu berdiri di hadapan pintu apartment tersebut.

Memikirkan sama ada dia patut menekan loceng tersebut mahupun tidak.

"Here goes nothing..."

Kata gadis itu, menarik nafas panjang sebelum menekan loceng tersebut. Hanya untuk menyesali segala perbuatannya selepas itu. Ini tak mungkin terjadi. Bukan ini yang dimahukan olehnya sebenarnya. Tak. Ini tak mungkin. Kenapalah orang yang menyambut pintunya itu bukan sepupunya sendiri?

Kenapa Barom yang perlu berdiri di situ saat ini?

 

Jaerim hanya memandang ke arah sepupunya itu, cuba memahami apa sebabnya sepupunya masih lagi berada di dalam biliknya, terbaring di atas katil daripada bersiap-siap untuk ke rumah eommanya yang ada di bawah. Gadis itu seperti tidak mahu langsung bangun. Nak katakan dia sakit, malam tadi mereka baru jer makan jajangmyun bersama-sama. Masih sihat lagi gadis itu sepatutnya. Selalunya untuk hari-hari yang begini situasi mereka sekarang akan terbalik. Yeonju yang akan menarik-nari Jaerim untuk menolong eommanya dibawah.

Sesuatu yang teruk sedang menganggu Yeonju rasanya.

"Kau dah kenapa"

Tanya Jaerim, memandang ke arah sepupunya yang sedang memandangnya dengan pandangan yang agak keji. Seperti dia seorang sahaja yang tidak mengetahui apa salah yang telah dilakukan olehnya selama ini. Semalam elok sahaja gadis itu. Sehingga mereka bertemu dengan eomma Jaerim sebentar tadi.

Yeonju sebolehnya ingin mengelak sesuatu yang begini. Bukanlah dia membenci mereka. Ataupun tak sudi menolong makciknya itu. Dia lebih dari bahagia untuk menolong. Tapi fakta dia harus berdepan dengan seorang pemuda menjengkelkan untuk beberapa jam di hadapannya bukanlah sesuatu yang menjadi kegemarannya sejak sekian lama. Lebih-lebih lagi kalau pemuda itu ialah seseorang dengan nama Yu Barom.

"Jangan banyak cakap la Jaerim.. Aku taknak cakap apa-apa pun sekarang ni. Biarkan aku sorang-sorang sekarang."

Kata gadis itu mudah, dari cara percakapannya pun boleh diketahui bahawa dia masih lagi berada dalam kemarahan yang membara. Bukan hari-hari kita tahu yang pemuda yang paling dibenci oleh kita ialah penyewa rumah kesayangan makcik kita kan? Yeonju rasa hendak sahaja dia menumbuk-numbuk muka pemuda itu dengan lumat. 

Malangnya nanti dia akan dimasukkan ke dalam penjara sekali lagi. 

Dan dia tak mahu berdepan dengan kenyataan itu. Dan juga kenyataan bahawa Jaerim sudah mahu merajuk kerana dimarahi sebentar tadi. Bukan dia tak tahu anak manja si Jaerim tu akan merajuk lama kalau tak dipujuk sekarang. Kali terakhir Jaerim merajuk ialah beberapa hari lepas dan itu pun Yeonju terpaksa membelanjakan masa yang banyak untuk menemani Jaerim membeli sesuatu yang agak pelik jika ditanya kepada Yeonju saat itu.

Seluar belang-belang.

"Makcik cakap Soeun pun akan datang jugak.. Siapa Soeun tu?"

Tanya Yeonju, sengaja memulakan perbualan dan melihat daripada reaksi wajah Jaerim yang berubah daripada muram kepada tersengih seperti kerang busuk. Otak Yeonju yang sejak kebelakangan ini hanya dipenuhi dengan deadline untuk segala assignment universiti dan kerja sambilannya jadi ingin tahu akan apa yang terjadi pada sepupunya sepanjang masa sibuknya itu.

Dan sesuatu yang menarik nampaknya sudah terjadi kepada pemuda itu.

"Kau tunggu dan lihat jelah. Aku pun dah lama gila nak kenalkan kau dengan dia sebenarnya. Dia mesti excited jumpa kau hari ni Yeonju~"

Jawab Jaerim, sejujurnya agak teruja melihatkan sepupunya itu bertanya mengenai gadis tersebut. Apa-apa pun yang terjadi, dia nak Yeonju mengiktiraf gadis ini. Hatinya takkan tenang selagi itu belum terjadi. 

