OO1

Mamat Kedai Bunga

Kalau diikutkan betul-betul seperti yang tertulis dalam sijil lahir aku, nama aku Im Hyunyoung. Aku lahir pada bulan Februari dan kalau dikira betul-betul, umur aku dah mencecah 21 tahun. Tidaklah tua mana dan tidak juga muda mana. Aku bekerja di sebuah kafe yang diberi nama Kafe Paradise. Hendak dikatakan Paradise sangat, tidak ada pun. Biasa-biasa saja pada pandangan aku. Tiada pula pelayan-pelayan lelaki kacak seperti dalam shoujo manga, tiada pula perempuan-perempuan kaya gedik yang suka mengganggu. Hidup aku sebagai pelayan wanita yang bekerja syif pagi hingga petang, dari pukul 7: 30 pagi hingga 6: 30 petang tidak menyeronokkan mana. 

Bosan, kosong.

Ada hari-hari dimana aku ditugaskan bekerja di kaunter wang, aku akan menjadi pekerja paling gembira dalam dunia. Aku akan buat kerja dengan bersungguh-sungguh kerana kerja di kaunter wang itu senang. Hanya perlu jaga duit, jujur dan senyum. Ya, itu sahajalah modal aku untuk dapatkan tip. Senyum, senyum dan senyum. Bos aku, Kris pernah beritahu aku yang pelanggan suka bila pelayan-pelayan tersenyum manis. Manis ke? Agak-agak ada manis seperti karamel tidak? Tapi, bila sampai hari dimana aku bekerja sebagai penyambut tetamu ataupun bertugas di bahagian drive-thru, mulalah aku jadi pemalas. Aku akan buat muka seposen di hadapan Kris dan dia akan menukarkan jadual kerjaku. Selalunya, antara Chen atau Kai penggoda wanita itu yang menggantikan aku. Sepatutnya Kris sedar, Kai penggoda wanita itu sesuai menjadi penyambut tetamu. Berduyun-duyun budak-budak sekolah menengah datang apabila Kai bekerja sebagai penyambut tetamu.

Kris juga perlu menetapkan Suho menjadi pelayan drive-thru. Suho itu, memilik senyuman paling manis pernah aku tengok seumur hidup aku. Malu pula bila hendak puji rakan sekerja sendiri ini... Tetapi betullah, Suho itu peramah dan Kris sendiri yang suka memanggil Suho dengan panggilan guardian angel. Hmm, tidak ada ciri-ciri angel sangat pun, cuma apabila Suho tersenyum — habislah jiwa wanita aku ni bergelodak kencang. Susah kerja di kafe yang ramai lelaki kacak. Ada juga pelayan yang terlebih gembira dan selalu sahaja teruja, Chanyeol. Aku bukan tidak suka Chanyeol ini, cuma kadangkala bila dia pandang aku sambil tersenyum lebar tu — agak menakutkan.

Di Kafe ni, tak banyak pun pekerja wanita. Ada seorang, nama dia Nao. Dia ni pelik sikit budaknya, baru berumur 18 tahun. Selalunya dia akan bawa MP3 untuk dengar lagu sambil buat kerja mengelap meja. Jarang-jarang dia bercakap dengan kami, Chanyeol pernah beritahu aku yang dia ada kisah silam yang teruk. Makin lama, makin unik pula pekerja-pekerja di Kafe Paradise ni. Ada lagi seorang, yang ni gila-gila pula perangainya. Jarang-jarang saja aku nampak dia tak tersenyum dan tergelak macam orang sawan. Nama dia Yao, dia dengan Nao ni kembar. Aku tak faham kenapa kembar ni berperangai lain. Alah, kalau kembar tak bermakna mereka perlu sama segalanya, kan?

Tu jelah yang menarik di Kafe Paradise ni. Ah, ada lagi satu pekerja yang pelik juga perangainya. Selalu kenakan orang, selalu ketawakan orang, selalu buat lawak bodoh — Chen nama dia. Aku selalu ingatkan yang dia ni cina, suka sangat nyanyi lagu cina seorang diri. Rupanya dia korean, tetapi dia minat lagu cina dan fasih berbahasa cina. Oh, begitu. Kan aku dah kata yang pekerja Kafe Paradise unik-unik?

