Sehun.. demam

After 15 years (Malay version) [Hiatus]

Jiyeon's P.O.V~~~

 

"Sehun!" sehun berpaling apabila dia terdengar aku memanggil namanya.. 

 

"Ah.. yeonnie.." 

 

"Kenapa dengan kau?? Okay tak? Jomlah pergi kelas sama-sama." Aku memberikan senyuman kepadanya, lalu meletakkan tapak tanganku didahinya.. 

 

"Sehun!! Kau demam ni! ergh, nak pergi klinik tak?" dia menggelengkan kepalanya perlahan-lahan sebelum jatuh ketanah. Alamak! Dia pengsan.. Eottokhe.. apa aku nak buat ni!  Nasibku baik apabila aku ternampak Luhan.. You're my savior!! Aku memanggil namanya dan kemudian memintanya membawa Sehun keklinik. Sehun sehun.. 

 

"Luhan.. kau boleh tolong aku tak?" 

 

"Apa dia?" 

 

"Tolong bawak Sehun keklinik. Dia demam panas nie.." ujarku cemas. Luhan mengangkat Sehun gaya pengantin dan meletaknya didalam kereta. Apabila aku mahu turut masuk kedalam kereta, Luhan menghalang.."Wae?" 

 

"Jangan risau.. Aku takkan buat apa kat kawan kau ni..  Just masuk dalam kelas dan cakap aku bawak Sehun pergi klinik." balasnya selamba. Dia menutup pintu dan masuk kedalam perut kereta dibahagian pemandu. Aku tak sangka dia boleh memandu. 

 

"Tapi. kalau kau r-" taksempat aku menghabiskan ayatku, Luhan memotong. Kepalaku diketuknya . Sakit je hati. 

 

"Aku bukan gay okay.. Normal!! Tolong berfikir secara normal juga ya." bicara Luhan sebelum menutup pintu kereta bahagiannya. Aku menunggu disitu sehinggalah kereta Luhan hilang dari pandangan.

 


 

Baekhyun memandangku dengan wajah yang risau. Semenjak Sehun pergi mendapatkan rawatan di klinik pagi ini, aku langsung tak bercakap dengan sesiapa, termasuklah Baekhyun sendiri dan kawan baikku, Hana.

 

“Jiyeon, waeyo?” tanya Baekhyun. Aku hanya memandang wajahnya yang ‘comel’ itu sekilas sebelum kembali menatap meja. Baru sahaja aku hendak menjawab pertanyaannya, guru kelas kami masuk.

 

“Okay guys.. Erm, cikgu nak check kedatangan. Oh Sehun?” diam sepi. Tiada seorang pun yang bersuara untuk satu minit, sehinggalah Baekhyun sendiri yang menjawab.

 

“Dia tak datang.”  Ujar Baekhyun. Pelajar lain melihat Baekhyun dengan riak terkejut. Sehun seorang pelajar yang baik, dan dia tidak pernah tidak hadir kesekolah. Ianya suatu benda yang mengejutkan.

 

“Ouh, okay. Luhan?”

 

“Dia hantar Sehun pergi klinik.” Jawabku bagi pihak Luhan. Hyera yang sememangnya meminati Luhan dan Sehun itu menyampuk .”Omo! Sehun oppa sakit? Eottokhe?” jeritnya dengan nada gedik. Ms Kim menjelingnya tajam lalu menyuruh Hyera bertenang.

 

“Hurm, kalau macamtu, okaylah. Buka buku Sejarah muka surat 150.” 


 

 

 

Luhan mula masuk semula kedalam kelas ketika loceng sekolah menandakan waktu rehat berdering.  Dia duduk disebelah Jiyeon dan menepuk belakangnya. Jiyeon kelihatan amat terkejut apabila dia lihat Luhan tiba-tiba sahaja ada disebelahnya.

 

“Macam mana Sehun?”

 

“Dia ditahan dalam wad sebab panas sangat.” Secara refleks Jiyeon berdiri apabila dikhabarkan keadaan Sehun.

 

“Bwo?  Luhan-ah, boleh tak awak bawa saya ke sana?” Jiyeon menarik narik tangan Luhan seperti anak kecil. Luhan menggeleng perlahan. “Kenapa?” dia membuat muka sedih lalu duduk semula dikerusinya. Baekhyun yang baru sahaja pulang dari cafeteria dengan air soya ditangan hanya berdiri dipintu, tidak mahu kehadirannya diganggu Jiyeon dan Luhan.

