OO1

Dua Orang Budak Sengal
Please Subscribe to read the full chapter
   

Bab 1

 

“Izzah! Berambus kau dari sini! Aku tak nak tengok muka kau lagi”

“Ibu! Jangan cakap dengan Izzah macam tu! Dia isteri Haris!”

 

“Haish! Kau diamlah, perempuan tua! Tak sedar diri! Go Haris go!”

 

“Izzah, abang sayang Izzah. Tolong.. jangan tinggalkan abang” Tangan Izzah digenggam erat lalu dikucup oleh suaminya yang tercinta, Haris.

“Izzah pun sayang abang. Izzah takkan tinggalkan abang” Mereka berpelukan.

 

Air matanya menitis jua.

“Huhu.. sedihnya cerita ni” Air matanya segera dikesat dengan tisu kemudian dicampak ke tepi. Tisu itu bertemu dengan kawan-kawan seangkatannya di atas sofa itu.Ya, cerita Ombak Rindu menjadi kegemarannya. Setelah ditonton hampir berpuluh-puluh kali, dia tetap tidak jemu. Jiwang karat mamat ni.

Bantal busuk kesayangannya dipeluk di dada. Sekali sekala digigit untuk menahan rasa geram terhadap ibu Haris. Kesian bantal tu, dia tak bersalah.

Bilik itu gelap dan hanya diterangi oleh cahaya daripada skrin televisyen itu. Malam semakin larut namun dia masih belum mengantuk.

Tatkala dia bersedia untuk membaling bantal busuknya ke arah televisyen kerana geram, pintu biliknya diketuk. Lebih tepat lagi, disepak terajang.

Pantas kaki lelaki itu melangkah menghampiri pintu itu lalu dibuka.

 “Marah betul kau dengan pintu aku, Baek. Kau ada dendam apa dengan benda ni?” Pintu itu diusap lembut tanda simpati.

“Kau tak dengar ke aku baling batu kat tingkap kau tadi? Punya la lama aku tunggu kau kat atas dahan tu. Kena gigit dengan semut api lagi. Nasib baik aku tak jatuh!”

Baekhyun, pasangan dalam melakukan jenayah bersamanya memaki hamun dengan perkataan yang taiko pun tak pernah guna. Mungkin dia reka sendiri. Iyalah, lama juga dia tunggu di atas dahan pokok tu. Bilik Chanyeol pula berada di tingkat atas. Memang gayat la jawabnya.

 “Aku tak dengar apa-apa pun” Lelaki yang lebih tinggi itu merenung kawannya dengan hairan. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Muka tak bersalah.

Baekhyun meneliti mata sahabatnya yang merah kerana menangis kemudian memandang sekilas ke dalam bilik. Oh, patutlah.

“Kau layan Ombak Rindu lagi eh?”

Sengihan Chanyeol menyatakan tekaannya betul.

“ Aduh, tak habis-habis tengok drama tu!”

Si kecil itu melangkah masuk ke dalam bilik Chanyeol lalu merebahkan badannya ke atas katil. Beg yang digalasnya dicampak ke tepi. Macam katil sendiri dia baring.

Sebenarnya mereka berdua telah bersahabat sejak kecil. Oleh itu, tidak menjadi masalah untuk bermalam di rumah salah seorang dari mereka.

“Biarlah! Kau tak suka cerita tu sebab kau tak ada feeling. Hati kering”

“Kau pulak, terlebih feeling. Tak macho la kalau macam tu” Sindir Baekhyun.

“Dah dah. Baik aku sambung tengok tv. Kau pergi tidur!” Chanyeol mengambil selimut lalu menyelimutkan badan Baekhyun, hampir melemaskannya.

“Yah!” Baekhyun menendang punggung Chanyeol. Hampir tersungkur si giant itu.

“Haish, nasib baik kau kawan aku. Kalau tak, aku campak kau keluar tingkap” bisik Chanyeol.

Chanyeol menuju kearah sofa yang menghadap televisyen itu kemudian mencapai bantal busuknya kembali ke dalam dakapan. Layan Ombak Rindu lagi best.

 

 

Bosan, tumpuan Baekhyun beralih daripada siling ke arah Chanyeol. Dia melihat kawannya sedang menggigit bantal busuknya. Hampir koyak bantal Pororo itu.

Lepas ni jangan sentuh bantal tu lagi, peringatan untuk dirinya.

Baekhyun bangun dari katil lalu baring di atas sofa. Dia meletakkan kedua-dua kakinya di atas paha Chanyeol, kepalanya bersandar pada sisi sofa itu. Selimut yang diheret tadi kini membaluti badannya seperti sushi gempal. Hanya kepala dan kedua-dua tangannya saja yang kelihatan.

“Yeol, tangan aku sakit. Kena gigit semut” Suara manja Baekhyun memanggilnya sambil mencebik. Tangannya yang sakit dihulur ke arah Chanyeol.

“Gedik. Lain kali masuk ikut pintu macam orang, bukan panjat pokok macam monyet, monyet” balas Chanyeol tanpa berpaling.

“Sampai hati kau panggil aku monyet, Yoda. Muka kau lebih kurang macam alien kau tak fikir pulak”

Bantal busuk kepunyaan Chanyeol menampar muka Baekhyun.

“Diam la monyet”

 

 

 

 

 

 

“Chanyeol! Bangun! Pergi sekolah!” Puan Park mengetuk pintu bilik Chanyeol.

“Ok ok dah bangun ni!” sahutnya.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ohneomo
tanya la apa korg nk tanya: ask.fm/Kimchi02

Comments

You must be logged in to comment
HanHara1351
#1
Chapter 7: Wah! Daebaklah author-nim..Perut ni dah sakit dah sebab asyik ketawa berdekah-dekah dari tadi tak berhenti2..XD *thumbs up!*
cheeryirene
#2
Bace description ngan forward pon da tergelak XD I'm expecting much from this fic huhu ^^
1a1bxoxo
#3
Chapter 7: HAHAHA...Bedekak baca...
starlightkim_
#4
Chapter 7: Boleh pulaklah diaorang suruh sehun jadi jie lyn?baekhyun pun sama..dengan suho pulak dapat penangan kasut ..haha..tu lagi dahsyat.diaorang ni berani betul masuk ke blok yang dah lama ditinggalkan tu..update soon..
April1699
#5
Chapter 7: Ohh please updates. Cite best kott sebab kesengalan exo sama dgn kawan kawan saya. Hahahahahah pleaseee lagipun dah lama tunggu cite ni update
whatever_la #6
Chapter 7: la ingtkn dh update...excited saye smpai x jadi mandi...smbungla~ff ni mmg best gile
seungrin123 #7
Chapter 7: Aku excited da nmpk update tadi aih
Notegirl99 #8
Chapter 7: Mestilah mahu~~~ huhu rindu cite ni XD saya ingin tahu penyelesaian cite nyaaaa 'take your time' <- guna bgm baekhyun dlm love me right.. huhu
aathirah28 #9
Chapter 7: Nakk..nk tau ape jadi dgn chanyeol and jie lynn..jgn stop T_T
-nahyun
#10
Chapter 7: NAKKKKKK JEBAL UPDATEEUU DAH LAMA TUNGGU OEMJI IT'S OKAY JUST TAKE YOUR TIME SENPAI OEMJI I WILL SUPPORT YOU NO MATTER WHAT PLS PLS PLS UPDATE SOON TAK KIRALAH BERAPA LAMA PUN JANJI UPDATE SAYA SETIA MENUNGGU OEMJI //KERAI