OO2

Mamat Kedai Bunga

Lu Han, seperti yang semua orang pun tahu — adalah anak tunggal pemilik Azalea Florist yang berjiran dengan Kafe Paradise dan sebuah butik baju yang pemilik dia comel tetapi pendiam bernama Gyuri tu. Lu Han ni bukan jenis yang peramah, tegur orang ikut suka dia saja. Dia akan tengok betul-betul orang tu, lama-lama pulak tu dia akan pandang. Hah, ada sampai setengah yang cakap Lu Han ni gatal, ert sebab dia tenung orang. Dia tu cuba menilai, takdenye dia tengok tempat lain. Lu Han ni pendiam juga, kalau dengan perempuan — lagi kes parah! Dia takkan bercakap langsung, dia mana ramai kawan perempuan. Pada pandangan perempuan, dia tu comel. Tapi bagi dia, dia lah lelaki paling manly dalam dunia. Kalau Superman, katanya.

Lu Han, Lu Han...angan-angan tak kesampaian ke bang?

Berbalik kepada cerita Xiumin tadi, Xiumin ni sebenarnya bekerja di sebuah restoran. Tetapi, sebab dia kawan baik Lu Han, selalu jugaklah pipi tembam dia tu kelihatan di Azalea Florist tu. Xiumin ni, sebenarnya bukanlah suka sangat menghadap muka Lu Han tu tiap-tiap pagi sebelum ke restoran tempat dia bekerja tu. Dia sebenarnya sudah jatuh hati dengan Hyun, watak utama cerita kita ni. Hah, skandal kah?

Ceritanya, Hyun sudah lama berkawan dengan Xiumin — tetapi hanya sekadar kawan sajalah. Hyun kan nak lelaki yang berkelelakian, muka jambu seperti Xiumin tu manalah dia nak pandang. Hyun ni pun satu, dah ada yang nak — dia pula memilih, nak ikut ideal type dia aje. Hmm, nanti sampai ke sudah tidak ada teman istimewa baru tau! Okay, kembali ke Xiumin yang kecoh teramat tadi...

 

"Kau ni, pagi-pagi sudah memekak! Aku nak hafal spesis bunga ni pun susah." Lu Han meletakkan buku spesis bunga itu dan pura-pura menangis. Haih, Lu Han ni. Tahulah diri tu comel, lagi dia nak tunjuk kecomelan dia tu.. Lay mengambil buku spesis bunga itu dari Lu Han sebelum membawa diri ke belakang kedai, cek stok bunga. Xiumin terus memuncungkan mulut dia sebelum menggeleng kepala. 

"Sudahlah, malas aku layan budak jambu macam kau! Aku nak pergi kerja ni, ha jaga kedai elok-elok, dik." Xiumin melangkah keluar dari kedai sambil tersengih sebelum bunga ros merah yang entah dari mana datangnya tercampak ke arahnya. Lu Han berdiri di kaunter itu dengan senyuman jahat semacam. Mesti kerja Lu Han ni.

"Jambu?! Aku campak pasu bunga ni dekat kau nak!!! Budak kecik ni!" Lu Han bercekak pinggang sambil membebel kepada Xiumin yang sudahpun melarikan diri di sebalik pintu kaca florist tersebut. Dia duduk kembali di kerusi di kaunter. Dia menggeleng kepala, Xiumin ni boleh tahan juga kebudak-budakkannya. Tidak padan dengan umur betul perangai. 

 

 

"Eh, Hyun. Kau betul tak nak tumpang aku? Aku boleh je tumpangkan kau ni ha." Chen bertanya kepadaku yang sudah tidak berapron dan tidak bertopi hitam lagi. Aku tersengih sambil menggelengkan kepala kepada Chen. Apa yang dia gembira sangat, Chen pun tak pasti. Sudahlah hujan, Hyun itu berkemeja putih pula tu. Kalau kena hujan lebat nanti, nampak segala yang tidak patut dinampak. Chen ni, walaupun perangainya gila-gila dan ada kalanya macam orang masuk air, dia ni prihatin orangnya.

Lagi-lagi, Hyun itu rakannya dari kecil. Dialah yang selamatkan Hyun dari dibuli ketika di tadika...er, sebetulnya dia selamatkan budak yang ditengking Hyun ketika ditadika. Budak itu hanya mahu pinjam saja crayon itu, tetapi Hyun terus menengking budak tu dengan kasar. Chen selalu juga mengusik Hyun dengan kenangan tadika yang tidak berapa seronok itu. 

"Betullah. Kau balik saja dulu, aku boleh naik teksi. Taknak lah naik motor dengan kau, nanti orang ingat kita couple pulak." Aku melambai kepada Chen yang sudah memakai helmet nya itu. Chen tersengih kepadaku dengan matanya yang mengecil. Apa-apa sajalah Hyun, kau lupa ke hari ini hari jadi mak kau. Untuk membiarkan Hyun kena marah dengan maknya yang garang tu, Chen terus berlalu pergi dengan motornya itu.

Aku sebenarnya bukan tidak biasa tumpang Chen. Pernahlah juga dalam 10 kali gitu...tetapi aku sudah rasa muak pula naik motor dengan Chen. Aku dah fikirkan masak-masak kata-kata Chen tadi, Kris pun agak berkelelakian juga — dan ceritanya, aku sedang menanti Kris dengan sabar (sangat) di luar Kafe tu. Mahu tumpang kereta Kris yang mahal gayanya. Ternampak susuk badan Kris yang gagah itu membukakan pintu untuk Soyul dan Ellin yang hadir untuk syif malam.

