OO4

Dua Orang Budak Sengal
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

BAB 4

 

“Dua buah roket kertas sedang terbang merentasi kelas 4 Delight. Oh, malangnya pesawat Park terperangkap dalam pusaran puting beliung maut (dibaca: kipas) lalu terhempas ke lantai dengan dahsyatnya!” Chen menyampaikan ulasan mengenai perlumbaan haram yang sedang berlaku di dalam kelas mereka. Perlumbaan di antara Byun dan Park yang ditonton oleh beberapa rakan sekelas mereka yang lain.

“Yes! Aku menang!” Baekhyun menari tarian kemenangannya yang berupa goyangan pinggul ala lagu dendangan Brown Eyed Girls iaitu Abracadabra.

Chanyeol hanya mencebik ke arah pesawatnya yang sudah rosak teruk.

 

Puan Kim melangkah masuk beserta beberapa buah buku pengajaran pada tangannya. Dia berdiri di hadapan kelas sebelum melibas rotan pada meja murid yang terletak di barisan hadapan untuk menarik perhatian mereka.

“Oh mak kau nenek kau datuk kau mak tiri datuk belah ayah kau!” mereka mengabaikan Baekhyun yang hampir jatuh dari kerusi kerana melatah.

“Okay kelas, hari ni kita ada seorang pelajar baru. Kamu semua mesti layan dia dengan baik, okay?”

“Baik, cikgu” mereka menjawab serentak.

Seseorang membuka pintu kelas mereka dari luar lalu melangkah masuk. Semua mata tertumpu kepada individu yang kini berdiri di sebelah guru mereka. Pelajar baru itu nampak gemuruh apabila semua pelajar fokus kepadanya.

“Erm.. nama saya Jie Lynn” dia tunduk sebelum memperkenalkan dirinya. Cara percakapan dia kedengaran seperti bukan rakyat dari negara itu. Dia pelat macam Tao. Oh, dia Cina kot.

“Hai Jie Lynn~” mereka membalas.

“Baiklah. Awak boleh duduk di meja kosong di hadapan Chanyeol. Chanyeol, angkat tangan”

Chanyeol yang masih sedih mengenangkan pesawatnya yang rosak tadi melayangkan pandangannya ke hadapan kelas, kemudian matanya terbeliak.

Dia memang sejak mula tadi tidak menumpukan perhatian terhadap apa yang berlaku di hadapan kelas. Otaknya juga sibuk memikirkan lauk yang makcik kantin akan masak untuk waktu rehat nanti.

“Chanyeol, angkat tangan”

Chanyeol hanya menjerit kecil kemudian menyorok di bawah meja. Baekhyun memandangnya pelik, begitu juga dengan rakan-rakan sekelasnya.

“Haish, apa lagi budak ni. Dah Jie Lynn, awak nampak Chanyeol tadi kan? Hah, duduk kat meja depan dia tu”

“Baik, cikgu” Jie Lynn menunduk lagi kemudian menuju ke mejanya. Ada satu jeritan lagi diikuti dengan bunyi benda terhantuk datang dari mamat yang menyorok bawah meja belakang dia tadi.

Puan Kim hanya membiarkan saja salah seorang pelajar peliknya itu duduk di bawah meja lalu memulakan pengajaran. Baekhyun turun untuk menyertai Chanyeol di bawah meja.

“Ko kenapa, Yoda? Macam nampak hantu je” Baekhyun berbisik.

“Perempuan ni! Perempuan ni! Dia la yang aku cakap tu!” Chanyeol bisik kembali.

Chanyeol sebenarnya berasa sangat terkejut. Buat pertama kali dia dapat melihat wajah perempuan itu dengan jelas. Perempuan itu lebih cantik dari apa yang dia bayangkan.

“Jie Lynn? Oh, cun gak dia” Baekhyun mengangguk.

“Jie Lynn? Nama dia Jie Lynn?”

“Ha’ah. So, ko nak buat apa sekarang ni? Takkan kau nak terus confess kat dia? Terkejut beruk dia nanti. Dah la dia tak kenal kau”

“Betul jugak”

“Takpe, rehat nanti kita tanya yang lain. Diorang mesti tau apa nak buat”

 

 

 

 

“Cakap aah, Jongin” Kyungsoo menyuakan ayam goreng ke mulut Kai. Kai hanya menurut. Kyungsoo kemudiannya mengelap bibir Kai yang comot dengan tisu.

“Sumpah, aku nampak korang macam kapel” Baekhyun berkata sebaik saja dia duduk di kerusi sebelah Kyungsoo. Sehun duduk di sebelah Kai bersama semangkuk ramen.

“Mana ada. Kitorang kawan je la” Kyungsoo menjeling. Sehun hampir muntah apabila mendengar ayat itu. Kawan sangat.

“Oh. Kyungsoo, kita kawan kan? Suap sikit~” Baekhyun membuat muka comel (dibaca: muka mintak penampar) kepada Kyungsoo. Dan ya, Kyungsoo menampar pipi dia. Baekhyun mencebik.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ohneomo
tanya la apa korg nk tanya: ask.fm/Kimchi02

Comments

You must be logged in to comment
HanHara1351
#1
Chapter 7: Wah! Daebaklah author-nim..Perut ni dah sakit dah sebab asyik ketawa berdekah-dekah dari tadi tak berhenti2..XD *thumbs up!*
cheeryirene
#2
Bace description ngan forward pon da tergelak XD I'm expecting much from this fic huhu ^^
1a1bxoxo
#3
Chapter 7: HAHAHA...Bedekak baca...
starlightkim_
#4
Chapter 7: Boleh pulaklah diaorang suruh sehun jadi jie lyn?baekhyun pun sama..dengan suho pulak dapat penangan kasut ..haha..tu lagi dahsyat.diaorang ni berani betul masuk ke blok yang dah lama ditinggalkan tu..update soon..
April1699
#5
Chapter 7: Ohh please updates. Cite best kott sebab kesengalan exo sama dgn kawan kawan saya. Hahahahahah pleaseee lagipun dah lama tunggu cite ni update
whatever_la #6
Chapter 7: la ingtkn dh update...excited saye smpai x jadi mandi...smbungla~ff ni mmg best gile
seungrin123 #7
Chapter 7: Aku excited da nmpk update tadi aih
Notegirl99 #8
Chapter 7: Mestilah mahu~~~ huhu rindu cite ni XD saya ingin tahu penyelesaian cite nyaaaa 'take your time' <- guna bgm baekhyun dlm love me right.. huhu
aathirah28 #9
Chapter 7: Nakk..nk tau ape jadi dgn chanyeol and jie lynn..jgn stop T_T
-nahyun
#10
Chapter 7: NAKKKKKK JEBAL UPDATEEUU DAH LAMA TUNGGU OEMJI IT'S OKAY JUST TAKE YOUR TIME SENPAI OEMJI I WILL SUPPORT YOU NO MATTER WHAT PLS PLS PLS UPDATE SOON TAK KIRALAH BERAPA LAMA PUN JANJI UPDATE SAYA SETIA MENUNGGU OEMJI //KERAI