Episode 1

Contract relationship

Park Seul P.O.V

 

aku menilik wajahku dicermin. Sudah hampir 3 bulan aku berpindah ke rumah keluarga Ah Rin. Keluarganya amatlah baik sekali. Aku rasa terhutang budi. Umurku sudahpun menjejak 18 tahun. Saat mereka menyambut hari lahir dengan gembira, aku? Tuan kepada rumah anak yatim busan menghalauku keluar. Alasannya, aku sudah mencapai umur. Aku patut berdikari.. Aku dah besar. AKu dah itu. Aku dah ini. Macam-macam alasan yang diberinya. Tetapi dalam rumah itu masih ada lagi beberapa yang jauh lebih matang dariku.. Umur pun semakin meningkat. 

 

Dulu.. setiap bulan aku terpaksa memberi share gajiku 1/ daripadanya untuk diberi kepada penyelia rumah anak yatim itu. Tak ikhlas! untuk bertahun lamanya, hidupku terasa seperti didalam neraka dunia. Penuh kekejaman. Selepas sahaja balik sekolah pukul 2 petang, aku terpaksa pergi ke kerja pada jam 2.30 petang yang terletak di bandar raya Seoul. Jauh dari kawasan rumah anak yatim itu. Tetapi sekarang, dia sudah bebas! Bebas daripada cengkaman zionis yang gila itu. 

 

Aku bersyukur sangat-sangat kerana akhirnya aku dapat keluar daripada rumah yang tidak ubah seperti penjara itu. Selepas sahaja dihalau keluar, aku terus menelefon Ah Rin dan dia menjemputku, membawaku ke rumahnya. Ibu bapanya terima dengan hati yang tenang. Sungguh mulia hati mereka. Aku sendiri tidak tahu bagaimana hendak membalasnya. Hanya Tuhan sahaja yang mampu. 

 

Aku mengeluh kecil.. Surat tawaran ke Seoul Art University itu ku baca lagi. Jumlah yuran pendaftaran memerlukan 500 ribu won. Gajiku bulan-bulan hanya cukup-cukup makan. Tetapi nasibku baik kerana aku tinggal dirumah Ahrin, bukannya hotel.. aku perlu bekerja lagi! 30 ribu won sebulan, cukup cukup beli 2 biji tembikai. Seul! You can do it! fighting!  tekad ku. Tangan kugenggam penuh azam. 

 

Aku perlu mendaftar masuk ke universiti idamanku itu hujung tahun hadapan. hhmm.. masih banyak lagi masa yang aku dapat untuk kumpulkan 500 ribu won bisik hati kecilku ini.. aku sangat bertuah kerana aku hanya perlu membayar yuran pendahuluan dahulu dan yang lain-lain akan aku lunaskan kemudian. 1 juta won jumlah keseluruhannya.. Aku menggapai begku lalu turun ke ruang tamu. Ibu bapa Ahrin tiada dirumah, jadi itu membuatkan aku sedikit selesa. Selepas memaklumkan kepada Ahrin bahawa aku keluar sebentar, dia hanya menganggukkan kepalanya. Dan pesannya, jangan balik lewat. 

 

Aku sudah lali dengan pesanan Ahrin itu. Selama 3 bulan itu, benda sama sahaja yang aku dengar.. Mempunyai masa 15 bulan untuk mengumpulkan duit. Amat mustahil.. Kerja yang kulakukan ini hanyalah kerja biasa. Cuma menghantar risalah kerumah-rumah yang berada di gangnam ini setiap hari. Jika diikutkan, memang tidak cukup. dari gajiku 30 ribu won itu, aku memberi paling tidak 5 hingga 10 ribu won kepada ahli keluarga Ahrin sebagai tanda terima kasih. 

 

20x15= 300 ribu won. 

 

itu anggaran kasarku.. Jadi, aku memerlukan lagi 200 ribu won. Kakiku melangkah ke bus stop .  Entah dari mana hendak mula, aku sendiri tidak tahu. Mencari kerja bukanlah senang bagiku, walaupun keputusan peperiksaanku ini teramatlah bagus. Sampai di perhentian pertama yang mempunyai banyak deretan kedai, aku  segera melompat turun dari perut bas. Ketika ralit memerhatikan kedai-kedai disitu, mataku tertancap pada satu iklan disebuah kafe.

 

DIPERLUKAN SEGERA!!

BARISTA LOTTE CAFÉ 

GAJI 35 RIBU WON KEATAS!! 

CALL 09XXXXXXXX

MRS KIM

 

aku mendekati iklan itu. 35 ribu won keatas. 

