Budak baru dari China.

After 15 years (Malay version) [Hiatus]

Jiyeon duduk di tempatnya, membaca buku seperti biasa sementara menanti kedatangan Baekhyun. **Ish, lambat pulak Baekhyun hari ni. Tak pernah-pernah dia lambat macam ni.** ujar Jiyeon dalam hati. Kemudian, dia nampak Baekhyun masuk ke dalam kelas dengan mukanya yang sedih seperti ayah kehilangan anak.

"Baek, kenapa kau lambat? Jap, nape kau sedih ni? D.O marah kau eh sebab makan banyak sangat? Ke Kai suruh kau buat benda tak masuk akal lagi? " Jiyeon terus menanya Baekhyun sebaik sahaja Baekhyun duduk di tempatnya. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. "Habis tu kenapa? Jangan lah sedih macam ni. Chill lah sikit. Laki sedih cam lain je. Ce citer, ce citer." Jiyeon menutup bukunya dan memusingkan kerusinya, menghadap Baekhyun.

"E-er, aku cakap ni kau jangan gelak tau. Aku sedih ni sebab tadi aku nampak sorang budak baru hari ni." mendengar sahaja jawapan daripada mulut Baekhyun, Jiyeon terus gelak. Dia berhenti gelak bila tengok muka Baekhyun yang masih sedih. 

"Chill lah sikit Baek oi. Jap, macam mana kau tahu tu budak baru. Mungkin budak kelas lain ke. Tapi apa kena mengena budak baru tu dengan kesedihan kau ni eh?" tanya Jiyeon. Baekhyun memandang tepat kearah anak matanya.

"Jiyeon, kau tak faham apa yang aku rasa. Dia tu baru hari pertama dah popular. Ramai mintak autograph dia tadi. Dahlah baby face, hensem lak tu. And cane aku tahu yang tu budak baru sebab aku tak pernah nampak muka dia." Baekhyun pandang meja dia balik.

"La kau ni. Tu pun nak taching. Nama je laki. Sebab dia popular, kau nak sedih? Patut kau gembira lah, nanti kau ada kawan baru yang popular, ada baby face." kali ni muka Baekhyun bertambah sedih.

**Kau tak tahu kenapa aku sedih sangat, Jiyeon! Aku suka kau, aku tak boleh biarkan kau jatuh hati padanya. Kau milik aku, faham tak?** jerit Baekhyun dalam hati.

"Jiyeon, aku dah kata kat kau, kau tak faham apa yang aku rasa. Kau perempuan, aku lelaki. Aku takut kau akan jatuh hati pada dia dan tinggalkan aku. " Baekhyun ambil beg dia dan duduk kat tempat kosong sebelah Jiyeon.

"Hmm, tengoklah kalau dia baik, mungkin aku akan jatuh hati pada dia." gurau Jiyeon. Muka Baekhyun dari sedih bertukar marah.

"Tak boleh.! Kau tak boleh jatuh cinta pada dia. Kalau kau suka dia, kau konfem ke dia akan suka kau balik?" Baekhyun cuba mengawal perasaan.

"Alah, lek lah. Aku gurau je kot. Tapi kan, kenapa kau duduk sini eh? Sebelah aku?" 

"Sebab aku tak nak si mamat baby face tu duduk sebelah kau." jawab Baekhyun selamba.

Beberapa minit kemudian, cikgu pun sampai.

"Ok, kelas. Hari ni kita ada pelajar baru dari China. Dia pernah menetap sini dulu jadi mungkin ada diantara kamu yang kenal dia. Saya perkenalkan, Xi Luhan dari China macam yang saya cakap. Luhan, kamu boleh masuk dan perkenalkan diri kamu." Ms Kim memanggil Luhan yang tengah berdiri kat luar. Dia pun masuk dan semua budak perempuan tengok si Luhan tu.

**Pabo! Dia dah introducekan aku, apa lagi aku nak cakap? Aku ada berapa adik beradik? Aku anak kepada Xi Lifan yang mempunyai syarikat terkenal di China? And then semua budak perempuan datang nak kikis harta family aku? Bongok punya cikgu. Nasib baiklah kau ni cikgu, kalau tak, memang tahu-tahulah nasib kau macam mana.** Luhan melepaskan marahnya dalam hati.

"Anyeonghaseyo, Ni hao, Luhan imnida. Macam yang cikgu Kim cakap, saya daripada China. Saya rasa cikgu dah perkenalkan diri saya jadi tiada apa yang perlu saya cakap lagi." Luhan memerli Ms Kim dalam diam. Terus berubah muka Ms Kim. 

"E-er, baiklah Luhan. Kamu boleh duduk di tempat kosong sana." Ms Kim menunjuk ke tempat kosong belakang Jiyeon. "Baik semua, buka buku Biologi muka surat 50." pelajaran pun bermula seperti hari-hari yang lepas.

-_-_-_-_-_-_-_-_-_-

"Luhan, nak tak aku tunjukkan kawasan sekolah ni?" Baekhyun cuba berkawan dengan si baby face tu.

"Boleh je. Tapi boleh tak kalau aku nak budak sebelah kau tu ikut gak?" Luhan senyum mengejek ke arah Jiyeon. Jiyeon dengar apa Luhan kata tapi dia buat-buat tak dengar. Malas nak layan katakan.

