Penunggu Rumah Sewa

House No. 44

Lampu tiba-tiba terpasang semula. Cahaya menerangi meja makan. Yoona dan Tiffany berpandangan. Daehyun masih lagi berdiri tetap di koordinat tadi. Seinci pun tidak bergerak. Air mata mengalir laju dan bebola mata si kecil tu langsung tak berkelip.

"Daehyun..Kamu cakap dengan siapa.."

"Yongguk." pendek dan padat jawapan Daehyun.

 

 

Yoona pantas memandang Tiffany yang merenung tajam ke arah Daehyun. Baby Jello memandang sekeliling dan mula menangis semula. Yoona mengusap-ngusap belakang bayi tersebut memujuk dia.

"Dae..Yongguk kat mana sekarang.."

Jari telunjuk kecil Daehyun terarah ke arah sinki yang sememangnya kosong.

"Tadhi..Dia..Duduk kat situ."

 

Liur di tekak terasa bagai asid yang ditelan.

"Sekarang dia kat mana?" si ibu bertanya lagi. Walau apa pun terjadi, Tiffany kena jugak berani.

 

Daehyun menggeleng.

"Dia kat mana sayang?"

 

"Dae tak tahu. Dia dah takde. Tskkkk..." tangis yang ditahan sejak dari tadi terhambur jugak akhirnya. Tiffany meraih tubuh kecil Daehyun. Tangan si kecil tu cepat melingkar erat ke tengkuk Tiffany.

Tangisan Dae dan Baby Jello memenuhi ruang. Si ibu masing-masing cuba meredakan tangis mereka.

 

"Tiff. Aku risau. Youngjae..."

Macam baru tersedar tidur je gamaknya. Kenapa Tiffany tak teringat pasal Youngjae?!Gila ke dia?

"You..Youngjae.." laju kaki melangkah ke ruang tamu yang suram cahayanya.

 

"Youngjae?Kat mana kamu Jae?" Mata melilau ke sekeliling. Kaki menuju ke belakang sofa. Kot-kot dia menyorok di situ. Guruh di luar rumah berdentum lagi. Hujan semakin lebat membasahi bumi.

 

Tiada.

 

"Jae?Mana kamu sayang?" dia membuka pintu biliknya. Suis lampu dipetik. Nama yang sama diulang lagi. Daehyun yang masih di dalam dakapan masih teresak kecil. Pintu bilik air dikuak kasar. Dah tak fikir apa dah. Lantaklah kalau hantu perempuan tu muncul depan dia lagi.

Kosong.

Tiffany keluar dari bilik. Kali ni dia memulas tombol pintu bilik Daejae.

 

"Klikk..Klikkk!!"

 

 

"Berkunci?" Tiffany mengomel sendiri.

 

Tiffany merentap tombol pintu berkali-kali. Malangnya, pintu bilik tersebut memang berkunci dari dalam.

"Jae?Kamu kat dalam ke sayang?Youngjae! Please answer me!" tombol pintu digoncang lagi.

Tiffany mengambil segugus anak kunci yang dang terletak di kabinet yang berhampiran dengan bilik. Satu persatu kunci dicuba dengan tangan yang terketar-ketar.

 

"Klikkk.." pintu terbuka.

Tangan pantas meraba mencari suis lampu.

"Tap!" lampu tak hidup. Dia menekan suis beberapa kali tapi lampu pendaflour tu gagal berfungsi.

 

Tiffany menyumpah seranah dalam hati. Berbekalkan cahaya dari kilat yang sabung menyabung di luar rumah, mata Tiffany menangkap imej seorang kanak-kanak yang sedang duduk memeluk lutut di atas katil Youngjae.

"Jae..kenapa sayang?"

Langkah di atur menuju ke arah dia dengan perlahan.

Daehyun menarik kuat kolar t-shirt Tiffany.

 

"Ma..dia bukan Jae.." bisik Daehyun ke telinga Tiffany. Cecair hangat membasahi kolar bajunya. Ya. Dae menangis lagi.