Yeonju hanya mengangguk mendengar kata-kata daripada mulut Jaerim, cuba memikirkan sesuatu yang menyeronokkan untuk dilakukan nanti. Sekurang-kurangnya taklah dia kena menghadap muka si Barom tu 24 jam kan?

 

"Yeonju-ah.. Dah siap masak ke chilli crab tu? Nak makcik tolong?"

Tanya Puan Song, sekali lagi memeriksa menu mereka untuk hari itu. Sejujurnya, semua persediaan sudah pun sedia, tiada yang perlu ditambah pun tapi dalam panik melampau Puan Song, dia seperti biasa hampir memasak chilli crab itu sekali lagi. Nasib baik juga Yeonju dan Jaerim ada untuk membantunya, kalau tidak mungkin tak siap juga majlis mereka hari itu. 

"Makcik, Yeonju nak balik dulu.. Nak tukar baju.. Nanti Yeonju datang balik okay?"

Tanya Yeonju, memandang ke arah makciknya. Wanita itu hanya mengangguk, sebelum melihat gadis itu tersenyum, berlari keluar untuk menuju ke apartmen rumahnya. Yelah. Seharian duduk di dapur. Dia dapat merasakan rambutnya bau seperti ketam cili yang baru dimasaknya sebentar tadi. Tapi ia merupakan kerja yang seronok. Makciknya itu memang suka menganjurkan parti sedemikian dan mengajak semua penyewa apartmen miliknya untuk duduk dan menikmati makanan bersama namun kali ini.... 

Nama itu muncul sekali lagi di dalam minda Yeonju saat itu.

"Kenapalah banyak-banyak orang yang boleh wujud kat dalam list penyewa makcik tu, kau yang kena sewa apartmen tu?"

Tanya Yeonju, mengetahui bahawa soalan itu memang tiada jawapannya. Otak Yeonju lebih senang memikirkan 1001 alasan bagaimana Barom boleh menyewa tingkat atas apartmen miliknya sekarang ini. Dan yang pastinya otaknya penuh dengan semua idea yang jahat dan kotor dan....

"Thumbelina... Tolong ketepi sikit boleh tak? Kau gemuk sangat sampai menghalang jalan.."

Kata satu suara dari hadapan Yeonju membuatkan gadis itu rasa hendak memukul seseorang. Jujur, memang dia hendak melakukannya saat itu. Namun ditahan. Dia dapat melihat senyuman sinis yang diukirkan di wajah pemuda itu, dan sejujurnya, dia hendak sahaja mengambil gunting dan mengoyak-goyakkan mulut celupar itu.

"Maaf.. Aku tak cakap dengan ert yang otak letak kat lutut macam kau ni.."

Jawab Yeonju sinis, sengaja melanggar bahu pemuda tersebut. Biarlah apa pun yang hendak dikatakan olehnya. Janji hatinya puas. Dapat jugak melanggar si pemuda tak guna tu. Walaupun sebenarnya bahunya yang sakit.

"Dia ni agak interesting.."

Jawab Barom perlahan, senyuman sinis yang menjadi imej budak nakalnya itu terpampang di wajahnya. Sebentar sahaja ahli keluarganya yang lain datang untuk mendapatkannya saat itu, semuanya pelik melihat Barom sebegitu rupa.

"Hyung, jangan senyum sorang-sorang.. Nanti orang ingat hyung gila.."

Kata Hyunil mudah, bersandar ke arah dinding tersebut. Wajah flowerboy miliknya itu menjadi aset utama pemuda tersebut. Dan dia juga lebih senang dipanggil Ray. Mudah dan cepat katanya.

"Entah hyung.. Nanti orang cakap muka jer handsome tapi otak tak betul.."

Kata Jaejun pula, seperti biasanya memberikan komen pedas sebegitu rupa. Barom hanya mengangguk sebelum meneruskan lagi perjalanan mereka, menuju ke rumah tempat destinasi mereka hari itu. 

 

Kalau diberi pilihan, ini yang akan dielakkan oleh Barom andai dia dapat melihat masa hadapan. Bertemu dengan Soeun pada pertemuan pertama gadis itu dengan keluarga teman lelaki barunya? Itu bukan something yang seorang bekas teman lelaki Soeun patut buat. Dan Barom sudah mula menyesali keputusannya sekarang. Mana tidaknya?

