Kai & Luhan

Stalker
Please Subscribe to read the full chapter

 


kai & luhan

 

 

Aku tergamam dengan apa yang berada di hadapan mataku kini. Mustahil. Semua ni mustahil. Tak mungkin tekaan aku salah. Semua yang ada pada Luhan sememangnya membuatkan aku yakin dengan tekaan ku sendiri. Kalau bukan Luhan, siapa lagi? Pemikiran cetekku dibelenggu dengan persoalan yang tiada titik noktahnya. Adakah Kai orangnya?Aku tertawa kecil. Ia merupakan satu jenaka bagi orang yang mendengarnya begitu juga aku.

Siapa lagi yang mengenali diri aku untuk membuat aku berasa sebegini rupa? Siapa lagi yang mengenali diri aku di muka bumi yang penuh kekejaman ini? Tiada siapa melainkan ibu. Dan sememangnya jawapan bagi persoalan aku ini bukanlah ibu. Tak mungkin ibu menjadi jawapan kepada semua ini. Tiada sebab untuk ibu memerhatikan setiap pergerakan aku tanpa mengaku bahawa itu dirinya. Aku memandang Luhan yang hanya melahirkan reaksi kosong pada wajahnya.

Sukar untuk aku membaca apa yang tersirat dalam benak lelaki yang berada di hadapan aku ini. Jujur ku katakan yang aku sememangnya diketogorikan dalam golongan wanita yang menyimpan perasaan terhadap lelaki tidak mempunyai sebarang personaliti yang boleh menarik perhatian wanita seusiaku melainkan wajahnya.

"Haeri?" Aku terkebil-kebil memandangnya setelah mendengar namaku disebut.

"H-huh?" Luhan menghulurkan tangannya di hadapanku dan aku merenung telapak tangannya kerana masih tidak mengerti apa yang dimaksudkan. Kedengaran Luhan tertawa kecil, segera aku menancap wajahnya. Dia masih memandang aku dengan reaksi kosang itu lagi. Adakan aku tersalah dengar? Adakah dia tertawa dengan melihat perlakuanku ini?

"Phone saya." Aku mengalihkan renungan dan memandang tangan kananku yang sedang memegang erat telefon bimbit kepunyaannya. Aku terdongak, baru sedar apa yang dimaksudkan sebentar tadi. Segera aku meminta maaf dan memulangkan semula telefon bimbit yang kian berada dalam genggam ku ini kepadanya. Deringan telefon juga sudah lama terhenti. Darah yang mengalir dalam tubuh badan ku terasa panasnya sehingga ke muka. Rona merah mewarnai pipiku.

"Awak okay tak ni?" Hanya anggukan kepala yang mampu aku lakukan dan mengalihkan pandangan ke arah lain bagi mengelak dari bertentang mata dengannya. Luhan yang menepuk kerusi berukirkan kayu di sebelahnya membuatkan aku menoleh semula. Dengan anggukan kepala dia menyuruh aku duduk di sebelahnya. Entah kenapa aku akur dan melabuhkan punggung di situ. Dia memandang telefon bimbitnya sebelum menoleh ke arah ku.

"Ada apa-apa ke yang awak nak tengok ke dalam phone saya ke?" Segera aku menggelengkan kepala. Luhan yang memandang semula telefon bimbitnya setelah melihat reaksiku sebentar tadi dan mula menyoal lagi.

"Are you sure?" Aku mengangukkan kepala perlahan.

"Ye. Saya cuma..." Entah bagaimana tawa kecilku lepas dari mulut. Aku menoleh ke arahnya dan menyambung kata-kataku. "...curious." Luhan berpaling ke arahku dengan kening yang terangkat. Mungkin tidak mengerti dengan apa yang dimaksudkan dengan kata-kataku sebentar tadi.

"Curious tentang?" Luhan menyoal lagi. Aku melepaskan keluhan lembut dan memandang perm

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
little-deer
To smua pembaca Stalker skalian alam. Klau fanfic ni ada kesilapan kat mana2, jgn segan utk menegur. Sama2lah kita belajar dari kesilapan. LMAO mende merepek ni

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 7: update soon....... DAEBAKKK!!!!!!!!
pikahbajet #2
Chapter 6: saya still baca fanfic awak yang bosan gila nak mammam.
KimTaehyungWifeu
#3
Chapter 7: aaaaaaaaa !! sape stalker tu ?!! mcm luhan ! tapi knp luhan mcm... mcm mna nak ckp eih --'' pfffttt plisz updateee soon !! x sbar nk tawu pe jdi
Kkyungwifeuu12_
#4
Chapter 7: Siapa stalker diaa ?~~~ Okaii ,,,Ternyata sel-sel otakku x berhubung dlm perkara ni ...Baek ke Stalker dia ? .-. ,,Or Luhan ? ,Or Jong In ? -_- ..Seriously aq keliru -_- ...Mohon update cepat-ii ~ T^T ...Jumpa story ni kat Facebook ...Nasib baik ada orang post xDD ...New Subs and Upvoters here ~ xD
KUROBARAHIME
#5
Chapter 7: NAMPAKNYA PERANG BESAR AKAN BERLAKU!
HABISLAH!
Qee_Ha
#6
Chapter 7: Siapa stalker dia?
Siapa stalker dia?
Siapa stalker dia?

Wahrghhh!!! Susahnya nak pilih siapa stalker dia..hahaha
ExoLoveable
#7
Chapter 6: saya still baca fanfic awak yamg bosan gila nak mamman ni.
best!!update soon.
ExoLoveable
#8
Chapter 1: its my turned to comment lol .... ff awak memang best but poster dia lagi best cun pun ada !!
shizuka_arumi
#9
Chapter 6: Wah cerita menarik....saya masih tertertanya2 stalker dia luhan ke...
update soon ...
jangan delete ..
Sayang sbb cerita awak menarik..