 

Matanya masih berdegil memandang ke arah 'dia'. Tapak kaki bagai dipasung ke lantai. Otaknya hanya fikir suruh keluar dari bilik tu dengan segera. Tapi badan memberi respons sebaliknya. Hatinya juga tidak membenarkan dia pergi dari situ.

 

"Y..Yongguk?"

 

Sumpah. Menyebut nama dia bukanlah perkara yang difikirkan dalam kepala otak!Dia sepatutnya lari!

Kanak-kanak yang sedang duduk memeluk diri menghala ke tingkap tu tak memberi tindak balas. Bergerak pun tidak. Apatah lagi menyahut.

 

"Kamu...Yongguk..kan?"

Budak tu bergerak sedikit. Kepala yang didagu di atas lutut di angkat.

 

"Kraak..Kraaak..Kraakkkkk.."

 

 

"H..Help..Help me..Ma..Sa..Sakit~"

 

 

 

Oh my God.

 

 

Kepala dipusing 180 darjah. Bunyi tulang patah-patah tu efek dari kepala yang dipusingkan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan Tiffany pada waktu dan ketika itu.

Wajah pucat lesi memandang sayu ke arah Tiffany. Matanya lebam. Darah mengalir dari hidung dan mulut. Kesan luka torehan di muka jelas kelihatan. Kepalanya hampir tanggal dari leher yang patah riuk. Haemoglobin jangan cakap. Cecair merah yang masih segar memancut-mancut keluar dari leher membasahi baju tidur.

 

 

 

 

 

 

"Y..Youngjae!!!!"

 

 

 

 

 

Air mata mengalir deras. Hatinya jatuh melihat wajah itu. Seluruh badan dirasakan lemah dan tak berdaya lagi nak berdiri.

Bila mendengar nama itu disebut dari mulut mama, Dae segera berpaling memandang ke katil. Matanya membulat besar.

Youngjae yang hampir putus kepalanya memusingkan badan menghadap Tiffany dan Daehyun.

 

"Sayang.." Tiada kata yang mampu diucap lagi Tiffany.

 

Kanak-kanak itu merangkak perlahan-lahan di atas katil. Darah yang mengalir membasahi selimut dan tilam. Anak rambut menutupi matanya.

 

 

 

Tiba-tiba kepalanya berpusing laju macam kipas. Tiffany meneguk liur. Apa kejadahnya 'objek' di hadapan dia tu?!

 

 

"Hehehehehe~~~Acah je.."

Dia merenung tajam ke arah Tiffany. Hilang sudah Youngjae. Digantikan dengan...

 

Kanak-kanak lelaki yang melengging tak berbaju yang hadir dalam mimpinya semalam. Dia senyum menyeringai dengan mata merah menyala.

Tiffany yang masih berdiri lantas membuka langkah seribu. Pintu bilik dihempas sekuat hatinya. Kakinya pantas melangkah ke arah Yoona dan Baby Jello yang masih di meja makan.

Air mata yang masih mengalir dibiar sahaja.

 

"Mama pergi mana?"

 

Tiffany segera menoleh ke arah suara tu. Jantung berdegup laju. Yoona memandang risau ke arah Tiffany yang merah hidungnya sebab menangis. Baby Jello nampaknya dah tertidur di dalam selimut bayinya yang berwarna putih.

"Jae?" Daehyun menyapa.

Youngjae naik ke atas kerusi duduk di sebelah Yoona.

"Puas mama cari Jae!Jae pergi mana?!!" Tiffany meninggikan suaranya dalam tangis. Ibu mana yang tak risau dalam keadaan yang serabut dan menyesakkan macam ni?

Youngjae tertunduk bemain dengan jari jemari kecilnya. Daehyun didudukkan dia atas meja.

 

"Ivan Youngjae Horvejkul!Answer me!" Tiffany bercekak pinggang. Air mata yang merembes di kelopak mata dibiar.

