Scene 4

The Rise Of Juingong

 

 

  Junmyeon berkabung atas kematian bapanya. Hakikatnya, seluruh Joseon berkabung atas kematian para pemimpin mereka. Tragedi itu berlaku secara tiba-tiba, lokasi para pemimpin itu berhimpun tiba-tiba terbakar dan tiada seorang pun yang berjaya diselamatkan. Para penduduk mahu menyalahkan pihak Jepun tetapi tiada bukti yang menunjukkan bahawa tragedi itu adalah angkara pihak Jepun.

 

  Junmyeon bersedih atas kematian bapanya dan disebabkan itu, dia sudah beberapa hari tidak menjamah makanan. Wajahnya kelihatan cengkung dan dia terlantar sakit. Jongdae dan Chanyeol sudah beberapa kali menasihati Junmyeon untuk berhenti bermurung tetapi Junmyeon memekakkan telinga. Dia sedar yang mereka bimbangkan keadaannya tetapi dia masih tidak melupakan keadaan mayat bapanya. Tubuh yang separuh terbakar berada dalam pangkuannya—dia tidak mampu membuang gambaran itu daripada ingatannya.

 

  Jongdae mengusap kepala Junmyeon yang sedang termenung itu. Jongdae sedar, Junmyeon masih memerlukan masa. Dia sendiri tahu keperitan kehilangan ahli keluarga, dia yakin Baekhyun yang sedang duduk di sebelahnya juga tahu. Mata Junmyeon perlahan-lahan layu lalu lelaki itu terlena. Dia berasa selesa apabila Jongdae mengusap rambutnya, jiwanya sedikit tenang.

 

  “Jongdae...” panggil Baekhyun perlahan. Matanya tertancap pada wajah pucat milik Junmyeon. Apabila melihat keadaan Junmyeon, Baekhyun teringatkan dirinya sewaktu mendapat tahu yang ahli keluarganya dibunuh oleh tentera-tentera Jepun yang kejam.  Jika dibandingkan keadaannya dulu dengan keadaan Junmyeon sekarang, dia berani mengatakan yang keadaannya lebih teruk dan kerana itu dia pernah cuba membunuh diri. Ketika itu, dia sudah tidak mampu menanggung segala penyeksaan yang telah dilakukan oleh pihak Jepun.

 

  Baekhyun bernasib baik kerana Jongdae telah datang menyelamatkannya. Jongdae telah meyakinkan dia yang dia belum kehilangan segala-galanya. Jongdae telah berjanji yang dia akan sentiasa ada untuk Baekhyun. Jongdae berjanji yang dia akan melindungi Baekhyun. Kata Jongdae, Baekhyun perlu terus hidup untuk diri sendiri, untuk Jongdae dan Yoobi. Kerana kebaikan Jongdae, Baekhyun telah menyerahkan sepenuh kepercayaannya kepada Jongdae. Baekhyun percaya Jongdae tidak akan mendustainya kerana Jongdae telah bersetuju dengan ideanya untuk melarikan diri ke Qing supaya tidak diseksa oleh pihak Jepun.

 

  “Kau baik-baik sahaja?” tanya Jongdae apabila wajah Baekhyun berubah muram. Jongdae tahu yang Baekhyun sedang memikirkan sesuatu. Junmyeon tiba-tiba batuk sebelum kembali terlena. Dahi Jongdae berkerut-perut. Dia perlu membeli ubat supaya Junmyeon cepat sembuh. Apabila difikirkan semula, Jongdae sedar yang dia tidak mampu. Jongdae agak tersentak apabila Baekhyun memegang lengannya. Dia berpaling untuk menatap mata lelaki itu.

 

  “Aku masih merasai keperitan kehilangan orang yang aku sayangi,” luah Baekhyun dengan nada perlahan. Jongdae mengangguk tanda memahami. Dia memegang belakang tangan Baekhyun yang berpaut pada lengannya , sebelum jari-jari runcing Baekhyun diusap perlahan. Jongdae tersenyum ke arah Baekhyun. Dia juga masih merasai keperitan itu. Dia sendiri menyaksikan kematian ibubapanya di hadapan mata tetapi tiada tindakan yang telah dia ambil. Dia terlalu muda ketika itu.

