Chae

House No. 44

"Tiffany..aku rasa kau pindah je lah dari rumah tu. Seram giler tahu tak?" Yoona menyedut jus kiwinya. Tiffany dan Yoona makan di foodcourt sementara lunch hour masih berbaki setengah jam.

Daejae duduk di rumah Yoona memandangkan Baby Jello dah ada nanny baru. Yoona sendiri yang melarang Tiffany hantar mereka berdua ke daycare. Katanya kesian dengan si kembar yang nampak lesu dan tak bermaya. Nasib baik di rumah Yoona masih ada baju milik Daejae yang masih di simpan. Yoona punya kepala jugak. Kot-kot ada emergency. Lagipun, Yoona dah macam mama no.2 Daejae. Yoona sentiasa menjenguk keluarga kecil tu semenjak mereka berdua lahir. So, no wonder la.

 

"Tapi..Yoon..Aku.."

"Tapi apa lagi? Aku tak nak Baby Dae and Baby Jae diapa-apakan tahu tak!Lagi-lagi kau..Aku risau tahu. Sedangkan aku pun dia boleh menyamar, what if dia boleh menyamar jadi diri kau pulak depan Daejae?Tak gila ke?Ishh..Simpang!!" Yoona menggelengkan kepalanya.

Tiffany menghela nafas berat. Air jus orennya masih tak terusik dari tadi. Entah. Hilang selera sejak semalam.

"Aku..Look..Aku bukannya tak nak pindah Yoon. I'm just..Kau tahu tak ada something that bother me since I started to live there." egg roll masih di tangan.

Yoona hampir tersedak kimchi. Chopstick steel diletakkan melintang di atas mangkuknya. Jus kiwi disedut laju.

"Kau biar betul?!Kau tak nak pindah sebab ada 'someting' bothering you?!Kau..tak takut ke duduk kat situ?" Yoona memandang tajam.

"Ya..Aku takut. Memang aku akui aku takut duduk kat rumah tu. But I have to find the truth Yoon."

"Gila. Ape bendanya yang kau nak tahu sangat pasal rumah puaka tu. Kau nak jumpa hantu-hantu tu pastu interview diorang pulak?"

"No..It's not like that. Aku..sebenarnya curious.."

"Pfft!!Sebab curious??Tu je??"

Tiffany terdiam. Sebenarnya dia tak tahu macam mana nak menerangkan rasa 'attachment' dia dengan rumah tu. Entah. Perasaan tu hanya dia yang tahu. Merungkai siapa wanita rompong dan budak kecil bernama Yongguk tu.

"Tiffany. Daejae hanya ada kau je sekarang ni. Don't do something stupid. Kalau kau nak jugak duduk kat situ, boleh. But, don't bring them in." tegas suara Yoona. Dia menyepit semula chopsticknya dan menyumbat nasi ke mulut tak mengendahkan Tiffany. 

Wanita tu terdiam. Jus oren yang dibiarkan sejak tadi disedut perlahan. Takkan la nak duduk rumah Yoona je. Kunci kereta, purse dan dokumen-dokumen penting semuanya masih kat rumah tu. Apa-apa pun lepas kerja dia kena jugak balik ke rumah sewa.

 

~o~o~o~o~o~

Yoona memarkir kereta Toyota Camry di luar pagar rumah sewa nombor 44. Walaupun dia berkeras tak mahu menghantar Tiffany, tapi dia terpaksa akur dengan pujuk rayu rakan karibnya tu. Takpelah. Asalkan anak-anak semua berada di tempat yang selamat.

Tiffany keluar dari kereta. Ada kereta Audi 8 berwarna merah tak jauh dari kereta Yoona. Siapa?

Nak tak nak, Yoona turun jugak dari keretanya. Tiffany dah pun di muka pintu pagar rumah tersebut lantas berjalan menghampiri pokok yang ada buai tu.

