OO3

Mamat Kedai Bunga

Aku balik petang itu, omma sudah keluar makan dengan appa. Penat sahaja aku buat alarm bagai, omma sambut hari jadinya tak tunggu aku pun! Aku menggeleng kepala dan terus pergi mandi. Payung coklat pemberian mamat jambu dari Azalea Florist tu aku tinggalkan di tepi rak kasut. Hah, kalau diikutkan — hendak saja aku bawa masuk dalam bilik dan peluk malam-malam.

Comel nya mamat jambu tadi!

Aku baring di atas katil dengan tersenyum. Tanpa sedar, aku sudah melupakan hasrat untuk telefon Chen dan beritahu dia tentang mamat jambu pujaan hatiku — dan juga terlupa yang aku sepatutnya jumpa Xiumin esok untuk beri jawapan kepada lamaran dia. Aku dah melupakan segala-galanya, yang ada dalam otak aku hanyalah muka jambu pemilik payung coklat yang elok tersandar di tepi rak kasut.

 

Lu Han menjulingkan mata apabila Xiumin sibuk menceritakan Hyun yang buatkan dia menunggu lama di kafe itu seorang diri. Dia sudah tidak sabar mahu tahu jawapan kepada lamarannya — tetapi Xiumin sudah rasa-rasa yang Hyun akan menolaknya. Lu Han menggeleng kepala dan melambai kepada Xiumin yang sedang membebel-bebel seorang diri tentang Hyun. Aduh.

"Hai." 

Lu Han berpaling ke arah pintu kaca dan perempuan yang sedang memegang payung coklat berdiri di situ. Perempuan tu macam pernah dilihat sebelum ni, tetapi Lu Han kadangkala pelupa juga orangnya. Lu Han berdiri dan tersenyum kepada perempuan yang sedang berdiri di pintu kaca tu. Waktu tu, Hyun memang rasa macam nak pengsan saja disitu. Lu Han tersenyum padanya! 

Aku terus masuk ke dalam kedai bunga itu tanpa segan silu. Hari ini, hari cuti aku! Chen sudah hantar aku pagi tadi, dia kata mahu ke restoran yang sedap ddeokbokkinya. Hmm, suka hati kaulah Chen! Aku dah dapat senyuman mamat jambu yang comel ni, terus jadi kenyang aku! Aku terus melangkah ke arah kaunter tempat Lu Han berdiri itu dan terus tersenyum kepadanya. Dia masih tersenyum kepada aku. 

Ai, dia ni nak goda aku ke?

Tanpa aku sedar, aku terus berkata dengan laju, "Saya suka awak." Mata Lu Han yang sudah sedia besar itu, jadi bertambah-tambah besarnya. Aku pun terkejut dengan keberanian sendiri — selalunya aku agak pemalu dalam bab meluahkan perasaan. Ingat lagi kan cerita di mana aku sanggup intai Sehun selama setahun lebih barulah aku luahkan perasaan? Dengan Lu Han, laju aje mulut aku berkata. Entah-entah, cinta aku dengan Sehun tu cinta tipu semata-semata! Cinta rupa! 

Heh, emosional pulak aku pagi-pagi nyaman ni. "Um, Cik. Saya — saya tak kenal Cik pun. Jadi, saya tak dapatlah nak membalas perasaan Cik tu. Saya tahu Cik ikhlas, tapi saya baru nampak Cik semalam aje. Tu pun sebab saya nak hulurkan payung, masa tu ajelah saya nampak muka Cik." Dia berkata dengan senyuman yang tidak berapa ikhlas. Mesti dia takut dengan aku sekarang ... kenapa aku berani sangat! Tetapi, sejak bila Hyun akan menyerah kalah.

Im Hyunyoung tidak pernah mengalah!

 

"Cinta aku kena tolak lagilah..." Chen mengangguk sambil mengunyah nasi yang Xiumin bawa untuknya. Xiumin masih sibuk mengenang nasib cinta yang tidak kesampaian. Chen bukannya tahu apa pun pasal cinta, dia mana kisah! Yang dia tahu, dia boleh makan. Makan, makan dan makan — tapi tidak pernah pula berat badannya naik. Untunglah Chen ni...

 

Esoknya, aku masih bertekad untuk jadikan Lu Han milik aku. Entah kenapa, aku pun tidak faham apa yang buatkan aku jadi seberani ni. Inikah yang dinamakan kuasa cinta? Haih, teruk aku merepek sejak jatuh cinta dengan mamat jambu ni... Aku tersenyum ke arah biasan imej aku di dalam pintu kaca Azalea Florist. Hmm, bolehlah. Lawa juga aku ini, sebenar-benarnya.

Aku melangkah masuk dengan senyuman. Lu Han berdiri untuk menjenguk pelanggan yang datang tetapi cepat-cepat duduk dan cuba menyembunyikan mukanya. Lu Han, Lu Han. Entah-entah dia takut dengan aku? Aku terus ke kaunter dan tersenyum kerana Lu Han juga berbaju biru seperti aku. Inilah namanya telepati cinta!

"Encik, saya nak beli bunga warna birulah! Ada jual di sini ke?" Aku bertanya, seolah-olah aku memang hendak beli bunga. Kalau sebab Lu Han, bukan setakat bunga! Pokok pun aku sanggup beli untuk dia, aduhai mamat jambu pujaan hatiku! Aku tersengih sementara dia meneliti katalog bunga-bunga yang dijual di situ. Dia mengerutkan kening dan menggeleng kepala.

