Restart

❛「Katzz」 ¦ SM Girl Group ¦ Malay ver ❜
Please Subscribe to read the full chapter

Author's Note:

So, korang mesti dah tahu scene dalam chapter ni memandangkan saye dh pergi release chapter ni tanpa disengajakan . 

{ April,2014 }

 Pukul 6:30 pagi lagi, diaorang bergerak pergi ke SM building akibat panggilan kecemasan. Suasana di dalam dorm senyap tak seperti selalu yang kekadang berada di zoo. Hari ni, semua buat kerja masing-masing tanpa menyusahkan hidup orang lain. Selepas meletakkan barang didalam van, mereka menuju ke kedai serbaneka untuk breakfast. Makan dalam van je.

Lebih kurang jam 6:50 pagi, Katzz sampai di depan bangunan SME. Hana, Yunjee dan Rooa memeluk tangan satu sama lain dan masuk dulu kedalam bangunan moden itu. Selepas itu diikuti Yunhee dan Yoomi. Terakhir sekali Hyera yang melindungi mukanya dengan topi.

Sampai tingkat 5, mereka terus menuju ke pintu bilik meeting. Hana,Yunjee dan RooA yang masuk dahulu meleraikan pegangan mereka semasuk kedalam bilik itu.

" Apa ni? " suara Hana yang kuat dari dalam bilik menyebabkan member lain yang jalan perlahan mempercepatkan langkah mereka.

" Kenapa? " Yoomi menunjukkan kepalanya dari pintu juga terkejut dengan apa yang dilihat. Hyera juga dari tidak berminat dengan jeritan Hana, terus menunjukkan muka sangat berminat. Matanya dibulatkan sambil meninjau sekeliling bilik. Keadaan bilik yang mengejutkan sangat member Katzz adalah bilik  penuh dengan kamera yang sedang berfungsi. 

" Ni camare prank ke? " Hana menyoal sambil melambai kearah kamera yang diletakkan dibahagian atas. Dia membuat pelbagai riak muka sebelum duduk diatas kerusi yang disediakan.

" Mana ada camare prank letak camera depan-depan macam ni" Yoomi mengutarakan jawapannya. Dia masih terkejut dengan suasana dalam bilik ni. Patut Manager Kim tak masuk sekali tadi. 

Keadaan didalam bilik senyap-sepi selama 5 minit kerana mereka semua tak tahu nak cakap apa. 

Pintu bilik dibuka dan dilihat Manager Kim dan seorang lelaki yang tinggi lampai tidak dikenali masuk. Kedatangan mereka membuatkan mata member lekat sehingga mereka berdua duduk di kerusi. 

" Maaf kerana lambat," lelaki itu menyandarkan badannya dan melihat member-member. 
" Kamu semua terkejut ke dengan semua ni? "

" Ye!, " mereka membalas sekali. Jawapan itu mendapat senyuman dari Manager Kim dan lelaki itu. 

Dengan nada teruja,dia memperkenalkan diri," Saya, Jung Sung-Hoon. Producer bagi reality show ' Katzz: Open Diary! '. " 

Kata-katanya nyata memberi lagi kebingugan member Katzz.

" Katzz: Open Diary, ...... reality show kami ke? " dengan perfect English yang keluar dari mulut RooA, dia memandang Jung Sung-Hoon. Pertanyaan itu hanya mendapat anggukan lelaki itu.

" Show ni ada tema setiap episode ke atau show kehidupan seharian kami je," Yoomi pula yang curious tentang show ni. 

" Mengikut keadaan, kami akan rakam kehidupan seharian ataupun beri mission," jawapan itu hanya mendapat anggukan mereka.

Selepas meeting itu, mereka pergi studio untuk recording bagi album terbaru. Mereka pergi kesana bersama kamera mengikut bagi show mereka. 