"Err..Maaf encik siapa ya?" Tiffany menegur.

Seorang lelaki berambut blonde sedang berdiri membelakangkan Tiffany. Dari segi pemakaiannya, dia nampaknya seorang yang berada. Mungkin pemilik Audi tu kot, Tiffany meneka. Dia menoleh ke arah Tiffany.

"Ohh..Maaf..Maaf.." lelaki awal 30-an tu meminta maaf dan dia sedar kehadiran Tiffany dan Yoona sejak dari tadi.

"Awak penyewa rumah ni ke?" lelaki tu bertanya.

"Ya saya. Ada apa?" Tiffany memandang pelik.

"Ohh..Saya Kang Daesung. Rakan pemilik rumah ni, Encik Kwon." dia tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih. Mata kecilnya membentuk bulan sabit.

Tiffany sekadar 'ahh' sahaja. Tapi riaknya masih ragu-ragu. Ada apa dia ke sini?

"Err..Encik.."

"Ahhh..Kenapa saya ke sini?Mesti awak nak tanya tu kan?" Dia masih tersenyum kambing. Ceh. Boleh tahan cheesy jugak lelaki ni.

Tiffany tersenyum senget. Yoona sudah berada di sisi Tiffany. Nampaknya, Yoona macam tak senang berada di rumah tu. Belum apa-apa, rasa meremang sudah bulu roma.

"Ya. Kenapa encik datang ke sini?"

"Hmm..Maaflah masuk ke halaman rumah ni tanpa izin. Tadi pintu pagar depan tu pun ternganga luas. Saya fikir ada orang."

"Saya baru balik kerja. Kawan saya yang hantar." Tiffany memandang Yoona.

"So..Ada apa encik?"

Daesung sekadar menaikkan keningnya. Dia berdehem.

"Ehmm..Saja je sebenarnya. Rumah ni terlalu banyak kenangan buat saya."

Lagilah pelik. Macam tak logik je jawapan dari Kang Daesung tu.

 

"Sorry. I can't get what you are trying to say. Hmm..A brief story maybe?" Tiffany mengorek.

"Ahh..Well..Kawan. Saya seorang kawan kepada penyewa rumah ni dulu. Dia seorang kawan yang sangat baik." Daesung menggaru leher yang tak gatal.

"Friend?Who?"

"Uhmm..Penyewa rumah ni." Daesung membuang pandang ke rumah suram tu. Ada segaris rasa sayu pada riak wajahnya.

 

"So, I guess rumah ni ada sentimental value untuk awaklah since awak kenal dia." Tiffany meneka.

"Yup. Kinda." dia tersenyum tawar.

"Hmm..Kalau macam tu jemputlah masuk nak tengok-tengok." dia mengajak tetamu yang total stranger tu. Yoona sekadar mengangguk je.

"Boleh ke?Thanks." Daesung tersenyum mesra.

 

Mereka bertiga masuk ke rumah. Lampu ruang tamu dihidupkan. Entah kenapa, ada rasa selamat sikit bila ada teman orang dewasa. Tiffany mengemas toys, buku mewarna dan colour pencils Daejae yang berselerak di atas meja ruang tamu.

"Uhmm..Awak dah ada anak ke?" Daesung bertanya.

"Yup. Mereka ada kat rumah Yoona, kawan saya ni." Tiffany tersenyum. Barang-barang yang dipungut tu diletakkan di dalam kotak plastik yang tertulis "Dae and Jae's" dengan marker di atas penutup kotak tu.

Yoona duduk di sofa dan melilau sekeliling. Daesung berdiri di tepi tingkap dan menyelak sikit langsir putih. Terimbau memori dia waktu dahulu.

"You guys duduk dulu lah ya. I'll make some drinks." Tiffany berlalu pergi setelah meletakkan kotak di atas sofa single. Dia ke fridge dan mengeluarkan jus epal. Jus dituang ke dalam gelas. Lepas ni, dia perlu kemas barang-barang. Ambil yang penting-penting je. Dua tiga helai baju dia, baju dan seluar Daejae, teddy army Daehyun, bantal busuk Youngjae, purse dia dan kunci kereta.