 

  “Kau tolong tengok-tengokkan Junmyeon,” pesan Jongdae sebelum melepaskan tangan Baekhyun. Baekhyun mengemaskan pautannya pada lengan Jongdae.

 

  “Kau mahu ke mana?”

 

  “Adalah. Jangan bimbang, aku pasti akan pulang.” Janji Jongdae. Baekhyun melonggarkan pautannya pada lengan Jongdae secara perlahan-lahan. Jongdae melangkah keluar daripada kamar Junmyeon lalu melangkah ke halaman rumah. Dia mahu mencari sahabat-sahabatnya yang lain. Jongdae menapak ke arah sebuah pokok lalu berdiri di bawahnya sambil bercekak pinggang. Matanya liar memerhatikan kawasan sekeliling. Jongdae hampir terjerit apabila sesuatu jatuh daripada pokok—atau lebih tepat, seseorang. Kyungsoo mengaduh kesakitan apabila punggungnya bertemu dengan tanah. Jongdae tertawa kecil sebelum membantu Kyungsoo untuk bangun. Kyungsoo turut tertawa atas kecuaiannya.

 

  “Apa yang kau lakukan di atas sana?” tanya Jongdae curiga. Kyungsoo menunjukkan ke arah teropong miliknya yang terlekat pada ranting pokok itu. Teropong itu telah Kyungsoo curi daripada seorang pedagang dari Jepun. Sejak itu, meneropong kawasan sekelilingnya adalah hobi Kyungsoo.

 

  “Teropong? Siapa yang kau teropongkan?”

 

   “Bukan sesiapa, aku hanya menikmati pemandangan,” tipu Kyungsoo. Dia sebenarnya sedang meneropong mana-mana kedai yang boleh dipecah masuk. Dia sudah lama tidak mencuri.

 

  “Adakah kau mempunyai wang?” tanya Jongdae. Kyungsoo menggelengkan kepalanya. Dia tidak pernah menggunakan wang untuk mendapatkan apa-apa yang dia inginkan atau perlukan. Dia akan mengambil apa sahaja yang dia mahu tanpa pengetahuan pemiliknya.

 

  “Kau memerlukan wang? Untuk apa?”

 

  “Aku lihat kesihatan Junmyeon semakin teruk. Kita perlu membelikan ubat supaya dia cepat sembuh,” tutur Jongdae. Kyungsoo bersetuju dengan kata-kata Jongdae. Jika dibiarkan, penyakit Junmyeon akan melarat pula.

 

  “Ikut aku. Aku akan bantu kau untuk mendapatkan ubat,” Kyungsoo menarik Jongdae keluar daripada kawasan rumah Junmyeon. Kyungsoo tahu sebuah kedai ubat cina. Pemilik kedai tersebut adalah seorang lelaki cina yang buta.

 

 


 

a/n: kyungsoo si pencuri~~ siapakah cina buta itu? jeng jeng jeng (cina buta???)

korang rasa sesuai tak tajuk tu?? haha

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
akhirnya! aku reka tajuk tu lepas dengar lagu WHAT IS LOVE

Comments

You must be logged in to comment
ChanBaekLu #1
Chapter 17: Omg! Sampai scene 16 jer?? Tapi takpe.....bestnya cerita ni!!!! Lagi-Lagi bile ada Baek and yeol...but...nape Luhan jadi jahat? Patutnya yixing! Heheheheheh
eleenshakalaka #2
Chapter 17: oh my!! best citer ni. jongdae baik, tolonglah jgn apa2 kn dia baek tot
yukiyuyana
#3
Chapter 17: O.o kak lily jahat! Saya ingat yoobi mati huwaaaa
SeHuNYeHeT94
#4
Chapter 17: Yoobi x mati...lily nie buat wayar otak akak nak teputus duk pikir yoobi mati pastu dah lah baek nk bals dendam ngan jongdae...
-BlueSky #5
Chapter 17: anddddd things start to get complicated :/
cerita ni makin lama makin best, kalau buat drama mmg best ^^
ohneomo #6
Chapter 17: gila punye plot twist! aigoo~ mati2 kimchi ingat Yoobi dah mati! Jahat la unnie!!!

ehehehe gurau je :p
SeHuNYeHeT94
#7
Chapter 16: Yoobi mati.....ahh baek please don't kill jongdae
yukiyuyana
#8
Chapter 14: Yoobieee!!!! Pity you baek