Episode 3

Contract relationship

Seul P.O.V

 

Aku menggeliat malas. Mataku buka perlahan. Tercengang aku melihat bilik yang kelihatan serba mewah itu. Ni bukan bilik aku ni. Omaigawd.. aku kat mana?  Ketika aku masih tercengang-cengang, pintu bilikku dibuka seseorang. 

 

"Seul. Bangunlah. Siap. Dah pukul 7 ni. Luhan kau dah panggil dah tuh." ujar Ahrin. Luhan?? Wait. Luhan tuh bukan mamat jambu yang aku jumpa harituh ke?? Apa dah jadi nie?

 

"Rin. kita kat mana?" soalku. Ahrin menepuk dahi. 

 

"Kau dah lupa ke? Kan semalam.. " ah!! apa yang berlaku semalam kembali berputar didalam otakku. Macam manalah aku boleh lupa nie!! Pabo! Aku mengetuk-ngetuk kepalaku beberapa kali. 

 

"Ei!! Kalau kau nak amnesia, lain kali. Sekarang baik kau mandi, turun bawah. Now!!" kata Ahrin tegas, sebelum dia berlalu meninggalkan aku.  Aku terus mencapai tuala dan masuk kedalam bilik air. Memang lawa bilik airku ini. Walaupun simple, tapi aku tetap suka! Setelah 15 minit berendam didalam jakuzi, aku keluar dari bilik air. Mataku membuntang melihat Luhan duduk diatas katilku. Aish. Sudahlah aku hanya berkemban. Buat malu sahaja. Baru sahaja aku hendak masuk semula kedalam bilik air,  Luhan memanggilku.

 

"Seul." aku kaku. Badanku masih lagi membelakangi Luhan. "Malu eh?" Luhan ketawa kecil. Aku menggigit bibir geram.

 

"Keluarlah. Saya.. s-saya nak pakai baju nie." ujarku terketar-ketar. Ketawa Luhan makin kuat. Ish! Tak senonoh betul!

 

"Hm.. Yelah. Lambat sangat. Cepat sikit." aku dengar derap kaki Luhan semakin menjauh. Senyuman ku ukir. Cepat-cepat aku mencapai pakaianku lalu disarungkan ditubuh badanku ini, tak mahu nanti Luhan masuk lagi sekali. Kaki kuhayun kebawah dengan segera, nanti Luhan mengamuk tak tentu fasal, nanti dihalau keluar, aku tak mahu..


 

Aku duduk disebelah Ahrin. Badanku menggigil. Perasaanku bercelaru. Apa yang Luhan ingin katakan? Sampai panggil semua orang berkumpul? 

 

"Saya memanggil kamu semua berkumpul, ada sebab." Luhan menarik nafas panjang. "Seperti yang kamu tahu, saya sudah maklumkan bahawa Park Seul akan datang kesini, betul? Jadi, sebabnya dia datang kesini ialah kerana..." Luhan memanjangkan 'kerana' itu, membuatkan aku lagi cemas. Ahrin disebelahku menepuk-nepuk bahuku ,menyuruhku tenang. "dia ialah girlfriend saya." bagai dipanah petir, aku terkejut. Gila ke?? Dia umumkan dekat maid-maid dia? Aku nampak mereka semua tersenyum-senyum, terutamanya Alivia. "Jadi saya harap  kamu semua dapat menerimanya. Saya tahu kamu semua baik hati." ujar Luhan dengan tenang. Ikutkan hati, mahu sahaja aku hempuk kepala mamat ini dengan bantal sampai pengsan. Boleh pulak pergi macam tu saje? 

 

"Congrats!" ucap mereka serentak. Aku berpaling, lalu menghadiahkan senyuman 'manis' untuk mereka. 

 

"ah. gomawo."  mereka lalu memelukku erat. Aku terasa sedikit terharu. Baiknya! Ahrin juga turut menghadiahkanku pelukannya. Selesai sesi peluk memeluk, mamat jambu itu datang. aish.. spoilkan mood betul 

 

"Seul. Jom." Luhan menghulurkan tangan. aku tercengang.  Takde ribut takde taufan tiba-tiba mengajakku. Entah dia nak pergi kemana? 

 

"Pergi mana?" soalku. Soalanku itu tidak dijawab, malahan Luhan terus sahaja menggapai tanganku dan membawaku keluar, membuatkan aku lagi geram.  Dia membukakan pintu kereta BMWnya untukku. Ah, gentlenya!! alamak! aku dah terpuji dia pulak. 