Lepas ambil barang yang dah di list dalam kepala otak dia tadi, dia segera meletakkan barang-barang tu ke dalam kotak plastik Daejae tadi. Kunci kereta dimasukkan dalam poket seluar.

Tiffany kembali semula ke ruang tamu dengan dua gelas jus epal.

Yoona masih di sofa dan sedang berbual dengan Daesung. Rupanya Daesung pun grad dari Korea University jugak. Kira senior mereka lah tu. Yoona yang memberitahu Daesung siapa nama Tiffany since wanita tu tak memperkenalkan diri tadi.

 

"Eh. Minumlah dulu. Rancak korang berbual." Tiffany tersenyum sambil tangannya menutup kotak plastik. Daesung membuka laci di kabinet t.v. Dia mengeluarkan sebuah album gambar.

Tiffany berkerut dahi. Yalah. Tak pernah tahu ada album gambar kat situ. Daesung tersenyum memegang album tersebut. Mungkin, milik kawan yang dimaksudkan tu kot. Yoona pulak sedang enak meneguk jus epal. Haus pulak tekak dari tadi.

Tiffany mengangkat kotak plastik tu dan membawanya keluar rumah. Pintu depan dibiar terbuka. Alarm kereta ditekan. Tiffany segera memasukkan kotak ke seat belakang. Usai meletakkan barang, ekor matanya menangkap sesuatu.

 

Buai di bawah pokok rendang tu berbuai sendiri. Sedangkan mana ada angin yang berhembus pada waktu itu. Tiffany menelan liur. Macam tak sedap hati pun ya.

Tiffany masuk ke dalam rumah semula. Daesung sedang minum jus epal yang dihidang tadi manakala Yoona tiada di tempat duduknya tadi. "Mana Yoona?" Tiffany bertanya pendek.

"Dia ke toilet nak buang air tadi." Daesung meletakkan gelas ke dalam dulang.

 

Lima minit menunggu, Yoona masih tak muncul-muncul. Tiffany rasa gusar. Janganlah dia ditipu dek hantu perempuan semalam sekali lagi. Dia percaya 100 percent yang Yoona yang dibawa tadi Yoona yang original!

Tiffany menuju ke bilik air yang bersebelahan dengan ruang makan. Bilik air tersebut berkunci.

 

"Yoona..Kau kat dalam ke?" pintu diketuk beberapa kali.

Namun, tiada jawapan. Daesung yang duduk di ruang tamu pun memandang pelik lalu menghampiri Tiffany yang sedang mengetuk pintu. Kot Yoona jatuh kat dalam bilik air ke siapa tahu?

"Yoona!Aku tahu kau kat dalam. Bukak lah pintu ni." Tiffany mengetuk lagi. Masih tidak berjawab. Mana pulak Yoona pergi ni?Confirm dia masuk bilik air ni sebab masa Tiffany berulang-alik ke dapur pintu bilik air tu ternganga luas.

"Cik Yoona. Awak kat dalam ke?" Daesung mengetuk sama.

 

Tiffany memandang Daesung dan sama membaca fikiran masing-masing. Daesung memberi isyarat tangan. Pintu dihenyak dengan lengan.

"Praakk!!" pintu terbuka.

 

Tiada siapa di dalam bilik air. Kosong.

Tiffany menelan liur. Mana perginya Yoona. Daesung mengecilkan matanya. "Satu tempat je."

"Satu tempat?" Tiffany bertanya.

 

Kang Daesung melangkah ke bilik nombor tiga dalam rumah tersebut. Malangnya, pintu bilik tersebut berkunci.

"Err..Encik Daesung. Bilik ni memang berkunci. Saya takde kuncinya. Takkan lah Yoona dekat dalam bilik ni?"

