She's Gone

❛「Katzz」 ¦ SM Girl Group ¦ Malay ver ❜
Please Subscribe to read the full chapter

Didalam van, semua member hanya diam membisu dan membuat hal masing-masing. Salah satu sebabnya adalah kerana mereka diiringi oleh manager senior mereka iaitu Kim Jung-hoon dan Kim Yongsun, manager kepada Super Junior. Mereka ditugaskan untuk menjaga Katzz untuk seminggu kerana manager Katzz terpaksa pulang ke kampung atas urusan keluarga. Sudah semestinya mereka tidak biasa dengan Jung-hoon dan Yongsun memandangkan mereka berdua adalah lelaki, manakala manger mereka adalah perempuan. Kecuali Yunjee yang sememangnya rapat dengan mereka ketika dia masih trainee.

Sekali-sekala Yunjee mengusik Hana disebelahnya yang sedang asyik bermain portable game. Hana yang selama ini akan membalas balik usikan Yunjee hanya buat tak tahu sahaja dengan perangai Yunjee kerana terlalu khusyuk bermain game ditangannya. Yunjee mula terasa bosan kerana tidak dipedulikan oleh budak kecil disebelahnya. Dia memandang ke bahagian depan sebelah kanan, lalu terpandang Yunhee yang sedang khusyuk melayari internet. Dia cuba pula mengacau Yunhee. Tetapi, sama juga seperti Hana, Yunhee langsung tidak mempedulikannya. Yunjee menghempaskan badannya pada kerusi sambil merengus kuat.

 

"Hish! Ni la masalah budak-budak zaman sekarang. Terlampau taksub dengan gadjet berteknologi tinggi sampai sanggup mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan dan semangat setiakawan. Dah terang lagi bersuluh, memang ni keburukan gadjet, mampu membuatkan manusia kurang berinteraksi dengan orang lain dan jadi seorang yang anti-sosial. Kurang bercakap perkara yang sia-sia memang bagus, tapi mensia-siakan masa dengan benda tak berfaedah ni lagi tak bagus", bebel Yunjee.

 

Hyera yang berada didepannya hanya tersenyum sinis, *membebel pulak orang tua ni*, bisik hatinya. Hyera menyumbat earphone ke dalam telinga lalu memejamkan matanya. Mungkin berasa jengkel dengan bebelan tanpa henti dari Yunjee. Orang tengah kebosanan memang berperangai pelik agaknya, fikir Hyera.

Sedar tiada siapa mempedulikannya, Yunjee mengambil telefon bimbitnya untuk melayari laman SNS. 1 mesej masuk dari seseorang yang mula mencuri hatinya. Yunjee tersenyum.

From : Kyu oppa<3

'Yun~ Persembahan Yun tadi sangat bertenaga.

Jujur oppa suka dengan semangat awak tu. Akhirnya
oppa dapat melihat senyuman Yun. Senyuman yang
sangat dirindui.

Jangan bersedih lagi ye. Oppa tak suka
tengok wajah sedih awak. Oppa nak awak tahu, oppa
sentiasa ada untuk Yun disaat awak memerlukan
seseorang untuk luahkan rasa hati awak.
Fighting Song Yunjee!

Good night and sweet dream~~'

 

Yunjee membalas mesej tersebut

 

To : Kyu oppa<3

'Oppa~ Terima kasih kerana hadir
disaat saya sedang menderita kerana
cinta. Terima kasih kerana tidak jemu
membuatkan saya kembali ceria.
Walaupun kisah lalu itu memeritkan
hati, namun Yun dah lupakan semua
itu. Macam apa yang oppa katakan dulu,
Hidup mesti diteruskan. Terus maju kedepan,
dan jangan sesekali toleh kebelakang.
Yun akan sentiasa ingat dan pegang kata-kata tu.

Selamat malam, Kyu oppa. Semoga mimpi
yang indah (^-^)'

 

Yunjee memejamkan matanya, berharap agar mimpi yang bertandang lebih indah dari sebelumnya.

 

 

Yunhee masih lagi dengan telefon bimbitnya. Membaca setiap komen yang ditinggalkan oleh netizen mengenai skandal antara Kai dan Yoomi.

 

[+1,967,-34] Dia ni still rookie, tapi dah pandai menggatal. Mana SM kutip perempuan ni?

[+1,787,-11] Kaaaaiii!!! Banyak lagi kot idol perempuan yang jauh lebih cantik dari si kacang Hazelnut ni. Kenapa mesti dia?

[+768,-90] Tak boleh!! Kai milik Kyungsoo. Sila jauhkan diri kau, betina gatal!