 

25x15= 375 ribu won

itu anggaran jika aku memberi 10 ribu won kepada Ahrin. Walaupun jumlahnya tidaklah sebanyak budi mereka. Aku mengira pula jika aku hanya memberi 5 ribu. Aha!! macam pelik pula. 5 ribu itu cukup-cukup untuk membeli 2 botol air vitamin. 

 

30x15=450 ribu won. 

Tetapi kalau gaji yang bakal diberikan lebih daripada 35 ribu won? wahaha.. AKu menyalin nombor tersebut lalu duduk di bangku berhampiran. Tanpa membuang masa, aku segera menelefon Mrs Kim itu.

 

"Yoboseyo? Ne dugu?" 

 

"ERm.. boleh saya bercakap dengan Mrs Kim?" tanyaku lembut. 

 

"Ya saya. Boleh saya tau siapa awak?" 

 

"Saya Park Seul. Erm. Kebetulan saya ada ternampak iklan jawatan kosong dicafe awak, adakah ia masih kosong?" soalku lagi, penuh harapan. Aku dapat mendengar wanita dihujung telifon itu mengeluh pendek. Ah! Aku dapat agak jawapan itu. 

 

"Maaflah dik.. Tapi. Tadi baru sahaja ada yang mengisi jawatan itu. Unnie minta maaf sangat-sangat. Lain kali ya?" 

 

"Erm. okaylah kalau macamtu." ujarku dengan nada kecewa. Aku mendongak kearah langit biru yang terbentang luas itu. Terbayang bayang rezeki yang melepas itu. Dengan langkah longlai, aku meninggalkan tempat tersebut dan kembali ke rumah Ahrin.


 

Masa yang berlalu sungguh pantas. Tanpa kusedari, tinggal lagi beberapa minggu sebelum tarikh pendaftaranku. Aku dan Ahrin mendapat universiti yang sama, dan ianya memudahkan ku. Aku membuka tabungku yang berwarna biru laut itu. 

 

"50 ribu won.. 100 ribu won.. 150 ribu won.. 200 ribu won.. 250 ribu won.." aku mengeluh panjang.. aku memerlukan 250 ribu won lagi untuk mencapai angka 500. Aku memasukkan semula wang-wang kertas itu lalu menyorokkannya ditempat biasa. Ketika aku menoleh, aku amat terkejut mendapati Ahrin memandangku.. 

 

"Seul.." 

 

"ah Rin.." 

 

"Seul.. kau. cukup tak duit? Kalau tak, aku boleh tolong tambahkan.." tanya Ah Rin sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya diatas tilamku itu. Aku menggeleng perlahan. 

 

"Takpelah Rin.. Aku taknak menyusahkan korang lagi. kalau aku takdapat pun takpelah. Bukan rezeki aku.. nak buat macam mana.." ujarku sayu.. Ah Rin menggosok-gosok belakang badanku.. "kau pergilah ya.. aku minta maaf sebab aku takdapat nak bersama kau.." aku dapat lihat air mata mula menitis keluar dari tubir mata AhRin.. 

 

"Kau.. Seul.. aku boleh tolong kau!" tegasnya. Tetapi aku tetap dengan pendirianku, aku tidak mahu itu semua. Aku terlalu berhutang budi dengannya. 

 

"Takpelah Rin.. aku.. aku taknak susahkan korang lagi.." itu tekadku.. Aku dapat lihat riak kecewa dimuka Ah Rin.. Kemudian, dia meninggalkanku keseorangan didalam bilik itu. 


 

Aku berjalan-jalan disekitar Seoul Art Universiti. Surat tawaran ku genggam erat. Impianku ingin belajar disitu tidak akan tercapai. Aku berjalan dan terus berjalan. Sehinggalah aku berhenti ketika aku terdengar bunyi kucing. Mataku melilau lilau mencari kelibat kucing tersebut. Dan apa yang kulihat, kucing itu diatas pokok berhampiran. AKu memandang sekeliling, memastikan tiada yang nampak perlakuanku. AKu memanjat pokok itu dengan berhati. Dan ketika aku mencapai kucing itu, badanku tiba-tiba sahaja menjadi tidak seimbang lalu jatuh.

 

Aku memejam mataku ketika aku ingin jatuh itu. Tetapi aku rasa. Sesuatu yang lembut. Dan bunyi orang mengerang kesakitan. Aku membuka mataku perlahan-lahan. Jantungku hampir sahaja berhenti apabila melihat seseorang yang mukanya hanyalah beberapa inci dari mukaku. AKu segera bangun dan memandang jejaka tersebut..

 

"Ah.. mian.." ucapku ikhlas. Lelaki itu menjelingku sekilas sebelum dia membersihkan habuk dibajunya.. Kemudian mata lelaki itu tertancap pada kertas disebelahnya. Dia mencapai kertas itu dan membaca isi kandungan itu tanpa meminta izinku terdahulu. 