{ Recording studio,  }

" Unnie, Hyera nak pergi tandas sekejap" Hyera membisikkan ke telinga RooA yang sedang menyemak kembali lirik lagu yang bakal direkod. RooA hanya mengangguk dan senyum. Diorang tak dapat cakap dengan kuat sebab masa tu Yoomi sedang direkod. Lagi-lagi, kamera sedang rolling~

Hyera melangkah keluar dan menutup pintu bilik. Dia menoleh kekanan dan kekiri. Tak pasti di mana tandas yang dicari. Diorang dan ulang-alik dari dorm ke recording studio hampir 2 hari. Kadang-kadang sampai malam tapi Hyera masih tak tahu kedudukan tandas tu dekat mana. Dia sendiri pun baru first time pergi.

Hyera akhirnya memilih untuk ke arah kanannya. Dah berjalan lama pun, dia masih tak jumpa pintu yang bersimbol patung perempuan itu. Sedang dia berjalan, dia terdengar nyanyian lagu seorang lelaki. Suara tu datang dari pintu yang berwarna oren. Hanya beberapa langkah dari tempat Hyera berdiri. Pintu berwarna oren itu semakin didekatinya. Dia melihat ada beberapa orang lelaki yang sedang ketawa didalam bilik itu melalui cermin dari pintu. Dia terlupa harini dada lagi kumpulan yang datang record bersama. 

Hyera memandang kembali kedalam bilik itu. Niatnya untuk ketandas dilupakan. 

Kenapa rasa macam kenal diorang ni?

Dia masih memerhati gelagat mereka. Kehadiran mereka ni menarik perhatian Hyera. 

Kejap.....tu? Hyuk kan? 

Hyuk didalam sedang ketawa sambil menumbuk member yang lain. Ketawanya mati setelah melihat Hyera disebalik cermin pintu itu. Mata mereka bertemu....setelah beberapa tahun. Mulut Hyuk seperti hendak mengatakan sesuatu tetapi seperti sesuatu menghalangnya.

 

Dia hendak memanggil Hyera. Nama yang susah untuk dilupakan dari ingatannya walaupun beberapa kali dicuba.

Belum sempat nama Hyera dipanggil, Hyera sudah lari meninggalkannya. Fikirannya bercelaru, kejar atau tidak.

 

Hyera masih berlari sehingga kejalan mati lorong penjalan itu. Nafasnya menjadi pendek. Matanya mula berair menyebabkan keadaan sekeliling menjadi kabur. Dia cuba menarik nafas berkali-kali. Air mata yang ditahan itu semakin terasa  sakit didadanya. Hyera menoleh kekirinya dan melihat terdapat sebuah pintu. Dia memulas tombol pintu itu dan mendapati itu tangga yang menuju keatas. Dia sendiri tak pasti laluan itu menghala kemana tetapi disebabkan perasaanya itu, dia menaiki tangga itu. 

 Suasana sejuk menerpa kerahnya sebaik sahaja pintu dibuka. Dia melihat sekeliling mujur tiada orang dan  tempat yang dituju merupakan bahagian atas bangunan itu. Dia menolak badannya kearah beranda. Kakinya diseret perlahan-lahan kerana badan dia terlalu lemah. Entah kenapa segala memori bersama dia itu kembali ke ingatan.  

Seyuman dia tadi....

Mengingatkan perkara itu air matanya jatuh perlahan. Dia memeluk tubuhnya. Perasaan rindu terhadap Hyuk tak dapat dikawal lagi. Pada waktu itu, kedengaran pintu tadi dibuka. Hyera cepat-cepat melap mukanya dan menarik nafas sebelum menoleh kebelakang.

 

Degupan jantungnya berhenti,

 

Hatinya kembali sakit,

 

"H-Hyuk,...." dia terganam. Hyuk memandangnya dengan mata yang.....Hyera sendiri tak pasti. Marah? Gembira? Kecewa? Nafas Hyuk sedikit tercugap akibat mengejar Hyera. Keadaan sejuk disekitar itu membuat wap keluar dari mulut Hyuk ketika menghembuskan nafas.

 Hyuk berjalan menghampiri Hyera. Hyera masih lagi berdiri disitu. Kakinya seperti digam supaya kekali disitu. Seketika kemudian, dia jumpa kekuatan pada kakinya untuk berjalan. Kakinya mula melangkah kehadapan tetapi terlambat kerana Hyuk sudah menariknya kedalam dakapannya. 

Hyera terkedu. Riak mukanya sahaja dapat memberitahu segalanya. Terlalu cepat untuk dia perasan.