 

"Masuklah." suruh Luhan. Aku mencebik lalu masuk kedalam kereta. Belum sempat dia mahu menutupkan pintu, aku terlebih dahulu menghempas pintu itu. "Banyak duit nak baiki pintu kereta? Yuran sekolah pun aku yang bayar." sindirnya pedas. Aku terasa sakit hati. Juga sedih. Marah dengan kata-katanya, aku membuka pintuku dan keluar dari dalam perut kereta dan berjalan keluar. Luhan terkedu. 

 

Aku berjalan dan berjalan. Tidak tahu mana mahu pergi. Menjeruk hati dengan Luhan, aku tidak mahu kembali kerumahnya. Geram! Sekolah minggu depan. Hanya tinggal 5 hari. Lantaklah! Aku berpaling. Humph! Dia bukannya nak pujuk keapa! Menyesal pulak rasanya aku terima tawaran dia. Hujan mula turun. Aku masih lagi berjalan. Hujan yang mulanya renyai, mula turun dengan lebat. Dan akhirnya. Pandangan mataku gelap serta merta. 

 


 

 

Mataku terasa berat untuk dibuka. Kepalaku terasa pening. Sinar cahaya matahari menerobos masuk menyinari bilik itu. perlahan-lahan aku bangun.

Aku memandang kearah jam dididinding. 1.35 . Hhm.. Aku kat mana ini? Yang pasti , bukannya rumah Luhan ataupun rumah Ahrin. Pintu bilik dikuak. Seorang jejaka yang sangat tinggi masuk sambil menatang dulang. Hensemnya

 

 

"S.si.. siapa awak?" soalku. Aish, manalah tahu penjahat ke, perogol bersiri ke. Tapi, muka dia hensem. Mana mungkin! Lelaki itu mendongak, memandangku. Aish, melting!!

 

"Kris." balasnya sepatah, lalu menghadiahkan senyuman nipis kepadaku. 

 

"Erm.. Saya kat mana?" soalku lagi.  Lelaki bernama Kris itu meletakkan dulang diatas meja, lalu dia mengusap-usap kepalaku.

 

"Kat rumah saya." 

 

"Yaah!! awak nak buat apa?" Kris tergelak kecil. Aku memandangnya hairan.. Ish, dia nie betul ke tak? Lalu aku memandang tubuh badanku. Baju!! 

 

"Takde buat apalah. Saya jumpa awak pengsan pukul 10 tadi. Nyenyak sangat tidur, saya tak sampai hati nak ganggu. Jangan risaulah. Takperlu takut. " ujarnya tenang. Ewah ewah ewah. Sedap je mulut cakap ye. 

 

"T..tapiii.. ba.. baju??" 

 

"Aigoo. saya kata takperlu takutkan. Lekla. Baju tu, maid saya yang tolong tukarkan. Saya cuma tunggu kat luar. Anyway, apa nama awak cik?" Kris menghulurkan tangannya, tetapi aku hanya membiarkannya. 

 

"Seul. Park Seul." Kris mengangkat keningnya, sambil matanya menunjuk kearah tangannya itu. Aku tersengih kecil, lalu menyambut huluran tangannya itu. 

 

"cheoum bwib gedwiseo bangab seubnida." ucap Kris. Dia memegang erat tanganku.. lembutnya tangan dia bisik hati Kris.  Aku hanya mengangguk . Suasana menjadi janggal untuk seketika.

 

"erm anyway, makanlah bubur ni. Maid saya masakkan ,sedap tau!! " Kris memecahkan kesunyian. Dia memberi mangkuk bubur itu kepadaku. Dia ingin menyuapku, tetapi dengan baiknya aku menolak. Malu lah kan? 

 

"Sedap." 

 

"Ha, bagus. Makan banyak-banyak. Saya turun kejap. Lepas ni kita pergi shopping mall kay? Beli baju untuk awak. " tutur Kris lalu melangkah keluar. Aku terasa sedikit terharu dengan perilakunya. Segera aku menghabiskan bubur tersebut. Selesai makan, aku membetulkan rambutku yang sedikit kusut itu. 5 minit menunggu, akhirnya Kris datang. Dia menghulurkan tangannya. Aku tak menyambut tangannya apabila teringatkan peristiwa pagi tadi. 

