OO4

Mamat Kedai Bunga

"Lu Han!" Aku menolak pintu kaca florist itu dan segera berjalan ke arah kaunter tempat Lu Han berada. Lu Han jarang-jarang keluar dari kedai kerana dia sudah ada Lay pelupa yang selalu aje bila diperlukan. Lu Han mengangkat muka dan tersenyum kepada aku yang sudah biasa datang ke kedai itu selepas tamat syif.

Kadangkala, aku bawakan kopi percuma untuk dia. Aku pun tidak pasti aku ni membodek ke, ataupun cinta aku dengan dia itu lagi bermakna dari kopi yang murah. Hmm, aku tak pasti. "Eh, Hyun. Haha. Awal datang hari ini?" Yelah, memanglah awal. Awak hensem hari ni pakai baju kemeja putih. Aku terfikir dalam hati tetapi buat-buat tidak endah dengan ayat aku. Eish, kalau dia dengar nanti...habis aku! Mesti dia rasa aku gatal tahap gaban ni.

"Memanglah awal. Bukan awak kata nak keluar dengan saya ke hari ni?" 

Aduh, muka dia memerah lagi. Dia berdiri dan berkata sesuatu kepada Lay yang kelihatan bosan seperti biasa. Lay itu, aku rasa tidak pernah ada perasaan — Lu Han kata, Lay itu memang agak membosankan orangnya. Aku dengar cerita, Lay ini rapat dengan Su Ho. Berfikir kembali, Su Ho pun agak membosankan orangnya. Ah, jadi memang sesuailah mereka berkawan.

*

Kami tiba di taman tempat Lu Han bawa aku. Romantik juga lelaki yang sanggup bawa aku pergi taman-taman bagai ni. Aku suka, aku suka! Lu Han memberi aku sejambak bunga Lilac yang aku jarang sangat nampak. Aku bukanlah jenis perempuan yang minat bunga...selalunya, aku tengok-tengok bunga macam itu ajelah. Sejak akhir-akhir ni je aku selalu jugak berteman dengan bunga. Yelah, menunggu Lu Han habis kerja. Kadangkala, Lay akan memberitahu aku makna-makna setiap bunga dari dalam kedai itu. 

"Tahu tak bunga Lilac maksudnya apa?" Lu Han tiba-tiba bertanya dengan tersengih. Aku gembira betul apabila dia bersuara akhirnya. Sedari tadi, yang cakap banyak membebel-bebel hanya aku sorang aje. Dia diam membatu tanpa bersuara langsung...suara dia bukannya tidak sedap, suara dia boleh tahan juga. Aku pelik betul dengan Lu Han ni.. Takpe, takpe. Aku tetap akan sayang dia sepenuh hati (ceh.)

"Tidak. Saya mana minat bunga sangat...tidak macam awak!" Aku mengangkat bahu dengan muka tidak-tahu apa-apa. Aku cuma risau dia terasa yang aku tidak minat bunga seperti dia. Dia itu kan memang mamat bunga sejati yang baik punya! Aku ni, ha...memang langsung tidak tahu menahu tentang bunga. Kalau diikutkan, dari dulu yang aku tahu...bunga ros merah itu untuk menunjukkan rasa cinta. Entah, pada pandangan aku ros merah itu agak menyedihkan kalau ditengok lama-lama. Macam dendam tidak terbalas. Aku menggeleng kepala dengan mata mengecil, tidak sedar yang Lu Han memandang aku dengan pelik. 

"Awak research dulu maksud bunga Lilac, baru saya terima awak punya lamaran itu. Okay?"

 

Malam itu, aku terus capai laptop dan membuka website yang ada berkaitan dengan maksud-maksud bunga. Aku terjumpa satu website yang kelihatan boleh dipercayai dan dengan berdebar, aku mencari maksud untuk bunga Lilac. Aku tersengih apabila sudah terjumpa.

Lilac, this delicate flower means first love.

Aku gembira. Gembira yang dia sudah paham akan cintaku untuk dirinya. Hoho, pelik betul ayat jiwang aku ni...tetapi aku tidak kira. Aku gembira yang dia beri aku bunga yang bermaksud cinta pertama. Adakah aku cinta pertamanya? Ataupun dia hendak tunjukkan yang dia itu cinta pertama aku? Kalau dia maksudkan yang kedua...salah sama sekali. Aku pernah jatuh cinta dengan Se Hun. 

Dan, walaupun tiada siapa yang tahu dan aku tidak ingin nak bagitahu pun kalau ditanya...aku dan Chen pernah bercinta suatu ketika dulu. Cinta aku yang Chen tidak tahu dan cinta Chen yang aku tidak tahu. Mula-mula, kami berbalas surat. Romantik bukan zaman dulu-dulu... Tetapi, aku menggunakan nama Yeoshin dan dia menggunakan nama Prince. Alah, dua-dua mahu berlagak hebat saja. Akhirnya, pergaduhan antara kami berlaku dan kami terus tidak menggunakan nama samaran tersebut. Tidak lagi berbalas surat bagai. 

Terhenti. 

Akhirnya, aku berkawan baik dengan Chen senget tiga suku itu. Hm. Aku tertidur dengan bunga Lilac di dalam tangan.

