Kawan Baru

House No. 44

Selimut segera dikilas dan dia bingkas bangun dari pembaringan. Dia mengeliat meregangkan otot dan tulang sebelum menguap sedikit. Rasa segar semula lepas tidur yang nyenyak. Letih sangat semalam. Jam loceng di meja tepi menunjukkan sudah pukul 8.30 pagi. Dia bangun dan menyelak langsir dan membenarkan cahaya matahari menerobos masuk ke ruang bilik. Dari luar tingkap kelihatan beberapa warga emas sedang berjoging. Sepasang warga emas yang berada di seberang jalan terjengah-jengah ke rumah sewa Tiffany.

Ibu muda itu mengerutkan dahi melihat perilaku mereka. Mungkin mereka sibuk bergosip tentang newcomer di kawasan kejiranan mereka. Lepas ni dia kena jugak melawat jiran-jiran berdekatan. Kena kenal dengan jiran-jiran, sebab merekalah orang pertama yang akan ambil berat jika berlaku kesusahan. Lebih-lebih lagi Tiffany seorang wanita dan ada anak-anak yang masih kecil. Bukannya ada lelaki yang boleh tolong dia kalau ada emergency.

Dia menuju ke bilik air untuk mempersiapkan diri setelah menyambar tuala pinknya di atas penyidai. Dia menuju ke sinki untuk memberus gigi. Paip ditekan ke bawah. Tiada setitis air yang keluar.

"Eh rosak ke rasanya semalam ok je?" dia bermonolog.

Sekali lagi dia cuba. Gagal. Memang rosaklah ni.

Dia menuju ke bilik air kalau-kalau ada paip lain di situ. Oh. Ada satu dekat dengan shower.

 

"...Shhaaaaa~" air di sinki mengalir laju. Keningnya terangkat. Rasanya paip dah tutup. Dia terlupa agaknya tadi. Tiffany kembali semula ke sinki dan menyelesaikan rutin paginya di bilik air. Usai mandi dan bersalin baju, dia menyembur serum ke mukanya. Breakfast belum sedia lagi.

Selalunya waktu macam ni dah terjongol muka Youngjae dan Daehyun di biliknya minta breakfast atau minta dimandikan. Walaupun mereka tahu mandi sendiri sekarang ni tapi kadang-kadang mereka ni mengada terlebih.

Tuala kecil diletakkan di bahu. Rambutnya masih basah dibiarkan sahaja.

Pintu bilik Daejae ditolak perlahan. Katil Daehyun kosong dengan selimut yang bergumpal-gumpal.

Dia menoleh pula ke sebelah kanan. Selimut Youngjae nampak membulat.

Perlahan-lahan selimut diselak. Alahai~kalau ada kamera sekarang ni nak sahaja Tiffany menangkap gambar pasangan kembar tak seiras tu. Dia tersenyum. Macam ada rama-rama dalam perut bak kata Omputih.

 

Hari ni hari Ahad. Rasanya biarlah mereka tidur sekejap lagi. Selimut dibetulkan. Tiffany tersentuh lengan Daehyun. Panas.

Belakang tangannya segera dibawa ke dahi Daehyun dan dibezakan dengan dahinya sendiri. Tangannya beralih ke Youngjae pula. Sama panasnya.

Riak wajah bertukar risau. Tak senang hati dia kalau kembar tu sakit. Kena bawak ke hospital ni. Sebab dia tahu suhu badan mereka macam abnormal je. Jangan demam panas sudah.

 

"Daehyun~Youngjae~bangun sayang.." Tiffany mengusap bahu kembar tu. Mereka tak memberi tanda yang mereka akan bangun. Tiffany menepuk sikit bahu Youngjae. Dia ni lagi senang bangun tidur berbanding Dae.

Kening Jae berkerut pahit dan perlahan-lahan mata dibuka. Mata putihnya kemerahan memberi tanda panas dalamnya agak serius.

