Part 10: "tolong aku..kyungsoo-ah"

When DESTINY did not belong to us..
Please Subscribe to read the full chapter

[masih di zaman moden..2014]

 

Di tengah-tengah taman sekolah..

“yaaa..kyungsoo..berhentilah..”jerit chanyeol yang  keletihan akibat mengejar kyungsoo yang sungguh lincah berlari itu..disebabkan tubuh kyungsoo yang agak kecil itu membuatkan lariannya sungguh pantas,mengalahkan formula1.

“tak nak..!!!”balas kyungsoo dan dia menjelirkan lidahnya lagi.

Chanyeol hanya ketawa dengan gelagat kyungsoo..dia sangat gembira kerana sekarang dia dan kyungsoo telah rapat semula..sudah setahun dia berenggang dengan kyungsoo,sahabat baiknya dari kecil itu..disebabkan satu peristiwa,mereka berdua tidak lagi bercakap antara satu sama lain dan persahabatan  yang terjalin selama 5 tahun itu seperti telah menghampiri garisan penamat .

Tapi nampaknya itu tidak benar..garisan penamat yang disangkakan telah dekat,tapi sebenarnya masih jauh..mungkin sangat jauh..atau sebenarnya garisan penamat itu tak pernah wujud..kerana kini,mereka bukan sahaja sudah bercakap antara satu sama lain ,mereka juga telah bergurau-senda ,bermain bersama-sama  dan mungkin hubungan mereka yang sekarang lebih rapat daripada yang sebelum ini,sebelum peristiwa itu berlaku.

 

FLASHBACK

1 tahun yang lalu..

Di sebuah lorong..

“oppa..tolong!!”jerit suzy..pada ketika ini,tangan dan kaki suzy diikat dan badannya dipeluk dengan kemas dari belakang oleh seorang lelaki yang berbadan sasa dan berkepala botak.

“lepaskan suzy..lepaskan adik aku!!”jerit chanyeol kepada ketua gangster yang telah menculik suzy itu.

“huh..kau nak aku lepaskan dia??ok..baiklah,,aku akan lepaskan dia..tapi..dengan satu syarat..”kata ketua tersebut.

“apa syaratnya..aku sanggup lakukan apa sahaja asalkan kau lepaskan suzy..”

“betul??apa sahaja??”tanya ketua gangster itu sambil tersenyum sinis.

Chanyeol hanya mendiamkan diri..dia tidak mengangguk mahupun menggelengkan kepalanya..tapi dia memang bertekad untuk lakukan apa sahaja untuk melindungi satu-satu adiknya itu.

“syaratnya adalah.. kau kena bawa seorang kawan kau jumpa aku esok..aku nak jadikan dia anak buah aku..,faham??”

“kawan??”gumam chanyeol.

“iya kawan..dan kalau kau gagal untuk bawa kawan kau tu ke sini esok..kau jangan pernah bermimpi yang kau akan berjumpa dengan adik kesayangan kau ni lagi..”ugut ketua gangster yang berambut perang itu.

“dah,,jom pergi..”arah ketua gangster itu kepada anak buahnya dan tak sampai seminit selepas itu,mereka semua lenyap bersama-sama suzy dengan menaiki dua buah kereta hitam.

Lorong yang sepanjang 6 meter itu kini dipenuhi dengan kepul-kepulan asap dari kereta si gangster itu dan chanyeol masih disitu.

Dia tak tau apa yang harus dia lakukan sekarang..walaupun suzy hanyalah adik angkatnya tapi dia sangat menyayangi suzy seperti adik kandungnya sendiri..lagipula,sebelum ibu dan ayahnya berangkat ke luar negara untuk menetap disana kerana urusan perniagaan ,ibu dan ayahnya telah menitipkan suzy di bawah jagaan chanyeol..jadi,kalau sesuatu terjadi pada suzy ,apa yang harus dia katakan pada ayah dan ibunya??

Chanyeol buntu..fikirannya sekarang sangat berserabut sehingga dia tak dapat berfikir apa-apa pun dengan betul..dan tiba-tiba,handphonenya berbunyi da

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
When destiny did not belong to us tlh diupdate!!kpd semua subbies..happy reading..^^

Comments

You must be logged in to comment
nadiayeollie
#1
Chapter 18: cerita nih dah berusia 4 tahun rasanya tapi kenapa baru sekarang ada peluang nak baca cerita nih. huhuhu sad ending yang memang sangat sedih T-T
shypie #2
Chapter 18: Walaupun dah kali ke3 saya baca , saya tetap nangis.... Huwaaaa!!!
4DwindflowerJS
#3
Kenapa sedih sangat cita nie? /cari kotak tisu e n e
Exotic_Baby_99
#4
Chapter 18: Kata-kata jongin membuatkan saya menitiskan air mata....
Heykal #5
Chapter 17: Waaaa :'( sedihnya... baru saye faham erti persahabatan stelah baca ff ni .. sedihhh .. it make me cry too much ~~
mashi-mashi #6
Chapter 18: wahhhh sedih la citer ni,,,persahabatan yg sgt bermakna,,,sedihhh T.T
hmmmmm tapi cerita awak mmg daebak
mikochiciko
#7
Chapter 14: sediyy lhaa citer niyy .. meleleh air mata . huwaaa ~~ Do Kyungsoo , Park Chanyeol , Byun Baekhyun . your action so perfect . make me cry . huhu .T.T .
//lap ingus kt baju jungkook//
Naturalpeach
#8
Chapter 18: Baik!!!!
Baik!!!
Baik!!!!!!!!!

ㅠ______ㅠ !! Saya suka FF awak kerana ianya sangat sedih!! T T !
Chansoo shipper forever!!

*Apa ke benda aku komen ni...*
330nai #9
Chapter 18: ok da habis..huhu best..sad ending.. tq author nim.. thumb up ^ ^
hanah2212
#10
Chapter 18: Okay tangkap kyungsoo. Lari bawak balik rumahhhhh. Huwa dah habis :(