Kafe Paradise ni bersebelahan dengan sebuah kedai bunga. Kedai bunga yang aku tak pernah rasa berminat dan tertarik pun untuk pergi. Kadang-kadang aku terfikir, kedai bunga itu mesti jarang dikunjungi pelanggan... Hm, kejam pula bila aku berfikir macam tu. Sebelah kiri Kafe Paradise pulak, ada sebuah kedai haiwan. Di kedai haiwan tu, ada seorang pekerja kacak yang aku selalu intai dari jauh. Sehun, nama dia. Yao panggil dia Sehun yehet, aku bercakap dengan dia pun tak pernah. 

Aku suka Sehun.

Tapi entahlah, mereka kata Sehun baru berumur 19 tahun. Aku ni dah 21 tahun, nak ke Sehun dengan makcik tua macam aku ni? Takdelah tua mana, kan? Tapi tetap tua! Aku malu nak beritahu dia aku suka dia, masalahnya satu Kafe ni dah tahu pasal perasaan aku dekat dia. Ah, mampuskan ajelah. Aku tak kisah, kalau ada yang pandai-pandai beritahu dia— aku tikam hidup-hidup. Tak, aku bergurau. Ah, mereka takkan berani punya!

Setelah setahun lebih aku asyik mengintai Se Hun tu, akhirnya aku bagitahu jugak pasal perasaan aku terhadap dia. Dia cuma buat muka kosong, pandang aku dengan mata dia yang memang kosong tu. Apa dia ni? Aku dah mula risau, aku takut dia malukan aku di depan semua orang. Dia tunduk sebelum menggelengkan kepala, "Maaf, noona terlalu tua untuk saya."

Oh, dah nama pun noona, mestilah aku lebih tua! Ish, aku tahan sahaja perasaan nak hentak kepala dia guna cawan-cawan kaca yang bersusun dekat Kafe tu. Sejak tu, aku berhenti intai dia dan cuba hapuskan perasaan aku terhadap dia. Lama-lama, aku rasa menyampah pula dengan Sehun tu. Tapi, aku rasa bukan salah dia. Cinta tu, bukannya boleh dipaksa kan? 

"Kau pergilah intai mamat kedai bunga pulak? Tak nak?" Chen tanya sambil mengelap meja. Kafe belum dibuka lagi, kami semua tengah sibuk menurunkan kerusi dan membersihkan Kafe untuk seketika. Aku menggelengkan kepala, apa lah Chen. Suruh aku intai mamat kedai bunga? Ish, aku nak lelaki yang berkelelakian! Yang manly, bukannya mamat jambu kerja kedai bunga!

Nao dan Yao masuk ke Kafe tersebut — Nao sedang sibuk meleraikan earphone putihnya dan Yao tersengih seorang-seorang sambil masuk ke Kafe tersebut. Tidak silap aku, mereka pernah berkata yang Nao menyukai Chanyeol. Eh, pelik pulak kalau Nao dengan Chanyeol. Aku menggeleng kepala — memang unik pekerja Kafe ni. Aku meneruskan kerja menurunkan kerusi dan mengelap meja-meja itu dengan senyap, memikirkan cadangan Chen tadi.

"Dengar kata, mamat yang kerja kedai bunga sebelah ni — comel!" Yao menepuk bahu aku sambil tersenyum. Ish, budak ni. Aku menggelengkan kepala lalu berdiri sambil bercekak pinggang. Haih, posisi ni buat aku nampak sangat tua. Nasib baik aku bukanlah paling tua dalam Kafe ni. 

Aku mensinsing lengan sebelum menghembus nafas dengan kuat, "Unnie pernah bagitahu yang unnie nak lelaki manly saja, kan? Tak mainlah mamat jambu kedai bunga!" Yao terus meletus tawanya, Chen pun begitu juga. Aish, aku benci betul budak-budak ni.

"Yelah, Hyun. Apa-apa sajalah, ya? Lelaki manly mana yang hendakkan kau pun?" Kris yang baru sampai menegur. Suho menyusul selepas Kris masuk ke dalam Kafe tersebut. Chanyeol yang sedang duduk di atas kaunter terus turun, takut Kris marah padanya. Nao pula dah hilang entah ke mana, aku pun tak tahu macamana dia boleh hilang selaju itu.