 

"Wae?" tanya Kris. Aku hanya mendiamkan diri. Dia menarik tangannya semula dan keluar. Aku hanya membuntutinya. 

 

Sampai dimall, Kris terus menyerahkan Samsung Galaxy S2 kepadaku. 

 

"Pegang ni. Kalau kita terpisah, call saya, kay?" 

 

Ketika aku tengah ralit memilih pakaian, aku perasan ketiadaan Kris. Aku mula cemas. Seketika kemudian, aku teringat telefon yang diberi Kris. aku segera menelefonnya. 

 

"Yoboseyo, Kris-ah.. Eodiga?" soalku sebaik sahaja Kris menjawab panggilan. Aku mahu sahaja menangis ditengah-tengah mall itu. 

 

"Ah.. Mian Seul. Tadi terserempak dengan sepupu saya. Erm. saya kat depan baskin robins. Datanglah. Sepupu saya ada kat sini." ujarnya. AKu terasa sedikit lega mendengar pernyataannya. Tanpa melengahkan masa, aku berlari-lari anak menuju ke Baskin Robins yang tidak jauh dari tempat baju itu. 

 

"Kris!" sapaku. Kris melambai sambil tersenyum. Aku dapat melihat susuk tubuh dihadapan Kris, tetapi kerana dia membelakangiku, jadi aku tidak dapat melihat wajahnyaitu. Tetapi tatkala sijejaka memalingkan tubuhnya... 

 


 

Luhan P.O.V

 

Aku berlegar-legar didalam mall. Sudah  3 jam aku disitu. Ditanganku penuh dengan plastik beg , baju untuk Seul. Aish. Tulah, mulut tiada insurans. Main cakap lepas tanpa fikir. Kan dia dah lari. Huhu. Mesti dia tengah benci gila dekat aku. Tulah kau Luhan! Bodoh sangat!! Aku mengetuk-ngetuk kepalaku tanda geram. 

 

Sedang aku berlegar-legar, aku ternampak Kris, sepupuku itu.Dia tunggu sapa tuh?  Aah!! Kris!! Rindunya! 

 

"Kris!" sapaku. Kris berpaling, lalu dia tersenyum. 

 

"Luhan! Whats up?" Kami saling berbalas pelukan. 

 

"Haha. macamtulah. Eh, jom lepak-lepak jap. Lama aku tak jumpa kau." Aku merangkul tangan Kris dan membawanya ke baskin robins. Kris seperti hendak bercakap, tetapi aku  tidak mahu mendengarnya. Aku terlalu merindui Kris! 

 

Kami bersembang dan bersembang. Tiba-tiba telefon Kris berbunyi. Kris menepuk dahinya apabila dia melihat nama pemanggil. Hhm.. sape tuh? Awek ke? Tapi Kris. Dia kan ..  Kris menjawab panggilan itu. Aku terasa ingin tahu, siapakah gerangan yang menelefon Kris itu? 

 

"Ah.. Mian Seul. Tadi terserempak dengan sepupu saya. Erm. saya kat depan baskin robins. Datanglah. Sepupu saya ada kat sini." ujarnya. Wait. Aku rasa tadi aku dengar dia cakap Seul? Seul aku ke? Aah!! 

 

"Kris!" suara itu. Suara itu yang aku rindui. Walaupun hanya beberapa jam sahaja. Aku memalingkan badanku. Dan ..aku amatlah gembira apabila melihat susuk tubuh dihadapanku ini.. God!! Senyumanku sorokkan. Tetapi yang mengecewakan, gadis dihadapanku ini .Buat seperti tidak mengenaliku. Malah riak wajahnya juga berubah. 

 

"Seul. Perkenalkan ini Luhan. Sepupu saya. Luhan, ni Seul. " Kris memperkenalkan kami dengan ceria. Aku tersenyum pahit apabila Seul menunduk hormat dan mengangguk. Benar-benar marah nampaknya. 

 

"Seul!" aku memeluk erat badan Seul. Seul kelihatan terkejut. Ah lantaklah!

 

"Er.. Encik Luhan. Maafkan saya. Tapi.." aku meletakkan jariku dibibir Seul, menghalangnya untuk berbicara lebih lanjut. 

 

"Seul maafkan aku." 