Tahulah si kecil tu jika nama sebenarnya bermain di bibir mama. Bibir merah jambu mungilnya diketap dengan gigi susu comel.

"Hmm..Uhh.." Wajah Yoona dikerling sebelum jatuh ke wajah mama.

"Ma..I'm sorry...." Air mata jatuh dari wajah kecil mulus tu. Tiffany menjeling Youngjae yang teresak kecil. Nak buat apa mintak maaf?

 

"Youngjae..Janganlah nangis ya.." Yoona menyentuh lengan Youngjae. Yoona mengukir senyum. Youngjae menggenggam tangan kecilnya. Daehyun memandang mama dan Jae sebelum jatuh kepada Yoona yang masih tersenyum.

Dae memegang hujung lengan baju kemeja tidur Jae. Mata mereka bertelaga. Dae mengetap bibir.

"Tiffany. Janganlah garang sangat dengan anak-anak." Yoona menegur selamba.

"Aku bukannya marah. He needs to know that I'm worried about him!" Dia membuang pandang. Dia tak boleh pandang lama-lama Youngjae yang sedang menangis. Hatinya terlalu lembut. Pukul anak pun dia tak pernah.

 

"Katalk~" Handphone di atas meja berbunyi. Rupanya handphone yang diguna masa black out tadi handphone Tiffany. Lupa pula mereka guna model S5 yang sama. Daehyun memegang lengan Tiffany. Dah kenapa dengan si kecil ni. Tiffany menyeka air mata. Handphone di ambil.

Yoona mendodoi Baby Jello di dakapannya. Tiffany membuka chat Kakaotalknya.

 

 

 

 

 

Tiffany esok kau kerja tak?Eh..Kau dah ok ke?Siang tadi kau cakap kau ambik MC kan~ 9:58 pm.

 

 

 

 

 

Mata Tiffany tak bergerak dari skrin.

 

 

"Dae,Jae. You have to sleep now. Jom." Tiffany segera merangkul tubuh Daejae yang dari tadi tertunduk memandang sesama sendiri.

Kembar berada dalam dakapan. Daehyun dan Youngjae saling berpegang tangan.

 

 

 

"Nak tidur ke dah tahu?" Yoona bersuara rendah.

Tiffany meneguk liur.

 

Dia dah tak fikir apa lagi dah.

Kaki segera membuka langkah seribu lantas pintu hadapan dikuak keras. Tiffany dah tak mahu berpaling ke belakang. Air mata yang merembes bercampur dengan air hujan.

Dengan tangan yang menggigil, pintu pagar besi dibuka. Nasib baik dia tak mangga hari ni.

Tak jauh dari Tiffany, seorang wanita berdres putih merangkak keluar dari pintu rumah depan. Sumpah macam Ju-On. Rambutnya yang hitam mengurai panjang mencium lantai. Lidahnya terjelir menjilat gigi yang berdarah.

 

"Mama!!Dia ada kat belakang!" Youngjae terjerit kecil dalam menangis.

 

Don't look back Tiffany. Don't!!

 

"Hihiihhihihihihihihihihiiihhiiiiiii~~~~Hihihihihihihiiii~~" mengilai-ngilai dia yang merangkak dengan tubuh yang patah riuk.

Tiffany keluar dari halaman rumah dengan pintu pagar dibiar ternganga. Sempat lagi matanya meliar ke kawasan sekeliling.

 

 

Tiada. Mana ada kereta Yoona di luar pagar rumah tu?!!

 

!!

Lee Yoona dan Baby Jello tak pernah jejak ke rumah sewa no. 44 tu petang tadi!

 

 

Dia menggagahkan kudratnya mengendong Daejae yang menangis dalam hujan yang menggila. Jauh juga dia lari sebab kakinya berjaya membawa dia ke kawasan rumah kedai di taman perumahan tersebut. At least, adalah manusia.

Dia termengah dan tersedu dalam masa yang sama. Si ibu dan anak-anak kecil tu basah kuyup. Si kembar memeluk erat batang tubuh ibu mereka. Takut. Takut sangat.

