Hari Pertama

House No. 44

"Ini dia kunci rumahnya. " Encik Kwon menyerahkan segugus anak kunci kepada Tiffany. Wanita yang berusia lewat 20-an itu menerimanya dengan senang hati.

Akhirnya, dia dapat rumah untuk disewa setelah hampir dua bulan duduk di apartment lamanya di Seoul. Dia berpindah dari Seoul kerana tak tahan dengan kos hidup yang tinggi. Hidup sebagai seorang ibu tunggal bukannya mudah. Kerja pun masih terumbang-ambing. Permohonan untuk menjadi editor dari rumah masih lagi dalam proses.

Dia sanggup buat apa sahaja demi anak-anaknya. Perceraian antara dia dan Nichkun beberapa bulan lepas memang menjadi tamparan hebat buat Tiffany. Memang sebelum ini dia hidup mewah. Dia tak perlu bekerja. Duduk rumah jaga anak sahaja. Tapi entah kenapa Nichkun mula beralih hati. Ya. Sebagai seorang CEO syarikat besar, lelaki memang tak pernah lari dari skandal.

Sampailah satu tahap di mana suami yang dia paling percayai membawa wanita balik ke rumah. Itu memang benar-benar sudah melampaui batas kesabaran Tiffany sebagai seorang isteri. Cerai. Kasihan kepada anak-anak yang masih tak mengerti apa-apa. Terkadang Tiffany kesal dengan dirinya sendiri. Sebab dia tak cuba untuk memperbaiki keadaan sebelum itu.

Nasi dah jadi bubur. Tak boleh nak diubah takdir yang dah termaktub. Nasib baik dia dapat hak penjagaan kedua-dua anak kembar lelakinya. Kalau tidak, pasti hidupnya sudah tiada maknanya lagi.

 

"Puan, kalau ada apa-apa yang rosak bolehlah call saya. Dah ambik no. saya tadi kan?"

Tiffany mengangguk kecil. "Puas hati dengan rumah ni?"

"Yup~cozy enough for me. Lebih dari puas. So, saya dah boleh move in la kan?"

"Ya. Bila-bila masa puan nak. Kalau nak hari ni pun boleh." Encik Kwon tersenyum manis. Lelaki awal 30-an itu merupakan pemilik rumah sewa tu. Apa yang Tiffany dengar dari rakan-rakannya, Encik Kwon Jiyong tu seorang businessman kaya raya. Mungkin sebab tu dia bagi sewa murah pada rumah corner lot yang bernombor 44 tersebut. Dahlah rumah tu fully-furnished. Tiffany hanya perlu bawa masuk anak-anak dan kain baju sahaja.

"Kalau takde apa hal, mungkin esok saya akan move in. Lagipun anak-anak saya stay dekat rumah kawan saya malam ni." giliran Tiffany untuk senyum.

"Oklah. Saya kena balik ke office semula. Lunch hour pun dah nak habis ni. Annyeonghagiseyo~" Tiffany menunduk hormat dan berlalu menghampiri Suzuki Swift putih miliknya.

Usai kereta putih itu membelok ke jalan besar, Encik Kwon memandang ke arah rumah sewanya itu.

Ada segaris senyum di bibir yang mempunyai 1001 makna.

 

~o~o~o~o~o~

"Klik!" pintu rumah terbuka menampakkan ruang tamu. Perabot dan sofa ditutup dengan kain putih. Walaupun rumah tu tiadalah besar mana, tapi Tiffany sukakannya. Asalkan dia dan si kembar dapat tempat berteduh, cukuplah.

"Daehyun, bawak luggage awak masuk ke dalam."

"Ok, mama~" suara kecil Daehyun dari luar rumah kedengaran.