"Ma..ma?" dia menggosok matanya dengan belakang tangan yang montel tu. Suaranya serak je bunyinya. Senyuman ikhlas seorang ibu dihadiahkan kepada Jae. "Good morning baby~"

Light kiss diberi ke dahi Youngjae yang panas. Daehyun bergerak dalam tidur dan membuka matanya dengan perlahan. Matanya sembap dan merah macam adiknya. Good morning kiss hinggap di pipi Daehyun pula. "Morning Dae~" Daehyun masih terkebil-kebil cuba memproses keadaan.

"Both of you..need to see the doctor. Kita pergi lepas breakfast ya." pipi mereka diusap lembut.

"Jae no want to see doctor. Hari tu kan dah jumpa." Jae memprotes.

"But your fever getting worse honey. Daehyun pun dah demam sama."

 

"Urmm..Mama..Semalam Jae..nampak orang kat bawah katil Dae. Does that mean rumah ni..ada monsta?" dalam pening yang membentak kepala sempat lagi dia bertanya soalan yang dia dah saved sebelum dia terlena semalam.

Daehyun pun memandang mamanya mengharapkan jawapan. Senyap sangat dia hari ni.

Kening Tiffany terangkat. Mulalah imaginasi si kembar berdua ni. Mana ada orang lain dalam rumah ni kalau difikir logik.

"Youngjae. Takde orang lain dalam rumah ni. Kita bertiga je. Don't say something nonsense anymore." Tiffany malas nak berfikir panjang. Karang sama je dia dengan si kembar berdua tu percaya yang alien nak menakluk bumi disebabkan coklat dan gula-gula kapas. Dia jugak tak mahu mengiyakan pertanyaan Youngjae tu sebab dia tak nampak apa pun. Takkanlah pencuri pulak. Mainan imaginasi kanak-kanak je.

But mama, not only us are here.. Getus si sulung dalam hati.

 

Selepas breakfast ringkas roti disapu nutella dan susu hangat, Dae dan Jae dilap badannya dengan tuala basah. Baju mereka ditukar dan sweater membalut tubuh mereka yang terketar-ketar kesejukan yang sampai ke tulang. Sedangkan musim panas baru sahaja nak bermula.

Tiffany mengunci pintu rumah dan si kembar tu berdiri longlai di sisinya. Nak berjalan pun macam dah tak larat sangat. Alarm kereta ditekan lalu dikendong kedua orang kembar tu sekaligus. Tiffany dah biasa mendukung mereka. Berotot lengan dia dek mendukung mereka. Kalau dulu lainlah, ada suami yang tolong kendong seorang daripada mereka.

Tengah nak mendudukkan Daejae di seat belakang, kelihatan ada seorang mak cik tua di pagar rumah sebelah. 

 

Wanita itu segera berpaling ke arah mak cik tu dan menguntum senyum sebelum menunduk sedikit. Perempuan separuh abad itu cuma terkebil-kebil. Senyum pun tidak. Kerut di dahi adalah.

 Tiffany bergerak ke arah pagar rumahnya untuk menyapa jirannya itu.

"Urmm..Annyeonghaseyo omoni."

Perempuan tua tu hanya mengangguk sedikit. "Baru pindah sini ke?"

"Ya. Pindah sini semalam."

Mak cik tu mengerling ke arah rumah sewa tu. "Ahh..Saya Tiffany. Hwang Tiffany." dia menghulur tangan. Wanita tua itu menyambutnya.

"Makcik Puan Kim." barulah senyum diukir.

"Budak kecil dua orang tadi tu.."

"Ohh yang tadi tu anak kembar saya, Daehyun dan Youngjae. Saya nak hantar mereka ke hospital. Demam pulak diorang." mak cik tu berkerut dahi.

"Ah..Mak cik maaflah tak dapat bagi door gift dalam pertemuan pertama kita."

"Eh. Tak apelah. Makcik pun kena bagi door gift pada kamu juga nanti." Tiffany tersipu.

"Ermm..Tiffany. Memandangkan kamu dah duduk sini, mak cik nak ingatkan, hati-hati sikit ya. Lagi-lagi kamu ada anak kecil."