 

"Eh? Korang dah pernah kenal ke?" tanya Kris yang hanya menjadi pemerhati dari tadi. AKu pantas mengangguk. 

 

"Nilah yang aku cerita tuh!" ujarku gembira. Kris tercengang.  Lalu aku menceritakan apa yang berlaku pagi tadi. Kris tergelak mendengar itu. Ingat lawak ke?? marah Seul dalam hati. Hhm.. 

 

"Dah, jom balik Seul." pelawaku. Seul mendiamkan diri, hinggalah Kris menolaknya kedalam pelukanku. Ah! Malunya.! >< 

 

"Baliklah. Nanti ada hari datanglah rumah. " kata Kris. THanks my cousin. Sayang kau ketat-ketat! Aha. Hakikatnya, Kris buat begitu kerana dia tidak mahu Seul menaruh harapan terhadapnya. Itu sahaja. 

 

"Hhm.. OKaylah." akhirnya Seul bersetuju!! Yehet!! Aku membukakan pintu kereta dan menyuruh Seul masuk. Masuk sahaja Seul, aku pun turut masuk kedalam perut kereta dan melambai Kris. 

 

Keadaan dalam kereta terasa sunyi. Tanganku ini terasa gatal pulak . Aku meletakkan tanganku diatas tangan Seul. Seul kelihatan terkejut, tapi aku taknak kisah pun. 

 

"Hish apa nie?" marahnya. 

 

"Kau marahkan aku lagi ke?" tanyaku lembut. Seul tidak menjawab pertanyaanku sebaliknya dia melemparkan pandangan keluar tingkap. 

 

"Takperlu risau. Esok aku keluar dari rumah tuh. Takperlu kau nak bayar yuran aku. Cuma izinkan sahaja Ahrin duduk situ. Pasal yuran, kita settle disini sahaja. " ujarnya pedas, memulangkan paku buah keras. Aku terkedu. Air liur yang ditelan terasa kesat. 

 

"Sorry Seul. 5 hari je lagi sebelum daftar ..." aku masih lagi cuba mencari alasan, supaya dia tidak akan tinggalkan rumah itu. Jangan!! Aku menggenggam erat tangannya itu. 

 

"Biarlah. Lagipun, aku kan takde duit. Yuran pun kan kau yang kena bayarkan. HUmph!" Seul cuba menarik tangannya, tetapi tidak berjaya. Jangan harap aku nak lepaskan dia sesuka hati sahaja. Aku sendiri taktahu apa yang aku buat. Aku taktahu, kenapa aku rasa cemas bila Seul tiada.  

 

"Tinggaljelah kat situ." 

 

"For what?? Supaya nanti kau boleh sindir-sindir aku, semua? Hah!!" aiggoo.. takut aku bila Seul meninggikan suaranya. Keretaku parking dibahu jalan.. Tidak pernah Seul meninggikan suara kepadanya sepanjang satu hari dia duduk di Vila Gordon. 

 

"Please.. Give me second chance. Aku minta maaf. Aku.. Aku terlepas cakap. Sori." rayuku. Aku dapat lihat air mata Seul bergenang dikelopak mata. Tangan Seul ku genggam erat lalu membawanya ke bibir.  Seul hanya mendiamkan diri. "Jangan tinggalka a-" jangan tinggalkan aku  itu yang aku nak cakap. Tetapi terasa malu untuk meluahkannya. "Jangan tinggalkan rumah tu. "  Melihatkan keadaan Seul yang tidak memberi sebarang respons, memberiku bermacam-macam andaian. Akhirnya, keretaku itu meluncur laju diatas jalan raya. 

 


 

 

a/n: sorry for my late update, with the short chapter.. T^T I hope you enjoy read this.. hehe.. :P Drop a comment juseyo?? :3 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 3: Update soon
wanyzawanie #2
Chapter 4: Best cpat update lgi ek.. (^~^)
emelynadya #3
Chapter 2: So sweett..
jadoo98 #4
Chapter 3: Chapter 3: pliss...tlg update lagi...:)
JeonAra #5
Chapter 3: Wah jinjja daebak ..!!!!
Kuangsu
#6
Chapter 3: Update soon^^ Best cerita ni XD
ChanBaekLu #7
Chapter 3: Kak Ayla_Qistina.....update soon taw!!^^ best cerita nie....FIGHTING!!!
blankyu #8
Chapter 3: Update soon :)