"Saya pasti dia kat dalam ni." tombol pintu digoncang berkali-kali.

 

Sekali lagi menggunakan kudrat jantan, pintu dihenyak.

 

 

 

"Tiffany!!!!TOLONG AKU!!!!!!"

 

Alangkah terkejutnya Tiffany dan Daesung bila melihat Yoona sedang tertiarap di atas lantai. Dia bagaikan sedang diseret 'sesuatu'. Tiffany lantas mendapatkan lengan Yoona.

 

"Lepaskan aku!!!" Yoona menjerit-jerit sambil kepalanya menoleh ke arah 'dia' yang menjalar tangannya menarik kaki Yoona dari bawah katil. Peluh merenek di dahi dan leher.

"Lepaskan dia!!" Tiffany menjerit sama. Ya. Dia dah nampak wanita rompong di bawah katil single dalam bilik tu. Daesung masuk ke bilik dan sama-sama menarik Yoona.

 

"Chae!!Aku tahu tu engkau!!Sudah-sudahlah!!" Daesung menjerit dengan air mata berlinang mengancam untuk jatuh ke pipi.

 

 

"Hihihihihihhihhiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~Kau rupanyaa.. Hihihihihihihihihihihhihhhhhhhhhhhhhhiiiii~~~~" dia mengilai dari bawah katil. Padat dan memekakkan hilai tawanya dalam bilik tu.

 

Kuku panjang yang mencengkam kaki Yoona dilepaskan.

Yoona segera berdiri dan memeluk Tiffany. Ibu muda tu menggigil-gigil tubuhnya dengan peluh yang menitik-menitik. Tiffany pun apa kurangnya.

 

Kang Daesung berdiri menghadap 'dia'. Walaupun ada sedikit gentar dalam hati tapi digagahkan juga.

 

Wanita rompong tu tak hilang begitu sahaja.

 

Dia keluar dari bawah katil dengan tangan yang patah-patah. Dagingnya jatuh ke lantai tatkala dia berdiri memandang ke arah tiga orang manusia di hadapannya. Rambutnya yang panjang kusut-masai menutup separuh wajahnya.  Dia tersenyum lalu terobeklah mulutnya yang sedia terkoyak. Bau busuk dang maung memenuhi ruang bilik. Sepertinya tangannya sedang mengendong sesuatu di dalam kain putih buruk yang kecoklatan warnanya.

 

"Kang..Daesung....Hihihihihihhhhiiii~"

 

"Ya..Chae..Ni aku."

 

Senyum di bibir koyak tu hilang. Dia berdiri diam di situ.

 

Air mata darah mengalir di sebalik rambut carca merbanya. Dia.. Dia menangis?

 

Tangan yang tinggal tulang mengusap-ngusap bungkusan kain di dalam dakapannya. Tiffany dan Yoona berpandangan. Mereka memang takut benar waktu itu. Muka sudah pun pucat lesi.

 

"Tsk..Tskkk..Mana?Mana yang kau janjikan ha?" air mata darah tu mengalir lagi laju membasahi dress panjang compang camping.

 

 

"Chae..Aku..Aku sedang usahakan..." Daesung bagaikan hilang kata-kata.

 

"Kau mungkir JANJI!!!!!!" perempuan rompong tu menjerit dengan suara yang menyeramkan.

 

"Kau tipu!!Kau patut mati KANG DAESUNG!!" wanita tu melempar bungkusan kain ke bawah. Rupanya bungkusan tu ada anak patung manusia yang dah tak berkepala.Anak patung tu tergolek berhampiran dengan kabinet di sebelah Tiffany. Tiffany dan Yoona meneguk liur yang terasa pahit.

 

"Chae..Dengar apa yang aku nak cakap. Please. Aku kawan kau Chae."

 

Wanita tu menderam. Matanya merah menyala. Darah masih mengalir dari kelopak matanya.