 

‘Kenapa dia risau sangat akan Sehun ? Omo! Jangan cakap yang Jiyeon suka Sehun!! Andwae!! No! Aku takkan benarkan itu semua berlaku..’ jerit Baekhyun dalam hati. Yeah,takkan dia nak biarkan cinta pandang pertamanya berkahwin dengan kawannya?

 

“Tak boleh ke tunggu habis waktu sekolah?” nada suara Luhan mula bertukar geram. Jiyeon hanya menunduk memandang lantai.

 

“Tapi.. aku nak sangat jumpa Sehun. Aku harap dia baik-baik je. Hurm. Dia mengingatkan aku pasal 16 tahun lepas.” Jiyeon tidak mampu menahan air mata dari mengalir lagi. Pipinya yang gebu itu dibasahi air matanya sendiri.

 


 

“Jiji-ah. Nak tahu tak? Awak seperti bidadari yang datang menghuni hidup saya. Jiji, erm. Saya nak cakap yang.. erm.. 1-4-3!! Jiji, Saranghaee!!!” ucap Sehun lalu mengucup pipi montel Jiyeon. Jiyeon yang terkejut itu lantas menjerit kegeraman. “Yah!”

 

Sehun tersenyum kemenangan. Jiyeon yang geram akan tindakan Sehun itu segera mengejarnya keliling taman. Tiba- tiba sahaja hujan turun.  Sehun menanggalkan baju sejuknya untuk melindungi Sehun daripada terkena hujan. Dalam kiraan satu dua tiga, mereka berlari sekuat hati sambil berpegangan tangan. Dan apa yang mereka tidak tahu, Luhan sedang memerhatikan mereka dari sebalik semak.

 

Esoknya, Sehun tidak datang ke tadika disebabkan demam. Jiyeon yang berasa bersalah itu melawatnya sebaik sahaja kelas habis. Sudah berkali meminta maaf, tetapi apa yang Sehun jawab adalah “itu bukan salah awak Jiji. Saya okay. Cuma demam biasaje. Tak perlu nak risaukan saya. Risaukan diri awak dulu kay? “

 

 

‘Hunnie masih mampu tersenyum walaupun dia demam panas. Hunnie, jeongmal mianhaeyo.’ Air mata mula mengalir keluar dari tubir mata milik Jiyeon. Dia kemudian menghadiahkan sebuah ciuman dipipi Sehun sebagai tanda maaf sebelum dia cepat-cepat balik kerumah. Luhan yang kebetulan baru sampai dan terlihat itu berasa patah hati. Dia turut balik kerumah kerana tidak mahu Sehun melihatnya nangis.

 

Dia perasan satu perkara, setiap kali Sehun sakit, Jiyeon akan datang kerumahnya dan menyuapnya sup bubur ayam kegemaran Sehun yang dibawa dari rumah. Luhan rasa sangat cemburu sehinggalah suatu hari dia jatuh sakit. Tapi Jiyeon tak pernah suapkan dirinya seperti yang dibuat pada Sehun.

 

‘Jiji cuma sayangkan Hunnie!. Dia cuma suapkan Hunnie sahaja! Jiji cuma lawat aku 5 minit saje, then pergi rumah Hunnie! Jiji, sampai hati awak buat saya camni. Tengoklah, aku akan buatkan kau menyesal dengan apa yang kau dah buat. Kenapa Jiji, kenapa?’ rintih hati Luhan. . Dari hari itu, Luhan jarang bercakap dengan Jiyeon. Setiap kali Sehun sakit, Jiyeon akan bertandang kerumahnya, ceriakannya.

 

Tapi setiap kali Luhan sakit, Jiyeon hanya datang sebentar dalam 5 minit sebelum pulang kerumah. Terbukti bahawa Jiyeon hanya risau akan Sehun lebih dari dia risau akan Luhan. Sehinggalah sampai waktu dia terpaksa pergi China, Jiyeon nangis, memang nangis. Tapi, ketika Sehun perlu mengikuti kedua ibu bapanya ke Jepun, Jiyeon nangis sehingga 5 hari 4 malam tidak tidur. Makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena. Itu semua membuatkan hati Luhan sakit. Dia cuba sedaya upaya untuk melupakan Jiyeon, tapi dia tidak boleh. Dia cintakan Jiyeon, macam mana dia nak lupakan buah hatinya?


