Speechless

Stalker
Please Subscribe to read the full chapter

 


speechless

 

 

 "Saya cuba untuk mengabaikan kehadiran awak dalam hidup saya. Tapi perasaan seperti diperhatikan tu tetap ada. Kadang-kadang saya terfikir, awak faham tak apa yang dimaksudkan dengan 'jangan kacau saya'? Tolong... saya merayu. Tolong berhenti kacau saya. Saya tak nak sampai kesabaran saya hilang. Saya pun bukanlah nak dianggap kurang ajar. Tapi, jangan sampai saya buat sesuatu yang di luar jangkaan awak. Kalau saya ada buat salah, terus terang datang dan jumpa saya. Jangan buat saya macam ni."

Itu apa yang aku pernah bagi tahu dia sebelum ni. Nampaknya kata-kata aku sememangnya tidak diambil peduli. Terasa bantal diletakan di bawah kepala aku. Aku merasa pening. Kepala juga berdenyut-denyut. Aku memejamkan mata dengan serapat-rapatnya, tiba-tiba saja aku merasa kucupan hangat di dahi. Entah kenapa mata aku terasa berat untuk dibuka.

Ada suara seseorang cuba memujuk hati kecilku dengan berkata semuanya hanya mimpi. Terasa rambutku diusap lembut dan dibelai olehnya. Akhirnya aku terjaga dan membuka mataku. Sedar bahawa aku sedang terlantar di atas katil di dalam bilik tidurku. Adakah apa yang berlaku tadi semuanya benar atau mimpi semata-mata? Kedengaran tombol pintu dipulas dari luar. Aku terkejut dan berpaling memandang ke arah pintu bilik. Menanti gerangan yang bakal tiba.

"Haeri?" Kepala ibu terjengul di pintu bilik sambil memanggil namaku.

"Kenapa duduk dalam rumah gelap-gelap dalam ni?" Ibu membuka lampu yang berada di sebelah pintu dan berjalan menghampiriku yang masih terlantar di atas katil. Ibu memandang aku dengan reaksi yang terkejut. Lantas tangan ibu memegang wajahku dan berkata.

"Ni... kenapa pipi lebam ni? Bibir sampai luka. Haeri gaduh ke? Bagi tahu ibu siapa buat?" Tangan aku memegang pipi kiri yang mula terasa peritnya bila disentuh. Aku memandang tingkap bilik yang terbuka luas. Jadi semua yang berlaku bukanlah mimpi. Dia datang. Dia datang dan selamatkan aku.

"Sayang, bagi tahu ibu siapa buat? Kenapa boleh sampai macam ni?" Aku menatap wajah ibu yang sayu itu. Aku cuba memaksa diri untuk mengukirkan senyuman.

"Luka sikit je ni ibu. Tak ada apa-apa lah. Tadi Haeri kena kacau, tapi ada orang selamatkan. Ibu jangan risau okay? Haeri boleh jaga diri." Satu keluhan berat dilepaskan Ibu sambil tersenyum.

"Kawan yang dekat bawah tu ke yang selamatkan Haeri?" Aku terpinga-pinga. Kawan? Sambil memandang wajah ibu dengan keliru, aku bertanya.

"Siapa ibu?" Ibu berfikir sejenak.

"Tak silap ibu dia cakap tadi nama dia Jongin. Dia kata nak jemput Haeri pergi majlis rumah dia. Dah lupa ke? Haeri pergi siap-siap. Kesian pula dia tunggu lama-lama dekat bawah tu nanti." Ibu berkata masih tersenyum dan bangkit dari katil. Aku mengangguk kecil sambil melihat ibu yang mula berjalan arah ke pintu meninggalkan bilik.

Macam mana aku boleh terlupa? Sungguh aku tak menyangka yang dia benar-benar akan menjemputku. Tanpa berlengah, aku mengambil tuala dan menuju ke bilik mandi.

 

 

Kai menunggu Haeri di ruang tamu kepunyaan keluarga Shin sambil melihat sekeliling. Matanya tertancap pada sebingkai gambar yang terletak kemas mencerminkan wajah Haeri dan ibunya di atas meja bersebelahan pasu bunga. Dengan perlahan dia bangkit dari kerusi dan berjalan menghampiri sebingkai gambar itu.
Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
little-deer
To smua pembaca Stalker skalian alam. Klau fanfic ni ada kesilapan kat mana2, jgn segan utk menegur. Sama2lah kita belajar dari kesilapan. LMAO mende merepek ni

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 7: update soon....... DAEBAKKK!!!!!!!!
pikahbajet #2
Chapter 6: saya still baca fanfic awak yang bosan gila nak mammam.
KimTaehyungWifeu
#3
Chapter 7: aaaaaaaaa !! sape stalker tu ?!! mcm luhan ! tapi knp luhan mcm... mcm mna nak ckp eih --'' pfffttt plisz updateee soon !! x sbar nk tawu pe jdi
Kkyungwifeuu12_
#4
Chapter 7: Siapa stalker diaa ?~~~ Okaii ,,,Ternyata sel-sel otakku x berhubung dlm perkara ni ...Baek ke Stalker dia ? .-. ,,Or Luhan ? ,Or Jong In ? -_- ..Seriously aq keliru -_- ...Mohon update cepat-ii ~ T^T ...Jumpa story ni kat Facebook ...Nasib baik ada orang post xDD ...New Subs and Upvoters here ~ xD
KUROBARAHIME
#5
Chapter 7: NAMPAKNYA PERANG BESAR AKAN BERLAKU!
HABISLAH!
Qee_Ha
#6
Chapter 7: Siapa stalker dia?
Siapa stalker dia?
Siapa stalker dia?

Wahrghhh!!! Susahnya nak pilih siapa stalker dia..hahaha
ExoLoveable
#7
Chapter 6: saya still baca fanfic awak yamg bosan gila nak mamman ni.
best!!update soon.
ExoLoveable
#8
Chapter 1: its my turned to comment lol .... ff awak memang best but poster dia lagi best cun pun ada !!
shizuka_arumi
#9
Chapter 6: Wah cerita menarik....saya masih tertertanya2 stalker dia luhan ke...
update soon ...
jangan delete ..
Sayang sbb cerita awak menarik..