 

"Aku..Aku...akan cari Jongup."

 

 

"Cari..Cari....Cari dia..sampai dapat!!Hihihihihihihihi~~~~~"

 

 

 

"Kalau kau tak dapat cari..........kau dan kau...akan mati sama...dan..." jari telunjuk yang hanya tinggal tulang terhala kepada Daesung, Tiffany dan Yoona.

 

Telunjuk yang sama terarah kembali ke arah Tiffany. "Anak-anak kau.......akan jadi milik aku...hihihihihi~~~" dia ketawa dan bibirnya robek lagi.

 

Terdetak jantung Tiffany. Rasa nak menangis pun ada.

 

 

Dia berdiri di atas angin dan dalam sekelip mata wanita rompong tu hilang.

 

Daesung menghela nafas berat. Air mata mengalir dari kelopak matanya. Mana lagi dia nak cari manusia bernama Jongup tu?

 

Tiffany terjelopok jatuh ke lantai. Tak mungkin!Kenapa dia dan anak-anak kecilnya yang tak tahu apa-apa terlibat sama dengan perjanjian dengan hantu perempuan tu?

Yoona nak membantu Tiffany berdiri dan tak sengaja dia tersinggul kabinet yang dipenuhi dengan buku di tepi.

 

"Pukk!" sebuah buku berwarna hitam terjatuh ke lantai, betul-betul di hadapan Tiffany. Matanya tak beralih dari buku berkulit keras berwarna hitam tu. Nampak macam diari.

Tiffany mengambil buku itu dan meletakkan di kabinet semula.

"Encik Kang Daesung...dia..tu...kawan yang encik maksudkan ke?" Yoona bertanya. Daesung menoleh dan sekadar mengangguk. Fahamlah Tiffany dan Yoona dengan apa yang dimaksudkan.

 

Mereka keluar dari bilik tersebut. Tiffany curi-curi mengambil semula buku berwarna hitam tersebut dan disorokkan di dalam baju. Dia perlu tahu isi kandungannya. Benda ni bukan kebetulan kan?

 

~o~o~o~o~o~

 

Tiffany, Yoona dan Daesung sudah keluar dari kawasan perumahan tersebut. Daesung mengajak mereka makan di restoran. Ada benda dia nak beritahu pada mereka.

Mereka bertiga duduk di meja yang agak tersorok. Pelanggan boleh tahan ramai keluar masuk dari kedai makan tu.

 

"Daesung oppa. Perempuan bernama Chae tu kawan awaklah ye?" Yoona membuka perbualan. Sememangnya rumah puaka tu menjadi titik permulaan perkenalan mereka.

"Ya. Kawan." dia tersenyum tawar.

"So. Siapa Jongup?" Tiffany straight to the point terus. Dia beranggapan orang yang bernama Jongup tu punca puaka rumah nombor 44 tu menggila dan tak tenang. Entah-entah pembunuh ke perogol ke?Mana tahu kan?Everything is possible.

Kang Daesung sekadar menggelengkan kepalanya.

"Saya tak pernah dapat cari siapa Jongup yang dia maksudkan. Saya tak pernah kenal lelaki bernama Jongup."

Yoona memandang Tiffany. Dia risau memandangkan dia pun dah terlibat sama dalam kes ni.

 

"Maybe kawan or boyfriend dia ke?" Yoona meneka.

"Saya dah susur semuanya. Chae tiada kawan atau teman lelaki yang namanya Jongup."

"What if Jongup tu stranger yang awak tak pernah kenal?" Tiffany menyoal. Daesung termenung dengan soalan Tiffany. macam mana kalau apa yang Tiffany cakap tu betul? Sampai hujung dunia pun diorang takkan dapat cari.

 

"Wait. Macam mana Chae meninggal?" Yoona memandang Daesung berlagak seorang inspektor. Sempat lagi minah sengal ni. Tiffany menjeling.

