Scene 10

The Rise Of Juingong

 

 

 

“Kita tidak seharusnya terus berdiam diri,” kata Junmyeon. Tentera-tentera cina sudah bermaharajalela di seluruh kawasan Joseon. Jalan-jalan yang menghubungkan Joseon dengan negara luar telah disekat. Kebun-kebun milik penduduk setempat dibakar supaya penduduk kehabisan bekalan makanan dan akhirnya menyerahkan diri kepada mereka.

 

“Aku bersetuju dengan kata-katamu itu. Kita sepatutnya melakukan sesuatu,” kata Sehun pula. Pihak cina sudah keterlaluan kerana merancang pembunuhan pemimpin-pemimpin mereka. Sehun tahu yang Junmyeon ingin membalas dendam atas kematian bapanya. Chanyeol yang sedang duduk di muka pintu hanya mampu termenung.

 

“Aku juga bersetuju tetapi aku tidak yakin kita mampu melawan mereka.” keluh Jongdae. Bilangan tentera-tentera cina agak ramai jadi mereka tidak mungkin dapat mengalahkan mereka. Mereka berkemungkinan besar mempunyai senjata.

 

“Kita mampu mengalahkan mereka,” semua berpaling ke arah Kyungsoo yang baru pulang. Dia membawa pulang satu guni kecil yang berisi makanan. Dia telah mencuri di rumah seorang pemuda cina. Junmyeon bangkit lalu menghampiri Kyungsoo.

 

“Apakah maksudmu?” Junmyeon memegang bahu Kyungsoo. Kyungsoo meletakkan guni kecil itu di hadapan sahabat-sahabatnya lalu memegang tangan Junmyeon. Jongin membuka guni kecil kemudian dengan rakusnya menjamah sebiji roti. Dia lapar.

 

“Aku sudah beberapa hari mengintip mereka. Jumlah mereka agak ramai tetapi mereka tidak mempunyai sebarang senjata api. Mereka hanya menggunakan pedang. Aku yakin kita mampu menumpaskan orang atasan mereka,” jelas Kyungsoo. Baekhyun mengeluh perlahan. Dia sejak tadi lagi tidak bersetuju dengan idea untuk melawan pihak cina itu. Dia tidak mahu terlibat dengan perkara-perkara itu. Dia tidak mahu sahabat-sahabatnya tercedera walaupun dia tidak rapat dengan mereka.

 

“Bagaimana kau mengetahui semua itu?” tanya Jongdae. Dia mula nampak harapan mereka untuk menumpaskan pihak cina. Kyungsoo tersenyum lalu menunjukkan ke arah teropongnya yang tergantung pada leher. Dia sudah lama mengintip pihak cina.

 

“Kalau begitu, kita boleh mula  merancang untuk memecah masuk rumah ketua mereka,” Sehun kelihatan teruja. DIa masih ingat cabaran Minseok. Dia pasti akan mencabut nyawa pengkhianat itu.

 

“Adakah kamu semua bodoh?” soal Baekhyun dalam nada menjerit. Dia tidak pernah akan bersetuju dengan rancangan itu. Jongdae terkejut apabila mendengar jeritan Baekhyun. Dia pantas duduk di sebelah Baekhyun lalu mengusap bahu sahabatnya itu.

 

“Baekhyun, jangan begini. Kita boleh berbincang,” pujuk Jongdae. Baekhyun menepis tangan Jongdae lalu memandang ke arah dinding.

 

“Apa maksud kau sebentar tadi?” tanya Sehun yang mula berang. Dia sudah lama menantikan saat ini jadi dia tidak mahu orang seperti Baekhyun menjadi penghalang. Baekhyun bangkit lalu mencerlung ke arah Sehun.

 

“Kamu semua memang bodoh! Apa yang membuatkan kamu berfikir yang kita mampu menumpaskan mereka? Adakah kamu semua mahu mati seperti apa yang terjadi pada keluarga kita dahulu? Begitu?”

 

“Apa yang kau mahu kita lakukan? Melarikan diri daripada mereka seperti yang kau pernah lakukan dahulu? Aku tidak mahu menjadi seorang pengecut seperti kau!” bidas Sehun. Muka Baekhyun terus merah kerana menahan marah. Jongdae memaut lengan Baekhyun supaya lelaki itu tidak meluru ke arah Sehun.

 

“Kau memang pengecut, Byun Baekhyun. Jikalau Jongdae tiada, aku yakin kau sudah lama mati!”

