Episode 2

Contract relationship

Ahrin memandang Seul dengan muka tidak percaya. Baru sebentar sahaja tadi Seul mengatakan dia akan melanjutkan pelajaran bersama-sama dengan Ahrin. Dia tidak percaya!! Ingin menanya kepada Seul, dia takut nanti Seul akan ubah hati. Seul menyatakan hasratnya untuk sambung belajar bersamanya sahaja sudah membuatkan dia gembira. 

 

Tetapi satu sahaja yang menganggu fikirannya.. Soal duit?? itu lain cerita.. dia tidak mahu tanya dari mana Seul dapat duit untuk cukupkan yuran pendaftaran Seoul Art University.. Cuma, universiti itu terletak di bandar Seoul, dan Gangnam terletak agak jauh dari Seoul. Rumah sewa. Itu yang dia perlukan. Pada awalnya, dia ingin menerima tawaran masuk keasrama disitu, tetapi memandangkan Seul ingin ikut serta, jadi dia menolak tawaran itu kerana ketika itu bilik sudah penuh. 

 

"Seul.. " panggil Ahrin perlahan. Dia menguak sedikit pintu bilik Seul itu. dilihatnya Seul sibuk mengemas baju-bajunya untuk dibawa ke bandar Seoul.  "Ehem!" dia berdehem kecil. Seul yang terdengar deheman Ahrin berpaling. 

 

"Eh Rin, bila masuk? " tanya Seul.. Ahrin menganngkat keningnya.. 

 

"Haish. lama dah. Kau je yang sibuk kemas sambil dengar lagu. " balas Ahrin. Seul tersenyum kecil.. 

 

"Kenapa nie? Ada masalah ke? " soal Seul lagi. Tangannya ralit meletakkan baju-bajunya kedalam beg rodanya itu. Sudah setahun Seul tinggal bersama Ahrin. Semua masalahnya diceritakan kepadanya. Dia hanya membantu apa yang patut sahaja. 

 

"Er.. Aku nak tanya .. nanti kita tinggal kat mana? Nak ulang alik ke macam mana?" soalan Seul dibalas dengan pertanyaan pula. Seul tersenyum lagi. mamat jambu tu cakap kena tinggal kat rumah dia.. hhmm. bagos2.. 

 

"Lah.. tujeke?? Takpe Rin.. Aku dah settlekan semuanya. Don't worry." mendengar kata-kata Seul itu, Ahrin memberikan senyuman yang paling manis kepada Seul. Lalu dipeluknya Seul erat-erat.

 

"Yeke? Ah.. sayang kau ketat ketat Seul." ujar Ahrin. Seul tergelak kecil. Lalu dia melepaskan pelukan. "Okaylah. Kalau macamtu aku pun nak kemas baju jugaklah!" kata Ahrin riang. dia lalu meninggalkan bilik Seul itu. Hilangnya Ahrin dari pandangan mata, Seul terus mencapai henfonnya.. ah.. macam manalah aku boleh terlupa nie??!!  

 

"Yoboseyo?" kedengaran suara serak basah dari hujung talian. baru bangun tidur lah tu fikir Seul. 

 

"Er, ini nombor Luhan ke?" tanya Seul. Orang dihujung talian menganggukkan kepala walaupun dia tahu sipemanggil tidak dapat melihatnya.. 

 

"Ye saya. Siapa nie?" 

 

"Seul. Park Seul." 

 

"Seoul? Semenjak bilalah bandar raya Seoulnie boleh bercakap?" usik Luhan. Seul mendengus geram..

 

"Haish.. aku park Seul yang haritulah.!!!" jerit Seul. 

 

"Taulah.. apahal kau call aku nie?" 

 

"AKu.. erm.. aku setuju syarat kau.." balas Seul takut-takut. Dia berharap Luhan masih ingat perkara itu lagi. 

 

"Eh? Bukan kau memang dah bagi kata putus ke haritu?" soal Luhan lagi. Seul tercengang. sejak bila lak nie? meroyan ke apa mamat jambu nie? 

 

"Bila pulak?" Seul melontarkan soalan pula. 

 

"Lah.. yang haritu aku bagi masa 10 saat untuk berfikir, then kan kau tak lepas .. kira kau dah setuju lah.." ujar Luhan. Seul menahan marahnya. Ikutnya, mahu sahaja dia menumbuk-numbuk Luhan sehingga lunyai. 

 

"Hhm..yelah.. anyway, bila aku perlu pindah masuk?" 

 

"Hujung minggu nie.. nanti aku bagi alamat.. kay bye.." balas Luhan. Belum sempat Seul membalas, Luhan sudah mematikan talian. Seul melempar telefonnya itu diatas katil. Geram!!


