Scene 7

The Rise Of Juingong

 

Pulangkan kembali ubat-ubatan yang telah kau curi!” arah Liyin sambil meraba-raba tubuh lelaki di hadapannya itu untuk mendapatkan kembali ubat-ubatan yang telah dicuri. Jongdae memahami kata-kata Liyin kerana sepanjang berada di Qing, dia telah belajar bahasa cina dengan orang tempatan di situ. Jongdae tidak selesa apabila diraba oleh perempuan itu jadi dia memegang kedua-dua belah tangan Liyin lalu dia melekapkan belakang tubuh perempuan itu pada dinding.

 

Gadis, kau pasti tahu apa padahnya apabila kau menyentuh tubuh lelaki sesuka hatimu, bukan?” tanya Jongdae, wajahnya agak rapat dengan wajah Liyin. Liyin dapat merasakan nafas hangat Jongdae yang menampar-nampar pipinya. Dengan sekuat tenaga, Liyin bergelut untuk melepaskan tangannya lalu menolak dada Jongdae agar menjauhinya.

 

Aku hanya mahu kau memulangkan ubat-ubatan yang telah kau curi!” bentak Liyin.

 

Adakah kau mempunyai bukti yang aku telah mencuri ubat-ubatan itu?” uji Jongdae. Dia perlu berpura-pura yang dia tidak bersalah. Liyin terdiam. Sejujurnya, dia kurang jelas sama ada lelaki itu ada mencuri ubat-ubatan di kedainya atau tidak. Perlakuan lelaki itu yang mencurigakan menyebabkan Liyin menyangka yang Jongdae telah mencuri.

 

Tetapi...kau melarikan diri...” Liyin mula kurang yakin dengan tanggapannya. Jongdae kelihatan seperti tidak bersalah dan dia tidak menemui apa-apapun pada tubuh lelaki itu.

 

Aku melarikan diri kerana kau yang mengejar aku terlebih dahulu. Apakah yang membuatkan kau mengejar aku?” Jongdae yakin yang Liyin sudah termakan lakonannya. Liyin menunduk lalu berfikir. Adakah aku sudah tersalah sangka?

 

Maaf...

 

“Aku Jongdae,”

 

Liyin tidak menyangka lelaki itu adalah anak jati Joseon kerana dia sangat fasih berbahasa cina. Liyin menunduk sebelum berlalu meninggalkan Jongdae di situ. Jongdae tidak bersalah jadi dia fikir tidak perlulah dia menganggu lelaki itu. Langkah Liyin terhenti apabila dia terpandangkan sekeping kertas yang bertampal dengan memo dalam huruf hangul. Jongdae yang mengekori Liyin turut memandang ke arah kertas itu.

 

“Apakah maksud notis ini?” tanya Liyin ke arah Jongdae, dia tidak memahami tulisan itu. Dia hanya mampu bertutur, tidak mampu menulis dan membaca dalam hangul.

 

Semua penduduk Joseon dinasihatkan untuk mendaftarkan diri kepada pihak cina. Jika kamu semua enggan, kamu akan menanggung akibatnya. Kami hanya akan memberikan kamu semua tempoh sebulan,” Jongdae menterjemahkan notis itu dalam bahasa cina. Jongdae terfikir sejenak. Apakah maksud notis ini? Mendaftarkan diri untuk apa? Notis itu kelihatan tertampal di merata-rata tempat.

 

Liyin menjauhi Jongdae sekali lagi tetapi kali ini nasibnya kurang baik kerana dia terlanggar sekumpulan lelaki. Lelaki-lelaki itu menyumpah di dalam bahasa cina sebelum meninggalkan Liyin di situ. Jongdae pantas menghampiri Liyin, bimbang akan keadaan gadis itu.

 

“Gadis, kau tidak apa-apa?” tanya Jongdae. Liyin hanya mengangguk. Jongdae berpaling untuk melihat ke arah lelaki-lelaki kurang ajar yang telah memperlakukan Liyin sebegitu. Jongdae tidak pasti sama ada matanya sudah tidak mampu berfungsi dengan baik atau dia benar-benar sedang melihat Minseok bersama-sama lelaki-lelaki cina itu. Apakah hubungan Minseok dengan lelaki-lelaki tersebut?

 

Mata Jongdae terpandang pula pada notis yang ditampal pada dinding kayu berdekatannya. Aku pasti ada sesuatu disebalik semua ini.

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
akhirnya! aku reka tajuk tu lepas dengar lagu WHAT IS LOVE

Comments

You must be logged in to comment
ChanBaekLu #1
Chapter 17: Omg! Sampai scene 16 jer?? Tapi takpe.....bestnya cerita ni!!!! Lagi-Lagi bile ada Baek and yeol...but...nape Luhan jadi jahat? Patutnya yixing! Heheheheheh
eleenshakalaka #2
Chapter 17: oh my!! best citer ni. jongdae baik, tolonglah jgn apa2 kn dia baek tot
yukiyuyana
#3
Chapter 17: O.o kak lily jahat! Saya ingat yoobi mati huwaaaa
SeHuNYeHeT94
#4
Chapter 17: Yoobi x mati...lily nie buat wayar otak akak nak teputus duk pikir yoobi mati pastu dah lah baek nk bals dendam ngan jongdae...
-BlueSky #5
Chapter 17: anddddd things start to get complicated :/
cerita ni makin lama makin best, kalau buat drama mmg best ^^
ohneomo #6
Chapter 17: gila punye plot twist! aigoo~ mati2 kimchi ingat Yoobi dah mati! Jahat la unnie!!!

ehehehe gurau je :p
SeHuNYeHeT94
#7
Chapter 16: Yoobi mati.....ahh baek please don't kill jongdae
yukiyuyana
#8
Chapter 14: Yoobieee!!!! Pity you baek