EPILOG
When DESTINY did not belong to us..Dynasty Joseon [1784]
Setelah kejadian pada malam itu..kejadian yang membuatkan Chanyeol kehilangan satu-satunya sahabat yang dia amat sayangi,dia mengambil keputusan untuk mengembara ke seluruh pelosok dunia untuk mempelajari seni mempertahankan diri.
Setelah beberapa tahun berlalu…setelah mendapat tunjuk ajar dari beratus-ratus tok guru,Chanyeol akhirnya berjaya menjadi seorang general dan pahlawan yang paling terkenal dan handal di korea dan di seluruh dunia.
Dia digelar..General Park.
General yang akan menjadi lagenda dan sejarah yang akan diingati walaupun beratus-ratus tahun akan datang.
Dan hari ini genaplah 10 tahun Kyungsoo meninggalkan dunia ini,Chanyeol seperti biasa akan pergi ke hutan kecil yang terletak di hujung kawasan tempat tinggalnya dengan Kyungsoo suatu masa dulu.
Dia melihat ke arah pokok yang suatu masa dahulu pernah menjadi tempat yang paling bermakna baginya dan kyungsoo.Perlahan-lahan dia mula memanjat pokok itu dan kini,dia berada di atas dahan yang sama dia duduk bersama Kyungsoo pada malam itu.
Tiba-tiba,seekor burung merpati putih terbang mendekati Chanyeol dan hinggap betul-betul di atas dahan di sebelah namja itu.
Chanyeol hanya tersenyum melihat merpati putih itu tanpa menyedari yang burung itu adalah burung merpati yang sama yang telah membawa Kyungsoo kepada chanyeol pada malam itu,pada 10 tahun yang lalu.
“Terima kasih,wahai merpati…kerana menggantikan tempat dia(Kyungsoo) disisiku.”Gumam Chanyeol dan tersenyum sambil mengelus lembut bulu putih milik merpati itu.
‘Aku tak kan menangis lagi Kyungsoo..aku janji.’
Zaman Moden [2014]
Setelah peristiwa pada malam itu,Kyungsoo dimasukkan ke hospital untuk proses perubatan dan pemulihan.Pengambilan ubat ‘cegah tidur’ yang berlebihan menyebabkan tubuh dan otak Kyungsoo menjadi lemah dan juga menyebabkan dia selalu jatuh sakit dan mengalami pening kepala yang amat sangat.
Selama dia di hospital,Baekhyunlah yang setiap hari datang melawatnya dan menemaninya..dan selalunya,Kyungsoo pasti sedang tertidur disaat Baekhyun datang,tapi itu tidak membuatkan Baekhyun berasa kecewa sedikit pun.Dia tetap menemani Kyungsoo dan menatap wajah sahabatnya itu sehinggalah Kyungsoo terbangun dari tidurnya.
Hari demi hari,Kyungsoo menunjukkan perubahan yang positif dan dia juga sudah mula tersenyum kembali.
Setelah sebulan terseksa terkurung di hospital,akhirnya Kyungsoo dibenarkan untuk pulang ke rumah.
Matahari pagi menyinari seluruh alam semesta.Burung-burung berterbangan…embun pagi bergayut pada setiap hujung daun..dan jalan raya mula dipenuhi oleh kenderaan-kederaan yang bergerak laju menuju ke destinasi masing-masing.
Tlingg!
Loceng pada pintu kedai itu berbunyi apabila pintu kedai itu dikuak.
Seperti selalu,Kyungsoo akan membeli susu kotak dan marshmallow untuk di bawa ke rumah anak yatim yang selalu dikunjunginya itu ..dan tak terkecuali juga hari minggu seperti hari ini.
Kini,Kyungsoo sedang duduk di salah satu bangku di halaman rumah anak yatim itu setelah memberi apa yang dibelinya di kedai tadi kepada Jongin.
Kelihatan kanak-kanak itu sedang membahagikan susu dan marshmallow yang diberi Kyungsoo itu.
Tapi tiba-tiba, seorang budak perempuan telah menumpahkan susunya dengan tidak sengaja…dan seketika,kawannya yang melihat keadaaan itu terus memberikan susu yang sepatutnya menjadi miliknya kepada budak perempuan itu.Mereka sama-sama ketawa kegembiraan.
Begitu juga dengan Kyungsoo,namja itu tersenyum dan tertawa kecil melihat gelagat mereka.Dan dalam pada masa yang sama ,Kyungsoo kagum dengan kanak-kanak di rumah anak yatim ini..kecil-kecil lagi ,sudah tau apa itu perkongsian dan pengorbanan dalam sesebuah persahabatan.
Tidak lama selepas itu,Jongin mendekati Kyungsoo dan duduk di sebelahnya.
“Kenapa hyung dah lama
Comments