" Hyera...Kwon Hyera , " nafasnya masih tercungap. Suaranya yang perlahan membuatkan air mata semakin memenuhi mata Hyera. Tidak dinafikan dia rindu namanya dipanggil oleh Hyuk. 

Terlalu rindu.

Tapi apa yang dah terjadi tetap dah berlaku. Mengenal hakikat itu, Hyera menolak kuat Hyuk. Riak muka yang tadi lembut ditukar menjadi benci. Matanya penuh dengan kebencian. Hyuk masih terganam dengan tindakan Hyera. Dia cuba mendapatkan jawapan.

" Jangan, orang akan nampak nanti, " dia memandang ke bawah. Suara Hyera begitu perlahan yang membolehkan hanya mereka berdua sahaja yang dengar. Ayat Hyera menyebabkan Hyuk kembali realistik. 

Dia bukan milik aku lagi. 

 

Hakikat yang pahit diterima. Hyuk ketawa kecil. Air matanya yang keluar tanpa dia sedari di lap. Dia memandang Hyera yang masih menunduk.

" Jadi, macam mana kehidupan awak? "

Hyera memandang tepat kearah mata Hyuk. Dia seolah marah dengan soalan itu.

" Bukan urusan awak. "

Sekali lagi Hyuk ketawa kecil. Entah kenapa, dia gembira dapat mendengar jawapan seperti itu dari Hyera. Hyera yang dia kenal dahulu. Dia masih ingat lagi ketika kali pertama mereka berjumpa. Hyera bersikap dingin seperti sekarang. Betapa susahnya untuk mendapatkan kepercayaan dari gadis dingin ini. Dalam masa diorang bercinta, Hyera masih begini walaupun sedikit berkurangan ais didalam hatinya. Tapi sekarang, di depan mata Hyuk, Hyera seperti dingin dari sebelumnya. 

Salah aku yang membuat dia jadi macam ni

" Saya ada dengar pasal ayah awak nak keluarkan awak dari SM. Awak macam mana? " Hyuk menggunakan suara yang perlahan untuk melembutkan hati Hyera.

Persoalannya itu membuatkan Hyera senyum. Senyum sindir.

Hyera mengangkat mukanya. Dia berjalan mendekati Hyuk. Ruang diantara mereka dikecilkan. 

" Apa hubungan kita untuk awak tanya soalan macam tu? " soalan ringkas itu membuatkan Hyuk terkedu sekali lagi. Matanya berkelip beberapa kali. Mulutnya pula terkunci. Soalan itu langsung tidak dijangka keluar dari mulut Hyera. 

Hyera melangkah ke belakang. Matanya dilihat sedikit berair. Tanpa berkata apa-apa, dia berjalan meninggalkan Hyuk sendiri. 

 

Seperti tadi, Hyuk pantas mengenggam tangan Hyera dan menariknya. 

 

Dalam sekelip mata, Hyuk sudah memeluknya dari belakang. Hyuk menarik nafas berkali-kali.

" Jangan tinggalkan saya....sekali lagi," pelukannya di pinggang Hyera semakin kuat. Tangisannya dapat dirasai Hyera. Air mata yang ditahan berkali-kali, akhirnya jatuh juga. Kelakuan lelaki ini membuatkan apa yang berlaku beberapa tahun yang lepas dilupakan.

Pipi mereka bertemu.  

 

Dia rindu dengan wangian Hyuk...

Dia rindu dengan senyuman Hyuk....

Dia rindu dengan kehangatan Hyuk....

Semuanya.....

Disebabkan itu....

 

Perlahan-lahan Hyera meleraikan pelukan Hyuk. Tanpa memandangnya, kaki dia melangkah pergi. Nafasnya menjadi pendek akibat mengeluarkan terlalu air mata. Pergerakannya juga menjadi kurang stabil

Selepas pintu ditutup, Hyuk terduduk. Dia memandang langit sambil menyesali perbuatannya. Matanya juga sakit kerana air mata keluar tanpa berhenti.

 

Hyera.....

Hana memandang Hyera yang sedang nyenyak tidur di dalam biliknya. Pintu bilik itu ditutup perlahan. Seketika kemudian, ingatannya kembali pada petang tadi. 