Aduh, seksi pula muka dia bila kerut kening... Aku mengeluh dan menunggu ayat seterusnya yang bakal dia ungkapkan. "Tiadalah, Cik. Minta maaf ya, stok sudah habis. Yixing lupa hendak pesan stok baru." Dia berkata sambil menggaru kepala. Muka bersalah dan memandang bawah dengan mulut muncung.

Muncungkanlah mulut tu lagi, aku cium nanti.

"Kalau macam tu, takpelah. Saya beli awak jelah, awak pun warna biru juga. Saya okay aje." Aku berlawak yang agak hambar di depan Lu Han. Matanya yang bulat itu menjadi semakin bulat dan tiba-tiba, mukanya memerah. Dia menunduk dan tersengih sebelum menggeleng kepala buat kali kedua.

"Saya bukan untuk dijual, Cik. Saya limited edition. Kalau betul hendak, berusaha!"

Nampaknya, mamat jambu kedai bunga sudah sedar tentang cintaku yang mendalam terhadap dirinya. Hmm, entah-entah dia sudah tergoda dengan aku? Oh, bagusnya jikalau dia sudah tergoda. Bolehlah aku kahwin terus dengannya! Hai, jampi apalah yang sudah buatkan aku tergila-gilakan mamat jambu tu.

Aku menunduk dengan senyuman malu-malu buaya (sebab aku tidaklah malu mana pun sebenarnya) dan berlalu keluar dari Azalea Florist itu. Nampaknya Lu Han sudah faham niat aku selalu menegur dia. Nampaknya...ceritera cinta aku akan bermula dengan comel. Tidak sia-sia aku tolak tawaran Chen hari itu, merasa jugak lah aku pakai baju gaun pengantin nanti.

 

Keesokan harinya, sudah hari Isnin. Kerja syif pagi hingga petang aku bermula seperti biasa — Chen menceritakan tentang Xiumin yang patah hati dan aku hanya buat-buat tidak dengar saja. Habislah aku kalau dia tahu yang aku suka mamat jambu. Aku sudah mesej dia semalam, beritahu dia yang aku tolak dia kerana muka dia terlalu jambu. Sekarang ini, kalau diikutkan si Lu Han pujaan hati pengarang jantung intan payung emas aku itulah lebih jambu dari Xiumin.

Hancur, hancur jikalau Xiumin akhirnya dapat tahu. Pasti akan berlaku pergaduhan antara Xiumin dan Lu Han! Tetapi, kalau pergaduhan itu melibatkan Lu Han membuka baju dan aku dapat nampak six packs nya, aku sanggup tengok! Eh, mamat jambu itu ada ke six packs? Malu saja jika tiada.

Okay, aku ketepikan dahulu isu six pack bakal suami aku dan kini, aku hanya memikirkan jika Lu Han menolak cintaku. Apa akan jadi dengan aku? Cinta aku kepada SeHun, dah lama malap. Cinta aku kepada Xiumin, langsung tidak ada. Apalah...Nampaknya aku akan jadi Andartu.

Biarlah! Aku sudah ada Lu Han dan buat masa ini, aku tetap akan cuba mendapatkan cinta Lu Han! Fighting!


author note: akhirnya setelah dua hari persekolahan dkt sekolah menengah, berjaya jugak aku hapdet. okay aku sayang korang semua yang sanggup subscribe walaupun aku ni melalut je banyak, dan budak kecik royaldeer yang akhirnya tahu jugak pasal cerita ni. jangan risau, tiada plot twist. heuheu. terima kasih sudi baca, subscribe, upvote dan!!! komen. < 3 aku sayang korang.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 5: Sweetnya ayat Luhan..cair saya dibuatnya...untungnya kalau dapat lelaki cam luhan..
misz_dina #2
Chapter 5: Memang sweet >\\\< *bg anemone merah dkt luhan*
ImperfectStranger #3
Chapter 6: kelakarnye cerita ni.. best2..
kaywuu
#4
Chapter 5: Huhuhu. Seriously lps bca ff nih, nk kerja kt kedai bunga!!~ *apakah semua ini*

p/s: ayat feveret; 'mamat kedai bunga, kau milik aku'

Huaa. Cute glerrr. Nk guling2 rasa. Xp
exoangst
#5
Chapter 6: Mamat Banyak Duit - Suho
Mamat Cepat lupa - Lay
Mamat Gedik Gila - Baekhyun
Mamat Sewel - Chanyeol
Mamat Kedai Kopi - Xiumin
Mamat Sebelah Rumah - Chen
Mamat Kedai Beg - Tao
Mamat Kedai Anak Patung - Kris
Mamat Suka Menyetan - Kyungsoo
Mamat kedai mamak (JK JK ) Mamat Kedai Haiwan - Jongin



I'M SO HIGH WHILE COMMENTING THIS WTH AM I COMMENTING
angelily95
#6
Chapter 6: Mamat Annoying Nak Makan Penampar. Nak tajuk tu untuk Baekhyun. hahahah. gurau2.
analien #7
Chapter 5: Sori. Saya gelak banyak kali tadi xD
Sweet ada. Lawak pun ada. Tapi cute <3 Cx
chacannie
#8
Chapter 5: Ngeee, sya nk jugalh boyfriend mcm luhan... ff yg pling sweet yg prnh sya jumpa ^^
exoticsNinspirit #9
Chapter 5: seriously..my feels,aww ..cari mamat kedai bunga gak ah..hahaha.gud job !