 

Dadanya berombak. Darahnya mendidih tatkala membaca semua komen berunsur penghinaan dan negatif. Jujur hatinya terlalu sakit, lebih menyakitkan dari kata-kata nista yang pernah dilemparkan kepadanya suatu ketika dahulu. Perlahan-lahan dia cuba melupakan Kai, tetapi dia tidak mampu. Mulut hanya mampu kata benci, tetapi hakikatnya, dia sangat menyintai Kai. Kai adalah cinta pertamanya. Salahnya juga kerana tidak mahu berterus-terang. Sengaja membiarkan Kai dan dirinya bermain teka-teki dengan perasaan masing-masing.

Yunhee memandang Yoomi yang sedang nyenyak tidur. Yunhee akui, dia tidak membenci Yoomi. Tetapi, dia mencemburui Yoomi kerana bersahabat rapat dengan Kai. Terlalu rapat sehingga timbul skandal sebegitu.

'Bodohnya aku.. Kenapa mesti ada perasaan ni? Kenapa aku tak beri peluang pada mereka untuk berterus-terang? Aku tak boleh terus begini. Kalau tak, aku hanya memburukkan lagi keadaan, bukannya meredakan. Aku sayangkan Kai. Aku sayangkan KATZZ', bisik hatinya.

Yunhee menyimpan telefon bimbitnya didalam poket seluar. Dai terus merenung keluar, memerhatikan keadaan sekeliling yang sunyi dan suram. LAma-kelamaan, dia terlena dengan sendirinya. Lena dengan hati yang terluka.

 

 

Hana sudah lama berhenti bermain poratble game miliknya. Itu pun disebabkan sudah kehabisan bateri. Kalau tidak, memang dia akan terus bermain sampai tiba di dorm KATZZ. Hana mula terasa bosan. Rasa menyesal pula tidak menghiraukan Yunjee tadi. Kalau tak, ada sahaja benda yang boleh dijadikan bahan untuk menghilangkan kebosanan.

 

"Bukan main nyenyak diorang tidur ye. Bukannya nak ajak aku sekali. Ini tidak adil", rungut Hana.

 

Hana mengambil cermin tangan yang terselit didalam poket tempat duduk. Dia memandang pa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Velliessa
❛「Katzz」❜ | Saye hiatus, maybe dlm jangka masa yg panjang. And ade sedikit perubahan

Comments

You must be logged in to comment
MaryReeds
#1
Chapter 51: Hopefully dorg dpt jumpa Hyera secpt mungkin!!
JungHaeIn00
#2
Chapter 51: hope hyera will be fine :))))
EsperanzaZawa
#3
Chapter 51: Uishhh serammnyaaa apa berlaku nanti ya xD
Velliessa
#4
Chapter 54: Akhirnya dh ade dh co-author dh ff ni !!!
Maaf, author ni dh mampu nk jln kn tugasnyee TT


Pyshco tu.....saye sendiri tertanye mna hyera kne culik ...hurm
MaryReeds
#5
Chapter 49: Aw why yoomi dgn yunhee gaduh :( baek tinggalkan dia camtu jer? Kurang hajo ahaha. Omg siapa laki kat akhir tu? Dia nak bunuh katzz ke? :'o tidakkkkk
EsperanzaZawa
#6
Yoomi ngan Yunhee gaduh sedih...takkan sebab lelaki nak gaduh kan? Tak comel ah xD but takpe mesti nanti akan berbaikkan?

Amboi Hyera...rare xD Si Xiumin alahai comel ngan hana ...mereka kyeo bersama ...

But siapakah orang misteri tu? Dia dangerous ker? Omo curious..tak sabar for next chapters<3
JungHaeIn00
#7
Chapter 49: wahhh keras betul hati hyera ni
SapphireBlue91
#8
Chapter 49: Nasib baik part scandal dispatch tu tak lama... tapi, tak best pulak bila Yoomi ngan Yunhee gaduh pasal Kai (tp realiti mmg mcm tu pun, perempuan gaduh pasal sorang lelaki)...

Hyera puji Hana? Wow! Ini rare.. hahahahahaha!

Yunjee.. wah kau.. kemain lagi ek... bunga2 cinta berputik kembali ke? Huhuhuhu

And the most interesting part, the last part... okey... who's that psycho??? Ni yang tak sabar nak baca next chapter...
SapphireBlue91
#9
Sunyi sepi je cerita ni... hhhhmmm...
EsperanzaZawa
#10
Alahai kesian Mia nak pt3...Akak know its hard...Bersabar lah anda >< but seriously rugi kalau cerita ni habis cepat sayang ku...Ada potensi nak kembangkan sekembang2 nya xD Takpe...boleh sambung lepas pt3 nanti time tu Mia rasa gerenti boring sampai mengheret kepala kat lantai...Hah! time tu la idea masuk2 otak nanti xD Katzz after story menarik idea dia xDD Akak nanti siap kan seasap mungkin okey?