Tiffany mengilas rambut ke belakang. "Kenapa? Ada kes ke dekat-dekat sini?" Tiffany kurang senang dengan nasihat Puan Kim. "Hmm..Kes jenayah tu memang ada dekat mana-mana pun. Maksud mak cik..rumah kamu."

Tiffany menggeleng. "Tak ada apa-apalah mak cik. Saya rasa rumah ni ok je."

Terkelu mak cik tu. "Mak cik cuma nak ingatkan je. Kalau ada masa datanglah rumah mak cik bawak si kecil dua orang tu. Teringin nak kenal dengan mereka. Maklumlah, rumah mak cik dah lama takda budak kecil. Kamukan jiran baru mak cik." senyum ikhlas diberi.

"Yalah. Nanti saya bawak mereka. Ok lah Puan Kim saya gerak dulu ke hospital. Annyeong~"

 

~O~O~O~O~O~O~

Tepat pukul 6 barulah Suzuki Swift putih di parkir di halaman rumah sewa itu. Tiffany keluar dari kereta dan dia melangkah ke pintu pagar rumah untuk menutupnya. Daejae keluar dari kereta. Nampak lebih sihat berbanding pagi tadi. Yalah kena duduk kat hospital berejam tadi untuk dimasukkan air. Pening kepala Tiffany nak menenangkan mereka yang tak mahu dicucuk jarum.

Nasib baik Dr.Siwon ada taktik terhebat memujuk mereka. Pujukan membunuh dengan memberi mereka cheesecake. Nasib baik makan saman jugak diorang tu lepas diberi gula-gula Hobbang Man. Akhirnya terpaksa Siwon membelikan sepotong cheesecake masa lunch hour tadi. Janji mesti dikota. Dr. Siwon tak kisah sangat pun sebab dia dah macam papa angkat diorang.

Dia dah lama kenal pasangan kembar tu sejak diorang dimasukkan ke hospital masa umur sembilan bulan sebab demam panas. Masa tu doktor muda tu baru lagi dekat Seoul Hospital. Tahun lepas dia dipindahkan ke Gwangju. Hari ni mereka berjumpa di hospital. Seronok aje budak berdua tu

Tiffany menguak pintu hadapan rumah. Suasana sudah kelam di dalam. Padahal, baru je pukul 6. Ada sejam lagi sebelum senja melabuhkan tirainya. Suis lampu dipetik. Dia meletakkan handbagnya ke sofa. Cahaya lampu yang tak berapa nak terang mencerahkan sedikit pemandangan ruang tamu. Dia dan si kembar dah makan tadi. Paling-paling pun diorang tu nak susu malam nanti. Biasanya, selera makan diorang memang takde kalau sakit.

Si kembar masih kat luar. Melihat-lihat di luar rumah. Ada sebuah buai kecil kat bawah pohon rendang di halaman. Mereka tak perasan semalam sejak diorang sampai ke situ. Yalah. Diorang kan duduk kat dalam je.

 

"Dae~kita main buai nak?" si adik mengajak.

"Tak nak lah. Nanti mama marah. Hari dah nak malam."

"Ala~kejap je..eh?" pujuk lagi.

"Hmmm.." Daehyun meggaru leher, macam nak dan tak nak pada masa yang sama. Akhirnya terpaksalah akur jugak.

Youngjae duduk di buai dan Daehyun perlahan-lahan menolak si adik. Sesekali hingus di hidung mengancam untuk meleleh. Dia tarik nafas dalam-dalam. Youngjae gembira duduk kat buai. Senyum mungil di bibir. Terlupa yang demam baru kebah.

 

Dae berhenti menghayun Jae sebab buai tu semakin laju. Dia beralih ke tepi sikit dekat dengan pokok. Pandangannya dibuang ke arah rumah sebelah.

Dia berjalan ke arah pagar yang memisahkan rumah sewa no. 44 dengan rumah no. 43. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Senyum di bibir.