 

 

Tergamam Seul dan Ahrin melihat bangunan yang tersergam indah dihadapnnya. Sungguh. Dia tidak pernah menyangka rumah Luhan sebesar itu. 

 

"rumah sape nie Seul?" bisik Ahrin.. 

 

"Nantilah aku citerye.. Sekarang, keep calm okay?" balas Seul, dalam nada berbisik jugak. Ahrin menganggukkan kepalanya. Lalu mereka berdua masuk kedalam rumah itu.

Masuk sahaja kedalam rumah agam itu, mereka disambut oleh maid -maid disitu. Mereka menunduk hormat kepada Seul dan Ahrin.  Kemudian, mereka semua memberi jalan dan kelihatan seseorang datang kearah Seul dan Ahrin dengan senyuman sinis dibibir. 

 

"Selamat datang ke Vila Gordon.." ucap Luhan. Seul dan Ahrin segera menunduk hormat kepada Luhan. "Sila bawak mereka ke bilik Alivia." arah Luhan. Gadis yang bernama Alivia itu akur lalu membawa mereka berdua ke tingkat 2 diikuti pembantu yang lain membawa beg mereka berdua. 

 

"Ini bilik Cik Ahrin.." Alivia membuka pintu bilik yang mempunyai bingkai nama Ahrin dipintu. Ahrin tergamam. Cukup luas untuknya. Beg-begnya diletakkan didalam bilik itu. Ahrin memandang Alivia pelik.. Hanya ada namanya dipintu, tiada nama Seul. jadi, dimana Seul akan tidur?  fikir Ah Rin. Alivia kemudian menutup pintu bilik dan membawa mereka berdua ke bilik seterusnya. 

 (ini half je..:P //bilik Ahrin// 

 (bilik Seul) 

Kali ini Seul terlopong. Ahrin memerhatikan sekeliling bilik itu. Lawa! lawa lagi bilik aku..wahhaha.. takpelah, Seul kan suka benda yang simple je.  bisik hati Ahrin. Sememangnya Seul sukakan bilik yang simple sahaja. Tetapi dia tidak menyangka dia akan dapat bilik ala-ala master bedroom. Dan dia fikirkan dia akan berkongsi bilik bersama Ahrin! 

 

"Ini bilik Cik Seul. Jadi, saya minta diri dulu. Tengok-tengoklah ya. Erm, Cik Seul, Tuan muda Luhan cakap, dia nak jumpa cik kat taman pukul 5 petang." ujar Alivia sebelum berlalu pergi bersama maid-maid yang lain. Seul menjeling sekilas kearah jam tangannya. 3.20 petang. Tanpa diduga, Ahrin berlari masuk kedalam bilik itu sambil menarik tangannya. Dia mendudukkan Seul diatas katil dan dia menutup pintu. 

 

"Lawalah bilik kau Seul!!!" puji Ahrin. Dia menepuk-nepuk tilam bilik Seul itu. 

 

"Biasa jelah.. Bilik kau pun apa kurangnya.." dalih Seul. Ahrin tersenyum. Ya, dia amat sukakan biliknya itu. Lawa! 

 

"Tapi an.. aku nak taulah macammana kita boleh ada kat sini.." soal Ahrin. Sudah lama dia ingin bertanya tetapi tidak kesampaian. Riak muka gembira Seul bertukar. Dia mendiamkan dirinya beberapa ketika lalu menceritakan semuanya..


Seul P.O.V

 

Aku memandang kearah reflection diriku di cermin. Tanganku segera membetulkan rambut yang tidak betul itu. Setelah puas dengan penampilanku, aku keluar dari bilik, ingin berjumpa Luhan memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 4.45 petang. Aku hanya berpakaian simple sahaja. Malas hendak pakai lawa-lawa. Lagipun aku ni hanyalah menumpang rumah orang. Hurm. sampai bilalah hidup aku hanya nak menumpang rumah orang sahaja? 

 

Ketika baru sahaja hendak melangkah keluar, aku terlanggar Luhan yang ralit bermain dengan telefonnya. Kami berdua jatuh terduduk. Aku memegang kepalaku. kerasnya kepala dia. batu ke apa??  bebelku dalam hati.. Aku bingkas bangun. Luhan turut bangun lalu memandangku dengan pandangan tajam. 

 

"Mata tuh yang kali letak kat kepala.. Jangan letak kat lutut!! Jalan pandang kiri kanan!!" tegur Luhan. Aku memandangnya pelik. Ewah ewah ewah. Dia yang sibuk main dengan henfon ,then salahkan orang. 

 

"Sorry.." ucapku pendek. Luhan kelihatan serba salah. Lalu dia berjalan meninggalkan ku.. 

 

Baru beberapa langkah, Luhan berpaling.. "jom cepat!" arahnya. Aku mempercepatkan langkah dan mengekorinya dari belakang. Sampai ditaman vila itu, dia menyuruhku duduk. Bagai lembu dicucuk hidung, aku hanya mengikuti. Tak berani hendak melawan. 

