Lee Yeonju

Hate You, Love You

Kalau dia mengatakan bahawa dia membenci saat seperti ini sepenuhnya, pasti orang tidak mempercayainya. Dia bencikan semua ini sebenarnya. Kalau boleh, sudah lama dia melakukan sesuatu yang lain. Membaca buku ataupun sebagainya. Mungkin juga dia boleh menulis novel yang baru. Kertas yang sejak dari tadi terletak di bawahnya itu dikeronyokkan sebelum dicampakkan ke belakang. Dia tahu kertas itu memang akan menuju ke arah lain kecuali ke dalam tong sampah berwarna biru itu dan dia sendiri pun tidak peduli.

"Lee Yeonju!! Kemas balik semua ni!"

Jerit satu suara, mengejutkan gadis itu sepenuhnya. Mana tidaknya, tiba-tiba sahaja suara setinggi 7 oktaf seperti dolfin itu didengarinya. Dalam nada marah juga tu. Memang mengejutkan Yeonju. Sehingga terjatuh ke atas lantai gadis itu dibuatnya.

"Jaerim! Kau ni kalau tak menjerit macam tu tak boleh ke?!"

Marah Yeonju, memandang ke arah rakannya yang sudah menuju ke arah katilnya, mengambil tempat di situ. Pandangan tajam yang diberikan Yeonju padanya pula seperti tidak ada apa-apa maksud, dibiarkan begitu sahaja. Mana tidaknya. Insan bernama lelaki. Memang kurang sikit bab-bab  sensitiviti kaum ni. Kalau dye sensitif, takde dia nak masuk dalam bilik orang macam tu jer.

Nama pemuda tu Song Jaerim. Dia ialah salah seorang dari musuh ketat / best friend kepada Yeonju ni. Merangkap jugak abang angkat. Merangkap jugak tempat mengadu. And yang paling penting sekali dia ialah lelaki pertama yang berani masuk dalam bilik Yeonju macam tu jer. Mana tidaknya. Jaerim dan Yeonju membesar bersama. Banyak benda yang diorang dah lalui. Bersama. Sepupu la katakan. Sepupu sangat. Mereka lebih kepada adik beradik angkat yang selalu bergaduh dan berperang sesama sendiri. 

"Yah~ Kau dah janji kan.. Nak teman aku hari ni?"

Tanya Jaerim, matanya memandang ke arah Yeonju dengan penuh harapan. Membuatkan gadis itu jadi keliru seketika. Ada ke dia berjanji dengan Jaerim sebelumnya? Diam Yeonju saat itu agak mengecewakan Jaerim, dari riak wajahnya sudah nampak dia agak kecewa Yeonju langsung tidak ingat apa yang ingin disampaikan olehnya. Terluka hatinya.

"Song Jaerim.. Kau tahu aku ni pelupa kan? Eii.. Jaerim.. Janganlah merajuk macam ni!!"

Kata Yeonju, membuat mukanya yang paling comel untuk memujuk kembali sepupunya itu. Sudahlah Jaerim susah hendak jatuh ke dalam tarikan Yeonju namun dia tahu sepupunya itu sudah memaafkannya apabila pemuda itu menunjukkan senyumannya. Sekurang-kurangnya Jaerim takkan marah padanya kali ini.

"So, kau akan teman aku kan? Tolomglah~~ Masa depan Song family ada dalam tangan kau.. Please, Yeonju~~"

Pujuk Jaerim bersungguh-sungguh, membuatkan Yeonju jadi kalah. Mana tidaknya. Cuba pandang muka Jaerim lama-lama dengan senyuman yang macam tu. Dahlah budak bertuah tu suka sangat buat muka aegyo. Memang susahlah nak menang dengan dia.

"Yelah.. Kau ni.. Apelah sangat nak pergi blind date jer pun.. Suke sangat pergi benda-benda macam ni.."

Rungut Yeonju namun dia lebih dari tahu bahawa rungutannya itu sudah tidak sampai kepada Jaerim yang seperti orang yang diserang penyakit angau sekarang ni. Bebola kertas yang bersepah tadi pun sudah dikutip habis oleh Yeonju masuk ke dalam bakul sampah di dalam biliknya. Jaerim yang tersenyum entah kenapa membuatkan Yeonju tersengih sama. 

Lagipun, apa jelah yang boleh terjadi dengan blind date kan?

 

"Hyung, cepatlah! Lapar ni~~"

Jerit satu suara dari belakang mereka sekumpulan menyebabkan mereka semua berpaling untuk melihat pemilik suara itu. Bukan mereka tak kenal dengan perangai yang seorang itu. Dia akan mula merengek bila tidak dapat makanannya. Okay. Mereka semua pun sama jer sebenarnya. Masing-masing pun tengah lapar. Standard la tu bila dah macam tu.

"Yah! Jangan lupa beli ramyun masa kau balik nanti, Yeonju!"

Terdengar satu suara yang keluar daripada rumah apartmen di hadapan mereka. Kelihatan seorang gadis keluar dari rumah tersebut, pakaian yang tersarung di wajahnya saat itu cumalah baju biasa. T-shirt oversize dan juga seluar jeans pendek seperti yang biasa digunakan oleh ahli Girls Generation. Cermin mata hitam yang tersarung di wajahnya itu menutup sedikit wajahnya, memberikan sedikit aura misteri di kelilingnya. 

"Ah.. Minta maaf korang, tapi boleh tepi sikit tak? Saya dah lambat ni..."

Kata gadis itu perlahan, sebelum menuruni tangga tersebut dengan agak pantas. Nasib baik juga mereka memberikan laluan kepadanya. Kalau tidak, mungkin dia akan lebih lambat untuk ke temu janjinya saat itu.

"Yes Mom.. I'll call you later.."

Jawab pemuda itu dengan tenang sebelum mematikan panggilan telefonnya. Telefon tersebut sudah disimpan kemas di dalam beg miliknya, bersedia untuk pulang ke rumah mereka. Rakan-rakannya yang lain sudah pasti akan membebel jika dia lewat lagi. 

Mereka berselisih, keduanya. Ataupun Yeonju telah melanggar bahu pemuda itu secara tidak sengaja saat mereka sedang berada di atas tangga itu. Hanya ucapan minta maaf yang keluar dari bibir keduanya sebelum masing-masing berlalu pergi ke destinasi masing-masing...

Dan itu ialah kali pertama keduanya bertemu....

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sweet33 #1
Chapter 5: hahahahahaha funny sngat story nie!! update lgi tau! ^_^
The_Queen
#2
Chapter 4: HAHAHAHAHA KSIAN BOTH
sunlight_ #3
Chapter 2: Update soon ^ ^