Part 4 :"what should you do and what should I do?"
When DESTINY did not belong to us..“Akhirnya ,,aku jumpa kau..”kata namja yang sedang berdiri dihadapan kyungsoo…namja itu adalah Byun baekhyun.
Baekhyun yang pada mulanya ingin pulang setelah berputus asa apabila kyungsoo gagal ditemuinya,tapi berubah fikiran apabila akhirnya dia terlihat kelibat kyungsoo bersama dengan seorang ahjumma beberapa minit yang lalu.
Kyungsoo menghentikan langkahnya tapi dia tidak langsung memandang muka sahabatnya itu..hanya kasut sport putih milik baekhyun sahaja yang menjadi tatapannya.
Baekhyun tahu yang kyungsoo tidak mahu bercakap dengannya..tapi dia tetap mahu mengatakan apa yang harus dia katakan sekarang.
“oklah..walaupun aku tahu yang….”
“tak….”kata kyungsoo memotong kata-kata baekhyun.
“kau tak tau..kau tak tau apa-apa”sambung kyungsoo lagi.
“jadi..kau kenalah bagitahu aku …bagitahu aku semua yang aku tak tahu itu.”kata baekhyun dengan suara yang mulai meninggi sambil memegang kedua-dua belah lengan kyungsoo.
“tak boleh..walaupun semua orang dalam dunia tau..aku masih berharap yang kau bukan salah seorang dari mereka..”kata kyungsoo yang mulai mengangkat mukanya..muka baekhyun ditatap.
“wae??wae??jawab la..aku tanya kenapa!!”baekhyun mula menggoncang-goncang badan kyungsoo.
“sebab kau kan mati..”kata kyungsoo dengan terpaksa.
“bwo???”baekhyun tak percaya apa yang di dengarnya.
“kau akan mati kalau kau tahu...dan aku tak boleh biarkan perkara itu terjadi disebabkan aku..”kata kyungsoo dan air matanya mula bergenang.
“apa kau merepek ni?kau jangan cakap perkara yang bodoh boleh tak..aku tak..”
“iya..aku tahu kau tak suka..”sekali lagi kyungsoo memotong kata-kata baekhyun.
“dan iya..aku tahu aku memang bodoh..dan aku tak layak untuk jadi kawan kau..jadi,lepaskan tangan kau dari lengan aku..”sambung kyungsoo lagi.
Baekhyun yang sudah kehilangan kata-kata hanya menurut kata sahabat yang dia sangat sayang itu..perlahan-lahan,lengan kyungsoo dilepas oleh baekhyun.
Dan tanpa mereka berdua sedari,sepasang mata sedang memandang tepat kearah mereka berdua dalam kesibukan orang lalu-lalang di lobi hospital itu..mata milik chanyeol.
Tling…
Comments