Part 16:"Pandangan itu..apakah maksudnya?"

When DESTINY did not belong to us..
Please Subscribe to read the full chapter

 

Baekhyun dan chanyeol kelihatan di muka pintu di saat pintu gudang itu terbuka.

“wow wow!Nampaknya kawan-kawan kau dah datang la D.O..bukan seorang tapi dua.Chukahae!!”Kata ketua gangster itu dengan sinis sambil merenung tajam ke arah Chanyeol.

Ketua gangster itu mula mendekati Chanyeol dan dia mendekatkan bibirnya pada telinga Chanyeol.

“Lama tak jumpa,Park.. .Chan… Yeol..”bisik ketua gangster itu perlahan di telinga Chanyeol tapi penuh dengan nada ancaman.

Mendengarkan itu,Chanyeol mengepal tangannya kerana geram.Kalau diikutkan hatinya,nak sahaja dia tumbuk muka si kejam ini sekarang..tapi dia tahu melawan kumpulan gangster ini samalah juga seperti dia melawan seekor harimau yang sedang kelaparan,dia akan kalah kalau dia melawan dan mungkin juga dirinya akan terkorban.

Dan tak semena-mena, ketua gangster itu menendang perut Chanyeol dan menyebabkan Chanyeol terduduk kesakitan.Rasa senak yang teramat sangat di perutnya sekarang membuatkan dia tidak mampu berdiri.

Dan di saat itu juga,matanya dan mata sayu Kyungsoo bertemu.Kelihatan darah mengalir dipipi dan leher Kyungsoo dari kepalanya yang luka akibat terkena hujung besi yang tajam tadi.

“Kyungsoo-ah..”gumam chanyeol.Hatinya seperti dirobek dengan duri yang tajam tatkala melihat keadaan Kyungsoo yang menyedihkan itu.

“Awak tak apa-apakan?”tanya chanyeol tanpa suara.Pertanyaan yang dihantar dalam bentuk telepati kepada Kyungsoo.

“iya..saya tak apa-apa.”Jawab Kyungsoo yang seperti mendengar suara hati Chanyeol.

Baekhyun masih berdiri disitu.Dia mulanya ingin membantu Chanyeol tetapi terpaksa memadamkan niatnya kerana dia tak mahu sesuatu yang lebih teruk berlaku jika dia membantu chanyeol.

Tapi nampaknya ketua gangster itu masih tidak berpuas hati.Dia masih ingin terus menyeksa chanyeol.Kayu yang berada di atas lantai itu dikutip dan dilibas pada belakang badan Chanyeol menyebabkan namja itu menjerit kesakitan.

“Berhenti!!!” Tiba-tiba satu suara bergema di dalam gudang itu,suara milik Kyungsoo.Kini,dia telah kembali berdiri setelah mengumpulkan segala tenaga yang dia ada.

Chanyeol memerlukan dia sekarang,fikir Kyungsoo.

Semua mata disitu memandang Kyungsoo.

“Kyungsoo-ah..”gumam baekhyun.Dia terkejut melihat keadaan Kyungsoo yang kepalanya berdarah itu.Dia segera ingin mendekati Kyungsoo tapi dihalang oleh dua orang gangster disitu.Kedua-kedua lengan baekhyun dipegang kemas oleh dua orang lelaki yang bertubuh lebih besar daripada baekhyun menyebabkan namja itu tidak berjaya untuk melawan. 

“Kau dah janji yang kau tak kan sentuh Chanyeol kan..tapi apa yang kau lakukan sekarang ?Kau dah mungkir janji kau!”Kata kyungsoo dalam nada separuh menjerit.

“Janji??hahaha..”ketua gangster itu tiba-tiba ketawa terbahak-bahak.

“Nampaknya aku lupa ajar kau sesuatu.Kau dengar sini baik-baik,’seorang gangster itu akan mati di saat dia berpegang pada janji’..dan dari mula lagi,kau tak sepatutnya membuat janji dengan aku,melainkan kau memang ditakdirkan untuk mati di tangan aku.”Kata ketua gangster itu dan memandang kyungsoo dengan pandangan yang sangat menakutkan.

“Seorang gangster itu akan mati di saat dia berpegang pada janji??”ulang Kyungsoo dan seketika,Kyungsoo tertawa kecil..tertawa kerana kebodohannya sendiri.Malam ini,baru dia sedar yang selama ini,dia telah mengikat janji yang akhirnya akan memakan dirinya sendiri.

“Kau memang kejam!”jerit kyungsoo kepada ketua gangster itu.Giginya diketap dan nafasnya juga turun naik dengan laju kerana menahan geram yang amat sangat.Kalau diikutkan amarahnya ketika ini,nak sahaja dia menamatkan riwayat lelaki tak berhati perut itu.

“Kyungsoo-ah..”tiba-tiba Chanyeol bersuara setelah kesakitannya akibat dilibas tadi mulai berkurangan.

Kyungsoo terus memandang chanyeol yang turut memandangnya.Mata hitam mereka bertemu.Mereka kini saling berpandangan.

Satu pandangan yang tidak dapat difahami oleh orang lain selain mereka berdua.

 

 

Dynasty

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
When destiny did not belong to us tlh diupdate!!kpd semua subbies..happy reading..^^

Comments

You must be logged in to comment
nadiayeollie
#1
Chapter 18: cerita nih dah berusia 4 tahun rasanya tapi kenapa baru sekarang ada peluang nak baca cerita nih. huhuhu sad ending yang memang sangat sedih T-T
shypie #2
Chapter 18: Walaupun dah kali ke3 saya baca , saya tetap nangis.... Huwaaaa!!!
4DwindflowerJS
#3
Kenapa sedih sangat cita nie? /cari kotak tisu e n e
Exotic_Baby_99
#4
Chapter 18: Kata-kata jongin membuatkan saya menitiskan air mata....
Heykal #5
Chapter 17: Waaaa :'( sedihnya... baru saye faham erti persahabatan stelah baca ff ni .. sedihhh .. it make me cry too much ~~
mashi-mashi #6
Chapter 18: wahhhh sedih la citer ni,,,persahabatan yg sgt bermakna,,,sedihhh T.T
hmmmmm tapi cerita awak mmg daebak
mikochiciko
#7
Chapter 14: sediyy lhaa citer niyy .. meleleh air mata . huwaaa ~~ Do Kyungsoo , Park Chanyeol , Byun Baekhyun . your action so perfect . make me cry . huhu .T.T .
//lap ingus kt baju jungkook//
Naturalpeach
#8
Chapter 18: Baik!!!!
Baik!!!
Baik!!!!!!!!!

ㅠ______ㅠ !! Saya suka FF awak kerana ianya sangat sedih!! T T !
Chansoo shipper forever!!

*Apa ke benda aku komen ni...*
330nai #9
Chapter 18: ok da habis..huhu best..sad ending.. tq author nim.. thumb up ^ ^
hanah2212
#10
Chapter 18: Okay tangkap kyungsoo. Lari bawak balik rumahhhhh. Huwa dah habis :(