Scene 14
The Rise Of Juingong
“Baekhyun!”
Baekhyun yang sedang menolak Chanyeol yang sedang menawarkan makanan kepadanya berpaling apabila namanya dipanggil. Sudah jenuh dia melarang Chanyeol supaya tidak menghampirinya tetapi Chanyeol berdegil. Sudah beberapa kali mereka bergaduh besar kerana kedegilan Chanyeol itu namun lelaki yang lebih tinggi daripadanya itu tidak mengenal erti putus asa.
Kelihatan Kyungsoo yang baru pulang dalam keadaan yang tergesa-gesa. Wajah Kyungsoo merah padam dan dahinya yang berpeluh menyebabkan rambutnya terlekat di situ. Kyungsoo berhenti di hadapan dua orang sahabat itu lalu membongkok kerana kepenatan. Kedua-dua belah tangan berada di lutut, cuba mengaturkan nafasnya. Apabila pernafasannya kembali normal, Kyungsoo memandang Baekhyun dengan mata bulatnya. Chanyeol dan Baekhyun yang tidak mengetahui apa-apa hanya memandang hairan ke arah Kyungsoo.
“Baekhyun, ikut aku. Ada mayat seorang gadis ditemui berhampiran sungai. Dia memakai rantai yang sama seperti kau!”
Degupan jantung Baekhyun terasa seperti terhenti seketika.
a/n: sikit lagi, baek akan jadi hulk. XD
Comments