Scene 3

The Rise Of Juingong

 

  “Aku berasa tidak senang hati,” kata Junmyeon apabila dia berkumpul di ruangan utama di dalam rumahnya bersama enam jejaka lain. Jejaka-jejaka itu memandang ke arahnya, curiga dengan kata-kata yang telah dia tuturkan. Junmyeon mengeluh sebelum meraup wajahnya. Dia dapat merasakan yang sesuatu yang buruk telah berlaku tetapi dia tidak tahu apa dan kepada siapa. Junmyeon melepaskan keluhan berat.

 

  “Usah khuatir, takkan ada perkara buruk yang akan berlaku. Itu hanya perasaan kau sahaja,” kata Park Chanyeol, lelaki yang paling tinggi antara lelaki-lelaki di situ. Chanyeol berdiri dan menghampiri anak kepada penghulu kampung itu. Dia meletakkan tapak tangan besarnya di atas bahu Junmyeon lalu tersenyum, untuk mengurangkan keresahan yang Junmyeon alami.

 

  “Chanyeol benar. Minda kau cuba menakut-nakutkan perasaan kau. Tiada apa yang perlu kau risaukan. Segala-galanya akan baik-baik sahaja,” kata Jongdae pula. Dia tahu Junmyeon seorang yang selalu ditakutkan oleh perasaannya sendiri. Baekhyun hanya memerhatikan mereka, seperti biasa. Dia menyandarkan belakang badannya pada dinding kayu rumah itu kemudian memerhatikan lelaki-lelaki di sekelilingnya.

 

  Do Kyungsoo. Lelaki itu sedang membaca sebuah buku dengan mata yang terbuka luas. Bibir penuhnya sesekali terbuka dan ketawa kecil kedengaran. Dia menawarkan buku itu ke arah lelaki yang berkulit agak gelap di sebelahnya tetapi tangannya ditolak kuat lelaki itu. Pandangan Baekhyun jatuh pada lelaki itu pula.

 

  Kim Jongin. Dia kelihatan tidak suka apabila Kyungsoo menawarkan buku itu kepadanya. Wajahnya kelihatan tegang, menyerlahkan bentuk rahangnya. Lelaki itu mendesis perlahan apabila Kyungsoo sekali lagi menunjukkan buku itu ke arahnya. Matanya kelihatan dingin-sangat dingin. Jika pandangan mampu membunuh, pasti Kyungsoo sudah mati sia-sia di situ.

 

  Kim Minseok. Lelaki yang agak berisi itu tidak mempedulikan orang lain. Dia mengunyah manisan yang terdapat di dalam satu balang tanpa menawarkannya kepada orang lain. Baekhyun mengerutkan hidungnya, dia tidak menyukai lelaki itu. Lelaki itu kelihatan kedekut. Sejujurnya, Baekhyun tidak menyukai sesiapapun di dalam rumah itu kecuali Jongdae. Junmyeon juga dikecualikan kerana Junmyeon telah menawarkannya tinggal di situ jadi dia memaksa dirinya untuk menyukai  Junmyeon. Kemudian, Baekhyun melihat ke arah lelaki yang sedang berdiri di sebelah Junmyeon.

 

  Park Chanyeol. Perbezaan ketinggian antara Junmyeon dan Chanyeol kelihatan sangat ketara. Mata Baekhyun liar memerhatikan wajah Chanyeol tetapi wajahnya terus menjadi hangat apabila matanya bertembung dengan mata Chanyeol. Baekhyun yang panik terus memandang ke arah lain. Dia tidak suka apabila dia ditangkap ketika sedang memerhatikan seseorang. Baekhyun baru tersedar yang seorang lagi lelaki belum pulang, Oh Sehun. Chanyeol tersenyum apabila Baekhyun berpura-pura seperti tiada apa-apa yang telah terjadi. Kau sangat unik. Aku ingin mengenali kau.

 

  “JUNMYEON!!!”

 

 

  Malam itu, mereka dikejutkan dengan kepulangan Sehun bersama mayat penghulu kampung yang separuh terbakar. Kata hati Junmyeon ternyata benar. Persoalan siapa dan apanya akhirnya terjawab. Bapanya, mati terbakar.

 

 


a/n: the real story akan bermula dpd scene seterusnya :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
akhirnya! aku reka tajuk tu lepas dengar lagu WHAT IS LOVE

Comments

You must be logged in to comment
ChanBaekLu #1
Chapter 17: Omg! Sampai scene 16 jer?? Tapi takpe.....bestnya cerita ni!!!! Lagi-Lagi bile ada Baek and yeol...but...nape Luhan jadi jahat? Patutnya yixing! Heheheheheh
eleenshakalaka #2
Chapter 17: oh my!! best citer ni. jongdae baik, tolonglah jgn apa2 kn dia baek tot
yukiyuyana
#3
Chapter 17: O.o kak lily jahat! Saya ingat yoobi mati huwaaaa
SeHuNYeHeT94
#4
Chapter 17: Yoobi x mati...lily nie buat wayar otak akak nak teputus duk pikir yoobi mati pastu dah lah baek nk bals dendam ngan jongdae...
-BlueSky #5
Chapter 17: anddddd things start to get complicated :/
cerita ni makin lama makin best, kalau buat drama mmg best ^^
ohneomo #6
Chapter 17: gila punye plot twist! aigoo~ mati2 kimchi ingat Yoobi dah mati! Jahat la unnie!!!

ehehehe gurau je :p
SeHuNYeHeT94
#7
Chapter 16: Yoobi mati.....ahh baek please don't kill jongdae
yukiyuyana
#8
Chapter 14: Yoobieee!!!! Pity you baek