OO3

Dua Orang Budak Sengal
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

BAB 3

 

“Panjat naik atas”

“Ok”

Chanyeol membuat kekuda dengan kakinya untuk memberi peluang Baekhyun memanjat tembok sekolah mereka. Sebenarnya, mereka telah terlewat bangun pada pagi itu. Ini semua angkara permainan video zombi yang Chanyeol baru beli tempoh hari. Pagi itu terpaksalah mereka menapak ke sekolah kerana telah ditinggalkan bas sekolah. Ala, lagipun pemandu bas itu memang suka tinggalkan mereka.

Jadi mereka fikir, idea untuk memanjat tembok sekolah lebih baik daripada bersemuka dengan guru disiplin yang garang dengan rotan sentiasa berada di tangannya itu. Mereka tahu guru tersebut selalu menunggu pelajar yang datang lewat di pagar sekolah.

Setelah Baekhyun selamat mendarat di dalam kawasan sekolah, dia menunggu Chanyeol untuk memanjat masuk. Chanyeol boleh panjat sendiri memandangkan tubuh badannya yang tinggi lampai itu mampu mencapai atas tembok itu. Sambil menunggu, Baekhyun melayangkan pandangannya ke sekeliling untuk memastikan mereka tidak dijejak oleh pengawas mahupun guru. Kalau tak, masak dorang. Dah la nanti kena rotan, kena denda kelas tahanan pulak.

“Baek, sambut aku!”

Jeritan Chanyeol mematikan lamunannya. Belum sempat Baekhyun berbuat apa-apa, Chanyeol melompat ke atasnya. Mereka berdua jatuh tergolek ke tanah.

“Aduh, pinggang aku patah!” Baekhyun merungut sambil menggosok belakang badannya yang dilanyak kasar oleh Chanyeol.

“Aaadoooiii! Kenapa kau tak sambut?” tanya Chanyeol, dedaun kering telah menghiasi rambut perangnya.

“Kau lompat tak tengok bawah ke hah? Tunggu la aku ready dulu!”

“Aku nampak kelibat orang lalu tu sebab aku lompat je. Takut terserempak dengan cikgu pulak”

Tiba-tiba, ada dua orang pelajar lain melompat masuk melepasi tembok yang sama lalu mendarat di sebelah mereka dengan penuh swag. Hmm… mereka nampak berpengalaman dalam aktiviti melompat pagar sekolah ni. Dua orang pelajar itu memandang mereka.

“Oi, korang buat apa tu?” seorang pelajar yang berkulit sedikit gelap bertanya kepada mereka. Baekhyun memandang posisi dia dan Chanyeol yang kelihatan lain macam lalu menolak Chanyeol dari atas badannya.

“Kitorang baru sampai” Chanyeol menjawab soalan tadi.

“Oh”

“Korang datang lambat jugak? Kenapa?”

“Ni ha. Aku teman Sehun beli bubble tea” si kulit gelap (but y okaiii), Kai, menunjukkan jari telunjuknya ke arah Sehun yang sedang menyedut bubble tea dengan muka kosongya itu. Mereka tahu itu minuman kegemarannya. Dia perlu mendapatkan dos  bubble tea sekurang-kurangnya sekali sehari.

“Ish, pagi-pagi dah minum bubble tea. Bak sikit”

“Tak boleh~” Sehun menjelir lidahnya ke arah Baekhyun.

Dengan itu, bermulalah adegan kejar-mengejar antara Sehun dengan Baekhyun. Sudah tentulah Baekhyun tidak dapat merasa minuman itu memandangkan kaki Sehun yang lebih panjang melangkah lebih jauh darinya.

Di dalam hati Baekhyun, dia menyumpah seranah laman web yang dia pernah baca kerana memberitahu dia bahawa dengan memakan kacang panjang dalam kuantiti yang banyak boleh membuatkan kakinya menjadi panjang. Ish, internet pun tak boleh pakai! Dah la sayur tu tak sedap!

“Woi! Buat apa tu?!” satu suara menjerkah mereka dari belakang. Seorang guru berpakaian kemeja berjalur diselitkan ke dalam seluarnya yang ditarik sehingga ke dada menyapa pandangan mereka.

“Weh lari weh! Cikgu disiplin!” mereka berempat lari berkeliaran untuk masuk ke kelas ibarat anak-anak ayam yang dikejar oleh musang.

Apabila mereka sampai ke hallway, mereka bingung kerana mendapati masih ramai lagi pelajar yang berkeliaran di luar kelas.

“Kenapa korang tak masuk kelas lagi?” Sehun menahan seorang pelajar lelaki.

“Semua cikgu join mesyuarat tergempar. Kelas mula sejam lagi” selepas memberitahu mereka, Sehun melepaskan pelajar itu pergi.

Mereka berempat berjalan menuju ke loker masing-masing yang terletak tidak jauh antara satu sama lain.

Beberapa buah buku yang diperlukan diambil lalu didakap ke dada, Chanyeol menoleh ke kanan untuk memandang Baekhyun akan tetapi dia ternampak seorang gadis sedang berjalan kearahnya dengan langkah yang tergesa-gesa. Mata mereka bertembung dalam beberapa saat.

Mindanya menangkap satu perkara.

Mata tu!

 

Chanyeol berdiri kaku buat seketika. Mindanya kosong dan ekspresi mukanya sukar untuk Baekhyun jelaskan. Baekhyun menarik lengan kawannya yang keras seperti patung itu menghampiri lokernya.

“Yeol”

<
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ohneomo
tanya la apa korg nk tanya: ask.fm/Kimchi02

Comments

You must be logged in to comment
HanHara1351
#1
Chapter 7: Wah! Daebaklah author-nim..Perut ni dah sakit dah sebab asyik ketawa berdekah-dekah dari tadi tak berhenti2..XD *thumbs up!*
cheeryirene
#2
Bace description ngan forward pon da tergelak XD I'm expecting much from this fic huhu ^^
1a1bxoxo
#3
Chapter 7: HAHAHA...Bedekak baca...
starlightkim_
#4
Chapter 7: Boleh pulaklah diaorang suruh sehun jadi jie lyn?baekhyun pun sama..dengan suho pulak dapat penangan kasut ..haha..tu lagi dahsyat.diaorang ni berani betul masuk ke blok yang dah lama ditinggalkan tu..update soon..
April1699
#5
Chapter 7: Ohh please updates. Cite best kott sebab kesengalan exo sama dgn kawan kawan saya. Hahahahahah pleaseee lagipun dah lama tunggu cite ni update
whatever_la #6
Chapter 7: la ingtkn dh update...excited saye smpai x jadi mandi...smbungla~ff ni mmg best gile
seungrin123 #7
Chapter 7: Aku excited da nmpk update tadi aih
Notegirl99 #8
Chapter 7: Mestilah mahu~~~ huhu rindu cite ni XD saya ingin tahu penyelesaian cite nyaaaa 'take your time' <- guna bgm baekhyun dlm love me right.. huhu
aathirah28 #9
Chapter 7: Nakk..nk tau ape jadi dgn chanyeol and jie lynn..jgn stop T_T
-nahyun
#10
Chapter 7: NAKKKKKK JEBAL UPDATEEUU DAH LAMA TUNGGU OEMJI IT'S OKAY JUST TAKE YOUR TIME SENPAI OEMJI I WILL SUPPORT YOU NO MATTER WHAT PLS PLS PLS UPDATE SOON TAK KIRALAH BERAPA LAMA PUN JANJI UPDATE SAYA SETIA MENUNGGU OEMJI //KERAI