"Luhan oppa? Saya boleh tolong awak 'teroka' kawasan sekolah ni. Baekhyun pergilah rehat dengan kawan awak tu. " tiba-tiba Hae-ra datang seperti hantu, menghulurkan bantuan. Jiyeon yang malas nak tengok drama tu pun keluar pergi ke kafeteria.

"Takpe lah. Saya nak pergi dengan Baekhyun. Jom Baekhyun!" Luhan menarik tangan Baekhyun dan tinggalkan Hae-ra yang terpinga-pinga tu. 

-_-_-_-_-_-_-_-_-

"Jiyeon-ah, maaflah saya tak dapat teman awak balik hari ni. Mak saya call tadi and dia kata makcik saya nak datang melawat. Saya minta maaf sangat-sangat. Awak okey kan, saya tak teman awak hari ni.?" kata Baekhyun separuh berbisik.

"Tak apa, saya faham. Pergilah." 

"Terima kasih kerana sudi memahami saya. Babai, jumpa esok." Baekhyun cium pipi Jiyeon sebelum berlalu pergi.

"Well, well,  well and well. Aku nampak lah apa korang buat. Hari ni boyfriend kau tak dapat hantar balik ke? Nak aku temankan? Kejap lagi driver aku sampai." tanya Luhan dengan nada mengejek. Jiyeon menggelengkan kepalanya sebelum keluar daripada kelas 3A itu. 

Jiyeon sampai je rumah, ommanya memberitahu bahawa salah seorang daripada jiran mereka telah balik semula ke Korea seminggu yang lalu tetapi malangnya, mereka pindah ke rumah baru dan rumah lama mereka tu mereka jual kepada orang lain. Jiyeon berasa gembira kerana seorang kawannnya telah pulang tetapi dalam masa yang sama, dia berasa sedih kerana rakannya itu sudah pindah. Dengan malasnya, Jiyeon masuk kedalam biliknya yang terletak di tingkat atas. Mandi, tukar pakaian. Then dia baring atas katil. Matanya memandang ke arah meja belajarnya, alangkah terkejutnya apabila patung rusanya tiada disitu. 

"Ish, mana pergi deer Lulu ni?" tiba-tiba pintu biliknya terbuka dengan sendirinya. Kosong. Dan 'Haa!!' adik perempuannya, Park Jihyo datang menyergah sambil memegang deer Lulu Jiyeon. 

"Oh mana pergi deer Lulu aku?" melatah Jiyeon. Jihyo gelak terbahak-bahak, mempamerkan giginya yang putih bersinar. Jiyeon nampak sesuatu ditangan Jihyo dan amat mengejutkan, itulah yang dicari-carinya. Patung rusanya yang bernama Lulu! Jiyeon merampas patung itu daripada Jihyo

"Jihyo, kenapa amik deer Lulu akak?" 

"Unnie, kenapa amik patung rusa yang comel tu?" mereka tanya serentak.

"Hei! Unnie yang patut tanya Jihyo tau! Tu rusa, akak punya." Jiyeon meletakkan deer Lulu diatas almari baju yang pastinya Jihyo tidak boleh ambil. 

"Akak tu bukannya umur 5 tahun lagi. Bagilah Hyo! Hyo nak patung tu. Dia comel sangat." Jihyo terlompat-lompat, cuba mengambil rusa itu.

"Memang lah. Akak tahu yang akak bukannya umur 5 tahun lagi. Tapi tu satu-satunya hadiah daripada kawan akak sebelum dia pergi China. Kitorang panggil dia Lulu."

"Lulu? Tu bukan nama patung rusa tu ke?" tanya Jihyo dengan muka berkerut seribu.

"Ha'ah. Sebab akak takut akak lupa nama dia, akak letak nama rusa ni Lulu." 

"Tapi kan kak, tak pernah pernah Hyo dengar nama orang Lulu." 

"Tu bukan nama betul dia lah! Dah, pergi keluar. Esok cuti kan? Akak bawak Hyo pergi amusement park dan beli patung untuk Hyo kay? Keluar!" Jiyeon menolak lembut badan adiknya dan terus mengunci pintu.

"Janji!" jerit Jihyo dari luar

"Ye, akak janji. Itupun kalau tak ada kerja kumpulan." Jiyeon merebahkan dirinya di atas katil sambil memeluk patung rusa itu.



 

Hoho, ni fanfic malay saya yang pertama. Idea dah ada, tapi tajuk tak ada. Jadi saya kopi (copy) dulu citer BI sya, jdi BM.. hehehhe.. Terima kasih kerana sudi membaca. Sorylah kalau ni boring siket..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
FatinHumairah_
#1
Chapter 4: Exo showtime ep 1. Haha. Btw cita ni best
ChanBaekLu #2
Chapter 11: Wah....daebak...update soon kak qis
weloveexoforever #3
Chapter 11: Palli update
Snooww
#4
Chapter 11: Hahah kelakar la dorg ni..
Update soon^~<
Snooww
#5
Chapter 10: Huhu kecian nye luhan.. Sian sehun sakit..
Gud luck n update soon^~<
ranz_jungie #6
Chapter 10: Menarik cerita ni... update soon ya... :)
ChanBaekLu #7
Chapter 9: Daebaklah kak qis......update soon.....^^
Yeay!! My lulu and baekkie is here!!!
ChanBaekLu #8
Chapter 9: Daebaklah kak qis......update soon.....^^
Yeay!! My lulu and baekkie is here!!!
rismaKPOPERS #9
Chapter 8: sapa lhh jiyeon akan pilih ., jebal -- biarlhh jiyeon ngan sehun !