 

"Tahu kan kenapa aku panggil kau kat sini?" tanya Luhan. Aku menggelengkan kepala. Dia mengeluh kecil. "Aku ada peraturan untuk kau, jika kau nak tinggal kat rumah nie." sambungnya. Aku hanya mampu mengangguk.. Japp.. Peraturan??!! 

 

"Peraturan?? Tapi awak juga yang suruh saya tinggal kat sini.." protesku.. Luhan terdiam.. Lalu dia menyambung.. 

 

"memanglah.. ah, lantaklah.. Okay.. dengar baik-baik ye.." ujarnya lalu menyebut satu-satu peraturan yang dia cipta.. 

 

"Pertama. Buat apa yang aku suruh.. Dua.. Sebab kau nie 'girlfriend' aku, aku nak kau pergi sekolah dengan aku.. faham?? " aku mengeluh.. Baru sahaja aku merancang supaya tidak pergi sekolah dengannya.. Apalah malang nasib.. "Tiga. Jangan bagitau apa-apa pasal fake relay nie. Empat. jangan melawan aku depan orang ramai.. " dan seterusnya.. Penat aku dengar Luhan beri peraturan. Merepek-repek! Adake salah satu peraturannya mesti basuh baju dia, jangan bagi maid lain buat. Habistu selama nie sape yang buatkan? dia nie nak suruh aku jadi orang gaji ke apa?  rungutku dalam hati. "Ada apa-apa soalan?" 

 

"Er.. ye, encik Luhan..Saya nak tanya, awak tinggal sorang-sorang ke?" 

 

"HEI!! Lupa ke peraturan yang baru je saya bagi tadi? Jangan panggil encik ye.. " ujar Luhan dengan nada sinis. 

 

"Dah awak lagi tua dari saya. tua setahun. nak buat macam mana?" soalku. Luhan tersenyum. 

 

"Ha! Panggil je nama aku. Takpun oppa ke. kan sedap tuh??" perli Luhan. Aku mencubit lengannya geram. Dia kemudian mengaduh sakit. Biar dia rasakan penangan cubitan aku ni!! 

 

"Haish.. whateverlah.. okay, saya nak tanya.. Luhan tinggal sorang-sorang ke kat rumah nie? Parents Luhan tak marah ke?" kataku, berbalik ke topik asal. 

 

"Dorang.. Sibuk. Takpe, dorang takmarah pun.. My parents is sporting kay.." aish.. masuk bakul angkat sendiri betul mamat jambu nie.. perliku dalam hati. Kami kemudian hanya mendiamkan diri masing-masing. Kerana terlalu bosan, aku ingin meminta diri. Baru selangkah pergi, mamat jambu itu memegang tanganku. Aku tergamam. 

 

"Jom."dengan selamba badaknya, dia berjalan sambil memegang erat tanganku ini. Nak taknak, aku terpaksa mengikutinya.. Sekali sekala, aku cuba menarik tanganku yang berharga ini, tetapi semakin aku memberontak, semakin itu dia menguatkan pegangan. 

 

Luhan menghantarku dihadapan bilik. Kami terpaksa melalui bilik Ahrin, dan kebetulannya dia berada disitu, dengan pintu yang luas ternganga. Ahrin terpandangkan kami lalu tersenyum. Ahhh!! Malunya!! Sampai dihadapan bilik, barulah Luhan melepaskan pegangan. Geram aku dengan dia!!

 

"Esok.. jangan lupa!! " pesannya sebelum pergi. Aku menghempas kuat pintu lalu baring diatas katil yang empuk itu. 

 

"Malangnya.. ~~" 

 


 

so macammana ??? okay?? terlalu rushing ke?? haha.. awal2 memang nampak mcm rushing, Insya-Allah pertengahan tak.. :P >< Haritu elok2 nk update, tetiba ilang.. huuuii. frust!!!!! Anyway, thanks kepada siapa yang sudi subscribe.. Ayla cuma harap cerita ini akan jadi semakin best.. :P ^_^ 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 3: Update soon
wanyzawanie #2
Chapter 4: Best cpat update lgi ek.. (^~^)
emelynadya #3
Chapter 2: So sweett..
jadoo98 #4
Chapter 3: Chapter 3: pliss...tlg update lagi...:)
JeonAra #5
Chapter 3: Wah jinjja daebak ..!!!!
Kuangsu
#6
Chapter 3: Update soon^^ Best cerita ni XD
ChanBaekLu #7
Chapter 3: Kak Ayla_Qistina.....update soon taw!!^^ best cerita nie....FIGHTING!!!
blankyu #8
Chapter 3: Update soon :)