OO2

Dua Orang Budak Sengal
Please Subscribe to read the full chapter
   

Bab 2

 

Baekhyun dan Chanyeol melangkah masuk ke dalam sebuah kelas yang kosong dengan diiringi oleh seorang guru Pendidikan Jasmani, Encik Mason. Cikgu itu mempunyai badan yang besar serta perut yang boroi. (Heh, so much for a PJ teacher XD)

Dia duduk di kerusi guru lalu menyuruh mereka berdua duduk di mana-mana tempat kosong yang ada dalam kelas itu.

Inilah kelas tahanan waktu rehat. Mereka didenda tidak boleh pergi ke kantin atau ke mana-mana pada waktu rehat. Cikgu Mason la yang selalu mengawasi pelajar-pelajar yang didenda pada waktu itu memandangkan jadual kelasnya yang tidak begitu padat. Pelajar selalunya akan duduk tanpa berbuat apa-apa jadi mereka dibenarkan untuk makan di situ.

Chanyeol dan Baekhyun mengambil tempat di bawah kipas. Mereka berdua duduk berhadapan, sebuah meja tulis pelajar memisahkan mereka. Mereka membuka plastik sandwich yang mereka baru beli dari kantin tadi lalu menjamahnya. Sekali sekala mereka berbual antara gigitan dan kunyahan makanan mereka.

Beberapa minit kemudian, pintu kelas itu dibuka. Dua orang pelajar berjalan masuk, gaya mereka selamba. Chanyeol dan Baekhyun memandang mereka sekilas. Siapa lagi yang nakal dekat sekolah itu selain mereka? Ya, Kai dan Sehun.

Di tangan masing-masing pelajar itu terdapat dua biji burger.

“Cikgu, nah. Macam biasa” Sehun meletakkan sebiji burger di atas meja guru lalu membuntuti Kai yang sedang menuju ke arah Baekhyun dan Chanyeol.

“Ssup!” Mereka membuat trademark fist bumb mereka.

“Weh Sehun, kau rasuah cikgu eh?” tanya Baekhyun. Dia dan Chanyeol jarang didenda kelas tahanan. Mereka jarang tertangkap. Asyik terlepas saja. Berlainan pula dengan Sehun dan Kai, kelas itu hampir menjadi kelas kedua mereka.

“Eh mana ada. Dah alang-alang aku ada burger lebih, aku bagi la cikgu satu”

“Ish, tak percaya aku. Mesti ada something ni”

“Kau ingat aku ni jahat sangat? Aku tak sanggup aniaya ora-”

Uhuk! Uhuk!

Kata-kata Sehun terhenti apabila mereka terdengar Cikgu Mason terbatuk-batuk. Cikgu itu menepuk dadanya beberapa kali, hampir sesak nafas.

Mereka panik. Cepat-cepat mereka bergegas ke arah cikgu Mason.

“Weh apahal ni? Cikgu!”

Chanyeol dan Kai membantu menepuk belakang cikgu Mason. Baekhyun dan Sehun pula berlari keluar untuk mendapatkan pertolongan.

“Sehun! Kau letak apa dalam burger tu?!” soal Baekhyun apabila melihat burger ayam yang telah separuh dimakan dalam pegangan cikgu berperut boroi itu.

“Aku tak letak apa-apa la! Jangan tuduh aku!”

“Sesak nafas orang tua tu woi!”

“Ish, aku tak buat apa-apa la! Mana aku tahu apa yang ada dalam burg- ha! Tu cikgu Kim!”

Mereka terjumpa seorang cikgu lelaki lalu meminta bantuan darinya.

 

 

 

 

 

 

Sebenarnya, cikgu Mason cuma tercekik burger. Tu je. Jadi, Sehun bebas dari tuduhan.

 

 

 

 

Pada malam itu, Chanyeol pula yang bermalam di rumah Baekhyun.

Merenung ke luar jendela. Bayu pagi meniup lembut. Lihat bintang di angkasa. Purnama menerangi gelapku. Eh, macam lirik lagu je. Ok, abaikan.

Baekhyun yang sedang duduk di meja belajarnya yang menghadap tingkap itu bermain dengan kalkulatornya. Kerja rumah Matematik yang ditugaskan telah lama ditinggalkan.

Ah, bosannya!

Dia menoleh ke belakang, merenung kawannya yang sedang bermain Temple Run 2 dalam telefon pintar miliknya.

“Wei, Yeol. Aku boring la. Kita keluar nak?” Baekhyun bertanya.

“Keluar? Nak pergi mana?” soal Chanyeol pula.

 “Kita shopping!” kata Baekhyun, bersemangat.

“Ala, aku takde duit la. Mak aku tak kasi duit belanja. Aku ada RM 20 je ni,” kemudian, dia menjerit, “-argh! Gorila tu makan aku!”

“Erm..aku tahu satu tempat ni. Barang dia murah tapi macam-macam ada”

“Kat mana?”

“Kat taman sebelah. Kau pergi siap. Aku tunggu kat bawah”

“Hah? Mana ada shopping mall kat taman sebelah?” tanya Chanyeol, bingung.

“Haish, siap je la”

“Ye la”

 

 

 

 

 

Sepuluh minit kemudian, mereka berdua tiba di tempat yang Baekhyun katakan.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ohneomo
tanya la apa korg nk tanya: ask.fm/Kimchi02

Comments

You must be logged in to comment
HanHara1351
#1
Chapter 7: Wah! Daebaklah author-nim..Perut ni dah sakit dah sebab asyik ketawa berdekah-dekah dari tadi tak berhenti2..XD *thumbs up!*
cheeryirene
#2
Bace description ngan forward pon da tergelak XD I'm expecting much from this fic huhu ^^
1a1bxoxo
#3
Chapter 7: HAHAHA...Bedekak baca...
starlightkim_
#4
Chapter 7: Boleh pulaklah diaorang suruh sehun jadi jie lyn?baekhyun pun sama..dengan suho pulak dapat penangan kasut ..haha..tu lagi dahsyat.diaorang ni berani betul masuk ke blok yang dah lama ditinggalkan tu..update soon..
April1699
#5
Chapter 7: Ohh please updates. Cite best kott sebab kesengalan exo sama dgn kawan kawan saya. Hahahahahah pleaseee lagipun dah lama tunggu cite ni update
whatever_la #6
Chapter 7: la ingtkn dh update...excited saye smpai x jadi mandi...smbungla~ff ni mmg best gile
seungrin123 #7
Chapter 7: Aku excited da nmpk update tadi aih
Notegirl99 #8
Chapter 7: Mestilah mahu~~~ huhu rindu cite ni XD saya ingin tahu penyelesaian cite nyaaaa 'take your time' <- guna bgm baekhyun dlm love me right.. huhu
aathirah28 #9
Chapter 7: Nakk..nk tau ape jadi dgn chanyeol and jie lynn..jgn stop T_T
-nahyun
#10
Chapter 7: NAKKKKKK JEBAL UPDATEEUU DAH LAMA TUNGGU OEMJI IT'S OKAY JUST TAKE YOUR TIME SENPAI OEMJI I WILL SUPPORT YOU NO MATTER WHAT PLS PLS PLS UPDATE SOON TAK KIRALAH BERAPA LAMA PUN JANJI UPDATE SAYA SETIA MENUNGGU OEMJI //KERAI