Tangan mininya memegang pagar besi dan mata melilau mencari kelibat seseorang.

"Uhhh!!Awak!" Daehyun menyapa dengan suara serak basah. Dia ni memang terlebih ramah.

 

Orang yang dimaksudkan membulatkan matanya melihat ke arah kirinya, lebih tepat ke arah rumah jiran sebelah yang tidak pernah berpenghuni sebelum ni. Rasa nak lari dengan cepat je masuk ke rumah. Tangannya tangkas menggerakkan kerusi roda.

"Hei~saya Daehyun. Nama awak shiapa?" selamba je budak kecil ni.

Tangannya terhenti. Perlahan-lahan kepala di angkat. Digosok-gosok matanya untuk memastikan Daehyun tu anak manusia. Imej Daehyun yang masih tersengih dekat pagar tu diamati betul-betul. Dae melambai tangan.

Dia perlahan-lahan menggerakan kerusi roda ke arah pagar.

Sengih Daehyun masih setia. "Hai~"

Budak yang duduk di kerusi roda yang berumur dalam lingkungan 9 tahun tersenyum kecil.

"Saya Daehyun. Boleh panggil Dae~" sekali lagi memperkenalkan diri.

"Himchan~" budak berkerusi roda tu tersenyum melihat keletah Dae. Dia melihat-lihat ke rumah sewa sebelah tu. Memang betul lah dah ada penyewa baru. Lampu pun terbuka. Ada kereta kat laman rumah.

"Baru pindah ke?Kita jiranlah." Himchan mendekatkan lagi dirinya dengan pagar.

"Uh-uh. Kita jiran. Daehyun. Himchan." tangan Dae menunjuk ke arah dirnya dan Himchan.

"Himchan hyung. Awak patut panggil saya hyung. Saya lagi tua dari awak." Himchan membetulkan.

"Ohhh..hyung. Himchan hyung~" bibir dijuihkan.

 

"Himchan~ Himchan~" suara wanita kedengaran dari dalam rumah sebelah. "Oh!Omma saya dah panggil. Nanti kita jumpa lagi ya." kerusi roda digerakkan ke arah pintu rumah.

"Bye~Himchan hyung!"

"Bye.."

 

Daehyun berpaling ke arah Youngjae yang bermain buai tadi. Youngjae tiada di buai.

"Jae~" kakinya melangkah ke pokok rendang tu. "Jae??" orang dicari masih tak jumpa. Takkanlah dah masuk rumah. Baru sekejap tadi dia nampak Jae masih kat buai masa tengah berbual dengan jiran sebelah.

 

"Pap!"

Berderau darah Dae bila bahunya disentuh. Dia segera berpaling.

"Jae pergi mana!" kening hampir bersambung. Tapi lega melihat adiknya ada di sebalik pokok. "Uhh..Jae jumpa kawan baru tadi~" senyum innocent. Makin berkerut muka Daehyun. Siapa? Takkanlah Himchan hyung pulak.

"Kawan baru?"

 

Jae mengangguk. "Tadi dia ada kat situ." Jari telunjuk comel dihalakan ke arah kawasan yang dipenuhi dengan pokok-pokok bunga yang hidup liar di halaman. Dae melilau mencari. Mama dah tutup pintu gate kan tadi?

"Dae pun jumpa kawan baru jugak. Nama dia Himchan hyung~" bangga.

Jae menjuihkan bibir. "Jae pun dah dapat kawan baru~Nanti kalau dia ada Jae tunjuk dekat Dae." senyum.

Mereka berpimpin tangan masuk ke rumah. Kalau lama lagi mesti kena bebel dengan mama.

 

~O~O~O~O~O~

Susu pun dah minum, ubat pun sudah. Tiffany menyelimutkan Daehyun dan Youngjae. Dahi mereka dikucup dengan kasih sebelum menutup lampu bilik mereka.

Esok dah mula waktu bekerja. Tapi mata masih belum mengantuk. Dia menuju ke ruang tamu dan berbaring dia atas sofa. Remote tv dicapai.