Soeun sedang tersenyum gembira, wajahnya terpancar seribu satu kebahagiaan yang susah hendak dikatakan oleh Barom saat itu.

Dia tahu jauh di sudut hatinya, dia gembira melihat gadis itu kini sudah boleh tersenyum begitu. Bahagia dan gembira. Apa lagi yang dia mahukan? Di saat mereka memutuskan hubungan mereka, Barom telah kehilangan keistimewaan itu. Untuk membuatkan Soeun seorang gadis yang bahagia. Dan disebabkan oleh itu juga hatinya sakit sekarang ini. 

"Soeun-noona.. Chukahae.. Handsome pakwe baru noona.."

Puji Kangjun, membuatkan gadis itu hanya tersipu malu. Jaerim ialah seorang pemuda yang sangat baik dan Soeun dengan bahagianya menerima bahawa dia telah mendapat rahmat terbesar dengan hanya berjumpa dan mencintai pemuda itu. Dia ialah teman sehati sejiwa Soeun, soulmate yang dibuat khas untuk gadis itu.

"Jaerim, mana pergi Yeonju? Dia tak sampai lagi ke?"

Tanya Puan Song, melihat sekelilingnya. Kesemua tetamunya sudahpun hadir pada hari itu. Semua kecuali seorang. Anak saudaranya sendiri. Matanya sejak dari tadi melilau mencari kelibat gadis muda itu, risau takut ada sesuatu yang buruk terjadi. 

"Jangan risau la eomma.. Kejap lagi sampai la budak bertuah tu. Dia tengah bersiap la tu..."

Jawab Jaerim mudah, hanya untuk menerima ketukan kuat dari eommanya selepas itu. Sudahlah orang tua itu sedang risau, boleh pula dia berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Puan Song baru sahaja ingin keluar mncari gadis itu apabila loceng rumah tersebut dibunyikan, menenangkan hati wanita itu.

"Makcik jangan la risau.. Rome, tolong bukakan pintu tu.."

Pinta Jaerim, meminta tolong Barom yang hanya memandang ke arah pintu tersebut. Sekurang-kurangnya akan ada seorang lagi peneman dia yang akan hidup dengan miserable dalam parti hari ini.

 

Yeonju hanya mampu berdiri di hadapan pintu apartment tersebut.

Memikirkan sama ada dia patut menekan loceng tersebut mahupun tidak.

"Here goes nothing..."

Kata gadis itu, menarik nafas panjang sebelum menekan loceng tersebut. Hanya untuk menyesali segala perbuatannya selepas itu. Ini tak mungkin terjadi. Bukan ini yang dimahukan olehnya sebenarnya. Tak. Ini tak mungkin. Kenapalah orang yang menyambut pintunya itu bukan sepupunya sendiri?

Kenapa Barom yang perlu berdiri di situ saat ini?

"Hei Thumbelina.. Kenapa kau jadi lalat pulak ni? Nak masuk rumah pun nak kena pakai sunglasses ke?"

Tanya Barom sinis, membuatkan gadis itu mengetap bibirnya. Menahan kemarahan yang sedang membara didalam dirinya saat ini. Mana tidaknya. Mahu sahaja dicepuk pemuda itu sekarang, tanpa rasa belas kasihan. Mungkin kalau dia menetak pemuda itu pun dia puas hati nanti, tak payahlah dia bertemu dengannya lagi. Tapi akibat untuk masuk ke penjara kerana budak itu nampak seperti sesuatu yang tak logik barangkali. 

"Aku datang sebab ini rumah makcik aku.. Dan kau baik layan aku elok-elok kalau kau masih lagi nak duduk kat rumah kau tu.."

Ugut Yeonju, sebelum mengukirkan senyumannya yang paling manis sebelum menuju ke arah makciknya yang sudah menariknya ke tengah-tengah ruang tamu tersebut untuk bertemu dengan si gadis yang ingin dikenalkan oleh Jaerim kepadanya saat itu. At least ini lebih baik. Sekurang-kurangnya dia tak perlu berdepan dengan kenyataan yang dia ada dalam ruang yang sama dengan sseseorang bernama Yu Barom saat itu.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sweet33 #1
Chapter 5: hahahahahaha funny sngat story nie!! update lgi tau! ^_^
The_Queen
#2
Chapter 4: HAHAHAHAHA KSIAN BOTH
sunlight_ #3
Chapter 2: Update soon ^ ^