 

 

Dia melabuhkan punggung di pangkin hadapan kedai runcit. Nampaknya tauke-tauke kedai dah mula mengemas nak tutup kedai. Daehyun dan Youngjae mengangkat muka memandang mama. Hidung masing-masing memerah. Apa kurangnya Tiffany.

"Mama..Jae takut.." air mata berlinang lagi. Tiffany memandang anaknya.

"It's okay now baby." Dahi Jae dikucup.

"Ma..Jae..Jae is sworrryy~~Jae.."

"Shhhhh..There..There..I'm not mad at you anymore baby." Tiffany memeluk erat tubuh-tubuh cilik tu.

 

"J..Jae..sebenarnya dah tahu...'dia' bukan auntie Yoona..masa kita tengah makan tadhi..but..but.."

"Kenapa Jae tak cakap kat Dae?" si abang memandang. Jae tertunduk memandang rantai emas putih mama hadiah dari Nickhun Horvejkul merangkap bapa si kembar berdua tu.

"Sebab 'auntie' marah Jae." baju Tiffany yang basah digenggam.

 

"Then..Where did you go after the blackout?" Tiffany menyentuh pipi chubby Jae. Jae memandang mama.

"Jae..Jae..Ada kat situ..Jae tak pergi mana-mana pun..Kenapa mama dengan Dae ta nampak Jae?Kenapa mama dengan Dae ta dengar Jae jerit?" dia menangis lagi lalu menyembamkan mukanya ke leher si ibu.

Tiffany menelan pahit.

 

Memang sah rumah tu berpuaka. Dan sekarang memang makin menjadi-jadi 'mereka' mengganggu keluarga kecil tu.

 

Handphone dikeluarkan dari poket seluar jeansnya. Tiffany memeriksa call log yang masuk petang tadi yang disangka Yoona.

 

 

 

What the hell?

 

 

Nombor yang call petang tadi bukanlah nombor Yoona. Tapi nombor yang tak dikenali milik rumah atau pejabat. Handphone dipegang ketat. Tiffany memandang ke bawah memikirkan sesuatu. Nasiblah dia berselipar. Dan nasib juga dia dah menjadi tabiat memakai selipar Jepun di dalam rumah.

 

 

Dia mendail nombor Yoona. Diharap suara Yoona sebenar yang menjawab dan bukan perempuan puaka yang menjadi penunggu rumah sewa bernombor 44 tu!

 

 

~o~o~o~o~o~o~

Author's note:

Sorry, for a bit cursings. Hehe~dan sorry buat korang terkejut pasal baby Jae~don't worry 21BP tak sampai hati nak torture baby Daejae~kkkk.. Macam biasa, suka, sub; suka-suka, komen; dan jika terlebih suka, upvote. Bye for now~ ^^v

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
21blackpearls
yeay!!!dah ada POSTER!!!kkkkk~~~thanks chie unnie!>

Comments

You must be logged in to comment
farahhudasyamimi #1
Chapter 8: Please update.... seronok baca cerita nie... ^ ^
jiumin #2
Chapter 8: daebak... update soon..
jiumin #3
Chapter 1: hai.. new reader here..
first chap saya bca dah seram..
NajlaWolf #4
Chapter 8: palli sambung!!
2pmEXOlover
#5
Chapter 8: Sedih pasal Chae :(
Please update lagi ^^
julie8990 #6
Chapter 1: Menakutkan sangat tapi suka dengan cerita ni^^
KairaLavender
#7
Chapter 8: Sedih tu dh satu hal dh...seram pun satu hal gk especially part yg chae cakap "seronok baca kisah hidup org lain"...dh imagine dh scary n horrible face of chae masa tu
chuana08 #8
Chapter 8: bestnyer ... update lagi . tak sabar nak baca :)))
_Lullabyy
#9
update soon !
airisvanilla #10
Chapter 8: yeay3...update soon ok...mkin daebak cite ni..