Tiffany bergerak ke ruang tamu sambil mengendong Youngjae yang masih tidur. Dia menarik kain yang menutupi sofa lama dan membaringkan Youngjae di atasnya. Demam Youngjae masih belum kebah. Kasihan si kecil tu. Tiffany tahu esok lusa mesti Daehyun pulak yang demam. Sebab dah ada simptom-simptomnya. Daehyun dah mula selesema pagi tadi.

 

Tubuh cilik Daehyun kelihatan di muka pintu sedang menarik luggage kecilnya. Dia menarik luggagenya yang berwarna kelabu dan ada gambar rabbit Matoki ke ruang tamu sebelum dia keluar semula. Kali ni dia masuk dengan satu lagi luggage karakter Matoki berwarna kuning milik Youngjae. Tiffany tersenyum. Sudah masak benar dengan perangai Dae. Sayangnya dia pada Jae melebihi segalanya. Sebagai abang dia rasa ada tanggungjawab yang besar. Kononnya. Walhal, 7 minit sahaja beza waktu kelahiran mereka berdua.

"Dah. Dae duduk sini tengokkan Jae ye sayang. Mama nak ambik luggage mama and groceries dalam kereta." Tiffany mengusap lembut rambut Daehyun dan si kecil tu mengangguk faham.

Si ibu keluar dari rumah. Daehyun duduk di sisi Jae yang nyenyak tidur dek penangan ubat batuk. Matanya melilau memandang sekeliling. Rasa suka pun tidak, rasa tidak suka pun tidak. Hakikatnya dia lagi sukakan apartment mereka yang lama di Seoul. Tapi mamanya kata mereka terpaksa pindah sebab mama tak suka neighbourhood dekat situ yang 'kotor'. Dalam pemahaman kanak-kanak 4 tahun, kotor bermaksud banyak sampah. Sebenarnya, neighbourhood di situ banyak kaki botol dan crime rates agak tinggi. Tiffany risaukan keselamatan Dae dan Jae di samping kos hidup yang mahal. Terutamanya nak bayar yuran daycare untuk mereka berdua.

 

Pemandangan Daehyun terhenti di kabinet TV bersebelahan tingkap. Ada 'sesuatu' di sebalik langsir putih. Dia turun dari sofa dan perlahan-lahan menuju ke arahnya. Dia pasti ada sesuatu di situ. Keinginan tahu yang kuat menyebabkan dia meninggalkan Jae. Dia tahu matanya tidak menipu lalu langsir diselak.

"Daehyun~" suara ibunya menyebabkan dia berpaling.

Tiffany sudah berada di ruang tamu dengan luggage besar dan dua plastik barang dapur.

"Buat apa kat situ sayang?"

Daehyun sekadar menyegih menampakkan giginya yang rata. Dia berpaling semula untuk tengok apa yang diselak.

Sebiji bola basketball lama ada di situ. Tapi Daehyun pasti imej yang dia nampak tadi bukan sekecil itu.

 

~o~o~o~o~o~

Jam menunjukkan pukul 8 malam. Keluarga kecil itu sedang menikmati makan malam. Tiffany hanya order makanan dari restoran berdekatan. Tak sempat nak memasak untuk dinner disebabkan sibuk mengemas barang. Bilik dia dan bilik si kembar sudah pun berkemas. Rumah sewa itu ada 3 bilik. Cukuplah dia dengan si kecil berdua tu. Lebih dari cukup.

"Jae lepas makan, Jae makan ubat ya. Dae jugak." Tiffany mencedok sup ayam ke mangkuk Youngjae.

"Ala mama. Dae tak sakit. Dae sihat lah tak payah makan ubat." si sulung mengelak.

"No. You have to. Dae nak sakit ke? You already have flu young man." 

Daehyun menjuihkan bibir. Protes konon. Tiffany menyuakan bubur ke mulut Youngjae. Si kecil tu mengunyah perlahan. Sesekali dia menarik nafas yang berhingus padat. Matanya setia berair.

"Mama~can I sleep with you tonight?" Jae mengelap pipi dengan belakang tangan.

