OO5

Dua Orang Budak Sengal
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

BAB 5

 

“Selamat pagi, Mama Park” Baekhyun menyapa.

“Selamat pagi, Baek. Chanyeol rasanya belum bangun lagi ni. Kamu pergilah kejut dia”

“Belum bangun lagi?!” dia tersedak penkek yang Puan Park buat.

“Belum. Malam tadi dia tidur lambat”

Baekhyun cepat-cepat menelan semua penkek dalam pinggan yang sepatutnya milik Chanyeol kemudian menaiki tangga untuk ke tingkat dua.

“...you’re in my he-heart!!!”

“Woi! Orang nak tidur la! Diam!” Chanyeol menarik selimutnya lalu membalut dirinya menjadi kepompong. Siap menonggeng lagi.

Suara si Baekhyun, pemenang anugerah manusia mulut murai dua tahun berturut-turut peringkat tanjung sangat nyaring pada pagi hari itu.

Sebaik saja pintu biliknya dibuka, bantal busuk Chanyeol mencium muka si monyet jadian itu, tepat balingannya.

 “Yoda! Dah pukul berapa ni?! Tidur apa lagi!”

Hanya kepala Chanyeol yang muncul dari kepompong itu. “Dah pukul berapa?”

“Tuh tuh tuuuuh” Baekhyun memuncungkan bibirnya ke arah jam loceng Pororo milik Chanyeol. Jelas jarum jam itu menunjukkan pukul 7.00 pagi.

Pantas Chanyeol keluar dari kepompongnya lalu menjadi rama-rama… untuk terbang ke bilik air, mandi. Dia sempat lagi melanggar bingkai pintu biliknya kerana matanya belum terbuka luas. Baekhyun hanya tersengih melihat kawannya yang masih mamai itu.

“Malam tadi kau mimpi Jie Lynn tak?” Baekhyun melaung dari dalam bilik.

“Tak, aku mimpi monyet. Muka dia macam kau”

“Wow, mesti monyet tu comel”

 

 

 

 

 

Pagi itu, mereka berdua sempat sampai ke sekolah tepat pada masanya kerana mereka sempat mengejar bas sekolah yang mereka selalu naik tu. Mungkin kerana mereka sudah biasa berlari setiap pagi, mereka kini sudah mampu menandingi kelajuan bas sekolah itu. Pemandu bas itu masih lagi suka meninggalkan mereka.

 

 

“Sehun? Kenapa kau nampak muram je hari ni?” Baekhyun bertanya.

“Bukan apa, pagi tadi aku teman dia pergi beli bubble tea, kedai tu tutup! Hahahahaha-” Kai tidak dapat menghabiskan ketawanya kerana Sehun menendang punggungnya dari belakang. Dia jatuh tersungkur. Muka kacaknya tersembam ke lantai. Ouh, nampak sakit.

Chanyeol yang baru sampai dari lokernya berkata, “Eh Kai? Kau pun baring kat lantai jugak? … nak join!”

Hmm, sudah mulalah perangai gila mereka itu. Baekhyun dan Sehun bertindak seolah-olah tidak mengenali dua orang pesakit mental yang terbaring itu dengan melekapkan muka mereka ke loker.

Ketika sedang baring di lantai, Chanyeol mencuit bahu Kai, “wei, kau kata kau ada plan nak pikat Jie Lynn. So apa plan dia?”

Mata Kai terbeliak apabila dia teringat tentang perkara itu. Pantas dia duduk bersila.

“Ha! Aku ada plan. Baaaanyak plan sebenarnya”

“Apa dia? Bagilah satu” Chanyeol mencebik. Baekhyun dan Sehun turut serta duduk di lantai bersama mereka. Pedulikan semua pelajar lain, rasanya satu sekolah dah tahu tentang ahli mesyuarat loker ni.

“Okay, plan pertama ialah --”

KRIIIIIINNNGGGG KRIIIIINNNGGGGG

“AHHHH AKU BENCI KAU LOCENG! AKU BENCI KAU!” Chanyeol  mahu membaling kasutnya ke arah loceng yang tak bersalah itu tetapi Baekhyun sempat menahannya.

“Ah takpe la, rehat nanti kita jumpa kat sini okay?” Baekhyun memberitahu Sehun dan Kai sebelum menarik zirafah liar itu pergi. Chanyeol asyik menggumam, Jie Lynn ku oh Jie Lynn.

 

 

 

 

“Xiumin hyung, selamatkan keluarga hyung dari dimakan oleh manusia ganas ituuu!” Sehun tidak habis-habis menyakat orang, dia menutup matanya seolah-olah tidak sanggup melihat kuih pau itu dimakan oleh Kai.

Xiumin hanya menjeling. Kai makan ikut selamba badak dia je. Siap buat iklan kuih pau lagi.

“Hyung, dia tengah makan pak cik hyung

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ohneomo
tanya la apa korg nk tanya: ask.fm/Kimchi02

Comments

You must be logged in to comment
HanHara1351
#1
Chapter 7: Wah! Daebaklah author-nim..Perut ni dah sakit dah sebab asyik ketawa berdekah-dekah dari tadi tak berhenti2..XD *thumbs up!*
cheeryirene
#2
Bace description ngan forward pon da tergelak XD I'm expecting much from this fic huhu ^^
1a1bxoxo
#3
Chapter 7: HAHAHA...Bedekak baca...
starlightkim_
#4
Chapter 7: Boleh pulaklah diaorang suruh sehun jadi jie lyn?baekhyun pun sama..dengan suho pulak dapat penangan kasut ..haha..tu lagi dahsyat.diaorang ni berani betul masuk ke blok yang dah lama ditinggalkan tu..update soon..
April1699
#5
Chapter 7: Ohh please updates. Cite best kott sebab kesengalan exo sama dgn kawan kawan saya. Hahahahahah pleaseee lagipun dah lama tunggu cite ni update
whatever_la #6
Chapter 7: la ingtkn dh update...excited saye smpai x jadi mandi...smbungla~ff ni mmg best gile
seungrin123 #7
Chapter 7: Aku excited da nmpk update tadi aih
Notegirl99 #8
Chapter 7: Mestilah mahu~~~ huhu rindu cite ni XD saya ingin tahu penyelesaian cite nyaaaa 'take your time' <- guna bgm baekhyun dlm love me right.. huhu
aathirah28 #9
Chapter 7: Nakk..nk tau ape jadi dgn chanyeol and jie lynn..jgn stop T_T
-nahyun
#10
Chapter 7: NAKKKKKK JEBAL UPDATEEUU DAH LAMA TUNGGU OEMJI IT'S OKAY JUST TAKE YOUR TIME SENPAI OEMJI I WILL SUPPORT YOU NO MATTER WHAT PLS PLS PLS UPDATE SOON TAK KIRALAH BERAPA LAMA PUN JANJI UPDATE SAYA SETIA MENUNGGU OEMJI //KERAI