Hanya drama-drama bosan yang tak tahu hujung pangkal ceritanya sahaja sedang ditayangkan. Dia mengalih sahaja siaran tv secara random. Tangannya diletakkan di armrest membantalkan kepalanya.

Bosan.

Tangan Tiffany terasa sesuatu. Mungkin cuma rambutnya yang panjang sahaja menyentuh.

 

 

 

Sekejap. Seingat dia rambutnya disanggul menjadi bun. Dari ekor matanya yang masih melekat pada tv, ada rerambut hitam di tangannya.

Rambut Tiffany berwarna perang tua sebab baru minggu lepas dia dye warna baru. Jantung terdetak. Semacam ada yang tidak kena. Tapi dia cuma buat tak endah nak menyedapkan hati. Dia mengalih siaran tv.

 

"Zzzzzztttt.."

Tiba-tiba siaran tv hilang dari skrin. Hanya meninggalkan skrin putih yang berbalam-balam sebab tak dapat siaran. Ishh..Takkan antenna tv rosak pulak?

Tv dimatikan dan dia bingkas bangun menuju ke bilik.

 

 

 

"Uhukk..hu..waa..tskk..tskk.."

 

 

Tiffany melilau memandang sekeliling. Telinganya tak pekak lagi. Dia terdengar tangisan kanak-kanak baru sekejap tadi.

"Daehyun? Youngjae?" dia memulas tombol pintu si kembar yang terletak bersebelahan dengan biliknya. Kedua mereka kelihatan sedang tidur nyenyak melalui cahaya yang samar-samar. Pintu ditutup kembali.

 

Dia masuk ke biliknya dan naik ke atas katil. Kepalanya menyentuh bantal dan berkira-kira mahu tidur.

 

 

 

"Uhukk..hu..waa..tskk..tskk..huwaa.."

 

 

Telinganya menangkap lagi bunyi tangis yang sama. Sumpah. Itu bukan tangis Daejae. Sebab suara esakan kecil tu milik bayi yang mungkin umurnya belum mencecah setahun. Liur diteguk.

Matanya dipejam sahaja seboleh-boleh bertarung dengan mindanya yang mula fikir yang bukan-bukan.

 

~O~O~O~O~O~

-3.00 pagi-

Youngjae terjaga dari tidurnya. Peluh membasahi dahinya. Mungkin sebab cuaca musim panas. Matanya segar pulak. Dia memandang ke arah Daehyun di seberang sana yang nampaknya sedang enak dibuai mimpi. Dia cuba untuk tidur balik sebab dia taknak monster datang kepada dia.

Dia berselubung di dalam selimut. Rasa takut pula yang menjelma. Nak je dia kejutkan si Dae. Tapi jarak kurang 2 depa tu macam 200 meter jauhnya.

"Ssssst.."

 

Bunyi apa tu? Mata Jae terkebil-kebil di dalam selimut.

Perlahan-lahan selimut dia bagai ditarik dari hujung katil. Kening dikerutkan. Daehyun ke?

Makin lama makin loose selimut yang menutup kepalanya tu. Jae rasa takut sangat. Sebab dia tahu Daehyun masih tidur di sebelah sana.

 

Selimut direntap!

Jae yang memeluk bantal busuknya seeratnya. Dalam keadaan yang menggigil, disebabkan rasa nak tahu yang kuat, matanya terarah ke hujung katilnya.

 

 

Masa seakan terhenti.

 

Jantung macam nak terkeluar dari dada terpandang objek yang berada di hujung sana. Cahaya bulan terang dari tingkap memberitahu segalanya.

 

 

 

 

Pucat lesi warna kulitnya. Rambutnya yang hitam pekat menutupi matanya. Bawah matanya lebam membiru. Seorang budak lelaki sebaya Jae tidak berbaju sedang duduk mencangkung di tepi katil. Dia tersenyum. Giginya yang macam gergaji berdarah-darah. Cecair pekat tu meleleh ke dagu.

 

Tangannya melambai-lambai ke Jae. Kukunya berwarna lebam keunguan.

