House No. 44

Description

Rumah no. 44 di salah sebuah kawasan perumahan di daerah Gwangju itu sudah lama tidak berpenghuni. Kali terakhir rumah itu disewa ialah pada 3 tahun lepas. Tiffany yang baru berpindah dari Seoul membuat keputusan untuk menyewa di rumah tersebut kerana sewa bulanannya yang rendah. Kesempitan wang memaksa dia untuk membuat keputusan menyewa di situ. Tapi, dia tidak pernah memikirkan tentang mengapa tiada orang mahu menyewanya.

 

Foreword

XSYKOTICA
HOUSE NO.44

WATAK

Tiffany

 

Kembar Daehyun & Youngjae (4 tahun)

 

~o~o~o~o~o~o~

 

"Tokk!!Tokk!!Tokk!!"

"Siapa tu? Dae? Jae?"

"......Tokk!!Tokk!!!!" dinding bilik utama diketuk lagi. Tiffany bingkas bangun menuju ke pintu. Tombol pintu dipulas dan dia menjengulkan kepalanya. Tiada siapa di luar bilik.

Tiffany berjalan menuju ke bilik anak kembarnya. Dari ekor matanya dia melihat kelibat kanak-kanak di ruang tamu. Langkahnya terhenti.

"Youngjae? Kamu ke sayang?"

Dalam cahaya yang suram, ada seorang kanak-kanak sedang duduk di kerusi sofa lama. Dari gaya rambutnya yang dibelah ke sebelah kiri sudah pastinya budak itu ialah Jae.

"Sayang, kenapa tak tidur lagi ni?" Tiffany mengampiri.

 

 

"Tik..Tik..Tik.."

 

 

"J..jae?Kamu luka ke?" jantung Tiffany berdegup laju. Cecair merah kelihatan menitis ke lantai. Rasa tak sedap hati menyelubungi diri. Ruang tamu terasa sejuk membuatkan bulu romanya meremang. Tiffany melangkah ke arah sofa.

 

 

 

Alangkah terkejutnya dia bila darah yang mengalir itu datang dari leher yang bagai dikelar-kelar. Kanak-kanak itu tersenyum. Wajahnya pucat lesi. Anak rambutnya yang panjang menutup matanya.

Kaki Tiffany bagai melekat di bumi. Matanya masih tertancap kepada 'dia' yang berada kurang 5 meter darinya.

 

 

"Mama!"

 

 

Tiffany segera berpaling. Mata Tiffany membulat melihat Daehyun dan Youngjae yang sama-sama menarik hujung baju tidurnya. Dia segera mengalihkan pandangan ke arah sofa. Peluh mula merenek di dahi.

Tiada siapa dia atas sofa!

 

 

 

 

 

Siapa budak kecil tadi?!

 

 


 

 

X~~~~~~~~X~~~~~~~~X

ZILLION TERIMA KASIH KEPADA urbeautifulovestory UNTUK POSTER YANG SUPER JJANG!!! 

~Love you Chie Unnie~

21blackpearls
yeay!!!dah ada POSTER!!!kkkkk~~~thanks chie unnie!>

Comments

You must be logged in to comment
farahhudasyamimi #1
Chapter 8: Please update.... seronok baca cerita nie... ^ ^
jiumin #2
Chapter 8: daebak... update soon..
jiumin #3
Chapter 1: hai.. new reader here..
first chap saya bca dah seram..
NajlaWolf #4
Chapter 8: palli sambung!!
2pmEXOlover
#5
Chapter 8: Sedih pasal Chae :(
Please update lagi ^^
julie8990 #6
Chapter 1: Menakutkan sangat tapi suka dengan cerita ni^^
KairaLavender
#7
Chapter 8: Sedih tu dh satu hal dh...seram pun satu hal gk especially part yg chae cakap "seronok baca kisah hidup org lain"...dh imagine dh scary n horrible face of chae masa tu
chuana08 #8
Chapter 8: bestnyer ... update lagi . tak sabar nak baca :)))
_Lullabyy
#9
update soon !
airisvanilla #10
Chapter 8: yeay3...update soon ok...mkin daebak cite ni..