Scene 1

The Rise Of Juingong

 

  Pekan itu kelihatan sangat meriah pada pagi itu. Para peniaga kelihatan bersemangat untuk bekerja kerana mereka tahu takkan ada lagi mana-mana askar Jepun yang akan datang dan menghancurkan kedai-kedai mereka. Kelihatan beberapa penduduk sedang melakukan urusan jual-beli. Di antara celahan orang ramai itu, kelihatan dua orang anak muda yang sedang berbual riang sambil bersiar-siar di kawasan pekan itu.

 

  “Wah, aku sudah lama rindukan udara segar di Joseon,” kata seorang anak muda yang bernama Jongdae sambil memeluk bahu sahabat baiknya, Baekhyun. Jongdae menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menghembuskannya dengan penuh nikmat. Mereka terus pulang ke Joseon sebaik sahaja dikhabarkan yang tanah Joseon telah bebas daripada cengkaman Jepun.

 

  Mereka telah melarikan diri ke China setelah keluarga mereka dibunuh oleh tentera-tentera Jepun. Baekhyun hanya mempunyai Jongdae dan begitu juga sebaliknya. Keperitan dan kesukaran yang mereka lalui bersama telah mengeratkan persahabatan mereka. Mereka masih hidup kerana mereka menempuhi segala halangan bersama-sama.

 

  Baekhyun menunjal kepala sahabatnya lalu ketawa kecil, menyebabkan Jongdae terdorong ke tepi. Bagi Baekhyun, reaksi Jongdae terlalu melebih-lebih. Jauh di sudut hati Baekhyun, dia mengiyakan kata-kata Jongdae. Ya, mereka sudah lama tidak menghirup udara segar di Joseon—kerana udara di Joseon sebelum ini dicemari oleh bau darah dan bau bangkai manusia yang tidak berdosa.

 

  “Apa? Aku hanya mengatakan yang sebenarnya. Bohonglah jika kau katakan kau tidak rindukan Joseon,” Jongdae melagakan bahunya dengan bahu Baekhyun. Jongdae sengaja mengusik Baekhyun, arif benar dengan sikap Baekhyun yang kurang gemar menunjukkan perasaannya. Dia hanya menunjukkan perasaannya apabila dia marah, tidak berpuas hati dan berkecil hati.

 

  Baekhyun jarang sekali mempamerkan perasaan gembiranya kecuali ketika berada bersama Jongdae. Walaupun begitu, ada waktunya Baekhyun akan mempamerkan reaksi muka batunya kepada Jongdae, untuk membuktikan yang dia seorang yang dingin—walaupun sebenarnya dia bukan jenis yang sebegitu. Baekhyun ingin menunjal kepala Jongdae untuk kali kedua tetapi terhenti apabila matanya tertancap pada wajah seorang gadis. Yoobi...kau masih hidup?

 

  “Jongdae, sedarkah kau yang pakaian orang kampung lebih moden daripada pakaian kita?” tanya Baekhyun sambil memerhatikan orang di sekeliling mereka. Semasa penjajahan Jepun, gaya pemakaian penduduk setempat mula berubah. Kebanyakan daripada mereka sudah berpakaian ala barat. Jongdae turut memerhatikan orang-orang di sekeliling mereka lalu mengangguk. Bibir Jongdae mula mengukirkan senyuman apabila dia terpandang wajah seorang gadis. Byun Baekhyun...kau masih sukakan dia, bukan?

 

  “Kau benar. Apa kata kita tukarkan hanbok kita dengan pakaian baru?” tanya Jongdae, sengaja ingin berpura-pura dungu. Dia tahu yang Baekhyun tidak pernah peduli dengan apa perubahan yang berlalu disekeliling asalkan ianya tidak menjejaskan hidup lelaki itu. Baekhyun tersenyum dan mengangguk. Jongdae ingin ketawa tetapi dia pantas mengawal dirinya. Baekhyun tidak perlu tahu yang dia sudah dapat menghidu niat sahabatnya itu.

 

  “Kalau begitu, kau fikir kedai mana yang menjual pakaian yang bagus-bagus?” sengaja Jongdae bertanya. Dia yakin Baekhyun sudah mempunyai kedai yang menjadi pilihannya. Jongdae ternyata benar apabila Baekhyun terus menarik tangannya dan mengheret Jongdae ke arah sebuah kedai. Jongdae hampir terjatuh kerana tidak dapat mengejar langkah Baekhyun yang terlalu pantas.