 

"Hhm.. I see.. Kau nak masuk sini? Dapat sini? Tapi kesian. .duit tak cukup eh?" soalnya sinis. AKu merampas surat itu dari tangannya, membuatkan dia tertawa kecil. Entah apa yang lawak, aku sendiri tidak tahu. 

 

"Not your problem." balasku pendek. Aku ingin berlalu pergi tetapi lelaki itu cepat sahaja bertindak. Dia menggapai tanganku. Aku memandangnya pelik. 

 

"Kau nak masuk sini kan? Aku ada cara untuk kau masuk sini. Tanpa bayar sesen pun." kata-katanya membuatkan aku terkejut. Biar betik??!! Mataku bersinar sinar menunggu ayat seterusnya.. 

 

"APa dia?" tanyaku teruja. Dia memandangku dengan senyumannya itu. Aku memandangnya pelik. dah sewel ke lelaki depan aku nie? Ke dia saja nak main-main sahaja?  rengusku geram dalam hati. 

"Syaratnya.. jadi awek aku.." mataku membuntang mendengarnya itu. lelaki ni. boleh pulak senyum je. agaknya dia memang dah sewel kowt. 

"aish jjinja?" lelaki itu mengangguk pantas. "Tapi kenapa mesti aku?" gumamku lagi, tetapi cukup kuat untuk sampai dipendengaran lelaki itu.. 

 

"Kau nak masuk sini kan? Jangan banyak cakap boleh tak?" aku terdiam. Lelaki itu menghulurkan tangan ingin berjabat salam. "Kau setuju tak?" aku tetap lagi membatukan diri. Sehinggalah dia menarik telingaku ini. 

 

"Bagilah aku masa untuk berfikir." pujukku.. Lelaki itu menggeleng tanda 'no' 

 

"Okay.. 10 saat dari sekarang. Kalau kau tak bagi jawapan, aku terima sebagai yes." ucapnya penuh selamba. Dia menarik balik tangannya dan mula mengira.. "tit tit.. 9. 8.." 

 

"Jap.." 

 

"6.4.." 

 

"Hey .. Sekejap!!" 

 

"3.. "

 

"Woi!!" 

 

"2.." 

 

"Chakamanyo!!" 

 

"1.. tit.. maknanya kau terima.. no objection kay? " aku mendengus geram. ada ada sahaja lelaki inilah. DIa menghulurkan semula tangannya untuk berjabat tangan.. 

 

"Luhan.." lelaki bernama Luhan itu masih lagi menungguku untuk membalas salam 'persahabatannya.' "Apa nama kau?" soalnya pula selepas melihat aku asyik mendiamkan diri. 

 

"Park Seul.. " 

 

"Ha??!! Seoul?? " katanya konon konon terkejut. AKu mencebik. Malas betul layan mamat nie.. 

 

"Seul intan payung. S.E.U.L.. SEUL!!!" aku menjerit kecil ditelinganya.. dia kemudian menggosok-gosok telinganya itu.. 

 

"HHmm.. yelah..so ni kad aku.. mulai hari kau masuk universiti ni, kau haruslah tinggal dengan aku." lagi sekali, mataku membuntang.. "Takpayah risaulah. rumah aku banyak maid. Dah lah.. Aku chow dulu. Bye.." Luhan menghulurkan kad yang mempunyai namanya. Baru beberapa langkah menapak, aku memanggil Luhan.. 

 

"Luhan!" dia segera berpaling dan memandangku pelik, dengan keningnya yang diangkat sedikit.

 

"Kalau aku ajak kawan aku tinggal sekali boleh?" Luhan hanya mendiamkan dirinya.. lalu beredar. aku pun apa lagi, saat-saat macamini lah waktu best larikan diri..


 

 

so how's chapter 1   ? hehe.. komen juseyo.. maafkan patik jika cerita ini tidaklah sehebat yang digembar gemburkan.. ^_^ anyeong jumuhigiseyo.!! 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 3: Update soon
wanyzawanie #2
Chapter 4: Best cpat update lgi ek.. (^~^)
emelynadya #3
Chapter 2: So sweett..
jadoo98 #4
Chapter 3: Chapter 3: pliss...tlg update lagi...:)
JeonAra #5
Chapter 3: Wah jinjja daebak ..!!!!
Kuangsu
#6
Chapter 3: Update soon^^ Best cerita ni XD
ChanBaekLu #7
Chapter 3: Kak Ayla_Qistina.....update soon taw!!^^ best cerita nie....FIGHTING!!!
blankyu #8
Chapter 3: Update soon :)