Scene 9

The Rise Of Juingong

 

Aku tidak mahu!!” bangkang Yixing. Pada malam itu, rumahnya tiba-tiba diserang oleh pemuda-muda cina. Mereka mahu dia menjadi tabib khas untuk pihak cina sahaja. Mereka tidak membenarkan dia menjual ubat-ubatannya kepada penduduk-penduduk Joseon.

 

Kau harus tinggal bersama kami!” pemuda cina yang bernama Zitao itu menarik lengan Yixing supaya berdiri. Dia diarahkan untuk membawa balik Yixing ke markas mereka. Yixing merentap lengannya daripada pegangan Zitao.

 

Kau boleh memaksa aku untuk tinggal bersama kamu semua tetapi aku takkan menyediakan ubat-ubatan untuk manusia-manusia kejam seperti kamu semua!” tegas Yixing. Walaupun dia sendiri adalah berbangsa cina, dia tidak menyokong tindakan mereka. Dia sendiri merasai keperitan yang dilalui oleh penduduk Joseon ketika dijajah oleh Jepun, dia tidak mahu perkara itu berulang. Dia mahukan keamanan.

 

Abang? Apa semua ini?” Liyin hairan apabila melihat lelaki-lelaki yang tidak dikenali di dalam rumahnya. Keadaan rumahnya yang bersepah-sepah juga sangat mencurigakan. Dia baru sahaja pulang daripada bertemu dengan Jongdae. Zitao tersenyum apabila melihat Liyin.

 

Adik kau?” Zitao pantas mencengkam pergelangan tangan Liyin lalu menarik tubuh Liyin ke arah tubuhnya. Liyin melawan tetapi dia tidak mampu mengalahkan kekuatan lelaki itu. Zitao melingkarkan lengannya pada bahu Liyin lalu mencium rambut Liyin.

 

Jangan apa-apakan adik aku!” Yixing berdiri lalu meraba-raba sekeliling, ingin mendapatkan adiknya. Dia mahu melindungi adiknya. Liyin menggigit lengan Zitao menyebabkan pegangan Zitao menjadi longkar. Liyin terus memboloskan diri. Zitao naik berang lalu dia mendapatkan Liyin lalu menampar wajah gadis itu.

 

Liyin!!” Yixing memanggil adiknya apabila mendengar bunyi tamparan itu. Dia menjadi cemas. Zitao kembali memeluk Liyin lalu memandang ke arah Yixing.

 

Yixing, kau mahu menyerahkan diri pada kami atau aku ambil tubuh adikmu?” ugut Zitao sambil bermain dengan butang baju Liyin. Liyin menampar tangan lelaki itu. Zitao meletakkan jari-jemarinya pada leher Liyin supaya gadis itu tidak boleh melakukan apa-apa.

 

Kau jangan libatkan adik aku!” Yixing terus menyesal berkata sedemikian apabila dia mendengar bunyi kain dikoyakkan.

 

Liyin!!” Yixing sudah tidak tahu apa yang harus dia lakukan.Yixing tidak tahu apa yang sudah terjadi. Dia mendengar bunyi jeritan adiknya, suara ketawa lelaki dan bunyi kain dikoyakkan. Dada Yixing terasa sempit, dia mahu menolong adiknya. Suara tangisan Liyin membuatkan Yixing semakin lemah. Dia tidak mahu adiknya disakiti.

 

Baik! Aku akan ikut kau! Aku akan melakukan apa sahaja. Jangan sakiti adik aku,” rayu Yixing sambil melutut. Orang-orang suruhan Zitao memegang Yixing lalu memapah lelaki itu supaya berdiri. ZItao berhenti mencium leher Liyin lalu memandang ke arah Yixing. Dia tahu lelaki buta itu akan menyerah diri. Zitao memberi isyarat kepada orang-orang suruhannya supaya membawa Yixing ke markas terlebih dahulu. Zitao kembali memandang tubuh Liyin yang sudah terdedah. Dia harus menyelesaikan urusannya dengan perempuan itu dahulu sebelum pulang ke markas.

 

 


 

a/n: oh my, awat tao pun jahat jugak??

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
akhirnya! aku reka tajuk tu lepas dengar lagu WHAT IS LOVE

Comments

You must be logged in to comment
ChanBaekLu #1
Chapter 17: Omg! Sampai scene 16 jer?? Tapi takpe.....bestnya cerita ni!!!! Lagi-Lagi bile ada Baek and yeol...but...nape Luhan jadi jahat? Patutnya yixing! Heheheheheh
eleenshakalaka #2
Chapter 17: oh my!! best citer ni. jongdae baik, tolonglah jgn apa2 kn dia baek tot
yukiyuyana
#3
Chapter 17: O.o kak lily jahat! Saya ingat yoobi mati huwaaaa
SeHuNYeHeT94
#4
Chapter 17: Yoobi x mati...lily nie buat wayar otak akak nak teputus duk pikir yoobi mati pastu dah lah baek nk bals dendam ngan jongdae...
-BlueSky #5
Chapter 17: anddddd things start to get complicated :/
cerita ni makin lama makin best, kalau buat drama mmg best ^^
ohneomo #6
Chapter 17: gila punye plot twist! aigoo~ mati2 kimchi ingat Yoobi dah mati! Jahat la unnie!!!

ehehehe gurau je :p
SeHuNYeHeT94
#7
Chapter 16: Yoobi mati.....ahh baek please don't kill jongdae
yukiyuyana
#8
Chapter 14: Yoobieee!!!! Pity you baek