 

  “Aku berkenan untuk melihat pakaian di situ,” Baekhyun menudingkan jari telunjuknya ke arah kedai yang dimaksudkan. Baekhyun sendiri belum sedar yang dia sudah tersenyum sejak tadi. Jongdae tersenyum sinis, yakin Baekhyun tidak nampak senyumannya itu. Berkenan untuk melihat pakaian di situ atau berkenan untuk melihat penjual pakaian di situ?

 

  “Kenapa kau terlalu teruja untuk mendapatkan pakaian baru? Pakaian kita masih elok,” tanya Jongdae apabila mereka berdiri di hadapan kedai itu. Kedai itu menjalankan perniagaan secara sistem barter. Penjual itu sedang sibuk melayan seorang pelanggan jadi dua jejaka itu perlu menunggu giliran mereka.

 

  “Penduduk kampung sudah mengubah gaya mereka jadi kita sebagai orang muda perlu mengikut arus perubahan,” selindung Baekhyun. Dia cuba untuk tidak menampakkan niat sebenarnya. Jongdae berpeluk tubuh lalu mengecilkan matanya ke arah Baekhyun. Dia masih lagi ingin mengusik lelaki itu.

 

  “Kata-kata itu kedengaran sangat asing apabila terluah daripada bibir seorang Byun Baekhyun,” Jongdae melagakan bahunya dengan bahu Baekhyun untuk kali keduanya pada hari itu. Baekhyun menolak Jongdae agar menjauhinya lalu berpaling ke arah lain. Dia tidak mahu warna merah pada wajahnya dilihat oleh Jongdae.

 

  Apabila dia berpaling, warna merah pada wajahnya makin ketara apabila dia bertembung mata dengan penjual itu. Lee Yoobi. Baekhyun kembali berpaling ke arah Jongdae tetapi dia menyesal atas perbuatannya. Dia pasti Jongdae sedang mengejek raut wajahnya yang merah padam di dalam hati.

 

  Baekhyun berharap dia mempunyai suatu kuasa di mana dia mampu menghilangkan diri ataupun sekurang-kurang; dia berharap tanah di mana dia berpijak akan menelannya hidup-hidup, supaya dia tidak perlu mengalami perasaan malu sebegitu. Baekhyun menggigit bibirnya sebelum menunduk. Dia memijak kaki Jongdae apabila sahabatnya itu ketawa kecil.

 

  “Aduh!” Jongdae mengaduh perlahan dengan ketawa yang masih bersisa. Baekhyun mencebik lalu memberanikan diri untuk memandang Jongdae dengan pandangan tajam-supaya Jongdae berhenti mengetawakannya. Jongdae menekup mulutnya secara main-main lalu memeluk bahu sahabatnya. Jongdae sedar yang Yoobi masih terpaku sambil matanya tidak berkelip memandang mereka berdua.

 

  “Yoobi sedang merenung kau,” bisik Jongdae dekat di telinga Baekhyun dengan lengannya berada di  atas bahu Baekhyun. Baekhyun terus berpaling ke arah Yoobi kerana tidak mempercayai kata-kata Jongdae. Baekhyun menyesal kerana berpaling ke arah itu. Jongdae benar, Yoobi sedang merenung ke arahnya dengan mata cantik milik gadis itu. Alangkah bahagianya Baekhyun jika langit runtuh dan menghempapnya, supaya dia dapat bersembunyi untuk seketika. Dia benar-benar malu dan hanya gadis itu yang mampu membuat Baekhyun mengalami perasaan itu.

 

  Yoobi berhenti merenung wajah Baekhyun apabila Jongdae melambai kecil ke arahnya dengan sengihan nakal terpamer di wajah. Sudah lama Yoobi tidak melihat Jongdae dan Baekhyun sehingga gadis itu menyangka mereka telah mati terbunuh. Yoobi ternyata silap. Mereka sedang berdiri di hadapannya, masih hidup dan dengan Baekhyun yang masih kacak seperti dulu. Yoobi segera berpura-pura melipat pakaian yang sudah sedia tersusun. Jongdae yang perasaan akan tindakan Yoobi itu sekali lagi tersenyum nakal. Mereka masih saling menyukai.

 

  “Yoobi, sudah lama kita tidak bertemu.” Jongdae tersenyum ke arah Yoobi. Yoobi tersipu malu lalu mengangguk. Yoobi sangat merindukan mereka, lebih-lebih lagi lelaki yang sedang merenungnya dengan pipi yang merah padam.