Chen datang dekat dengan aku sebelum berkata, "Kris kan berkelelakian. Tak nak?" Aku memandang dia dengan mata terbuka luas — dia sengih sahaja pada aku. Oh, Chen. Kenapalah aku kena bekerja satu syif dengan kau? Kenapa hidup aku sekejam ni?

"DIAMLAH CHEN!"

 

Pada masa yang sama...

"Lu Han, kau dah dengar cerita?" Lay, jejaka pelupa yang selalu sahaja datang lewat apabila tiba waktunya bekerja itu menegur Lu Han yang sedang mengelamun, membaca buku tentang spesis bunga. Jambunya anak pemilik kedai bunga ni...

"Cerita apa lagilah, Yixing..." Lu Han membalas dengan malas — dia tahu yang Lay bukannya akan ingat cerita itu pun nanti. Lay itu dahlah pelupa, cepat pula lupanya. Lay meletakkan jari telunjuknya di dagu, berfikir seketika sebelum menggeleng kepala.

"Aku lupalah." 

Lu Han menepuk bahu Lay lalu ketawa. Haih, susah jugak ada kawan pelupa seteruk Lay ni. Selalunya, Xiumin akan ada bersamanya untuk membantu di kedai bunga itu, tetapi Xiumin pergi beli kopi di Kafe Paradise. Lu Han tahu kenapa Xiumin suka sangat pergi situ. Sebab ada dewi cinta dia yang comel orangnya itu. Lu Han tak faham apa yang Xiumin gilakan sangat pelayan wanita di situ. Setahunya, hanya ada tiga pelayan wanita yang bekerja syif pagi hingga petang. Syif petang hingga malam, ramailah pekerja wanita yang cantik-cantik. Ada Soyul, Ellin, Cho-a, Geummi dengan siapa lagi entah. Kebanyakan yang bekerja syif malam ni perempuan, lelakinya kurang. Hm.

 

"Lu Han, aku nampak dia tadi Lu Han!! Nama dia Hyun! Aku dah tahu nama dia, Lu Han." 


nota: aku berterima kasih sangat dekat siapa yang rajin subscribe cerita aku yang merepek ni. pada yang start baca semalam, sorry aku lupa hide - aku tertidur semalam...tu pasal chapter one ni pendek semacam. terima kasih 7 subscriber dan 3 commenter yang comel2. haha, ok aku bodek. 

xoxo, vexatious.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 5: Sweetnya ayat Luhan..cair saya dibuatnya...untungnya kalau dapat lelaki cam luhan..
misz_dina #2
Chapter 5: Memang sweet >\\\< *bg anemone merah dkt luhan*
ImperfectStranger #3
Chapter 6: kelakarnye cerita ni.. best2..
kaywuu
#4
Chapter 5: Huhuhu. Seriously lps bca ff nih, nk kerja kt kedai bunga!!~ *apakah semua ini*

p/s: ayat feveret; 'mamat kedai bunga, kau milik aku'

Huaa. Cute glerrr. Nk guling2 rasa. Xp
exoangst
#5
Chapter 6: Mamat Banyak Duit - Suho
Mamat Cepat lupa - Lay
Mamat Gedik Gila - Baekhyun
Mamat Sewel - Chanyeol
Mamat Kedai Kopi - Xiumin
Mamat Sebelah Rumah - Chen
Mamat Kedai Beg - Tao
Mamat Kedai Anak Patung - Kris
Mamat Suka Menyetan - Kyungsoo
Mamat kedai mamak (JK JK ) Mamat Kedai Haiwan - Jongin



I'M SO HIGH WHILE COMMENTING THIS WTH AM I COMMENTING
angelily95
#6
Chapter 6: Mamat Annoying Nak Makan Penampar. Nak tajuk tu untuk Baekhyun. hahahah. gurau2.
analien #7
Chapter 5: Sori. Saya gelak banyak kali tadi xD
Sweet ada. Lawak pun ada. Tapi cute <3 Cx
chacannie
#8
Chapter 5: Ngeee, sya nk jugalh boyfriend mcm luhan... ff yg pling sweet yg prnh sya jumpa ^^
exoticsNinspirit #9
Chapter 5: seriously..my feels,aww ..cari mamat kedai bunga gak ah..hahaha.gud job !