"Why dear?Dae kan ada."

"....."

 

"Okay. Dah siap kan. Jom makan ubat~" Tiffany mengeluarkan ubat cecair yang pelbagai warna.

Sedang sibuk Tiffany membuka penutup ubat, Jae berpaling ke arah dapur yang tak jauh dari meja makan. Macam ada angin yang menderu di belakang dia dan mamanya.

 

"Ting!"

Sudu di atas meja milik Daehyun jatuh ke lantai. Dia turun dari kerusi untuk mengambil sudu. Sudu berada di tangan. Dahinya berkerut. Walaupun Daehyun hanya pandai mengira sampai 10, dia tahu bilangan yang dilihat tu bukan yang betul.

Ada 3 pasang kaki di hadapan matanya yang memberi maksud 6. 2 milik mama, 2 yang tergantung separuh di kerusi milik Jae, dan 2 lagi di sebelah Jae...

Daehyun segera naik semula ke kerusinya dengan mata yang membulat memandang ke arah Jae yang sedang disudukan ubat demam. Matanya terkebil-kebil memandang mama dan Jae bersilih ganti.

 

"Daehyun kamu pulak."

"Ehmm?"

Tiffany berdiri menyuakan ubat selesema kepada Dae dan dia telan tanpa banyak songeh macam selalunya.

Usai memberi makan ubat, si ibu mengemas meja makan lalu ke sinki untuk membasuh pinggan mangkuk. Dae dan Jae masih duduk di meja makan menunggu mama mereka.

Daehyun bermain dengan kereta Hot Wheels hijau miliknya di atas meja. Jae macam tak berminat nak join kembarnya untuk bermain. Kepalanya terasa berat dan berpusing.

 

Pemilik kereta hijau kecil tu sudah pun bergerak ke ruang tamu meninggalkan Jae di meja makan. Dia meletakkan kepalanya yang pening tu di atas meja sambil memandang mama yang sedang membasuh di sinki.

"Sraap..Sraaap.." hujung baju Jae ditarik. Jae memuncungkan bibirnya. Tak suka.

"Dae..janganlah. Jae tak nak main." dia menolak pelawaan.

"Sraaap!" kali ni lebih kuat.

"Dae!~" dia mengangkat kepala rasa geram dengan kembarnya.

Matanya tak berkelip memandang Daehyun di ruang tamu yang sedang menonton variety show sambil ketawa mengekeh.

 

"Jae~you have to go to bed now. You must be tired. Jom." Tiffany mengangkat Jae yang masih termangu di meja makan. Mamanya membuka pintu bilik.

Dari bahu mama, dia masih memandang ke arah Daehyun yang duduk di atas karpet. Macam terkedu sekejap bila terpandang ada bola basketball bergolek di sebelah Daehyun. Dari ekor matanya, Daehyun berpaling ke arah bola tu bila objek tersebut menyentuh kakinya yang duduk bersila.

Dae memandang pelik pada bola yang ada di tepinya dengan tiba-tiba.

 

"Tululut~" tv terpadam.

Dia memandang sekeliling kalau-kalau dia terdudukkan remote tv. Benda yang dicarinya tu ada di atas meja. Terkebil-kebil dia cuba memproses menggunakan otak dia yang baru berusia 4 tahun tu. Daehyun bangun dari karpet nak pergi ke biliknya.

"Jaaa~Yaerobun bla..bla.." tv bersuara semula menayangkan muka MC Kang Hodong.

Dia berpaling. Kerut di kening. Siapa yang matikan dan hidupkan semula tv? Hanya dia seorang je yang berada di ruang tamu. Mama dan Jae ada kat bilik. Dia menapak semula mendapatkan remote lalu ditekan button power berwarna merah.

 

Jae diselimutkan oleh Tiffany dan si kecil tu menggosok-gosok matanya. Daehyun muncul dari muka pintu dan naik ke atas katilnya sendiri. "Mama kenapa tv boleh.."