 

Mata Luhan mula berkaca tatkala dia teringat kenangan lalu. Hati mula diserbu perasaan sedih tatkala mengingatkan bahawa Jiyeon masih menyukai Sehun. Dan apabila dia tahu yang Jiji yang dicari adalah Jiyeon, dia rasa sangat gembira. Tetapi kegembiraan itu hilang apabila Jiyeon sentiasa berkepit dengan Sehun. Tanpa Luhan sedari, Jiyeon sedang memandangnya dan dia terpandangkan mata Luhan yang berkaca itu. Perasaan pelik mula bersarang. Dia rasa macam, dia pernah tengok mata itu. Macam Lulu. fikir Jiyeon

 

Luhan tidak mampu menahan air mata itu dari jatuh. Baekhyun yang hanya berdiri sebagai pemerhati itu terasa sangatlah cemburu apabila dia lihat Jiyeon hendak lap air mata Luhan. Dia menapak masuk kedalam kelas dengan senyuman palsu dibibir, berlakon seperti tiada apa yang berlaku.

 

"Ouh Luhan! Macam mana dengan Sehun? Aku dengar yang kau hantar dia pergi klinik pagi tadi? Nak dou jiang?" Baekhyun menghulurkan air yang dikatanya dou jiang itu kepada Luhan dan Jiyeon. Kedua-dua mereka tersentak, pantas Jiyeon menarik tangannya semula dan Luhan cepat-cepat mengelap air matanya yang sudah kering. 

 

"Dou jiang? Apa tu Baekkie? tanya Jiyeon, cuba menghilangkan rasa gugup dihati.

 

"Itu dalam bahasa China lah. Maknanya air soya." terang Baekhyun. Dia membuka penutup botol itu lalu meneguk air soya itu dengan rakus tanpa berkata apa-apa. 

 

Keadaan senyap sepi. Orang putih kata the silence is too loud. "Jadi, korang berdua nak tak lawat Sehun petang ni?" akhirnya Luhan memecahkan tembok kesunyian itu dengan soalan. 

 

"Kami berdua je? Apa kata kalau kita bawa ahli Exo yang lain?" cadang Baekhyun. Jiyeon menganggukkan kepala tanda setuju. 

 

"Kenapa aku tak terfikir pasal tu eh? Okay Baekhyun, nanti boleh tak kau tolong bagitau Exo pasal rancangan kita nak lawat Sehun petang ini?" soalan Luhan dibalas dengan anggukan oleh Baekhyun. Luhan tersenyum kecil. Dia tidak kisah, asalkan ada Jiyeon bersama.

 


 

olla!! sowwy 4 my looongggg hiatus!! anyway, korang !! Chanyeol update ig pagi tadi dlm kol 1 pagi (yeah, kat korea dh kol 2. XD tuh sebab dia kata 'it was almost dawn) and dia ckp psl Exo Showtime!! Huhu.. T^T sape kata kite je yg rindu Kris?? Yeollie pun sama.. //hi-5!// and , org korea dia subuh dia pukul 3 pagi.. haha.. lama an dia nye pagi?? kite time tuh tgh nyenyak tidur.. XD :P XD 

jujur, cerita ni dlm English version senanye.. dicipta pada hujung tahun lepas and my first english story@my first story.. haha.. and sbb boring time uh, buatlah malay version.. XD 

I miss Kris.. T^T kalau nk tgk post pasal yeol tuh, gilah kat blog kite.. XD ada.. :P blog aff lah.. XD 

any sone here?? snsd sepatutnya disbanded tahun nie.. tp dorg panjangkan contract selama 3 tahun lagi..-_- krik krik., :P XD 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
FatinHumairah_
#1
Chapter 4: Exo showtime ep 1. Haha. Btw cita ni best
ChanBaekLu #2
Chapter 11: Wah....daebak...update soon kak qis
weloveexoforever #3
Chapter 11: Palli update
Snooww
#4
Chapter 11: Hahah kelakar la dorg ni..
Update soon^~<
Snooww
#5
Chapter 10: Huhu kecian nye luhan.. Sian sehun sakit..
Gud luck n update soon^~<
ranz_jungie #6
Chapter 10: Menarik cerita ni... update soon ya... :)
ChanBaekLu #7
Chapter 9: Daebaklah kak qis......update soon.....^^
Yeay!! My lulu and baekkie is here!!!
ChanBaekLu #8
Chapter 9: Daebaklah kak qis......update soon.....^^
Yeay!! My lulu and baekkie is here!!!
rismaKPOPERS #9
Chapter 8: sapa lhh jiyeon akan pilih ., jebal -- biarlhh jiyeon ngan sehun !