 

"Youngjae~~~~" suaranya berbisik.

 

 

 

"......Arggghhhh!!!" jeritan bernot tinggi keluar juga dari anak tekaknya. Jae rasa dia macam dah terkencing di dalam lampin pakai buangnya dek ketakutan.

Matanya terkatup rapat dan suaranya menggegarkan rumah. Dia menangis sekuat hatinya mengharapkan mama datang kepada dia.

 

Daehyun terjaga kerana tangisan adik. Dia terpisat-pisat bangun dan mendekati Jae. Seram sejuk rasanya. Tak tahu kenapa entah.

Pintu terbuka secara tiba-tiba. Tiffany meluru masuk mendapatkan Jae yang sedang menggila tangisnya.

"Kenapa sayang?" Tubuh kecil segera diraih dibawa dalam pelukan. Daehyun termangu di atas katil Jae sambil memandang mama.

 

"Mama. Jae nampak orang." laju je ayat meluncur dari mulut Daehyun. Telepati merungkai soalan Tiffany tadi.

Si ibu tak lepas memandang ke arah Daehyun yang terkebil-kebil tak berekpresi. Anak-anaknya tak pandai menipu. Itu fakta yang membuatkan dia terkedu sektika.

 

 

 

 

 

 

"Tehehehehehehe~"

 

 

 

 

 

Laju Tiffany menoleh ke arah pintu bilik yang terbuka.

Daehyun masih di sisi Tiffany memandang dengan muka sepuluh sen. Si Jae tersedu sedan di dalam pelukan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Siapa yang ketawa dalam keadaan tegang ni?!

 

~O~O~O~O~O~

 

AUTHOR'S NOTE:

Ok, tulis ff genre horror ni seriau la. T.T 

To be honest, part yang kena tarik selimut tu berdasarkan my very own experience when I was in Form One.

Okay. Tutup cerita. Kalau suka, sub; sukak-suka, komen; terlebih suka, upvote. Bye~

 


PROMOSI FANFIC 21BLACKPEARLS~Kalau ada masa jenguk-jenguk la yek.

The Silent Wind that Blows (Malay Fanfic) - Vampire Himchan dan geng vampire B.A.P.

~> http://www.asianfanfics.com/story/view/664004/the-silent-wind-that-blows-malay-fic-angst-jaejoong-malay-vampire-exo-himchan-bap

OMG!!BAP Babies?!! (English Fanfic) - B.A.P members turn into babies and toddlers.

~> http://www.asianfanfics.com/story/view/528025/omg-bap-babies-fluff-baby-bap-daehyun-youngjae

Here Comes the Bang Family.. (English Fanfic) - Your brothers and you as the part of Bang family.

~> http://www.asianfanfics.com/story/view/511082/here-comes-the-bang-family-angst-drama-family-fluff-you-exo-bap 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
21blackpearls
yeay!!!dah ada POSTER!!!kkkkk~~~thanks chie unnie!>

Comments

You must be logged in to comment
farahhudasyamimi #1
Chapter 8: Please update.... seronok baca cerita nie... ^ ^
jiumin #2
Chapter 8: daebak... update soon..
jiumin #3
Chapter 1: hai.. new reader here..
first chap saya bca dah seram..
NajlaWolf #4
Chapter 8: palli sambung!!
2pmEXOlover
#5
Chapter 8: Sedih pasal Chae :(
Please update lagi ^^
julie8990 #6
Chapter 1: Menakutkan sangat tapi suka dengan cerita ni^^
KairaLavender
#7
Chapter 8: Sedih tu dh satu hal dh...seram pun satu hal gk especially part yg chae cakap "seronok baca kisah hidup org lain"...dh imagine dh scary n horrible face of chae masa tu
chuana08 #8
Chapter 8: bestnyer ... update lagi . tak sabar nak baca :)))
_Lullabyy
#9
update soon !
airisvanilla #10
Chapter 8: yeay3...update soon ok...mkin daebak cite ni..