"Dae, save your question for tomorrow. Sleep now okay~" mama memotong pertanyaan dia meninggalkan Dae menggaru leher yang tak gatal. Si ibu memang dah tahu sangat perangai kembar berdua yang suka sangat bertanya sampai soalan pasal kenapa jiran lama mereka tak pernah ada rambut pun mereka nak tanya.

Lepas Tiffany memberi goodnight kiss kepada mereka, dia menutup pintu.

 

Youngjae tiba-tiba menyelubungkan diri. Daehyun memandang malas kepada adiknya. Dia menarik selimutnya dan memeluk teddy bear army kesayangannya. Matanya mengerling ke arah si adik. Risau pulak. Jae membuka sedikit selubung selimutnya cukup untuk Dae melihat dia. Muka Youngjae macam nak menangis. Tunggu masa air mata berderai je.

 

Dae~ada orang kat bawah katil Dae. Telepati menjadi penghubung.

Terbeliak mata Daehyun bila mendengar suara adik kembarnya secara spiritual. Terkaku statik dia di posisi mengiring memandang Jae di seberang sana yang jaraknya kurang dua depa. Jae kembali menekup mukanya dengan selimut.

Dae meneguk liur. Dia seakan terlupa rasa perit di anak tekaknya. Dia memejam matanya. 

Jae~'dia' ada lagi tak?

Youngjae mengecilkan matanya melalui selimut yang terbuka sedikit melihat ke bawah katil single milik kembarnya.

Dah takde.

 

Sepantas kilat Daehyun melompat dari katilnya dan menerpa ke arah Youngjae yang sedang berselebung di dalam selimut. Cepat-cepat Jae memberi ruang kepada abangnya dan mereka sama-sama berpelukan di dalam selimut berharap mereka selamat jika berdua. Menggigil tubuh-tubuh kecil tu. Dalam takut, Daehyun sempat bawa teddy army bersama ke katil Youngjae.

Mereka tahu di dalam rumah itu bukan hanya ada mereka berdua dan mama sahaja, tapi 'dia' juga ada.

 

~o~o~o~o~o~o~o~

 

AUTHOR'S NOTE:

Hi guys!! 21BP kembali dengan fanfic baru! Hehe~Kali ni genre horror pulak. ^^ Saja nak mencuba. Maaflah kalau fanfic ni belum cukup menyeramkan anda. Sebab 21BP ni penakot!!>< I'm writing this during night/morning dengan lagu mp3 handphone bukak loudspeaker. LOL . Saya harap anda suka fanfic ni. Kalau suka silalah sub. Kalau suka-suka silalah komen. Kalau terlebih suka silalah upvote. Oklah, dearest readers ciao dulu. Bye~

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
21blackpearls
yeay!!!dah ada POSTER!!!kkkkk~~~thanks chie unnie!>

Comments

You must be logged in to comment
farahhudasyamimi #1
Chapter 8: Please update.... seronok baca cerita nie... ^ ^
jiumin #2
Chapter 8: daebak... update soon..
jiumin #3
Chapter 1: hai.. new reader here..
first chap saya bca dah seram..
NajlaWolf #4
Chapter 8: palli sambung!!
2pmEXOlover
#5
Chapter 8: Sedih pasal Chae :(
Please update lagi ^^
julie8990 #6
Chapter 1: Menakutkan sangat tapi suka dengan cerita ni^^
KairaLavender
#7
Chapter 8: Sedih tu dh satu hal dh...seram pun satu hal gk especially part yg chae cakap "seronok baca kisah hidup org lain"...dh imagine dh scary n horrible face of chae masa tu
chuana08 #8
Chapter 8: bestnyer ... update lagi . tak sabar nak baca :)))
_Lullabyy
#9
update soon !
airisvanilla #10
Chapter 8: yeay3...update soon ok...mkin daebak cite ni..