"Chae meninggal disebabkan kanser perut. Saya hanya sempat melawat dia di hospital sebelum dia meninggal. Masa tu, dia dah tak banyak bercakap. Dia tak habis-habis mintak saya carikan Jongup."

"Lepas tu dia dah tak cakap apa lagi dah?" Yoona bertanya lagi.

"That was the last time I saw her. Masa hari dia meninggal saya ada kat Jepun. Bila bergegas balik dia dah pun dikebumikan." Daesung mengetap bibir bila teringat kembali memori tiga tahun lepas.

 

"So...Siapa Yongguk?" Tiffany merenung tajam. Daesung mengerutkan dahinya.

"Macam mana awak boleh tahu pasal Yongguk?" Daesung mengecilkan matanya memandang Tiffany. 

"It's just...I'm asking you oppa. Please tell me who is this Yongguk kid?"

"Yongguk anak Chae. Chae seorang ibu tunggal beranak satu. Yongguk hilang masa umur dia enam tahun. Polis sudah puas cari budak kecil comel tu. Tapi dia tak pernah dijumpai sampai sekarang."

 

Tiffany tersenyum. Yoona menyiku Tiffany.

 

"Why?Why..Budak kecil tu masih ada kat rumah sewa tu oppa?"

"What do you mean?" Daesung terkebil-kebil.

"Walaupun dia bukan lagi dalam bentuk manusia..Saya dan anak-anak saya..pernah nampak Yongguk kat rumah sewa tu."

 

 

"You mean bukan manusia?Hantu Yongguk?Kat rumah sewa tu?!" Daesung membulatkan matanya.

 

"I believe something is not right here." Tiffany membuang pandang.

"What do you mean Tiff?" Yoona memandang risau.

 

 

 

"Aku..tak rasa Yongguk hilang. Macam mana kalau dia..memang ada kat rumah tu selama ni."

 

"So..You wanna say Yongguk mati kat rumah tu?" Daesung meneka.

 

Tiffany mengangguk. Naluri dia mengatakan kuat. Daesung memicit kepala. Bertambah sudah persoalan dalam minda dia yang telah terkumpul selama ini. Dia memang sudah lama mengesyaki sesuatu misteri pasal rumah yang disewa Chae dahulu. Sebagai kawan, dia ada janji perlu dikotakan. Siapa Jongup? Kenapa Chae tak tenang?Mana hilangnya anak Chae? Dan kenapa Tiffany kata yang Yongguk tu dah jadi hantu?Maksudnya budak kecil tu dah mati? Tapi macam mana?

 

~o~o~o~o~o~

Author's Note:

Chapter crappy giler~Mianhe..><

Suka, sub; suka-suka, komen; terlebih suka, upvote~

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
21blackpearls
yeay!!!dah ada POSTER!!!kkkkk~~~thanks chie unnie!>

Comments

You must be logged in to comment
farahhudasyamimi #1
Chapter 8: Please update.... seronok baca cerita nie... ^ ^
jiumin #2
Chapter 8: daebak... update soon..
jiumin #3
Chapter 1: hai.. new reader here..
first chap saya bca dah seram..
NajlaWolf #4
Chapter 8: palli sambung!!
2pmEXOlover
#5
Chapter 8: Sedih pasal Chae :(
Please update lagi ^^
julie8990 #6
Chapter 1: Menakutkan sangat tapi suka dengan cerita ni^^
KairaLavender
#7
Chapter 8: Sedih tu dh satu hal dh...seram pun satu hal gk especially part yg chae cakap "seronok baca kisah hidup org lain"...dh imagine dh scary n horrible face of chae masa tu
chuana08 #8
Chapter 8: bestnyer ... update lagi . tak sabar nak baca :)))
_Lullabyy
#9
update soon !
airisvanilla #10
Chapter 8: yeay3...update soon ok...mkin daebak cite ni..