 

“Jaga mulut kau, Sehun! Kau boleh panggil aku  pengecut tetapi kau harus tahu kau adalah manusia yang paling bodoh dalam rumah ini. Jika seorang lelaki cina mampu memukul kau hampir separuh mati, kau fikir kau mampu melihat hari esok jika tentera-tentera mereka menyerang kau?”

 

“Sudah, tiada gunanya kamu berdua terus bertengkar. Kita sepatutnya bekerjasama bukan bertelagah!” marah Junmyeon. Dia tidak nampak apa-apa kebaikan jika mereka berdua terus bertengkar. Baekhyun menepis tangan Jongdae lalu melangkah keluar daripada rumah itu. Dia perlu bersendirian.

 

“Pergilah! Kau—“

 

“Oh Sehun!” jerkah Junmyeon. Sehun terpempan. Dia merengus kasar lalu berlalu ke biliknya. Dia tidak berpuas hati kerana dijerkah namun dia masih menghormati  Junmyeon. Jongdae memandang belakang Baekhyun yang semakin menjauh. Dia tahu Baekhyun mahu bersendirian jadi dia tidak akan menganggu sahabatnya itu. Jongdae mengisyaratkan Kyungsoo mengikutnya ke belakang rumah. Dia mahu bertanyakan sesuatu. Kyungsoo mengangguk lalu mengekori Jongdae ke belakang rumah.

 

“Mengapa?” tanya Kyungsoo.

 

“Kau tahu hampir semua perkara yang berlaku di dalam kampung ini, bukan? Aku ingin mengetahui tentang sesuatu. Kau masih ingat adik kepada-“

 

“Liyin. Aku tahu kau mempunyai hubungan istimewa dengan perempuan itu. Aku nampak apa yang kamu berdua telah lakukan berhampiran sungai,” Kyungsoo tersenyum. Pipi putih Jongdae terus berubah merah. Ya, Liyin adalah kekasihnya. Jongdae berdehem perlahan.

 

“Err..ya. Aku hairan kerana kedainya sudah lama ditutup dan rumahnya tidak berpenghuni. Aku khuatir—“ ayat Jongdae mati di situ kerana dipintas oleh Kyungsoo.

 

“Abang Liyin dipaksa menjadi tabib pihak cina. Liyin pula...” Kyungsoo mengeluh. Dia tidak tahu Jongdae boleh menerima kenyataan itu atau tidak. Jongdae terus menggelabah.

 

“Mengapa? Apa yang telah berlaku pada Liyin?”

 

“Dia...dia telah dipaksa menjadi gisaeng,”

 

“Gisaeng?” Dahi Jongdae berkerut. Kolam matanya mula berair.

 


 

a/n: ada sesape tak tahu gisaeng tu apa? gisaeng tu macam geisha. geisha pun tak tahu? ayoyo~ geisha n gisaeng tu mcm pelacur kelas atasan.

 

C.Nim unnie!!! jangan bunuh saya!!!! Kalau liyin tak jadi mcm ni nanti jalan cerita sy x bergerak. mian unnie. Mian! selamat hari raya + Selamat hari jadi!

Miannnnnn~~

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
akhirnya! aku reka tajuk tu lepas dengar lagu WHAT IS LOVE

Comments

You must be logged in to comment
ChanBaekLu #1
Chapter 17: Omg! Sampai scene 16 jer?? Tapi takpe.....bestnya cerita ni!!!! Lagi-Lagi bile ada Baek and yeol...but...nape Luhan jadi jahat? Patutnya yixing! Heheheheheh
eleenshakalaka #2
Chapter 17: oh my!! best citer ni. jongdae baik, tolonglah jgn apa2 kn dia baek tot
yukiyuyana
#3
Chapter 17: O.o kak lily jahat! Saya ingat yoobi mati huwaaaa
SeHuNYeHeT94
#4
Chapter 17: Yoobi x mati...lily nie buat wayar otak akak nak teputus duk pikir yoobi mati pastu dah lah baek nk bals dendam ngan jongdae...
-BlueSky #5
Chapter 17: anddddd things start to get complicated :/
cerita ni makin lama makin best, kalau buat drama mmg best ^^
ohneomo #6
Chapter 17: gila punye plot twist! aigoo~ mati2 kimchi ingat Yoobi dah mati! Jahat la unnie!!!

ehehehe gurau je :p
SeHuNYeHeT94
#7
Chapter 16: Yoobi mati.....ahh baek please don't kill jongdae
yukiyuyana
#8
Chapter 14: Yoobieee!!!! Pity you baek