Master Bedroom 2

House No. 44

Setelah hampir sejam setengah Tiffany berada di bilik Daejae, si kembar tu mula terpisat-pisat. Dah mengantuk la tu. Jam Mickey Mouse di dinding menujukkan angka sebelas. Patutlah mereka dah mengantuk.

Tiffany bangun dari katil Daehyun dan mengangkat Youngjae yang dah mamai tu ke katil sebelah sana. Daehyun dah asyik menguap je. Tiffany menyelimutkan Jae dan mengucup pipi tembamnya sebelum kembali ke katil Dae.

 

"Mama..Dae tak suka duduk sini.." mata hampir je tertutup. Mengantuk sangat.

 

Tiffany mengetap bibir. "Just..bear for a while ok. At least sampai mama dapat cari rumah baru." dia berbisik ke telinga Dae yang dah tertidur.

 

Ya. Itulah kebenarnnya. Tiffany rasa 'panas' duduk di rumah no. 44 tersebut walaupun baru masuk hari ketiga mereka sekeluarga di situ. Seeing is believing right?

Baru dia percaya apa yang Yoona cakapkan siang tadi. Dia bimbangkan anak-anak. Walaupun dia akui pada diri sendiri yang dia ni memang penakut sekarang. Tapi demi Daejae dia kena kuat dan berlagak berani.

 

Setelah memastikan mereka berdua dah tidur, dia keluar dari bilik si kembar. Rasa seriau menyelubungi diri. Imej wanita yang mengerikan tu masih terbayang-bayang di minda.

 

Stay postive Tiffany, nothing will happen here. Positive! dirinya bertarung dengan rasa takut yang semakin menular dalam diri. Jantung berdegup bukan cara yang normal lagi. Kalau berterusan macam ni high blood pressure pula menanti.

Dia pergi ke dapur mengambil penyapu dan penyodok. Hajatnya mahu menyapu kaca yang bersepah di bilik. Silap hari bulan, boleh bocor kaki.

Kaca disapu ke dalam penyodok. Dah takde cermin solek lagi kat bilik tu. Moisturizer yang baru je dibeli jadi mangsa. Cecair lutsinar yang macam air tu membasahi meja solek. Diambil kain buruk dan dilap meja tu. Tiffany tak suka bersepah.

"Katalk~" handphonennya yang berada di atas katil berbunyi. Siap mengemas, dia menuju ke katil.

 

Mesej dari Yoona.

"Kau ok ke?"

"Ok..Xde apa2 lah"

"Sure?If anything happens call aku taw~"

"Kau ni kenapa risau sangat ni?"

"Hmm..sebab aku dengar cerita pasal rumah tu dari jiran aku."

"Cerita?"

"Haah~"

"Tell me what you heard."

 

Tiffany menunggu Yoona membalas mesejnya. 5 minit menunggu, tapi masih tak berbalas. Mana pulak minah ni? Dia melihat kembali telefon bimbitnya.

Takda line?

Biar betul?Area situ line 4G kot?

Tiffany baring di atas katil. Selimut dibawa ke paras dada. Handphone masih di tangan. Lama jugak dia mengemas tadi. Dah nak pukul 12.

Mata dah ajak tidur. Penat siang tadi kat office nak mengejar deadline.

I hope it's gonna be fine.

 

 

Tokk!!Tokk!!Tokk!!"

 

 

 

"Siapa tu? Dae? Jae?"

 

 

 

"......Tokk!!Tokk!!!!" dinding bilik utama diketuk lagi.

 

Tiffany bingkas bangun menuju ke pintu. Tombol pintu dipulas dan dia menjengulkan kepalanya. Tiada siapa di luar bilik.

Tiffany berjalan menuju ke bilik anak kembarnya. Dari ekor matanya dia melihat kelibat kanak-kanak di ruang tamu. Langkahnya terhenti.

 

 

"Youngjae? Kamu ke sayang?"

 

 

Dalam cahaya yang suram, ada seorang kanak-kanak sedang duduk di kerusi sofa lama. Dari gaya rambutnya yang dibelah ke sebelah kiri sudah pastinya budak itu ialah Jae.

"Sayang, kenapa tak tidur lagi ni?" Tiffany mengampiri.

 

 

"Tik..Tik..Tik.."

 

 

"J..jae?Kamu luka ke?" jantung Tiffany berdegup laju. Cecair merah kelihatan menitis ke lantai. Rasa tak sedap hati menyelubungi diri. Ruang tamu terasa sejuk membuatkan bulu romanya meremang. Tiffany melangkah ke arah sofa.

 

 

 

 

 

Alangkah terkejutnya dia bila darah yang mengalir itu datang dari leher yang bagai dikelar-kelar. Kanak-kanak itu tersenyum. Wajahnya pucat lesi. Anak rambutnya yang panjang menutup matanya.

Kaki Tiffany bagai melekat di bumi. Matanya masih tertancap kepada 'dia' yang berada kurang 5 meter darinya.

 

 

 

"Mama!"

 

 

Tiffany segera berpaling. Mata Tiffany membulat melihat Daehyun dan Youngjae yang sama-sama menarik hujung baju tidurnya. Dia segera mengalihkan pandangan ke arah sofa. Peluh mula merenek di dahi.