 

  “Aku rindukan kamu berdua,” kata Yoobi selepas mengumpulkan setiap keberanian di dalam tubuhnya. Jongdae dan Baekhyun adalah teman rapatnya sejak kecil namun terpisah sejak keluarga Baekhyun dan Jongdae dibunuh. Dia sangat gembira kerana bertemu kembali dengan dua orang jejaka itu.

 

  “Maksud Yoobi, ‘Aku rindukan kau, Baekhyun’,” bisik Jongdae di telinga Baekhyun. Baekhyun terus menyiku perut sahabatnya. Jongdae sempat mengelak dan dia melirik ke arah dahi Baekhyun yang sedang berpeluh.  

 

  “Kala cinta di depan mata, debaran di dada mula terasa. Aku tertanya, adakah aku sudah jatuh sakit? Hatiku lantas menjawab,’Tidak arjuna. Sesungguhnya kau sudah jatuh cinta’,” Jongdae terasa seronok untuk mengusik dua orang sahabatnya yang saling menyukai namun tidak mahu mengaku. Jongdae segera melarikan diri, bimbang Baekhyun akan melepaskan geram kepada dirinya. Dia mahu memberikan masa untuk mereka berdua-duaan.

 

  “KIM JONGDAE!! KAU MAHU KE MANA?!” Baekhyun menjerit geram kerana dia tahu Jongdae mempermainkannya menggunakan ayat-ayat puitis tadi. Dia mula mengatur langkah untuk mengejar Jongdae. Yoobi menghulurkan tangan dan membuka mulut untuk menghalang Baekhyun tetapi tiada suara yang keluar.

 

  Yoobi menurunkan tangannya lalu menunduk. Dia masih belum puas melihat Baekhyun jadi dia tidak mahu Baekhyun pergi secepat itu. Namun, dia tidak berani untuk menghalang lelaki itu. Yoobi kembali mengangkat kepala apabila mendengar bunyi tapak kaki. Dia menyangka ada pelanggan yang datang tetapi ternyata bunyi tapak kaki itu adalah milik Baekhyun.

 

  “Aku juga rindukan kau,”

 

  Masa Yoobi dan Baekhyun terasa seperti terhenti di situ. Mereka sangat kekok sehinggalah kedua-dua mereka melepaskan ketawa bahagia yang mereka tahan sejak tadi. Jongdae yang bersembunyi di sebalik kain-kain di kedai kain sebelah kedai Yoobi hanya tersenyum melihat gelagat Baekhyun dan Yoobi. Sahabat, kebahagiaan kau adalah kebahagiaan aku.

 

 


 

a/n: awat baekubi bersweet dalam cerita sejarah aku? hahaha. tak apalah, cinta itu sebahagian dpd hidup. seriously, aku perlukan pendapat. cerita macam ni susah gile nak tulis so jgn hesitate utk bagi cadangan/kritikan. itu akan sangat membantu :)

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
akhirnya! aku reka tajuk tu lepas dengar lagu WHAT IS LOVE

Comments

You must be logged in to comment
ChanBaekLu #1
Chapter 17: Omg! Sampai scene 16 jer?? Tapi takpe.....bestnya cerita ni!!!! Lagi-Lagi bile ada Baek and yeol...but...nape Luhan jadi jahat? Patutnya yixing! Heheheheheh
eleenshakalaka #2
Chapter 17: oh my!! best citer ni. jongdae baik, tolonglah jgn apa2 kn dia baek tot
yukiyuyana
#3
Chapter 17: O.o kak lily jahat! Saya ingat yoobi mati huwaaaa
SeHuNYeHeT94
#4
Chapter 17: Yoobi x mati...lily nie buat wayar otak akak nak teputus duk pikir yoobi mati pastu dah lah baek nk bals dendam ngan jongdae...
-BlueSky #5
Chapter 17: anddddd things start to get complicated :/
cerita ni makin lama makin best, kalau buat drama mmg best ^^
ohneomo #6
Chapter 17: gila punye plot twist! aigoo~ mati2 kimchi ingat Yoobi dah mati! Jahat la unnie!!!

ehehehe gurau je :p
SeHuNYeHeT94
#7
Chapter 16: Yoobi mati.....ahh baek please don't kill jongdae
yukiyuyana
#8
Chapter 14: Yoobieee!!!! Pity you baek