"Kris! Aku tumpang kau boleh? Tadi Chen balik dululah, aku tak sempat nak tumpang dia. Lagipun aku pakai kemeja putih, takut kena hujan waktu naik motor dengan Chen, nanti tak pasal-pasal nampak badan aku. Boleh eh?" Aku bertanya sambil buat-buat muka kesian. Biarlah, janji aku dapat tumpang dia! Kris pusing untuk pandang aku sebelum menunduk untuk memandang aku. Eh, dia ni — tahulah tinggi, tak payahlah dekatkan muka macam itu. Malu pulak aku!

"Tak boleh. Awek aku dah tunggu aku dekat rumah mak aku.... kitorang nak bincang pasal perkahwinan kitorang dua minggu lagi. Eh, kau datang tau nanti. Aku nak jemput satu Kafe lah nanti."

Dia tersenyum sebelum membiarkan aku berdiri di situ, tercegat macam tunggul. Lah, Kris sudah ada awek ke, bila masa? Aku yang kuno sangat ke ataupun dia baru saja ada awek? Tapi nampak gayanya, aku kena balik jalan kaki lah dalam keadaan hujan lebat gila ni. Aduh, aku ingatkan Kris akan tumpangkan aku — buang Kris dari list bakal suami. Hmph.

Tiba-tiba, telefon aku berdering. Aku mengeluarkan telefon dari poket seluar dan pada waktu tu juga, aku rasa macam nak pusingkan masa dan ikut Chen waktu dia ajak aku tadi. Saengil Chukkae Hamnida, Omma!!! Tertulis dengan bangganya di alarm aku. Aduh, hari ni hari jadi mak ke? Aku ni kenapalah pelupa sangat! Rasanya boleh saja aku ni disamakan dengan ikan emas. Ikan emas kan boleh ingat 2 saat saja, aku mungkin panjang sikit. 2 jam, mungkin? Entah. Yang pasti, aku kena balik sekarang!

Tiba-tiba, tanpa aku sedari — seorang lelaki yang aku tidak nampak dengan jelas mukanya keluar dari Azalea Florist yang selalu aku pandang rendah itu. Aku berpusing untuk pandang dia, tak nampak pula mukanya. Dia sedang berjalan ke arah keretanya yang diparkir di hadapan florist tersebut. Aku pandang saja dia, tidaklah aku tegur ke apa. Aku hanya tenung saja dia. 

Dia masuk kereta, aku terdiam. Baguslah dia dah masuk kereta. Baguslah aku tinggal sorang dekat sini. Baguslah kalau ada orang datang, culik aku. Baguslah kalau aku masuk berita. Baguslah— ei apa aku merepek ni! Salah aku juga tolak tawaran Chen bengong tadi...

 

Tiba-tiba, dia keluar dari kereta dan menghulurkan payung coklatnya yang aku sambut dengan tangan menggeletar. 

"Ambillah. Saya tidak dapat hantar awak balik, maaf ya." Dia memandang terus ke mata aku dan pada saat itulah, aku sedar:

Aku sudah jatuh cinta dengan mamat jambu!


author note: malu aku bila baca komen-komen mekome semua yang rajin baca cerita merepek aku ni. selamat tahun baru, aku harap nak habiskan sampai chapter 5 malam ni jugak. maaf lah kalau aku ni tak romantik, dan chapter 5nya juga akan jadi tak berapa romantik tapi comel tu bolehlah. hoho dah plan. ok bye. terima kasih 10 subcriber dan komentar2 yang macam comel je macam cantik je.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 5: Sweetnya ayat Luhan..cair saya dibuatnya...untungnya kalau dapat lelaki cam luhan..
misz_dina #2
Chapter 5: Memang sweet >\\\< *bg anemone merah dkt luhan*
ImperfectStranger #3
Chapter 6: kelakarnye cerita ni.. best2..
kaywuu
#4
Chapter 5: Huhuhu. Seriously lps bca ff nih, nk kerja kt kedai bunga!!~ *apakah semua ini*

p/s: ayat feveret; 'mamat kedai bunga, kau milik aku'

Huaa. Cute glerrr. Nk guling2 rasa. Xp
exoangst
#5
Chapter 6: Mamat Banyak Duit - Suho
Mamat Cepat lupa - Lay
Mamat Gedik Gila - Baekhyun
Mamat Sewel - Chanyeol
Mamat Kedai Kopi - Xiumin
Mamat Sebelah Rumah - Chen
Mamat Kedai Beg - Tao
Mamat Kedai Anak Patung - Kris
Mamat Suka Menyetan - Kyungsoo
Mamat kedai mamak (JK JK ) Mamat Kedai Haiwan - Jongin



I'M SO HIGH WHILE COMMENTING THIS WTH AM I COMMENTING
angelily95
#6
Chapter 6: Mamat Annoying Nak Makan Penampar. Nak tajuk tu untuk Baekhyun. hahahah. gurau2.
analien #7
Chapter 5: Sori. Saya gelak banyak kali tadi xD
Sweet ada. Lawak pun ada. Tapi cute <3 Cx
chacannie
#8
Chapter 5: Ngeee, sya nk jugalh boyfriend mcm luhan... ff yg pling sweet yg prnh sya jumpa ^^
exoticsNinspirit #9
Chapter 5: seriously..my feels,aww ..cari mamat kedai bunga gak ah..hahaha.gud job !