Sewaktu Hyera bersama Hyuk, masa Hyera lari keluar. Dia nampak semua tu. Tapi mulut dia dikunci. Lebih baik tiada siapa yang tahu,kan? 

Lamunannya terhenti ketika RooA memandangnya.

" Hyera macam mana? " 

" Ah, dia okey. Mungkin dia pening lagi, " Hana bercakap sambil memikirkan penipuan lagi jika ditanya soalan oleh RooA. 

" Producer Seo cakap apa tadi masa Unnie bagi tau Hyera tak sihat? " 

" Dia cakap tak apa. Lagipun masih ada beberapa hari lagi" perbualan mereka tamat sebelum RooA memandangnya sekali lagi.

" Hana nak keluar ke? " dia bertanya sambil melihat dari  berpakaian Hana, 

" A'ah, Hana keluar dulu. Nanti lagi sejuk kat luar. Yoomi unnie dah keluar ke? " RooA hanyak mengangguk. 

Selepas keluar dari pintu lif, Hana menaik zip jakenya sehingga keatas. Suasana sejuk diluar membuatkan dia berfikir dua tiga kali untuk keluar. Dia keluar dari kawasan kondo mereka dan menuju ke kawasan permainan berhampiran. Kalau tak diikutkan berat dia yang bertambah mendadak, jangan harap dia nak keluar exercise malam-malam.

Hana memandang

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Velliessa
❛「Katzz」❜ | Saye hiatus, maybe dlm jangka masa yg panjang. And ade sedikit perubahan

Comments

You must be logged in to comment
MaryReeds
#1
Chapter 51: Hopefully dorg dpt jumpa Hyera secpt mungkin!!
JungHaeIn00
#2
Chapter 51: hope hyera will be fine :))))
EsperanzaZawa
#3
Chapter 51: Uishhh serammnyaaa apa berlaku nanti ya xD
Velliessa
#4
Chapter 54: Akhirnya dh ade dh co-author dh ff ni !!!
Maaf, author ni dh mampu nk jln kn tugasnyee TT


Pyshco tu.....saye sendiri tertanye mna hyera kne culik ...hurm
MaryReeds
#5
Chapter 49: Aw why yoomi dgn yunhee gaduh :( baek tinggalkan dia camtu jer? Kurang hajo ahaha. Omg siapa laki kat akhir tu? Dia nak bunuh katzz ke? :'o tidakkkkk
EsperanzaZawa
#6
Yoomi ngan Yunhee gaduh sedih...takkan sebab lelaki nak gaduh kan? Tak comel ah xD but takpe mesti nanti akan berbaikkan?

Amboi Hyera...rare xD Si Xiumin alahai comel ngan hana ...mereka kyeo bersama ...

But siapakah orang misteri tu? Dia dangerous ker? Omo curious..tak sabar for next chapters<3
JungHaeIn00
#7
Chapter 49: wahhh keras betul hati hyera ni
SapphireBlue91
#8
Chapter 49: Nasib baik part scandal dispatch tu tak lama... tapi, tak best pulak bila Yoomi ngan Yunhee gaduh pasal Kai (tp realiti mmg mcm tu pun, perempuan gaduh pasal sorang lelaki)...

Hyera puji Hana? Wow! Ini rare.. hahahahahaha!

Yunjee.. wah kau.. kemain lagi ek... bunga2 cinta berputik kembali ke? Huhuhuhu

And the most interesting part, the last part... okey... who's that psycho??? Ni yang tak sabar nak baca next chapter...
SapphireBlue91
#9
Sunyi sepi je cerita ni... hhhhmmm...
EsperanzaZawa
#10
Alahai kesian Mia nak pt3...Akak know its hard...Bersabar lah anda >< but seriously rugi kalau cerita ni habis cepat sayang ku...Ada potensi nak kembangkan sekembang2 nya xD Takpe...boleh sambung lepas pt3 nanti time tu Mia rasa gerenti boring sampai mengheret kepala kat lantai...Hah! time tu la idea masuk2 otak nanti xD Katzz after story menarik idea dia xDD Akak nanti siap kan seasap mungkin okey?