*

"Lu Han~ Saya sudah tahu apa maksud bunga Lilac!" Aku menjerit sambil berlari masuk ke dalam florist keluarga Lu Han itu. Oh, bakal keluarga aku! Haha, aku segera mendapati Lu Han dan tersengih betul-betul di hadapan mukanya. Dia mengangkat kening dan tersengih juga selepas beberapa saat. "Saya dapat agak yang awak akan dapat tahu. Awak ni kenapalah hebat sangat..."

Oh, dia puji aku ke? Aku bangga. Serius aku kembang setaman sebangunan SM Entertaiment dan secawan. Ah, aku sudah mula melalut apabila Lu Han puji aku buat pertama kalinya. Aku tersengih seperti kerang busuk yang tidak laku di pasar sambil menanti dia berbincang tentang kedai itu kepada Lay. Habislah kalau Lay pelupa itu terlupa pula untuk kunci florist itu. Habis Lu Han mengamuk nanti.

Luhan mengamuk? Mesti comel kan... Haih, sabarkan hati. Hmm! Luhan tidak berkata apa-apa dan membawa aku ke tempat yang sama seperti hari itu. Taman bunga yang dipenuhi dengan pasangan-pasangan bercinta yang semakin hari semakin ramai dan semakin galak menunjukkan rasa cinta untuk pasangan mereka yang lain. Hmm, aku dengan Lu Han bila lagi? Ai, macam tidak sabar je. Lu Han, melamarlah cepat!

Kali ini, dia tidak memberikan aku apa-apa jenis bunga. Hmm, mungkin dia masih memikirkan bunga yang sepatutnya diberi kepada aku kot. Mungkin dia mencari bunga yang bermaksud Aku Cinta Kau ke? Haha, sekali dia datang dengan bunga ros, mahunya pengsan aku! Tidak sabarnya ....

Kami berbual sebentar tetapi tiada apa yang menarik. Dia bertanyakan apa yang berlaku dalam kehidupan aku dan sebagainya. Haha, prihatin bakal suami aku ini. Hm. Tetapi aku masih risaukan tentang perasaan dia terhadap aku? Entah dia mencintai aku atau tidak, entah dia menyukai aku atau tidak? Ke aku saja yang tergedik-gedik dengan dia... dia tidak mahu dengan aku. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. 

Hidung aku boleh tahan mancung, pipi tidaklah pula tersorong-sorong. Kejap, sorong-sorong itu seperti kereta sorong ke apa? Aku tidak berapa faham, tetapi suka hati ajelah. Tiba-tiba, sebelum Luhan menghantar aku ke rumah, dia berkata "Awak, esok jumpa saya dekat taman hari ini boleh? Haha."

Oh, sempat pula dia ketawa. Makin tergugat jantung aku. Cium dekat sini boleh ke? Haha, bukan ada yang nampak....

Esok? Apa yang akan terjadi esok? Aku teringin sangat hendak pusingkan waktu dan terus cepat-cepat ke lokasi hari ini dan teringin hendak tahu apa yang akan dia beri. Hm.


author note: semakin lama aku semakin membosankan dan hidup aku semakin sibuk dan hahaha. semalam aku terbaca peringatan dekat Mellisonant, aku nak siapkan cerita ini cepat2. Untung2 dapatlah aku menang, haha. K. btw, aku ada crush baru. nama dia Syed Zul. terima kasih 27 subbies dan beberapa orang yang rajin upvote dan comment walaupun aku makin lama makin kurang inspirasi untuk meneruskan karya agung BM aku.

[ !!! ] Chapter seterusnya tersangatlah pendek.

xoxo, aeli.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 5: Sweetnya ayat Luhan..cair saya dibuatnya...untungnya kalau dapat lelaki cam luhan..
misz_dina #2
Chapter 5: Memang sweet >\\\< *bg anemone merah dkt luhan*
ImperfectStranger #3
Chapter 6: kelakarnye cerita ni.. best2..
kaywuu
#4
Chapter 5: Huhuhu. Seriously lps bca ff nih, nk kerja kt kedai bunga!!~ *apakah semua ini*

p/s: ayat feveret; 'mamat kedai bunga, kau milik aku'

Huaa. Cute glerrr. Nk guling2 rasa. Xp
exoangst
#5
Chapter 6: Mamat Banyak Duit - Suho
Mamat Cepat lupa - Lay
Mamat Gedik Gila - Baekhyun
Mamat Sewel - Chanyeol
Mamat Kedai Kopi - Xiumin
Mamat Sebelah Rumah - Chen
Mamat Kedai Beg - Tao
Mamat Kedai Anak Patung - Kris
Mamat Suka Menyetan - Kyungsoo
Mamat kedai mamak (JK JK ) Mamat Kedai Haiwan - Jongin



I'M SO HIGH WHILE COMMENTING THIS WTH AM I COMMENTING
angelily95
#6
Chapter 6: Mamat Annoying Nak Makan Penampar. Nak tajuk tu untuk Baekhyun. hahahah. gurau2.
analien #7
Chapter 5: Sori. Saya gelak banyak kali tadi xD
Sweet ada. Lawak pun ada. Tapi cute <3 Cx
chacannie
#8
Chapter 5: Ngeee, sya nk jugalh boyfriend mcm luhan... ff yg pling sweet yg prnh sya jumpa ^^
exoticsNinspirit #9
Chapter 5: seriously..my feels,aww ..cari mamat kedai bunga gak ah..hahaha.gud job !