Tiada siapa dia atas sofa!

 

Siapa budak kecil tadi?!

 

Jantung macam nak meletup!

Daehyun dan Youngjae tidak berekspresi. Mereka tersenyum. Kenapa?

 

Terbeliak mata si ibu bila melihat tak jauh dari mereka, budak kecil berwajah pucat di sofa tadi merenung dengan mata merah.

Badannya yang tak berbaju bagaikan dikelar-kelar dan lebam berbirat. Darah menjijis laju membasahi seluar pendek berwarna coklat tua yang dipakai. Ada ulat-ulat yang sebesar jari kanak-kanak memenuhi badan budak tersebut. Bau hanyir darah menusuk ke hidung disertakan bau maung macam bangkai.

Tiffany nak termuntah.

 

 

Daehyun dan Youngjae tadi di kaki Tiffany kini sudah makin jauh dengan dia. Sekeliling menjadi makin suram dan menyesakkan.

 

"Daehyun!!!Youngjae!!!Kamu nak pergi mana sayang?!!!"

Si kembar bagai tak dengar laungan ibu. Ruang tamu yang sederhana luasnya dirasakan terlalu besar untuk Tiffany. Kakinya bagaikan di gam di atas lantai.

 

"Dae!!Jae!!!"

Budak yang berlumuran darah tu tersengih memandang Tiffany. Taringnya yang berdarah menyeringai. Dia memimpin tangan si kembar.

 

 

"Daehyun!!Youngjae!!!!"

 

 

 

 

 

Tiffany tersentak dari tidur. Mimpi rupanya. Peluh membasah di dahi dan leher. 

 

Nafasnya tak cukup macam orang baru habis marathon. Dia boleh dengar degupan jantungnya yang laju di telinga. Air mata bergenang di kelopak. Takut pun ya. Tapi risau yang melampau-lampau membuatkan dia menangis.

Daehyun..Youngjae..Dear God, please protect us..

Selimut digenggam erat. Mengharapkan mereka sekeluarga selamat.

 

 

Tapi..Siapa budak kecik tu? dan...siapa wanita dalam cermin tadi?

 

 

 

Air mata diseka. Handphone di ambil dan menyapu lockscreen. Jam menunjukkan 3.24 pagi.

Dia bangun menuju ke bilik air. Rasa nak buang air kecil. Usai, membuang hajat, dia menuju ke sinki.

 

 

Tangan dibasuh dengan sabun. Air dipercik ke muka menghilangkan air mata dan hingus di hidung.

 

Dia berkira untuk keluar dari bilik air.

 

Tapi kenapa mata ni degil sangat?

 

 

Ni bukan mimpi kan?

 

 

Ada seorang wanita berambut panjang mencecah ke lantai sedang bertenggek di mangkuk tandas duduk. Kukunya yang panjang mencakar mukanya sendiri. Daging terkoyak dan terjatuh ke lantai. Tulang pipi yang putih kelihatan. Hidungnya yang rompong berulat-ulat. Darah meleleh-leleh dari mulutnya yang macam dirobek-robek.

 

Matanya yang berair mata darah tak lepas merenung Tiffany. Dress tidur putihnya compang-camping dan koyak-rabak. Cecair pekat merah dari mulutnya menitis-nitis ke dress putih.

 

Tangannya yang macam patah-riuk tu terhuyung-hayang. Jarinya yang tinggal tulang, tidak berdaging menunjuk tepat ke arah Tiffany.

 

 

"Kau....takkan boleh keluar dari sini......."

 

"Hihihihihihihihihihi~~~~Hihihihihi!!!!!~~~~~~~~~"

Hantu wanita yang mengerikan tu mengilai-ngilai. Macam naik pekak telinga Tiffany!

 

Pandangan berpinar-pinar.

 

Imej perempuan menggerunkan tu semakin kabur dari pandangan.

 

 

"Dbukkkk!!"

 

Gelap.

 

~o~o~o~o~o~

 

AUTHOR'S NOTE:

Sorry update pendek~malam ni malam Jumaat..Eeee~K bye.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
21blackpearls
yeay!!!dah ada POSTER!!!kkkkk~~~thanks chie unnie!>

Comments

You must be logged in to comment
farahhudasyamimi #1
Chapter 8: Please update.... seronok baca cerita nie... ^ ^
jiumin #2
Chapter 8: daebak... update soon..
jiumin #3
Chapter 1: hai.. new reader here..
first chap saya bca dah seram..
NajlaWolf #4
Chapter 8: palli sambung!!
2pmEXOlover
#5
Chapter 8: Sedih pasal Chae :(
Please update lagi ^^
julie8990 #6
Chapter 1: Menakutkan sangat tapi suka dengan cerita ni^^
KairaLavender
#7
Chapter 8: Sedih tu dh satu hal dh...seram pun satu hal gk especially part yg chae cakap "seronok baca kisah hidup org lain"...dh imagine dh scary n horrible face of chae masa tu
chuana08 #8
Chapter 8: bestnyer ... update lagi . tak sabar nak baca :)))
_Lullabyy
#9
update soon !
airisvanilla #10
Chapter 8: yeay3...update soon ok...mkin daebak cite ni..